RENCANA: Konflik Covid-19, bina kekuatan masyarakat.

Oleh Sulaiman Salleh
Sulaimansalleh2015@gmail.com








JANGKITAN Covid-19 di dunia termasuk negara ini masih membimbangkan hingga menimbulkan pelbagai reaksi serta pandangan berkaitan virus pembunuh itu.

Perbezaan pendapat, perbezaan antara individu untuk tanganinya, tiada kompromi dan enggan keluar dari zon selesa dilihat antara penyebab berlakunya konflik berkenaan.

Konflik yang berlaku itu kerap dilihat sebagai sesuatu yang negatif dan menimbulkan ketegangan di kalangan masyarakat negara ini.

Harus disedari, konflik yang berlaku harus diselesaikan dengan penyelesaian yang terbaik bagi menjadikannya sebagai suatu kekuatan. Kekuatan itu berupaya mewujudkan hubungan silaturahim kembali erat di kalangan masyarakat negara ini.

Bagaimanapun, jika konflik itu tidak diatasi, ianya akan kekal menjadi kelemahan yang memecah-belahkan masyarakat dan berupaya mengugat kestabilan negara.

Seperkara yang harus diketahui, naluri kewanitaan kebiasaannya berupaya merasakan sesuatu konflik di peringkat awal. Tetapi, apabila konflik itu sudah di tahap tidak terkawal, mereka tidak mampu menyelesaikannya sendirian.

Penyelesaian konflik yang berlaku seterusnya memerlukan seorang lelaki yang berkredibiliti serta dihormati di dalam sesuatu komuniti masyarakat.

Selain berkredibiliti, dihormati serta disenangi oleh sesuatu masyarakat, individu yang dipertanggungjawabkan menyelesaikan sesuatu konflik perlu mempunyai ilmu berkaitan.

Jika, terdapat individu yang mendakwa dirinya mampu menyelesaikan konflik berkenaan, tetapi sembunyikan agenda tertentu, dirinya akan mengkalutkan konflik yang berlaku.

Semoga sebarang konflik yang berlaku berkaitan pandemik Covid-19 yang melanda negara dan dunia pada hari ini dapat diatasi dengan sebaik mungkin.

Kejayaan atasi konflik yang berlaku berupaya mengeratkan hubungan di kalangan masyarakat negara ini, pada masa kini dan akan datang.

Semoga hubungan silaturahim masyarakat negara ini kekal selama-lamanya.


(Artikel ini dikemaskini pada 12.11.2020: jam 9.30pm)
Penulis tidak bertanggungjawab terhadap pandangan melalui artikel ini dan ianya adalah pandangan peribadi daripada pemberi sesuatu pandangan.
Sulaimansallehkuis2.blogspot.com @ copyright2020

Ulasan

Covid-19: Semoga virus Covid-19 segera ditemui vaksin penyembuhnya kerana dunia semakin sengsara

COVID-19: India cemas, jangkitan hampiri 70k sehari.

COVID-19: Gelombang baharu, Malaysia harus menang.

COVID-19: Gelombang baharu, Selangor atasi Kedah

COVID-19: Ancaman baru, bermutasi dan semakin kebal.

COVID-19: Rabu (12.8.2020), viral pelajar dijangkiti sedang disiasat.

COVID-19: 11 kes baru, 5 kes libatkan pelajar sekolah rendah.

COVID-19: Penularannya, Malaysia pernah hampir menang.

COVID-19: ASEAN, 2 negara kritikal, 2 negara kematian sifar.

COVID-19: Data rasmi, Indonesia, jangkitan lepasi 100,000.