NOVEL: Penghujung Dunia.
Oleh Sulaiman Salleh
Sulaimansalleh2015@gmail.com
NOVEL ‘Penghujung Dunia’ mengisahkan seorang penulis skrip bernama Farid yang memiliki segala kemewahan hidup. Ketandusan kasih sayang kepada seseorang bernama wanita telah membawanya ke lembah dosa. Farid terjerumus ke dunia kemaksiatan apabila bersedudukan dengan seorang model bernama Suhana. Kehidupannya bertongkatkan duniawi, bersekedudukan dengan wanita bukan muhrim. Bagaimanapun, permergian ahli keluarganya disebabkan kemalangan jalan raya telah menyedarkannya daripada perbuatan terkutuknya itu. Dia bangkit untuk bertaubat kepada Tuhan yang Maha Esa. Malangnya, satu persatu dirinya dibayangi oleh dosa-dosa semalamnya terutamanya dosanya membawa Suhana ke dunia kemaksiatan. Dia sentiasa berusaha mengembalikan wanita itu ke pangkal jalan dan Suhana akhirnya membuat keputusannya sendiri.
LEBUH RAYA yang aku lalui begitu sesak. Sudah berpuluh-puluh kali aku melihat jam tanganku. Entah bila agaknya aku dapat melepaskan diri daripada kesesakan ini, aku sendiri tidak pasti. Aku terus merungut sendirian tanpa henti. Sudah tiga jam aku terperangkap dalam kesesakan lebuh raya menuju selatan tanahair. Jika aku balik ke kampung di Muar, sudah tentu aku sedang berehat atau berbaring sambil menonton rancangan kegemaran.
Hati aku masih kegelisahan. Sekali lagi aku melihat jam tangan, jam menunjukkan 2.55 minit petang. Aku berjanji dengan Ridzuan, seorang pengarah muda yang berbakat, untuk berjumpa dengannya pada jam 4.30 minit petang ini. Bertempat di lokasi penggambaran terbarunya yang memulakan babak pertama hari ini.
Aku cuba menenangkan perasaan yang gelisah dengan menguatkan suara radio. Dipaksa telinga ini mendengar sebuah lagu yang didendangkan seseorang bernama wanita. Entah mengapa telinga ini lebih mengemari suara alunan penyanyi wanita dari penyanyi lelaki. Adakah kerana nafsu atau naluri kelelakiku yang normal, maka aku mengemari penyanyi wanita daripada penyanyi sejenis denganku? Persoalan yang tidak aku ketahui di mana jawapannya.
Kemerduan suara penyanyi wanita yang sedang popular pada masa itu tidak berupaya mendodoikan hatiku yang kegelisahan. Hati aku mulai mengalah, hebat sungguh gelora keinginanku untuk sampai ke destinasi. Sering muncul dalam ingatanku mengenai tahap kemampuan Ridzuan merealisasikan apa yang diluahkan dalam skrip drama yang bertajuk Penghujung Dunia.
Sebelum ianya dapat menarik perhatian penonton, Ridzuan harus menarik perhatian aku dahulu, kerana akulah mencipta watak-watak utama dan watak tambahan dalam drama arahan terbarunya.
Aku cuba menenangkan perasaan yang gelisah dengan menguatkan suara radio. Dipaksa telinga ini mendengar sebuah lagu yang didendangkan seseorang bernama wanita. Entah mengapa telinga ini lebih mengemari suara alunan penyanyi wanita dari penyanyi lelaki. Adakah kerana nafsu atau naluri kelelakiku yang normal, maka aku mengemari penyanyi wanita daripada penyanyi sejenis denganku? Persoalan yang tidak aku ketahui di mana jawapannya.
Kemerduan suara penyanyi wanita yang sedang popular pada masa itu tidak berupaya mendodoikan hatiku yang kegelisahan. Hati aku mulai mengalah, hebat sungguh gelora keinginanku untuk sampai ke destinasi. Sering muncul dalam ingatanku mengenai tahap kemampuan Ridzuan merealisasikan apa yang diluahkan dalam skrip drama yang bertajuk Penghujung Dunia.
Sebelum ianya dapat menarik perhatian penonton, Ridzuan harus menarik perhatian aku dahulu, kerana akulah mencipta watak-watak utama dan watak tambahan dalam drama arahan terbarunya.
Di sebalik skrip drama itu sebenarnya tersirat hajat yang telah lama aku pendamkan. Harapan untuk memiliki seorang wanita yang aku idam-idamkan. Siapakah wanita yang pasti akan aku miliki rindu dan sayangnya? Wanita yang akan menjadi suri hatiku.
Sesekali fikiran aku terganggu dengan mempertikaikan kemampuan Ridzuan mencari pelakon yang dapat memenuhi watak utama dalam skrip drama aku itu. Sebenarnya, aku inginkan yang terbaik untuk drama ini kerana skrip inilah yang akan menjadikan mimpiku suatu realiti.
Lamunan aku tersentak apabila terdengar hon kereta di belakang aku. Rupa-rupanya aku telah jauh berkhayal sehingga menyusahkan pengguna jalan raya yang lain dalam kesesakan ibu kota. Pantas aku menggerakkan kereta yang dipandu ke hadapan.
Suara DJ terus riang melayan pendengar yang menelefon ke stesen radio itu. Aku kenal suara yang berkumandang di radio itu. Dialah yang menjemput aku untuk diwawancaranya tempoh hari. Semangnya dia seorang DJ yang berkaliber. Aku sendiri kagum dengan kemampuannya mengelolakan rancangan sedemikian.
Kereta aku pantas melalui Lebuhraya Utara Selatan, menuju ke Port Dickson. Pusat peranginan yang semakin dikenali sama ada dari dalam atau pun luar negara.
Port Dickson – tempat perkelahan tepi pantai yang sangat popular dan mempunyai keluasan 55,868 hektar. Asalnya, nama Port Dickson diambil sempena nama Sir John Frederick Dickson seorang pegawai tinggi zaman penjajahan British.
Sampai di tempat yang dituju, aku memperlahankan kenderaan agar Ridzuan tidak menyedari kehadiran aku. Aku memberhentikan kereta jauh daripada tempat penggambaraan. Kemudian, aku mematikan enjin kereta yang begitu penat mengharungi kesesakan lalu lintas di tengah-tengah kota Kuala Lumpur tadi.
Aku terlihat seorang gadis yang mengingatkan aku akan jalan cerita di dalam skrip yang telah aku hasilkan. Sungguh pandai Ridzuan memilih pelakon untuk drama terbarunya yang memenuhi kriteria skrip aku. Apa yang aku saksikan itu telah mematikan kesangsian aku selama ini terhadap kehebatan Ridzuan memilih para pelakonnya. Dalam skrip aku itu, aku menggambarkan watak utamanya sebagai seorang gadis yang bersopan, cantik dan manja. Acapkali aku memandang ke arah gadis itu, aku dapat menyelami watak yang dilakonkannya. Seorang gadis yang kecewa dengan keegoan lelaki.
Aku merasa puas kerana dikurniakan kelebihan sekaligus menjadikan impian aku suatu kenyataan. Aku menghasilkan sebuah skrip untuk merealisasikan impianku; memiliki gadis yang aku idamkan. Daripada skrip itu, Ridzuan telah memilih gadis yang sesuai untuk memegang watak tersebut sama seperti imaginasiku. Terdetik juga di hati aku kala itu alangkah bahagianya jika gadis itu dapat aku miliki.
“Cut!” Terdengar suara seorang pengarah, sayup-sayup singgah di cuping telinga aku.
“Okey, Suhana… you boleh rest. Esok kita sambung lagi,” kata Ridzuan. Krew-krew yang lain mulai mengemas alatan penggambaran kerana hari mulai bertukar mendung, bimbang peralatan penggambaran akan terkena air hujan yang boleh merosakkan kesemua alatan tersebut. Seterusnya, ia boleh mengganggu proses penggambaran drama itu serta merugikan penerbit.
Aku menghampiri Ridzuan perlahan-lahan.
“Kemas semua barang, esok pagi kita sambung shooting,” kata Ridzuan. dia berpaling ke belakang di mana aku sedang berdiri.
“Ha, datang pun engkau, aku ingat engkau tersangkut dalam traffic jam tadi.”
Aku hanya mengukir senyuman mendengar kata-kata Ridzuan.
“Oh ya, Suhana…,” panggil Ridzuan nyaring.
Skrip drama Penghujung Dunia membawa seribu pengertian kepada aku. Sekali lagi hati aku memuji kehebatan Ridzuan kerana berjaya mengubah hasil karya aku dalam dunia realiti. Satu lagi karyaku telah direalisasikan.
Dengan sopan santun Suhana menghampiri kami berdua. Senyumannya menggetarkan hatiku.
“Suhana, I perkenalkan Farid. Penulis skrip drama Penghujung Dunia,” Ridzuan memperkenalkan aku kepada pelakonnya yang comel dan cantik.
“Hai… Farid,” ucap Suhana lirih sambil menghulurkan tangannya, tanda awal perkenalan. Dia mengukir senyuman manis buat aku. Aku membalas senyumannya. Cantik sungguh senyumannya, detik hati kecil aku. Alangkah bahagianya jika senyuman itu dapat aku tawan.
“Hai…,” balas aku sambil memandang sepasang mata yang Suhana miliki, juga menyambut huluran tangannya. Indah sungguh renungan matanya. Alangkah bahagianya jika renungannya itu dapat aku nikmati setiap detik. Sekali lagi hatiku berbisik, nakal.
“Okeylah Farid… aku ada kerja di sana. Engkau berdua berbuallah dulu….” Ridzuan seolah-olah memberi peluang kepada aku untuk mengenali diri Suhana. Suhana hanya membisu ketika aku menatap wajahnya. Impian aku, ingin aku miliki senyumannya, renungan tajamnya, juga ingin aku miliki segala-galanya yang dipunyainya.
“Ni drama pertama lakonan you ke?” Tanya aku.
“Ya…,” jawab Suhana pendek. Aku kira Suhana masih segan kepadaku yang baru sahaja dikenalinya.
“Mari kita pergi minum di kedai sana,” aku memperlawa Suhana, memulakan langkah pertama untuk mengenalinya.
“Boleh… kalau you belanja I,” Suhana bersuara lembut.
“Sudah tentu I belanja you. Takkan you belanja I pulak.” Aku menyakinkan Suhana. “Jom… kita pergi sekarang.” Ajak aku lagi sambil merangkul pinggang Suhana yang ramping.
Tanpa bantahan, Suhana menuruti langkahku. Kami terus berjalan menuju ke sebuah restoran berhampiran pantai itu. Jaraknya lebih kurang 50 meter saja dari tempat penggambaran yang diarahkan oleh Ridzuan. Sampai di restoran itu, aku merasa begitu bangga kerana di sisi aku ada seorang gadis manis yang sentiasa menjadi perhatian orang ramai.
“Kita duduk di anjung sana,” tunjuk aku ke suatu sudut restoran.
Tanpa bantahan, Suhana menurut saja cadangan aku. Sampai di tempat yang dituju, kami duduk di sebuah kerusi yang seolah-olah dikhaskan untuk kami berdua.
“Macam mana you boleh berminat untuk berlakon dalam drama ni?” Tanyaku sambil merenung sepasang mata Suhana yang ayu.
“Encik nak minum apa? Pertanyaan aku diganggu oleh pelayan Restoran Sri Murni.
“Bagi saya kopi panas,” jawab aku. Melepaskan mata aku daripada berterusan menatap seraut wajah Suhana.
“Cik?” Tanya pelayan itu kepada Suhana pula.
“Bagi saya fresh orange,” jawab Suhana lembut.
“Makan encik, cik?” Tanya pelayan itu kepada kami berdua namun anak matanya mengerling Suhana.
Hati aku terdetik cemburu apabila pelayan itu semakin merapatkan badannya kepada Suhana.
“Tak apa itu aje,” kata Suhana sambil memandang ke arah aku, seolah-olah dia mengerti perasaan aku.
Pelayan restoran itu bergerak pergi tanpa bersuara lagi. Sepanjang bersama Suhana di situ, aku merasakan suasana pantai sungguh cantik dihiasi butiran pasir putih yang sungguh indah. Putih bersih seperti wajah wanita di hadapanku ini. Tiupan angin sepoi-sepoi bahasa itu persis senyumannya. Pemandangan cantik di pantai itu pula bagai kecantikan yang dimilikinya. Hari itu adalah hari yang paling bahagia untuk aku. Ingin saja aku ucapkan kepada Suhana, bahawa aku ingin mengakhiri zaman bujangku dan mengahwininya. Tetapi tidak sepatutnya aku lakukan begitu kerana tidak wajar aku hancurkan pertemuan itu. Pasti Suhana tidak akan menerima lamaranku itu. Mana mungkin dalam pertemuan pertama dia akan menerima lamaranku sewenangnya.
*****
Aku dalam kegelisahan. Kenangan bersama Suhana siang hari tadi sukar untuk aku lupakan. Aku melihat jam di dinding rumah, jarum jam menunjukkan kurang seminit ke jam 11.00 malam. Rancangan TV yang sedang aku tontoni langsung tidak menarik perhatian aku. Hati aku terus dihentak kegelisahan yang maha hebat.
Suhana…. sentuhan dan senyumanmu begitu hebat, masih terbayang di jendela mataku akan senyumanmu pada siang hari tadi. Ingatan aku kepada gadis itu menyentuh pandangan matanya yang ayu dan menawan.
Telefon bimbit yang berada di hadapanku seolah-olah menggamit aku untuk menghubungi Suhana. Tetapi hati aku dibayangi perasaan serba salah. Tidakkah aku akan mengganggu-nya? Nafsu dan fikiran aku terus berperang. Akhirnya, aku kalah dengan nafsu yang berjaya menguasai akal fikiranku.
Aku mencari-cari nombor telefon Suhana yang telah aku masukkan dalam telefon bimbitku. Kami bertukar-tukar nombor telefon sebelum berpisah petang tadi. Maknanya, dia juga tidak mahu kami terus terputus hubungan selepas pertemuan yang amat bersejarah itu.
Aku mencari-cari nombor telefon Suhana yang telah aku masukkan dalam telefon bimbitku. Kami bertukar-tukar nombor telefon sebelum berpisah petang tadi. Maknanya, dia juga tidak mahu kami terus terputus hubungan selepas pertemuan yang amat bersejarah itu.
Setelah beberapa ketika mencari-cari nombor telefon gadis yang semakin mengganggu keselesaan aku pada malam itu, aku menemuinya. Pantas tangan aku menekan punat panggilan di telefon bimbit.
Kegelisahan aku semakin ketara apabila panggilan aku masih tidak dijawab walaupun sudah berkali-kali bunyi dail kedengaran di telinga aku. Mungkinkah Suhana tidak ada di rumah atau dia berpergian dengan seseorang? Hati aku tertanya-tanya tentang diri Suhana. Walaupun baru saja mengenalinya, hati aku terus merasa cemburu. Cemburukan sesiapa sahaja yang meminatinya.
“Hello…,” lembut saja suara Suhana singgah di cuping telinga aku. Lebih lembut daripada suaranya yang aku dengar siang hari tadi. Gemersik dalam sendu.
“Hello… Suhana,” balas aku.
“Siapa di sana?” Suhana inginkan kepastian.
“I ni Farid,” jawab aku.
“Oh you… I ingatkan siapa tadi,” balas Suhana pula.
“You dah tidur ke tadi?” Tanya aku inginkan kepastian.
“Baru aje tidur,” jelas Suhana.
“Esok you ada shooting ke?” Tanya aku. Aku ingin tahu semua yang berkaitan dengan dirinya.
“Emm….” Suhana acuh tak acuh menjawab soalan aku.
“Esok kita jumpa di lokasi, boleh?” Aku terus bertanya walaupun hati aku mengharap agar aku tidak mengganggunya untuk malam itu.
“Boleh…,” lembut dan perlahan suara Suhana mencecah ke telinga aku.
“Okey, bye…,” bisik aku.
“Bye…,” balas Suhana perlahan hampir tidak kedengaran.
Aku mematikan telefon bimbit. Hati aku terasa tenang. Ketenangan itu telah mengukirkan senyuman di bibirku. Aku merasa puas kerana mendengar suara Suhana yang lembut dan manja. Sekali lagi hati aku berbisik, “Dialah gadis idaman aku”.
Barulah kini aku merasakan rancangan TV yang aku tontoni mampu menghiburkan hati aku. Dalam waktu yang sama fikiran aku ligat memikirkan tema skrip drama yang akan datang.
Aku lewati malam aku dengan suara Suhana yang lembut dan manja. Lenanya aku pada malam itu ditemani mimpi indah bersama gadis bernama Suhana. Aku merasakan seolah-olah kami berada di sebuah pulau yang hanya dihuni oleh kami berdua. Dikelilingi bunga-bungaan yang mekar berkembang. Sungguh indah aku rasakan ketika itu. Udara yang segar bugar meresap ke dalam tubuh kami. Sesungguhnya, Suhana telah menggugat ketenteraman hatiku.
Kring! Kring! Kring! Kring! Aku tersentak. Rupa-rupanya aku bermimpi. Mata aku terkelip-kelip mengingati mimpi aku sebentar tadi. Sememang Suhana gadis yang hebat. Dia mampu membawa aku bersama-samanya ke alam mimpi yang indah dan mengkhayalkan. Bunyi bising daripada jam loceng di sebelah sofa yang sedang aku duduk masih tidak aku hiraukan. Aku membiarkannya terus berbunyi.
Tetapi akhirnya telinga aku tidak tahan dengan bunyinya yang memekak bising. Tangan kiri aku perlahan-lahan mematikan bunyi bising itu. Ah! Lega rasanya telinga aku….
Lampu yang tidak aku matikan sebelum tidur semalam menyuluh terang ruang tamu yang menjadi tempat tidurku. Program TV waktu awal pagi masih menayangkan siarannya. Dalam terpaksa aku bangun daripada pembaringan, menuju ke suiz TV dan mematikannya. Kemudian, aku masuk ke bilik di bahagian depan rumah dan mengambil tuala mandi. Aku memandang ke arah jam dinding rumah di ruang tamu, jarum jam menunjukkan jam 6.30 minit pagi. Jika aku berada di kampung sudah tentu kokokan ayam sudah bersahut-sahutan, tetapi aku kini berada di kota kosmopolitan, hanya terdengar enjin kenderaan besar atau kecil saja di awal pagi begini.
Kaki aku terus melangkah ke bilik air dan membersihkan diri daripada kekotoran. Kemudian, aku bersiap-siap untuk memulakan hari baru dengan harapan dapat bertemu dengan Suhana, gadis yang baru semalam aku kenali. Sepanjang perbualan aku dengannya semalam aku terlupa untuk bertanya Suhana akan usianya, pada agakan aku tentu umurnya baru saja dua puluhan.
Sesudah berpakaian, aku terus ke dapur untuk mendidihkan air. Sepanjang persediaan untuk menyiapkan sarapan pagi, sekali lagi hatiku berdesis, “Alangkah baiknya jika adanya seorang isteri yang dapat menjaga makan minum aku.”
Terkenang kisah lalu, mematikan perasaan aku terhadap Suhana pada awal pagi itu. Aku melihat jam tangan di tangan kanan, jarum jam yang aku pakai menunjukkan jam 7.20 minit pagi. Setahu aku Ridzuan gemar memulakan penggambaraan dramanya sekitar jam 9.00 pagi. Kalau aku keluar sekitar jam 8.00 pagi sudah tentu aku akan terlepas peluang melihat Suhana merakamkan penggambaran drama arahan Ridzuan. Sepanjang pengetahuan aku, Ridzuan pernah mengarah berbelas-belas buah drama dan tiga buah filem. Ketiga-tiga buah filem di bawah arahan Ridzuan memang mendatangkan keuntungan. Saban hari nama Ridzuan semakin dikenali oleh semua golongan media sama ada pelakon muda, pelakon veteran, penulis skrip, pengkritik filem atau wartawan.
Jam tangan aku menunjukkan jam 7.45 minit pagi. Aku sudah bersedia untuk menggerakkan kereta aku menuju ke destinasi. Mengikut agakan aku tentu aku akan sampai pada jam 9.30 minit pagi di tempat penggambaran Suhana. Aku terus memecut kereta Proton Wira 1.5 berwarna biru menuju ke tempat lokasi penggambaran drama Ridzuan yang terbaru, di mana Suhana bertindak sebagai pelakon utamanya. Pada masa tayar kereta aku ligat berputar, otak aku juga ligat berfikir, diikuti rentak hati aku yang terdetik sedikit syak wasangka terhadap Ridzuan. Minggu lepas aku terbaca berita bahawa isteri Ridzuan lari dari rumah, kerana mendapati Ridzuan bermain kayu tiga dengannya.
Aku bimbang terhadap apa yang dilaporkan oleh majalah hiburan berbahasa Melayu itu. Jika benar, adakah Suhana turut terlibat. Hati aku mulai memberontak, aku mesti mendapatkan kepastian daripada Suhana sendiri. Dalam keberontakan perasaan itu aku tidak menyedari bahawa aku telah memecut selaju 140 kilometer sejam di lebuh raya. Sebuah kereta polis membunyikan siren amaran di sebelah kereta aku. Salah seorang pegawai polis di dalam kereta peronda itu mengarahkan aku berhenti di bahu jalan.
“Lajunya aku bawak,” bisik aku sambil melihat meter kereta. Aku memberhentikan kereta aku di bahu jalan serta-merta.
Kereta peronda polis itu berhenti betul-betul di belakang kereta aku. Kemudian keluar dua pegawai polis dari kereta peronda itu. Mereka menghampiri kereta aku.
“Nasib, nasib…,” keluh aku sendirian sambil menanggalkan tali pinggang keledar dan membuka pintu kereta. Belum sempat pegawai polis itu sampai ke kereta, aku sudah sedia mengeluarkan kad pengenalan bersama lesen memandu.
“Encik memandu terlalu laju,” kata pegawai polis itu sambil mengambil kad pengenalan dan lesen memandu aku. Kemudian dia menulis surat saman yang sememangnya untuk aku.
Selepas mencatit apa yang perlu, pegawai polis itu menghulurkan surat saman bersama kad pengenalan dan lesen memandu yang aku berikan kepadanya sebentar tadi. Tanpa bantahan, aku menerima pemberiannya dengan berat hati. ‘Apa nak buat memang salah aku’. Kedua-dua pegawai polis itu kembali ke kereta peronda lalu menjalankan tugas mereka sebagai pegawai polis seperti rutinnya.
Aku terus memandu kereta Proton Wira 1.5 milik aku menuju ke tempat di mana Suhana sedang membuat penggambaran di Port Dickson. Kali ini aku berhati-hati agar memandu tidak melebihi had kelajuan yang ditetapkan. Aku tidak mahu dicop sebagai pengumpul saman. Jika pihak wartawan mengetahui bahawa aku disaman kerana memandu laju hari ini sudah tentu aku akan menjadi bahan berita mereka.
Kereta aku terus bergerak menuju ke pantai yang terletak di daerah Teluk Kemang, Negeri Sembilan. Kesesakan mulai timbul berhampiran dengan Port Dickson apabila sebuah lori dan sebuah kereta terlibat dalam kemalangan. Hati aku terus merungut dalam kesesakan itu kerana melewatkan perancangan aku untuk sampai ke tempat penggambaran pada masa yang ditetapkan. Hampir sejam aku terperangkap di dalam kesesakan itu. Apabila aku sampai di tempat kemalangan yang berlaku itu, hati aku merungut apabila hanya berlaku kemalangan kecil. Badan kereta Waja yang dipandu oleh seorang wanita dalam umur 30-an hanya kemek sedikit. Aku melihat perempuan itu begitu marah dengan pemandu lori yang melanggar keretanya.
“Emm… langgar sikit aje, tapi tekak aje yang lebih,” rungut aku sendirian.
Tanpa memikirkan kejadian tadi, aku terus memandu kereta aku menuju ke Pantai Port Dickson. Aku sudah biasa dengan kejadian tadi, hidup di kota kosmopolitan itulah rencahnya. Sampai saja di Port Dickson, aku bernafas lega kerana sudah terlepas daripada kesesakan jalan raya. Aku rasa berpuluh-puluh kali aku melihat jam tangan aku semasa kesesakan tadi.
Tiba di lokasi, aku melihat Suhana sedang disolekkan. Gadis itu kelihatan cantik pada hari itu. Berbeza dengan semalam, solekannya hari ini lebih jelita. Ingin aku bisikkan ucapan terima kasih kepada Ridzuan kerana berjaya memilih seorang pelakon yang paling sesuai untuk watak utama dalam skrip Penghujung Dunia itu. Dia telah berjaya merealisasikan impian aku.
Kini aku berhasrat untuk memiliki segala-galanya yang Suhana miliki. Aku tidak akan meminta bantuan Ridzuan lagi untuk merealisasikan impianku itu. Aku akan berusaha sendiri untuk mendapatkannya. Aku yakin Suhana mampu aku takluki.
Aku menghampiri Suhana yang sedang disolekkan. Baju kebaya berwarna merah hati yang dipakainya menyerlahkan lagi kecantikannya yang sedia ada.
“Eh, Farid bila you sampai? You ni terperanjatkan I aje la…,” suara garau mirip suara perempuan singgah di telinga aku.
Aku tersenyum, begitu juga dengan Suhana.
“Kenapa you tersenyum?” Tanya Sofia kepada Suhana.
Suhana tidak menjawab soalan Sofia.
“I tahu suara I tak selembut suara you, body I tak seramping body you, muka I tak secantik muka you. Lagi pun I ni bukannya perempuan sejati. I ni setengah lelaki, setengah perempuan,” Sofia seolah-olah merajuk.
“Mak Sofia merajuk…?” Suhana mulai bersuara setelah beberapa ketika hanya mengukirkan senyuman.
“Tak… Mak Sofia tak suka merajuk,” Sofia menyembunyikan perasaannya.
Aku telah mengenali Sofia selama tiga tahun lamanya. Tetapi, tidak banyak yang aku ketahui tentang dirinya.
“Balik nanti, mak Sofia tumpang siapa?” tanya aku.
“Tak taulah siapa yang sudi tumpangkan Mak Sofia. Kalau ada yang sudi tumpangkan Mak Sofia, tentu dia seorang yang baik hati pernah Mak Sofia jumpa,” kata Sofia.
“Kalau macam tu, saya nak jadi lelaki yang baik lah Mak Sofia,” gurau aku.
Sofia menjeling marah ke arah aku. Aku tersenyum. Begitu juga dengan Suhana.
“Saya cakap betul ni Mak Sofia,” aku cuba menyakinkan Sofia.
“Kalau betul takkan engkau tersenyum!” marah Sofia.
“Okey… sekarang saya serius,” aku bersuara sambil memperlihatkan wajah yang serius.
Sekali lagi Sofia menjeling marah ke arah aku. Suhana pula sudah tidak dapat menahan rasa geli hatinya. Dia tertawa kecil di hadapan Sofia.
“Jangan ketawa, nanti habis make-up tanggal,” marah Sofia.
“Macam mana saya tak ketawa, muka Mak Sofia lucu ketika marah,” jelas Suhana.
“Yalah, aku tau la engkau tu cantik, lawa. Aku ni pondan tua,” Sofia mencurahkan perasaannya kepada Suhana, dan aku adalah saksinya.
“Lima minit lagi kita mula shooting!” tiba-tiba Ridzuan bersuara dengan lantang.
“Ridzuan menghampiri aku, Sofia dan Suhana yang sedang menadah mukanya untuk disolek oleh Sofia.
“Make-up macam mana, okey?” tanya Ridzuan.
“Tak okey kalau you bagi kami lima minit. Kalau sepuluh minit tu okey la…,” jawab Sofia lantang.
“Cepat sikit, Sofia. Kalau make-up orang tu, tangan yang jalan bukannya mulut,” marah Ridzuan sambil berpaling ke arah kamera kedua yang berada beberapa meter sahaja daripada kami bertiga.
“Benci betul aku dengan pengarah tu, mulut dia jahat betul. Kalau aku ada cili, aku cili mulut dia,” Sofia membebel.
“Okey semua, ready for shooting,” jerit Ridzuan.
“Dah la Suhana, you boleh shooting sekarang,” kata Sofia.
“Ye ke Mak Sofia, saya rasa macam make-up di muka saya tak habis aje,” Suhana ragu-ragu.
“Okey….” Sofia menyakinkan Suhana.
“Okey ke, Farid?” kata Suhana sambil memandang ke arah aku.
Aku hanya menganggukkan kepalaku ikhlas. Suhana yakin dengan anggukan aku yang menyatakan wajahnya telah disolek sempurna.
“Engkau ni Suhana….” Sofia mematikan kata-katanya tiba-tiba.
“Mak Sofia marah….” Tanya Suhana sambil bangun dari tempat duduknya.
“Tak…,” jawab Sofia.
“Okey, semua ambil tempat masing-masing,” arah Ridzuan.
Beberapa ketika kemudian pengambaran drama Penghujung Dunia disambung. Aku hanya memandang daripada kejauhan Suhana melakonkan watak yang terdapat di dalam skrip drama aku itu. Melihat gerak langkah Suhana melakonkan watak yang aku cipta, dia berupaya melupakan kenangan silam aku bersama seorang gadis. Sememangnya Suhana seorang gadis yang hebat. Hati aku terus memberontak untuk mengenali dirinya dengan lebih rapat lagi.
Ketika Suhana berlakon, aku tidak mahu mengganggu tumpuannya. Aku bergerak mendekati kereta Wira 1.5 yang aku letakkan di tempat letak kereta. Sampai di kereta, terus aku membuka pintunya dan melabuhkan punggung aku di kerusi. Kemudian, aku merendahkan sedikit kerusi kereta aku ke belakang bagi memudahkan aku berbaring untuk beberapa ketika.
Sebelum aku memejamkan mata, aku melihat jam di tangan. Jarum jam menunjukkan jam 10.34 minit pagi. Aku akan mengajak Suhana makan tengah hari bersama-sama aku nanti. Aku terbayangkan riak wajah Suhana ketika gadis itu bertanyakan kepadaku tentang kesempurnaan soleknya. Lantas menyakinkan aku bahawa Suhana seolah-olah merelakan aku menatap wajahnya sepuas hatiku.
Aku merebahkan tubuh aku di kerusi kereta yang telah aku condongkan sedikit. Niat hati untuk melelapkan mata beberapa ketika kerana semalam aku tidak cukup tidur. Bukan semalam saja, malah beberapa hari sebelumnya aku tidak cukup tidur kerana fikiran aku ligat memikirkan skrip drama yang terbaru. Namun semalam merupakan hari yang paling sukar untuk aku melelapkan mata kerana terkenangkan Suhana. Diri Suhana begitu hebat… membuatkan hati aku yang selama ini sudah tawar dengan wanita meronta-ronta, berbisik bahawa gadis itu seharusnya aku miliki.
Aku mengeluh mengenangkan kisah lalu. Dua kali aku dikecewakan oleh gadis yang bernama kekasih. Kedua-duanya bersuamikan lelaki yang lebih hebat daripada aku.
Mira, gadis pertama yang aku cintai ketika sedang menuntut di alam persekolahan. Tidak aku ketahui di mana dia berada kini. Dengar khabar, dia sudah bersuami dan mempunyai tiga orang anak.
Aku mengeluh beberapa kali agar terlontar kenangan lalu daripada bertenggek di fikiranku. Sekali lagi aku melihat jam di tangan aku, jarum jam menunjukkan 11.06 minit pagi. Sukar bagi aku untuk melelapkan mata ketika itu. Lantas aku mengambil keputusan untuk menegakkan kembali tempat duduk kereta aku. Aku melihat Suhana membawa watak utama di dalam drama terbaru Ridzuan.
Sememangnya Suhana seorang pelakon baru yang berbakat besar. Dia mampu menjadi seorang pelakon yang terkenal suatu hari nanti. Aku tidak melepaskan pandangan aku ke arah Suhana sehinggalah aku terdengar suara Ridzuan.
“Cut!” jerit Ridzuan. “Bagus Suhana, kalau macam ni I boleh ambil you berlakon dalam drama I yang akan datang,” janji Ridzuan.
Suhana mengukirkan senyuman manis apabila dipuji.
“Kita berehat sekarang. Jam 2.30 petang nanti kita sambung lagi,” arah Ridzuan.
Mendengar kata-kata Ridzuan itu, perlahan-lahan aku keluar dari perut kereta. Aku mengorak langkah mendekati Suhana. Sambil itu aku melihat sekilas jam di tangan kanan aku, jarum jam menunjukkan pukul 12.03 minit tengah hari.
“Suhana…,” tegur aku kepada Suhana yang sedang duduk di atas kerusi berhampiran kamera kedua.
Suhana menoleh ke arah aku tanpa sebarang bicara.
“Jom kita makan…,” pelawa aku.
Terukir senyuman di bibir Suhana. Senyuman yang sentiasa aku nanti-nantikan supaya dapat aku simpan dalam ingatanku.
“Boleh… you belanja I?” Suhana inginkan kepastian.
“Dah tentu…,” balas aku perlahan. Bimbang didengari oleh Sofia dan jurukamera kedua yang berada berhampiran dengan kami.
“Kalau macam itu, jom kita pergi…,” kata Suhana sambil bangun dari kerusi yang didudukinya sebentar tadi. Dia mencapai tas tangan lalu beredar.
“Hai, berdua aje ke makan…,” celah Sofia, seolah-olah cemburu kerana aku tidak mempelawanya makan sekali.
“Kami ada hal penting yang nak dibincangkan,” dalih aku sambil merangkul pinggang Suhana yang ramping. Dalam firasat aku, sudah tentu belum ada lelaki dapat merangkul pinggang Suhana sebegitu. Aku rasa pada saat itu akulah lelaki yang paling bertuah kerana dapat memiliki Suhana.
Kami terus melangkah menuju ke Restoran Sri Murni, restoran yang kami singgahi semalam. Sampai di dalam restoran itu kami terus menuju ke kerusi yang kedudukannya sama seperti semalam. Tidak aku ketahui kenapa tiada pelanggan memilih untuk duduk di situ. Mungkin pelanggan restoran itu lebih gemar duduk di luar restoran kerana pemandangan di luar restoran begitu indah menghadap laut yang luas terbentang.
“Kenapa you lebih suka makan di sini?” tanya Suhana setelah kami selesa dengan kedudukan kami. Aku memilih tempat duduk yang menghadap wajah gadis itu. Supaya mudah aku menatapi wajahnya, merenung sepasang matanya yang cantik dan jika Suhana tersenyum, aku mampu memiliki senyumannya itu.
“I rasa restoran ini sesuai dengan diri I. Cara mereka menyediakan hidangan dan layanannya begitu menarik hati I,” jelas aku.
“Jadi you ni seorang yang mementingkan kesempurnaan?” Suhana berterusan bertanya aku.
“Emm…,” jawab aku sambil menatap seraut wajah Suhana.
“I…,” Suhana mematikan suaranya apabila seorang pelayan Restoran Sri Murni menegur kami.
“Encik, cik nak makan apa?”
“Bagi saya mi goreng,” jawab aku.
“Bagi saya bihun goreng,” kata Suhana.
“Minum?”
“Bagi saya kopi panas,” jawab aku.
“Cik?” tanya pelayan Restoran Sri Murni kepada Suhana.
“Berikan saya ais kosong aje,” jawab Suhana sambil tersenyum. Aku mengambil kesempatan memandang senyuman Suhana yang sungguh menawan itu.
“You tak nak jadi penyanyi?” Aku terus-menerus bertanya gadis di hadapan aku.
“Teringin jugak kalau ada peluang,” Suhana berterus-terang.
“I kenal dengan seorang komposer. Dia tengah cari penyanyi baru, macam you,” jelas aku sambil menatap seraut wajah Suhana.
Suhana tersenyum. Cantik benar senyumannya.
“You rasa I boleh nyanyi ke? Tanya Suhana, kurang yakin dengan dirinya sendiri.
“Kalau you tak boleh nyanyi takkan I nak tolong you,” jawab aku sambil menatap seraut wajah Suhana yang ayu.
Suhana hanya membisu apabila aku berkata begitu. Seolah-olah dia kehilangan kata-kata untuk bersuara.
“Sebenarnya I dah dengar suara you menyanyi. Kan you menyanyi untuk intro drama Ridzuan,” aku mematikan teka-teki yang bermain di fikiran Suhana.
Senyuman terukir di bibir Suhana. Hatinya berbisik, jejaka di hadapannya memang seorang yang cerdik menilai kelebihan yang dimilikinya. Malahan, seorang yang pandai menjaga hati dan menghormati seorang wanita.
“Bila you habis shooting dengan Ridzuan?” sambung aku.
“Minggu depan,” jelas Suhana.
“Minggu depan kita jumpa kawan I,” kata aku.
“Okey…,” balas Suhana sambil mengukir senyuman berpanjangan.
“Kalau you nak stay di rumah I pun tak apa. Ada sebuah bilik kosong di rumah I,” ajak aku. Kemudian timbul kebimbangan di hati ini andai pelawaan ikhlas aku itu disalah ertikan oleh Suhana. Aku terlepas cakap!
“I tak kisah…,” jawab Suhana pendek. Membalas renungan sepasang mata yang aku miliki. Perasaan lega pantas menyelinap masuk ke dalam hatiku.
“Hari ini bila you habis shooting?” tanya aku.
“Tak tahu lagi,” balas Suhana pendek.
Aku diam seketika. Memikirkan sesuatu yang tidak diketahui oleh Suhana.
“Bila agaknya you habis shooting dengan Ridzuan?” tanya aku lagi, masih menagih jawapan. Aku ingin menunjukkan banglo aku yang dihias cantik kepada gadis yang manja dan mudah tersenyum itu.
“Esok petang,” jawab Suhana pendek.
Aku tersenyum.
“Okey, esok petang I datang jemput you,” ujarku pendek.
Suhana melemparkan senyum. “Okey!” jawab Suhana. Tanpa disedari, jawapan itu telah menjuruskan kami ke lembah maksiat.
Suhana melihat jam tangannya. Jarum jam menunjukkan pukul 2.00 petang. Setengah jam lagi dia akan menyambung kembali penggambaraannya yang tertangguh sebentar tadi.
Aku turut melihat jam tangan aku. ‘2.00 petang’, bisik hati aku. Telinga aku masih terngiang-ngiang suara Ridzuan yang menyatakan bahawa penggambaran akan disambung jam 2.30 minit petang.
Suhana memerlukan rehat sebelum menyambung kembali penggambaran. Kebiasaannya Ridzuan amat mementingkan masa, jika 2.30 minit petang katanya, maka mereka yang terbabit dalam penerbitan drama atau filem arahannya perlulah bersedia pada masa yang telah ditetapkan. Jika tidak tentu mereka akan dimarahinya, setidak-tidaknya ditegur.
Aku memanggil pelayan Restoran Sri Murni yang berada beberapa meter saja daripada kami. Pelayan itu menghampiri dengan langkah kaki yang pantas.
“Berapa?” tanya aku.
Pelayan itu memandang kertas di tangannya. Kemudian menoleh ke arah aku.
“RM15.50 encik,” kata pelayan itu.
Aku menghulurkan wang RM20 kepadanya.
“Bakinya awak ambil,” kata aku.
Pelayan itu tersenyum.
“Terima kasih encik.”
“Terima kasih encik.”
“Sama-sama!” balas aku sambil bangun.
Suhana turut bangun. Kerusi yang diduduki kami ditolak ke belakang. Pandangan kami bertembung secara tidak sengaja.
“Baik you berehat sekarang. Ridzuan seorang yang begitu tegas tentang masa. Kalau jam 2.30 katanya, sebelum jam 2.30 awak mesti sudah bersedia.” Aku menasihati Suhana.
Suhana tersenyum. “Dah lama awak kenal dia?” tanya Suhana.
“Baru setahun dua tapi sudah banyak skrip saya dijadikan drama bawah arahannya,” kata aku jujur.
Kami berjalan beriringan menuju ke lokasi penggambaran drama terbaru Ridzuan. Setelah beberapa minit berjalan, kami tiba di lokasi penggambaran di mana Suhana menjadi watak utamanya.
“Suhana, selamat berlakon kembali,” gurau aku.
Suhana tersenyum.
“Esok petang I datang ambil you,” sambung aku, menatapi seraut wajah Suhana.
“Baiklah,” balas Suhana.
“Bye,” ucap aku pendek.
“Bye,” kata-kata yang pendek tetapi penuh bermakna bagi aku.
Pasti malam nanti aku akan merinduinya. Rindukan seorang wanita yang baru sahaja beberapa hari aku kenali. Hebat sungguh Suhana kerana berjaya menambat hatiku. Selama ini sukar untuk aku menerima cinta seorang wanita jika aku tidak mengenalinya.Aku mulai menyayanginya. Kelembutan suaranya aku rindui, keayuan wajahnya aku bayangi, senyumannya juga sentiasa aku dambakan. Disebabkan keinginan aku untuk melihat senyumannya, maka aku harus membahagiakannya sentiasa. Itulah tekadku di dalam hati.
Setelah melangkah pergi meninggalkan Suhana dengan tugasnya sebagai seorang pelakon, aku menuju ke kereta yang terletak beberapa meter sahaja dari lokasi penggambaran. Aku menekan alat penggera kereta, secara automatik kunci pintu kereta terbuka.
Setelah melangkah pergi meninggalkan Suhana dengan tugasnya sebagai seorang pelakon, aku menuju ke kereta yang terletak beberapa meter sahaja dari lokasi penggambaran. Aku menekan alat penggera kereta, secara automatik kunci pintu kereta terbuka.
Perlahan-lahan aku membuka pintu kereta. Enjin kereta dihidupkan. Aku membiarkan enjin kereta aku panas beberapa ketika sebelum memulakan destinasi seterusnya. Aku melihat jam tangan, pukul 2.25 minit petang, masih terlalu awal untuk aku pulang ke rumah aku di Kuala Lumpur.
Esok aku akan bertemu dengan Suhana. Jika aku pulang ke Kuala Lumpur, sudah tentu aku harus kembali lagi ke sini untuk mengambil Suhana. Fikiran aku ligat berfikir.
“Lebih baik aku sewa hotel hari ini,” bisik aku sendirian.
Serentak itu aku mendapat idea yang bagus untuk jalan cerita skrip drama aku yang seterusnya. Adalah lebih baik andai aku merangkanya malam ini. Jika ada kesempatan aku akan sediakan rangka cerita yang mengandungi watak-wataknya sekali, memudahkan aku menyiapkannya kelak. Pastinya aku akan meluangkan satu watak yang paling sesuai untuk Suhana. Supaya Suhana akan sentiasa berada di sisi aku.
Aku terus mengikut gerak hati, menyewa sebuah hotel di sekitar Port Dickson. Setelah memandu hampir 15 minit, kereta yang aku pandu tiba di Hotel Seri Malaysia. Hati aku berbisik, hotel ini pasti dapat memberi aku keselesaan untuk menghasilkan skrip drama aku yang terbaru. Semestinya, Suhana akan menjadi pendorong aku untuk menyiapkannya kelak. Suhanalah sumber ilhamku.
Kereta yang aku pandu berhenti di petak parkir kereta. Aku mematikan enjin kereta. Beberapa ketika kemudian, aku keluar dari perut kereta, menuju ke belakang kereta untuk mengeluarkan beg yang mengandungi beberapa helai pakaian dan helai kertas yang kebiasaannya digunakan untuk merangka skrip drama.
Aku mengunci kereta yang aku beli dua tahun lalu. Setelah dua langkah aku bergerak, aku meyakini keselamatan keretaku. Tidak mungkin ia akan dicuri orang. Kaki aku meneruskan langkah menuju ke kaunter pertanyaan di Hotel Seri Malaysia, Port Dickson.
“Saya perlukan sebuah bilik,” kata aku kepada seorang pelayan di kaunter.
“Sekejap ya, encik,” katanya pendek.
Beberapa ketika kemudian, dia mengeluarkan sehelai resit. Setelah melihat resit itu, aku mengeluarkan beg duit daripada kocek seluar dan mengeluarkan wang seperti mana yang tertera di resit itu. Setelah menandatangani, aku mengambil salinannya.
“Terima kasih encik,” ucap pelayan yang berada di kaunter. Wajahnya cantik, tetapi tidak sehebat kejelitaan yang Suhana miliki. Itulah perasaan yang aku rasai… dialun dengan senyuman, ketajaman renungan mata, juga kelunakan suara Suhana. Sehingga aku terlupa bahawa kami belum diijab kabulkan, haram senyuman, renungan mata, juga suaranya untuk aku.
Sambil membimbit beg pakaian, aku mencari bilik yang telah aku tempah. Sampai di bilik yang telah ditetapkan, aku membukanya dengan kunci yang telah diberikan oleh pelayan tadi. Suiz penghawa dingin dihidupkan. Hawa dingin meresapi bilik kecil itu. Beg pakaian yang aku bimbit tadi diletakkan di atas katil. Aku menyelak langsir yang menutup sebahagian besar pandangan dunia luar. Di sebalik jendela itu, aku dapat melihat kesuraman cahaya matahari yang semakin hilang sinarnya. Segagah-gagah matahari, bila tiba waktunya kehangatannya akan hilang diganti kedinginan malam gelita.
Setelah termenung hampir lima minit melihat keindahan matahari yang terbenam, aku mengambil keputusan untuk membersihkan diri. Sebelum itu, aku mengeluarkan fail yang mengandungi beberapa helai kertas A4. Kemudian meletakkannya di atas meja sebagai peringatan bahawa selepas makan malam nanti, aku mesti menyiapkan rangka skrip terbaru yang belum dinamai tajuknya itu. Aku harus memastikan bahawa kisah dan jalan ceritanya bersesuaian dengan diri Suhana untuk mengeratkan lagi hubungan aku dengannya. Itulah pengorbanan yang mampu aku berikan untuk memperolehi senyuman, renungan, juga suaranya yang manja menggoda itu.
Setelah termenung hampir lima minit melihat keindahan matahari yang terbenam, aku mengambil keputusan untuk membersihkan diri. Sebelum itu, aku mengeluarkan fail yang mengandungi beberapa helai kertas A4. Kemudian meletakkannya di atas meja sebagai peringatan bahawa selepas makan malam nanti, aku mesti menyiapkan rangka skrip terbaru yang belum dinamai tajuknya itu. Aku harus memastikan bahawa kisah dan jalan ceritanya bersesuaian dengan diri Suhana untuk mengeratkan lagi hubungan aku dengannya. Itulah pengorbanan yang mampu aku berikan untuk memperolehi senyuman, renungan, juga suaranya yang manja menggoda itu.
BAB 2
HUBUNGAN aku dengan Suhana semakin akrab. Pertalian yang terjalin antara kami seolah-olah hubungan sepasang suami isteri yang sudah diijab kabulkan.
Setiap kali menikmati malam yang penuh rayuan, kami tidak pernah merasa bersalah. Malah, malam itu sentiasa dinanti-nantikan terutamanya ketika kesejukan diiringi renjisan hujan yang membasahi kesuraman malam. Walaupun malam itu begitu sejuk, hakikatnya malam sebegitu adalah malam yang penuh kehangatan kami. Hangat dicengkam hasutan syaitan.
Setiap kali menikmati malam yang penuh rayuan, kami tidak pernah merasa bersalah. Malah, malam itu sentiasa dinanti-nantikan terutamanya ketika kesejukan diiringi renjisan hujan yang membasahi kesuraman malam. Walaupun malam itu begitu sejuk, hakikatnya malam sebegitu adalah malam yang penuh kehangatan kami. Hangat dicengkam hasutan syaitan.
“Farid, you masih tak tidur lagi ke. Esok kita ada shooting…,” suara Suhana mencecah lembut ke telinga aku. Dia berbaring disebelahku.
Aku hanya menggelengkan kepala. Pertanyaan Suhana, gadis yang periang dan sering menjadi rebutan lelaki itu tidak lagi menarik perhatianku. Aku tidak tahu kenapa aku berkeadaan begitu. Aku terus mencari jawapannya namun aku tetap tidak menemui kesimpulan kepada kegelisahan aku itu.
Telefon bimbit aku berbunyi minta dijawab. Aku malas untuk menyambut panggilan yang ditujukan kepada aku. Aku tidak tahu siapakah yang menghubungi aku. Kala itu, aku lebih selesa termenung dan memikirkan masa hadapan aku yang tidak tahu hujung pangkalnya.
Mengapakah jantung aku berdebar kencang? Mungkinkah Ridzuan menghubungi aku sedangkan aku belum lagi selesai menyiapkan skrip drama terbaru. Jantung aku semakin kencang berdebar apabila menyedari bahawa aku telah memungkiri janji terhadapnya.
Mengapakah jantung aku berdebar kencang? Mungkinkah Ridzuan menghubungi aku sedangkan aku belum lagi selesai menyiapkan skrip drama terbaru. Jantung aku semakin kencang berdebar apabila menyedari bahawa aku telah memungkiri janji terhadapnya.
Aku terus memejamkan mata tetapi jantung aku terus berdebar kencang. Aku tidak dapat melelapkan mata walau sesaat. Malam itu adalah malam yang amat panjang bagiku. Kadangkala aku merasa rugi besar kerana membuang masa begitu. Kalau empat jam jangka masa kegelisahan aku itu digunakan untuk menyiapkan satu episod drama sudah tentu aku sudah mendapat sekurang-kurangnya seribu ringgit.
Semenjak menjadi seorang penulis skrip yang mulai menempah nama di kalangan para pengarah terkenal, aku mulai sibuk menghasilkan skrip drama untuk mereka. Hampir setiap malam aku menghabiskan waktu malam aku bersama komputer yang aku beli tiga tahun yang lalu. Hinggakan kadangkala Suhana terpaksa tidur bersendirian tanpa aku di sisinya.
Suhana adalah gadis yang memahami perasaan aku. Dialah satu-satunya gadis yang aku temui ketika aku memerlukan seorang wanita dalam hidup ini. Gadis kota berwajah ayu yang sentiasa menjaga kesopanan gadis Melayu.
Sesekali aku terfikir, adakah aku bersalah membawa Suhana bergelumbang dengan dosa-dosa? Mendedahkan tubuhnya kepada orang yang tidak halal bagi dirinya? Ah! Aku memang berdosa berkelakuan sedemikian, tetapi hasutan syaitan begitu kuat sehinggakan aku merasa terlalu bodoh andainya aku menolak tawaran Suhana untuk hidup bersama tanpa mempunyai ikatan yang sah dari segi agama Islam.
Keluarga aku di kampung sama sekali tidak mengetahui bahawa sudah setahun hidup kami dibaluti dosa-dosa. Suhana sering menyamar sebagai kawan biasaku jika ada orang yang dikenali menegur kami di tempat membeli-belah atau di tempat peranginan yang indah dan nyaman.
Wanita yang menjadi penyeri rumah aku itu sememangnya seorang gadis yang bersopan santun dan peramah. Pakaiannya juga tidak begitu menjolok mata. Aku selesa dengan segala apa yang dimiliki oleh Suhana, personaliti dan keperibadiannya.
Telefon bimbit aku berbunyi selepas hampir setengah jam mendiamkan diri. Kali ini hati aku mulai tergerak untuk menyambut panggilan itu.
“Hello!” sambut aku sambil lewa. Dalam keadaan terpaksa merelakan hari baru aku diganggu oleh seseorang yang mungkin aku kenali. Hanya individu yang dikenali sahaja aku berikan nombor telefon itu.
“Hello, Farid! Aku ni pak long engkau. Engkau pergi mana? Dari kelmarin aku telefon engkau tapi tak dapat-dapat!” suara pak long garang mencecah ke telinga aku.
“Kenapa ni Pak Long?” tanya aku. Tentu ada sebab kenapa pak long bersuara kasar dengan aku. Selama ini aku mengenali pak long, dia adalah seorang yang lemah lembut dan memahami perasaan orang lain. Mungkinkah dia sudah tahu bahawa aku tinggal serumah dengan seorang pelakon yang terkenal yang menjadi rebutan ramai? Habislah aku kali ini, tentu aku akan dipulaukan oleh orang kampung dan ahli keluarga aku sendiri. Walaupun aku dibesarkan dengan asas-asas ilmu agama yang kukuh, aku tewas dengan dugaan hidup di kota kosmopolitan. Kota ini merebahkan aku di bawah kaki nafsunya.
Soalan aku sebentar tadi tidak dijawab oleh pak long. Aku tahu pak long cuba menenangkan perasaan marahnya kepada aku. Hati aku terus memberontak untuk mengetahui kenapa pak long bersikap sedemikian kepada aku.
“Kenapa, pak long ada cerita tak baik ke?” Aku cuba mencungkil jawapan yang masih terkunci di bibir pak long.
“Emak, ayah, dan adik engkau terlibat dalam kemalangan jalan raya kelmarin,” lembut saja suara pak long mencecah ke telinga aku. Suasana sunyi seketika.
“Farid?” Pak long memanggil namaku.
“Apa? Mereka kemalangan…,” aku seolah-olah sukar menerima berita yang disampaikan oleh pak long. Benarkah? Bermimpikah aku? Tapi kini aku memang di alam nyata, sedang berbual dengan pak long di dalam talian.
“Sekarang mereka di mana?” tanya aku lagi. Mengharap pak long menjelaskan dengan lebih terperinci berita yang sepatutnya sampai ke telinga aku kelmarin.
“Mereka telah selamat dikebumikan..,” jelas pak long. Sendu suaranya itu mengundang sebak di dadaku.
“Ya Allah…,” itulah kali pertama aku mengucapkan kalimah Allah setelah aku hidup bersama Suhana. Siapakah yang harus dipersalahkan? Hendak aku salahkan Suhana, aku sebagai lelaki sepatutnya membawa dia ke jurang yang membahagiakannya di dunia dan akhirat. Hendak aku salahkan pengarah-pengarah drama, aku sendiri yang berminat dalam bidang itu. Kepada siapa lagi harus aku tudingkan jari?
Segala-galanya salah aku! Semangat aku tidak kuat untuk menghadapi segala dugaan yang mendatang. Aku sebenarnya yang bersalah….
Aku bingkas bangun menuju ke bilik tidur kami. Suhana yang sedang mendandan rambut, memandang hairan ke arah aku yang tergesa-gesa membuka pintu almari.
“You nak ke mana?” tanya Suhana.
“Balik kampung,” jawab aku pendek.
“Kenapa?” tanya Suhana sambil bangun menuju ke arah aku. Dipandangnya seraut wajahku.
Aku diam dalam gelisah. Tangan kanan aku mengambil sehelai baju t-shirt dari dalam almari. Menyarung ke badan yang tidak berbaju sejak beberapa jam yang lalu. Cuaca panas pada siang hari tadi menyebabkan malam itu menyimpan kehangatan cahaya matahari.
“Kenapa, Farid?” tanya Suhana lagi inginkan kepastian.
Aku menarik nafas panjang-panjang. Kemudian melepaskannya perlahan-lahan.
“Keluarga I dah meninggal. Mereka sudah pergi…,” terasa satu keperitan menggigit tangkai hatiku saat itu. Aku seperti tidak ingin menyebut perkara itu.
Suhana merebahkan punggungnya di katil. Dia terpana, turut sama merasa simpati dengan nasib yang menimpa aku. Kemudian perlahan-lahan dia memandang ke arah aku.
“Boleh I ikut?” tanya Suhana, berharap. Mengharapkan aku mengizinkannya menemui keluargaku, walaupun hanya gambar kenangan yang bakal ditemui.
Aku diam seketika. Suhana memandang aku dengan penuh harapan.
“Tak apa biar I balik seorang,” bantah aku.
Terukir wajah kecewa di seraut wajah Suhana.
Aku meninggalkan Suhana keseorangan di rumah. Mustahil aku akan membawanya pulang. Tentunya pak long dan saudara maraku akan mengenali Suhana, seorang pelakon yang sedang meningkat popular. Kerap melakonkan watak gadis kampung yang penuh dengan kesopanan dan kesucian. Dibimbangi mereka akan terkejut apabila melihat penampilan Suhana yang berbeza sebaik bertemunya.
Lebuh raya menuju ke Selatan Semenanjung Malaysia aku lewati. Sepanjang perjalanan, pelbagai perasaan timbul di hati aku. Mengapa perkara sebegitu berlaku ke atas diri aku?” Dugaankah ini? Atau ia adalah balasan di atas dosa-dosa yang telah aku lakukan?
Jam di tangan aku menunjukkan pukul 11.05 minit malam. Dalam andaian aku, hanya setengah jam saja lagi aku akan sampai di kampung. Kampung yang telah mengenalkan aku akan erti kehidupan, pengertian seorang ibu, pengorbanan seorang ayah, juga perasaan dikecewakan oleh seorang wanita.
Tiba di halaman rumah aku memberhentikan kereta. Enjin kereta dimatikan. Lampu luar rumah masih terang-benderang. Ketibaan aku kali ini begitu sepi. Kebiasaannya apabila kereta aku berhenti di halaman rumah, pasti akan ada orang yang menyambut kepulangan aku. Tapi kini suasana begitu sepi. Tiada lagi suara ibu memanggil namaku.
Aku mematikan enjin kereta. Perlahan-lahan aku keluar dari dalam perut kereta dan berdiri seketika di sisi kereta. Benarkah kepulangan aku ini tidak disambut? Benarkah ayah, ibu, serta Farhana, satu-satunya adik yang aku miliki itu telah tiada? Atau mungkinkah aku sedang bermimpi?
Aku mendongak ke langit. Ya, Tuhan, jadikanlah ini hanya satu mimpi, apabila kusedar nanti, ibu, ayah, serta adik aku menyambut kepulangan aku ini.
Tanpa aku sedari, air mata mengalir di pipi. Sunyi sungguh suasana rumah itu ketika dilihat dari halaman rumah. Aku tidak bermimpi. Aku kini berada di alam nyata. Mereka sudah tiada lagi di dunia ini. Pemergian mereka mendesak aku menerima hakikat bahawa hanya tinggal aku keseorangan di dunia ini. Tanpa ayah, tanpa ibu serta tanpa adik ku yang sentiasa menunjukkan kemanjaannya. Dalam kemanjaannya itu tersimpan ciri-ciri seorang gadis yang lembut dan menyayangi daku, ayah serta ibu. Kehilangannya menyebabkan diri ini merasakan aku kehilangan segala-galanya.
Telinga aku terdengar bunyi tapak kaki seseorang menghampiri aku. Mungkinkah itu bunyi tapak kaki ayah. Caranya menijak rumah yang separuh papan dan separuh simen itu seolah-olah cara ayah berjalan. Fikiran aku juga ligat berfikir, mungkin di rumah pak long ada kenduri hari ini, itu sebabnya mereka tidak ada di rumah. Lagipun, kepulangan aku ini tidak mereka ketahui. Kepulangan secara tiba-tiba setelah mendapat berita daripada pak long bahawa….
“Baru sampai, Farid,” terdengar suara pak long mencecah ke telinga aku. Aku kecewa, bukan ayah yang menyambutku. Bunyi tijakan tadi bukannya kesan tijakan kaki ayah, tetapi bunyi tijakan kaki pak long, abang kepada ayahku yang amat disayangi dan dirindu.
Fikiran dan hati yang sukar menerima hakikat bahawa kini hidupku tanpa ayah, tanpa ayah dan tanpa adik yang manja membuatkan aku tidak mengendahkan sapaan pak long. Aku hanya membisu.
“Kunci rumah ada pada pak long. Engkau nak tidur di sini atau di rumah pak long?” tanya pak long.
Aku melihat rumah pak long yang jaraknya hanya beberapa meter saja dari rumah yang terbentang di hadapanku ini. Rumah yang telah membesarkan aku sehingga menjadi seorang penulis skrip drama yang terkenal. Di rumah inilah aku mendapat galakkan daripada adik, ayah, serta ibu untuk berkarya. Bersalahkah aku jika aku tidak bersama pak long malam ini? Memilih rumah yang lebih selesa untuk melelapkan mata. Tapi bolehkah aku melelapkan mata jika kekesalan masih kencang bermain di hati dan perasaan?
“Sudahlah Farid. Jangan engkau kesalkan apa yang berlaku. Esok pagi kita pergi ke kubur mereka,” pujuk pak long sambil memegang bahu aku.
Aku mengesat air mata yang mengalir di pipi terpaksa mengakui hakikat kehilangan keluarga yang aku sayangi.
“Malam ini saya tidur di sini, pak long,” kata aku setelah beberapa ketika membisu.
Pak Long mengeluh.
“Suka hati engkaulah,” kata pak long dengan nada perlahan.
“Saya bersalah, pak long,” kata aku sambil menitiskan air mata. Sayu terasa di hati setelah menyedari bahawa diri aku sebenarnya berada di alam nyata. Kembalikanlah mereka….
“Sabar ye, Farid… biar pak long bukakan pintu,” pujuk pak long sambil melangkah menuju ke pintu utama rumah.
Pintu utama rumah terbuka luas mengundang memori di tabir hati.
“Farid,” kata pak long sambil menoleh ke arah aku yang masih tercegat di sebelah kereta.
Pak long membuka lampu di dalam rumah. Rumah terang-benderang tetapi suasana begitu sunyi. Aku melangkah menuju ke rumah. Berhenti seketika di beranda sebelum melangkah ke dalam rumah. Kebiasaannya, kepulangan aku disambut oleh kenakalan Farhana yang berusia 13 tahun. Kebiasaannya, adik aku yang manja dan periang itu akan menyambar beg yang aku bawa dan bertanya, “Apa yang abang bawa untuk saya?”
Pak long membuka lampu di dalam rumah. Rumah terang-benderang tetapi suasana begitu sunyi. Aku melangkah menuju ke rumah. Berhenti seketika di beranda sebelum melangkah ke dalam rumah. Kebiasaannya, kepulangan aku disambut oleh kenakalan Farhana yang berusia 13 tahun. Kebiasaannya, adik aku yang manja dan periang itu akan menyambar beg yang aku bawa dan bertanya, “Apa yang abang bawa untuk saya?”
Tetapi kepulangan aku kali ini tidak ada lagi soalan seperti itu. Suara Farhana yang manja dan periang tidak mungkin akan kedengaran lagi di telinga aku. Tidak lagi sampai bila-bila.
Suasana dalam rumah seperti juga ketika aku pulang empat bulan yang lalu. Masih tergantung gambar aku di dinding ketika hari konvokesyen tiga tahun yang lalu. Sengaja aku gantungkan gambar itu untuk memberi galakan kepada Farhana, supaya suatu hari nani dia juga akan berjaya seperti mana kejayaan yang aku perolehi itu.
Aku menoleh ke arah gambar keluarga yang diletakkan di sebelah meja TV. Ceria tertera pada semua wajah dalam sekeping gambar yang diambil ketika Hari Raya Aidilfitri lima bulan yang lalu. Dalam gambar itu kelihatan wajah riang Farhana. Farhana seorang gadis yang manja, periang, tetapi tegas. Ketegasannya sama seperti sifat ayah. Periang dan manja pula diwarisi daripada sifat ibu kami.
Malangnya, Farhana sudah bersemadi bersama ayah serta ibu di perkuburan yang akan aku ziarahi esok hari. Mustahil mereka akan kembali dan menyambut kepulangan aku pada hari ini, juga hari-hari akan datang.
“Engkau dah makan?” tanya pak long.
Aku diam. Tidak menjawab soalan pak long. Pak long memandang wajah aku beberapa ketika.
“Farid…” Pak long cuba mengejutkan aku supaya menerima hakikat bahawa kepulangan aku ini adalah kepulangan setelah mengetahui adik, ayah serta ibuku terlibat dalam kemalangan dan mereka telah selamat disemadikan.
“Farid, pak long balik dulu,” kata pak long lagi.
Aku masih lagi diam. Sukar untuk aku mengeluarkan sebarang perkataan ketika itu kerana hati ini terasa begitu sayu dan pilu. Aku bimbang pak long akan terlihat tangisanku jika aku bersuara saat itu.
Pak long melangkah keluar dari rumah. Selipar jepun yang dipakainya tadi disarung kembali. Perlahan-lahan dia melangkah menuju ke rumahnya berbekalkan sebuah lampu picit.
Aku melabuhkan punggung aku di sofa. Memikirkan nasib malang yang menimpa diri. Jika mengikut perancangan aku, beberapa bulan lagi aku ingin memperkenalkan Suhana kepada ahli keluarga aku. Malangnya, apa yang dirancangkan itu hanya tinggal rancangan dan tidak mungkin akan menjadi kenyataan. Kekosongan yang aku rasai ketika itu benar-benar menyakitkan.
*****
“Farid,” sayup-sayup suara orang memanggil nama aku.
Perlahan-lahan aku membuka mata. Berdiri pak long dengan wajahnya yang tenang.
“Kenapa engkau tidur di sini, pintu pun engkau tak tutup,” tegur pak long.
Aku menegakkan badan, daripada berbaring aku duduk. Menyandarkan badan di sofa. Rupa-rupanya malam tadi aku terlena di sofa itu. Adakah aku bermimpi bahawa aku kehilangan ahli keluarga yang amat aku sayang? Ya, mungkin… mataku menyorot ke dapur, mencari kelibat ibu yang kebiasaannya menyediakan sarapan pada waktu begini.
“Pergilah mandi, kita bersarapan di rumah pak long, lepas tu kita pergi kubur,” kata pak long.
Hati aku berbisik, ‘kubur… aku tidak bermimpi…. Cahaya matahari yang muncul pada pagi itu benar-benar wujud. Suara siulan burung murai juga benar-benar wujud. Seketika, hatiku terasa sedih mengenangkan kenyataan yang harus dihadapi pada pagi itu.
Pak long membuka tingkap berhampiran dengan sofa yang sedang aku duduk. Terang cahaya matahari pagi menyinar ke dalam rumah. Namun, sinaran mentari itu tetap tidak sama dengan cahaya kegembiraan bersama keluargaku. Benarlah, kita tidak akan menghargai seseorang itu sehinggalah kita kehilangannya… dan kini aku telah kehilangan semua ahli keluargaku tanpa sempat aku menyatakan rasa sayang itu.
“Cepat sikit Farid, dah jam 7.45 pagi ni,” kata pak long.
“Yalah,” jawab aku pendek.
“Jangan lupa, sarapan dulu di rumah pak long. Lepas tu kita pergi kubur,” kata pak long mengingatkan aku.
Aku bangun untuk membersihkan dan mempersiapkan diri menziarahi orang yang amat aku sayangi. Walaupun mereka sudah tiada, perasaan sayang itu masih ada dalam hati aku. Tanpa mereka, dunia ini terasa begitu kosong dan sepi. Dan kini aku kehilangan mereka, dunia aku semakin terasa kosong dan sepi.
“Mana Farid?” tanya mak long yang sedang menghidangkan sarapan pagi di meja makan.
“Baru bangun. Sekejap lagi dia datang,” kata pak long.
“Kesian ye kat Farid tu, bang,” simpati mak long dengan nasib anak saudaranya itu.
“Emmm…,” balas pak long sambil menyuapkan kuih karipap ke dalam mulutnya.
“Lepas pergi kubur, jangan lupa beli barang yang saya tulis kat kertas tu, bang,” kata mak long sambil menunjukkan sehelai kertas yang berada di atas meja makan.
“Yalah,” balas pak long sambil mengunyah makanan di dalam mulutnya. Kertas yang dimaksudkan mak long diambil dan dimasukkan ke dalam kocek baju melayu yang dipakai.
Suasana diam seketika.
“Kesian kat Farid ya, bang,” ulang mak long lagi sambil melabuhkan punggungnya di kerusi, menghadap suaminya.
“Emmm…,” jawab pak long pendek.
Suasana sepi seketika.
“Bang, apa kata kalau kita jodohkan Si Farid dengan anak kita, Zalifah?” tanya mak long.
Pak long diam.
“Kenapa? Abang tak setuju? Anak kita tu dah nak habis belajar,” sambung mak long.
Pak long diam lagi. Mak long mengeluh.
“Bang, saya tanya abang ni, apa kata kita jodohkan anak saudara awak tu dengan anak kita?” ulang mak long akan soalannya. Diharap soalannya kali ini akan dijawab.
Pak long menghirup air kopi di atas meja. Kemudian meletakkan kembali cawan yang dipegangnya ke atas meja. Dia menoleh kepada isterinya.
“Budak-budak sekarang ni, mereka pandai buat pilihan, tak macam kita dulu. Lagipun, saya percaya si Farid tu takkan setuju,” jawab pak long setelah beberapa ketika membisu.
“Kenapa? Tanya mak long pendek.
“Mereka berdua dah berkenalan sejak kecil lagi. Saya yakin mereka tidak akan setuju,” jelas pak long dengan yakin.
“Belum tanya lagi dah buat keputusan,” bantah mak long. Kelat wajahnya mengundang tawa di hati pak long.
“Kalau awak tak percaya, awak tanya sendiri kepada Farid,” kata pak long.
“Orang suruh dia tanya, dia suruh kita pulak,” rungut mak long.
Pak long tersenyum.
“Senyum pulak dia,” kata mak long. Tidak senang dengan senyuman pak long.
Pak long ternampak Farid sedang menghampiri pintu dapur rumah.
“Ha, tu Farid dah datang!” kata pak long kepada mak long.
Mak long bangun. Farid pula sudah begitu hampir dengan pintu.
“Masuk Farid. Sarapan,” kata mak long.
Farid masuk ke dalam rumah. Melabuhkan punggungnya di atas kerusi berhampiran dengan pak long. Mak long menuangkan air kopi ke dalam cawan Farid.
“Terima kasih mak long,” ucap Farid.
“Sama-sama,” balas mak long.
Farid mengambil sebiji kuih karipap. Mengunyahnya perlahan kemudian menghirup air kopi yang berada di hadapannya. Cawan yang dipegang diletakkan kembali ke atas meja. Farid memandang ke arah pak long yang kelihatan sudah menghabiskan air kopi di cawannya.
Pak long mengeluarkan sehelai kertas mengandungi nota yang ditulis oleh mak long. Dibacanya nota itu dengan penuh teliti. Ada sesuatu yang mengganggu fikiran pak long ketika itu.
“Apa yang awak tulis ni, Tipah?” tanya pak long.
“Kan tulisan saya dah selalu awak baca, takkan kali ini tak boleh baca pulak,” kata mak long sambil menghampiri pak long.
“Cuba awak baca,” kata pak long.
“Awak tu rabun. Kalau dah tahu mata tu rabun, pakailah cermin mata,” kata mak long marah.
“Ala, cermin mata saya di atas rumah,” kata pak long sambil menyeringai.
Mak long mengeluh.
“Ala, bila dah sampai di kedai bagi aje kertas tu pada tauke kedai, taulah dia membacanya,” kata mak long.
“Yalah, yalah,” pak long mengalah.
Aku melihat telatah mereka suami isteri. Fikiran aku teringat, begitulah kebiasaannya ayah dan ibu aku apabila ibu menyuruh ayah membeli sesuatu di kedai. Kebiasaan itu tidak mungkin aku lihat lagi, mereka sudah tiada lagi. Beberapa saat lagi aku akan menziarahi mereka di perkuburan. Aku akan ke pusara yang telah menempatkan ayah dan ibuku.
Aku melihat telatah mereka suami isteri. Fikiran aku teringat, begitulah kebiasaannya ayah dan ibu aku apabila ibu menyuruh ayah membeli sesuatu di kedai. Kebiasaan itu tidak mungkin aku lihat lagi, mereka sudah tiada lagi. Beberapa saat lagi aku akan menziarahi mereka di perkuburan. Aku akan ke pusara yang telah menempatkan ayah dan ibuku.
“Boleh kita pergi sekarang, pak long,” kataku sambil memandang ke arah pak long, memerhati reaksinya.
“Marilah,” ajak pak long.
Aku bangun. Melangkah keluar dari rumah menuju ke kereta. Pak long mengekori aku dari belakang. Sampai di kereta, aku membuka pintu kereta. Masuk ke dalam perut kereta dan menghidupkan enjin kereta untuk beberapa minit. Pak long masuk ke dalam perut kereta sesaat kemudian dan melabuhkan punggung di sebelahku.
“Berapa lama engkau cuti, Farid?” tanya pak long.
“Saya kerja sendiri pak long, tak perlu ambil cuti,” kata aku.
“Engkau kerja apa sebenarnya, Farid?” tanya pak long lagi.
“Buat skrip drama,” jawab aku pendek.
“Skrip… apa tu?” tanya pak long lagi kurang faham.
“Drama kat TV yang selalu pak long tengok tu, cakap-cakap mereka mesti ada skrip pak long. Mereka tak boleh cakap sembarangan, mesti cakap ikut apa yang telah ditulis,” jelas aku dalam ayat yang mudah difahami.
“Ooo… macam tu. Ala, pak long ni kerja kampung, manalah tau kerja-kerja budak sekarang ni. Budak-budak yang pandai macam engkau ni,” puji pak long.
Aku hanya tersenyum mendengar kata-kata pak long. Beberapa ketika kemudian, perlahan-lahan aku menggerakkan kereta aku menuju ke kawasan perkuburan yang telah menyemadikan adik, ibu serta ayah aku.
“Zalifah hujung tahun ini sudah habis belajar,” kata pak long secara tiba-tiba sambil menoleh ke arah aku.
Aku diam. Tidak ada apa-apa yang perlu aku ungkapkan.
“Bila engkau nak kahwin, Farid?” menyambung kembali kata-katanya yang terputus sebentar tadi.
“Tak taulah pak long,” jawab aku pendek mengharapkan pak long berpuas hati dengan jawapan ringkas itu. Ketika ini, aku tidak ingin membicarakan soal jodoh. Kesedihan sebegini membuatkan aku hanya ingin menziarahi pusara keluargaku yang disayangi.
“Engkau dah ada pilihan?” tanya pak long bertubi-tubi, masih ada persoalan yang bermain di fikirannya. Tetapi, aku tidak berminat untuk mengetahuinya.
Sekali lagi aku diam. Tidak menjawab soalan pak long. Pak long sedar soalannya tidak disenangi. Mungkin masanya tidak sesuai untuk dia bertanya soalan sebegitu. Lalu, suasana kembali sunyi dari sebarang perbualan.
Kereta yang aku pandu menghampiri kawasan perkuburan. Aku menghentikan kereta di luar kawasan perkuburan. Brek tangan ditarik dan enjin kereta dimatikan.
“Kita dah sampai pak long,” kata aku sambil memandang ke arah kawasan perkuburan yang sunyi sepi. Sesekali, desiran angin menghembus bau bunga kemboja ke hidungku.
Pak long keluar dari dalam perut kereta. Beberapa saat kemudian aku turut keluar. Pintu kereta dikunci dari luar. Dengan perasaan sedih dan pilu perlahan-lahan aku mengekori langkah kaki pak long.
Aku tidak dapat menahan kesedihan yang mendatangi diriku. Mengalir beberapa titis air mata di pipi aku. Aku mengesat air mata yang mengalir di pipi dengan lengan baju tanpa pak long menyedarinya. Aku benar-benar terasa kehilangan.
Setelah beberapa ketika melangkah, kami tiba di pusara yang masih merah tanahnya. Malah masih terdapat bunga-bunga yang segar ditabur di atas pusara itu.
“Farid… di sinilah mereka dikebumikan,” kata pak long sambil menoleh ke arah aku.
Kaki aku terasa lemah. Perlahan-lahan aku merebahkan lutut aku di hadapan tiga buah pusara, bersemadinya insan yang aku sayangi. Tangan kananku memegang batu nisan yang tertulis nama Farhana binti Ariffin. Adik yang amat aku sayangi….
Teringat aku akan pertanyaan Farhana, “Abang, bila Hana nak dapat akak ipar?”
“Empat bulan lagi, abang akan perkenalkan dia pada Hana, okey,” kata aku ketika itu.
“Kenapa empat bulan, tidak minggu depan? Nanti kalau Hana tidak sempat jumpa dengan bakal isteri abang tu, tentu abang menyesal,” suara Farhana kedengaran lagi.
“Eh, Hana nak pergi mana?” tanya aku.
“Hana nak masuk U,” kata Farhana.
“Mana boleh umur macam Hana ni masuk U,” terang aku.
Farhana diam. Aku hanya tersenyum melihat telatah Farhana.
“Tapi, abang boleh tolong Hana, kan?” tanya Farhana lagi.
“Tolong apa?” tanya aku kembali sambil menatap wajah comelnya.
“Tolong masukkan Hana ke U,” kata Farhana sambil menoleh ke seraut wajah aku. Aku masih ingat renungan harapannya ketika itu. Renungan manja yang penuh harapan.
“Sekarang abang tak boleh tolong. Mungkin bila Hana dah besar nanti, abang boleh tolong Hana belajar sampai Hana boleh masuk U. Sabar ya, Hana,” pujuk aku lagi.
Farhana tersenyum. Itulah janji aku kepadanya beberapa bulan lalu. Ketika aku pulang menyambut Hari Raya Aidilfitri. Kenapakah aku tidak menyedari kelainan pada kata-katanya itu?
“Hana, maafkan abang ye, dik…,” kata aku sambil mengesat air mata yang mengalir deras di pipi.
Aku menoleh pula ke pusara di sebelah adik kesayanganku. Ariffin bin Muhammad Zamhuri. Itulah bapa yang telah menyara kehidupan aku selama ini. Orang yang telah berusaha meningkatkan taraf kehidupan kami sekeluarga. Tanpa ayah, tidak mungkin aku mampu menjejakkan kaki ke menara gading. Pengertiannya telah memberi segala apa yang aku miliki kini.
“Ayah tidak kisah siapa pilihan engkau tu, Farid. Ayah terima saja,” kata ayah di pertemuan terakhir aku bersamanya beberapa bulan yang lalu.
“Saya mahu majlis pertunangan saya tu nanti ringkas aje, ayah,” kata aku.
“Emmm…,” ayah diam seketika.
“Ibu engkau dah tahu?” tanya ayah.
“Belum,” jawab aku pendek.
“Berapa lama engkau nak bertunang?” tanya ayah lagi.
”Setahun,” jawab aku lagi.
“Hantarannya berapa?” tanyanya lagi berterusan.
“RM10,000,” jawab aku.
“Engkau dah ada duit?” tanya ayah.
“Dah,” jawab aku pendek.
“Cukup?” tanya ayah lagi.
“Cukup…,” jawab aku dengan penuh yakin.
“Tak perlu tunggu setahun, enam bulan saja,” arah ayah.
Aku tergamam. “Kenapa cepat sangat, ayah?” tanya aku.
Ayah tersenyum. “Ayah bimbang engkau tak sabar pulak nanti,” kata ayah sambil tersenyum menoleh ke arah aku. Aku memahami maksudnya.
Aku masih dapat menggambarkan dengan jelas wajah ayah yang memandangku sambil tersenyum. Tetapi kata-kata sedemikian tidak mungkin dapat aku dengar lagi. Senyuman ayah bersemadi bersama pusaranya di situ. Jikalau ayah mengetahui hal sebenar, tentu dia amat kecewa dengan sikapku… kalah dengan nafsu serakah.
Di sebelah pusara ayah tertulis nama Mariam binti Abdul Kadir. Itulah nama ibu yang telah melahirkan aku. Itulah ibu yang telah menyuapkan nasi ke dalam mulutku. Tanpanya tidak mungkin aku akan lahir ke dunia ini. Hati ini begitu terkilan, tidak sempat memperkenalkan kepada ibu bakal menantunya yang pertama.
“Engkau dah berjumpa dengan ahli keluarga dia?” tanya ibu.
“Dah…,” jawab aku pendek.
“Apa mereka kata?” tanya ibu.
“Bila-bila saja boleh datang berunding,” kata aku.
Ibu diam sebentar.
“Tengok gambar yang engkau tunjukkan pada ibu tadi,” pintu ibu.
Aku menghulurkan sekeping gambar Suhana kepada ibu yang sedang duduk di ruang tamu. Ibu mengambil pemberian aku untuk kali kedua. Terukir senyuman di bibir ibu. Aku bahagia melihat senyumannya itu.
“Ayah engkau dah tengok?” tanya ibu.
“Dah….”
“Apa dia kata?” tanya ibu lagi.
“Dia setuju,” jawab aku ringkas.
“Cantik bakal menantu ibu,” puji ibu sambil tersenyum.
“Cantik bakal menantu ibu,” puji ibu sambil tersenyum.
Hati aku dipalu bahagia ketika itu kerana pilihan aku turut menjadi pilihan ibu, ayah, serta adik kesayangan aku. Mereka sedia menerima kehadiran Suhana dalam keluarga kami. Tetapi kebahagian yang diimpi-impikan itu hanya tinggal kenangan. Tidak mungkin mereka akan melihat persandingan kami.
Malangnya, apabila aku pulang ke Kuala Lumpur….
Pintu rumah yang aku dan Suhana diami dikuak. Kelihatan Suhana sedang menonton televisyen keseorangan. Suhana mengukirkan senyuman menyambut kepulangan aku dari tempat penggambaran di Kuala Lumpur. Jam dinding menunjukkan 2 pagi. Perlahna-lahan aku menyandarkan badan berhampiran Suhana yang asyik menonton rancangan kegemarannya. Aku menoleh wajah Suhana yang putih berseri sambil menyentuh lembut pipinya. Suhana merelakannya tanpa bantahan.
“Sayang….,” aku mengejutkan keasyikan Suhana menonton rancangan kegemarannya di televisyen.
Perkataan sayang yang aku ukirkan di telinga kirinya mengejutkan keasyikannya. Ditolehnya ke arah aku dengan senyuman yang menawan. Mungkin Suhana menyangkakan aku mahukan sesuatu pada kedinginan malam itu. Sesuatu yang sering dinikmati oleh aku dan dia pada malam minggu.
“Keluarga abang mahu kita bertunang pada bulan depan,” kata aku sambil mengukirkan senyuman. Mengharapkan Suhana bersetuju dengan lamaran itu.
Suhana diam.
“Ala sabar la bang. Dah hampir setahun kita hidup bersama, tak bernikah pun. Tak ada sesiapa pun ganggu kita,” kata Suhana dengan yakin.
Itulah kata-kata yang diukirkan Suhana menolak lamaran aku pada malam penuh jahanam. Malam yang terus menghanyutkan kami ke dalam kehidupan yang penuh dosa dan dilaknati. Malam itu juga layanan Suhana sungguh luar biasa berbanding malam jahanam yang pernah kami jalani selama hampir setahun lalu. Mungkin dia mahukan aku puas hidup sebagai penzina untuk selama-lamanya. Mungkin juga hasutan syaitan yang durjana supaya kami terus hanyut dengan maksiat.
Sebelum meninggalkan pusara ayah, ibu, serta adik kesayangan, aku sedekahkan al-Fatihah untuk mereka. Itulah yang termampu aku lakukan untuk membalas jasa-jasa mereka selama ini kepada aku.
BAB 3
SUDAH seminggu aku di kampung. Kesedihan kehilangan orang-orang yang disayangi mulai berkurangan. Tetapi kekesalan kerana tidak dapat menunaikan hajat terakhir mereka untuk bertemu dengan Suhana sukar untuk aku lupakan.
Impian aku untuk hidup bersama gadis idaman sudah menjadi kenyataan. Cuma untuk hidup bersamanya sebagai suami isteri yang sah di sisi Islam belum terlaksana. Setahun hidup bersama Suhana telah menyebabkan aku menangguh hasrat ahli keluargaku untuk melihat kami dipersandingkan.
Impian aku untuk memiliki wanita seperti Suhana telah wujud sepuluh tahun yang lalu. Puncanya aku kecewa apabila cinta pertamaku menemui jalan buntu. Keretakan percintaan aku dengan gadis pertama yang aku cintai telah membuatkan aku ingin memiliki seorang gadis seperti yang aku gambarkan dalam skrip Penghujung Dunia.
Kenyataan yang seharusnya aku terima, hubungan aku dengan gadis pertama yang aku cintai, bukan di atas kerelaan kami, perasaan sayang dan cinta itu datang dengan sendirinya.
Kenangan sepuluh tahun lalu, ketika aku masih berada di bangku sekolah menjelma di petang hari itu. Ketika itu, embun masih menitis membasahi bumi. Pokok-pokok bunga pula begitu gembira menerima kehadiran embun pagi. Kehijauan pepohon yang kehijauan, menyegarkan mata memandang. Berdiri di depanku kini adalah sebuah bangunan yang begitu kukuh terbina. Sekolah yang telah mengenalkan aku tentang erti sebuah rindu, cinta, dan sayang.
Dari kejauhan aku mengekori seorang gadis dengan langkah pantas, sesekali aku berlari-lari anak untuk menyekat pergerakannya yang dirasakan semakin menjauh.
“Mira!” Aku memanggil namanya.
Pantas Mira menoleh ke belakang. Langkahnya terhenti. Aku tersenyum seketika.
“Oh… Farid,” kata Mira, membalas senyuman yang terukir di bibir aku.
Mata Mira yang ayu merenung seraut wajahku yang berdiri tegak di hadapannya. Mencari kepastian dan keikhlasan barangkali. Kami baru berkenalan cuma beberapa minggu yang lalu. Tetapi cara dan hubungan kami ketika itu seolah-olah kami telah lama mengenali antara satu sama lain.
“Kertas kerja dah siap?” tanya aku, mematikan persoalan yang bermain di fikiran Mira; gadis yang begitu ayu. Potongan badannya yang menarik dan berkulit cerah.
“Dah…,” pendek saja jawapan Mira. Tetapi sungguh bererti kepada aku. Aku memerhati wajah ayu Mira.
Tudung Mira ditiup bayu. Mira membiarkan saja bayu menikmati wajahnya. Aku terkaku seketika, mencemburui bayu yang mengusap wajahnya. Wajah Mira aku renung tanpa kerdipan. Sungguh cantik gadis di hadapan aku itu. Mira memalingkan wajahnya seketika, melepaskan wajahnya daripada ditatap oleh aku yang ketika itu masih tidak mengerti apakah erti kasih sayang. Beberapa saat kemudian dia memalingkan wajahnya menghadap aku.
“Saya pergi dulu,” kata aku lembut.
Keayuan wajah Mira menyukarkan aku untuk bertahan di situ, lebih lama lagi. Mira mengukirkan senyuman apabila melihat aku tergesa-gesa meninggalkan dirinya keseorangan. Senyuman yang sukar untuk aku fahami ertinya. Mungkinkah Mira mengerti apa yang aku rasai?
Aku terus mempercepatkan langkah menuju ke kelas. Tetapi secara tiba-tiba ada seseorang memanggil nama aku. Aku menghentikan langkah.
“Apa yang kau kejarkan tu, Farid?”
Aku menoleh ke arah suara yang memanggil aku. Seorang gadis bernama Ira sedang menghampiri aku. Langkahnya yang gontai merantai langkahku.
Aku merenung seraut wajah Ira yang berkulit hitam manis. Rambutnya berterbangan ditiup angin bayu sehingga menutupi sebahagian wajahnya. Dengan gaya yang lembut, Ira membetulkan kedudukan rambutnya yang ikal dengan jemarinya. Entah mengapa pada pagi itu angin begitu nakal membelai setiap tubuh.
Sekali imbas, wajah Ira begitu manis apabila dia mengukirkan senyuman. Aku menanti kedatangan Ira dengan sabar. Langkah Ira begitu perlahan. Sesekali dia melirik manja ke arah aku. Mengharapkan aku mengerti isi hatinya di kala itu. Namun, aku tidak mahu memikirkan apa yang berlegar di mindanya.
“Apa hal Ira?” tanya aku walaupun ketika itu Ira masih jauh dari sisi aku. Pada agakan aku mungkin sepuluh langkah jauhnya dari tempat aku berdiri.
Aku memang tidak senang dengan teguran Ira. Entah mengapa, hatiku lebih menyenangi Mira yang berwajah lembut itu.
“Aku nak tanya engkau tentang…,” Ira menghentikan kata-katanya. Ada sesuatu yang mengganggu fikirannya waktu itu.
Ira meramas-ramas jemarinya. Kehendak hatinya disembunyikan. Begitu malu untuk menyatakan hasrat hatinya di ketika itu. Sesekali Ira membetul-betulkan rambutnya di hadapan aku. Kenapa Ira gementar sedemikian rupa, aku pun tidak tahu. Hatiku begitu gelisah melihat Ira berdiri di hadapan ku tanpa bersuara walau sepatah pun. Aku memasukkan tangan kanan aku ke dalam kocek seluar.
Aku merasa begitu gelisah kerana banyak kerja yang masih terbengkalai. Kerisauan aku semakin menjadi-jadi apabila merasakan Ira mengharapkan sesuatu daripadaku.
“Aku sibuklah Ira, petang nanti engkau jumpa aku, okey…,” kata aku tegas.
Aku memalingkan wajah, lantas memulakan langkah. Sekali imbas aku dapat melihat wajah Ira berubah keruh secara tiba-tiba. Merah padam mukanya mendengar kata-kata aku ketika itu.
“Kalau dengan aku semuanya sibuk. Kalau Mira sehari suntuk engkau tak kisah?” Ira meninggikan suaranya secara tiba-tiba.
Langkah aku terhenti secara tiba-tiba. Aku memandang tubuh Ira yang begitu pantas berjalan. Walaupun Ira tidak setinggi Mira, namun dia lebih lincah jika dibandingkan dengan Mira. Langkah Ira begitu pantas, berbeza dengan Mira yang sentiasa bergerak dengan gaya yang lemah-gemalai. Tetapi itu tidak semestinya mengambarkan isi hati mereka yang sebenarnya.
Suara Ira yang meninggi secara tiba-tiba memaksa aku memikirkan sesuatu. Pernahkah aku mengukir madah yang indah untuk Mira atau pun Ira?
Aku tidak mahu disebabkan diri aku, Mira dan Ira bermusuhan.
Waktu pagi aku telah dicemari. Ira seharusnya mencurahkan apa saja yang difikirkannya kepada aku ketika itu. Dia tidak seharusnya membiarkan diri aku menunggu begitu lama untuk mendengarkan kata-katanya. Mungkinkah ia taktik Ira untuk mencuri tumpuanku? Ah, apalah yang ada pada diri aku ini? Tiada daya tarikan langsung!
Sekali lagi aku memulakan langkah baru. Aku sudah malas menanti Ira meluahkan kata. Ira telah hilang daripada pandangan mataku. Aku mengambil keputusan untuk tidak mengendahkan bicara Ira. Ketika itu baru sebulan aku memulakan kembali alam persekolahan. Aku ingin mencipta kejayaan sekali lagi setelah berjaya menduduki peperiksaan akhir tahun. Dunia pra universiti banyak menyedarkan aku bahawa usia aku semakin matang, semakin banyak tanggungjawab yang perlu aku pikul.
Lamunan aku masih berterusan mengingati alam persekolahan yang telah mengenalkan aku erti cinta seorang lelaki kepada seorang wanita. Ungkapan cinta yang tulus dan suci.
Ketika itu aku sedang menyendiri di dalam kelas pada waktu rehat. Sejurus sahaja loceng berbunyi, seluruh pelajar di dalam kelas itu bergerak pantas menuju ke kantin kecuali aku. Cuaca dingin pada pagi itu menyebabkan perut mereka terasa begitu lapar.
Apabila keseorangan begitu, jari-jemari aku bermain dengan pen kesayangku. Aku memusingkan pen kesayangan aku beberapa kali. Ada kalanya aku mengetuk pen itu ke meja. Fikiran aku melayang jauh, memikirkan nasib diri aku pada masa hadapan. Aku mengeluh panjang. Tidak sanggup aku membayangkan seandainya usaha aku selama ini dalam mencari selautan ilmu tidak menampakkan sebarang hasil. Aku amat berharap aku dapat keluar daripada jurang kemiskinan ini.
Tiba-tiba lamunanku terhenti. Suara Ayu begitu jelas singgah di cuping telingaku.
“Kau tahu Yusuf, Mira sungguh pandai berpura-pura. Dulu semasa di tingkatan lima, ramai lelaki dilayannya. Bila dapat yang lebih baik, dia tinggalkan yang lama. Aku rasa Farid akan merana suatu hari nanti,” terdengar suara Ayu di kaki lima sekolah. Dia berjalan seiringan dengan Yusuf.
“Kau ni Ayu, tak habis-habis mengumpat orang! Kenapa engkau begitu suka bercerita tentang Mira?” tegur Yusuf yang nyata tidak selesa dengan kelakuan Mira.
“Aku mengingatkan aje, kalau terjadi sesuatu yang tidak diingini, aku lepas tangan,” Ayu mengangkat tangan bagi menggayakan kata-katanya.
Jerawat batu menjadi penghuni wajah Ayu. Seandainya jerawat tidak berkeluarga di wajahnya tentu wajahnya seayu wajah Mira. Pasti dia akan menjadi rebutan ramai jejaka. Bentuk badannya juga sama seperti Mira, penuh bergaya seperti seorang peragawati yang menggayakan pakaian cantik. Bezanya, rambut Ayu tidak selembut rambut Mira. Rambut Ayu berkerinting kasar, menyukarkan bayu mengusiknya. Apabila orang mencari dan menyebut nama Ayu kerinting, pasti pelajar-pelajar akan kenal orangnya.
“Jangan cari aku kalau terjadi sesuatu nanti. Aku Cuma mengingatkan aje,” gertak Ayu. Ayu menjeling marah ke arah Yusuf. Yusuf menarik nafas panjang. Mungkin cuba menghilangkan kekalutan perasaannya.
“Farid kawan aku. Aku rasa, sebagai lelaki yang bercita-cita tinggi, tidak mungkin Farid akan kecewa. Kecewa bercinta tidak akan memberi apa-apa erti kepada orang seperti Farid,” tegas Yusuf.
Wajah Ayu berubah menjadi masam seperti cuka. “Ah, orang lelaki tak habis-habis dengan sikap ego!” marah Ayu sambil mengubah topik perbualan.
Yusuf tersenyum lebar. “Kalau tidak ada perasaan ego, itu bukan lelaki namanya. Itu pondan,” gurau Yusuf spontan.
Yusuf tersengih. Kakinya disilangkan. Ayu memandang tingkah laku Yusuf dengan perasaan menyampah.
“Pondan lelaki jugak!” balas Ayu.
“Lelaki berjiwa perempuan. Mereka lebih suka mengenali dunia perempuan daripada dunia lelaki. Jadi, mereka tidak layak hidup dalam dunia lelaki!” Yusuf diam seketika. Ditundukkan wajahnya memandang lantai simen sekolah.
“Ayu… sikap ego lelaki ada hikmahnya,” sambung Yusuf.
“Hikmah menyakitkan hati perempuan. Susah hendak dibawa berbincang!” bantah Ayu berterusan tetap tidak mahu mengalah.
“Lahirnya lelaki ke dunia ini adalah untuk menjadi pemimpin. Kalau mereka tidak mempunyai sifat ego, tidak layak mereka lahir sebagai lelaki,” Yusuf bersuara lembut tetapi penuh berbisa untuk Ayu.
Ayu meluat dengan sikap Yusuf yang cuba mempertahankan keegoan lelaki. Wajah Yusuf tenang sahaja. Bagi Ayu, apa yang Yusuf katakan adalah sesuatu yang sungguh menyakitkan hati dan perasaannya. Wajah Yusuf yang sentiasa tenang tidak dapat menyejukkan hati Ayu. Niat hati Yusuf untuk menjadikan Ayu sebagai teman hidup mungkin akan menjadi debu.
Tubuh Yusuf yang sungguh bergaya ketika berjalan kini tidak lagi menjadi daya penarik untuk Ayu. Suaranya yang lunak didengar juga sudah menjadi seperti suara katak memanggil hujan. Aku pula sedari tadi masih asyik mencuri dengar perbualan Yusuf dan Ayu.
Jika Yusuf dan Ayu menyedari aku berada berhampiran dengan mereka, sudah pasti apa yang seharusnya aku ketahui, tidak akan sampai ke pengetahuan aku.
Terdengar tapak kasut bergerak dengan pantas meninggalkan tempat itu. Ayu telah meninggalkan Yusuf keseorangan. Yusuf hanya tersenyum apabila melihat Ayu berwajah masam seperti cuka. Apabila hati Ayu sudah sejuk nanti, akan segera dipujuknya. Yusuf pernah memberitahu aku bahawa naluri wanita harus dibelai seperti kain sutera. Lembut dan sensitif.
Aku masih terpinga-pinga. Selama ini aku menggambarkan Mira sebagai seorang yang mempunyai budi pekerti menarik, seindah wajahnya.
“Betul ke apa yang Ayu katakan?” bisik aku sendirian.
Aku bangun menuju ke jendela. Menarik nafas panjang-panjang kemudian melepaskannya perlahan. Termangu seketika aku di jendela kaca. Bicara teman-teman yang baru kukenali menyukarkan aku untuk membuat keputusan yang sewajarnya. Sikap dan bicara mereka begitu asing bagi aku ketika itu.
‘Apakah sebenarnya yang dikatakan cinta? Kenapakah aku harus mengambil berat tentang cinta?’ keluh aku, cuba mencari jawapan yang bermain-main di fikiran.
Aku menundukkan wajah beberapa kali ke lantai. Selama ini perasaan aku telah diresapi keinginan untuk mengecapi kejayaan di masa hadapan. Aku juga bercita-cita untuk melahirkan satu generasi yang berpegang teguh kepada ajaran agama. Mengamalkan kesempurnaan dalam setiap aspek. Harapan dan cita-cita aku telah memaksa aku melupakan soal cinta. Ramai di antara rakan-rakanku telah berjaya menjejakkan kaki ke Institut Pengajian Tinggi. Tetapi aku masih lagi memakai pakaian uniform sekolah.
“Seorang saja?”
Aku terkejut. Pantas mata aku mencari empunya suara yang menegur aku ketika itu. Kelihatan Ira sedang tercegat di sebelah aku.
“Macam mana engkau tahu aku ada di sini?” soal aku kepada Ira dengan jelak tanda kurang senang dengan kedatangannya.
“Aku tahulah,” jawab Ira dengan manja.
Aku mengeluh panjang seraya mengalihkan pandanganku daripada menatap wajah yang sering mengangguku. Aku menarik nafas panjang dan melepaskan nafasku perlahan-lahan, seperlahan itu juga aku menoleh ke arah Ira.
“Bila engkau akan berhenti mengekori aku, Ira?” Aku inginkan kepastian, suaraku perlahan bernada kebosanan.
Wajah Ira berubah serta-merta. Mata Ira memandang seraut wajah aku yang berada berhampiran dengannya. Renungan yang merayu simpati.
Tanpa menghiraukan Ira, aku bergerak menjauhinya beberapa langkah. Perasaan aku terasa begitu rimas apabila Ira cuba mengetahui isi hatiku. Ira menghampiri tubuhku. Harum bedak yang dipakai oleh Ira singgah di hidungku. Sekali lagi aku menarik nafas panjang. Aku amat berharap Ira mengerti bahawa aku tidak senang dengan kehadirannya. Aku tahu, tidak manis sekiranya aku melayan tetamu sedemikian rupa. Hakikatnya, aku terpaksa melayan tetamu aku itu sedemikian rupa kerana tetamu aku itu sering memaksa dan mengharapkan sesuatu yang sukar untuk ditunaikan.
Belaian seorang kekasih, mungkinkah itu yang Ira harap-harapkan daripada aku?” Jika itu yang Ira inginkan daripada aku, ia adalah sesuatu yang mustahil untuk aku tunaikan.
“Kalau engkau terus bersendirian, masalah engkau tidak akan selesai. Kau perlu teman untuk menceritakan masalah engkau,” nasihat Ira.
“Hanya lelaki saja yang akan mengerti masalah lelaki yang lain,” jelas aku tanpa memandang wajah Ira, sebaliknya merenung ke luar jendela.
“Kalau masalah kau itu bersangkutan dengan perempuan, apakah kau mampu menyelesaikannya sendirian?” Ira terus berbalas kata.
Aku semakin muak dengan bicara Ira. Tetapi aku tidak memperlihatkan kepadanya yang aku tidak senang dengan bicaranya. Aku menyimpan saja rasa jelak itu dalam hati.
“Jika perempuan yang menasihati lelaki, nasihatnya hanya untuk kepentingan perempuan,” perli aku.
Ira tidak mengerti maksud kata-kataku itu. Mungkin dia tidak pernah mendengar kata-kata seperti itu. Atau berpura-pura tidak memahaminya.
“Cuba engkau beritahu aku, masalah apa yang engkau hadapi? Aku akan membuktikan bahawa aku juga mampu mengurangkan beban engkau sekarang jugak,” janji Ira.
Ira bangun sambil tersenyum lebar. Didekatkan tubuhnya dengan tubuhku. Aku terus dengan sikap kaku. Sejujurnya, aku tidak mahu memberi walau sekelumit harapan kepada gadis itu.
Sewaktu menunggu jawapanku, Ira hanya mengukirkan senuman manja dengan harapan senyumannya itu akan melembutkan hati dan perasaan aku. Jika nasihatnya itu berjaya, mungkin aku akan berjinak-jinak dengan dirinya pula. Ira menunggu dengan debaran di dada. Rambutnya yang melepasi bahu ditiup bayu. Berterbangan menerpa wajahnya.
“Maafkan aku, Ira. Aku ada kerja yang perlu aku selesaikan.”
Tanpa memberi sebarang jawapan, aku mengorak langkah pergi. Sekali lagi Ira merasa hampa. Terukir ketika itu perasaan geram dan kecewa di wajahnya.
“Maafkan aku, Ira,” bisik aku ketika itu.
Kenangan itu masih segar di ingatanku. Kenangan ketika cinta aku dirayu oleh Ira masih terasa sehingga kini. Sesekali aku terasa menyesal kerana menolak cintanya. Alasan tidak mahu bercinta semasa di alam persekolahan membuatkan aku terpaksa menolak cintanya. Itulah prinsip aku. Namun, kehadiran cinta dalam hidup ini ada kalanya tidak dapat dinafikan. Hakikat yang sepatutnya aku terima ketika itu, aku adalah remaja yang ingin disayangi, juga ingin menyayangi.
Keayuan wajah Mira tidak mampu menangkis kilauan cinta yang mulai berkembang di hati aku. Walau bagaimanapun, cinta Mira yang hampir berputik di hati aku ketika itu, harus disekat daripada terus berkembang. Perubahan diri aku terhadap Mira beberapa hari kebelakangan ini telah menyakinkan Mira bahawa aku telah berjaya ditaklukinya. Belum ada jejaka yang tidak tergoda dengan wajah yang dimilikinya. Malahan, Pak Imam di kampungnya sendiri pernah bertanya kepada Mira sama ada dia sudi menjadi isterinya yang kedua. Tetapi Mira mneolaknya dengan sopan sekadar menghormati Pak Imam. Orang yang dihormati oleh seluruh kampung kerana jasanya.
Jika benar Pak Imam ingin beristeri, kenapa tidak dia pergi merisik janda-janda yang ada di kampungnya? Kejujuran Pak Imam ketika mengutarakan hal itu semasa dia menunggu keputusan peperiksaan SPM yang lalu diraguinya.
Sememangnya cinta Mira telah hadir di dalam jiwa aku ketika itu. Tetapi putik perasaan itu cuba dikawal daripada terus berkembang menjadi satu jambangan cinta yang utuh. Ketika itu, aku merasakan adalah suatu kerugian jika jiwa aku dimiliki oleh Mira. Jika aku menerima cinta Mira mungkin masa hadapan aku akan hancur berkecai dek penangan cinta.
“Mira, ikut aku sekejap!”
Izwan memanggil Mira sekaligus mengejutkan lamunan aku.
“Apa hal Izwan?” soal Mira penuh tanda tanya. Mulut Mira terlopong.
“Ikut aje! arah Izwan tegas tanpa senyuman.
Debaran jantung Mira bertambah kencang. Izwan pula tergesa-gesa meninggalkan kelas. Mira terus menjejaki angkah Izwan dengan seribu pertanyaan bersarang dihatinya. Hampir keseluruhan penghuni kelas memandang ke arah mereka berdua. Mereka tercari-cari jawapan mengapa Izwan memaksa Mira mengikut langkahnya?
Munah yang sering menjaga tepi kain orang menoleh ke arah aku. Fikirannya ligat cuba mentafsir apa yang tersimpan di hati aku melalui seraut wajahku.
“Melepaslah kau, Farid!” perlu Munah sambil tersengih-sengih. Aku tidak suka melihat wajah sinis Munah yang seperti mengejekku.
“Apa yang kau cakapkan Munah?” marah aku sambil meninggikan nada suara.
Impian aku untuk memiliki wanita seperti Suhana telah wujud sepuluh tahun yang lalu. Puncanya aku kecewa apabila cinta pertamaku menemui jalan buntu. Keretakan percintaan aku dengan gadis pertama yang aku cintai telah membuatkan aku ingin memiliki seorang gadis seperti yang aku gambarkan dalam skrip Penghujung Dunia.
Kenyataan yang seharusnya aku terima, hubungan aku dengan gadis pertama yang aku cintai, bukan di atas kerelaan kami, perasaan sayang dan cinta itu datang dengan sendirinya.
Kenangan sepuluh tahun lalu, ketika aku masih berada di bangku sekolah menjelma di petang hari itu. Ketika itu, embun masih menitis membasahi bumi. Pokok-pokok bunga pula begitu gembira menerima kehadiran embun pagi. Kehijauan pepohon yang kehijauan, menyegarkan mata memandang. Berdiri di depanku kini adalah sebuah bangunan yang begitu kukuh terbina. Sekolah yang telah mengenalkan aku tentang erti sebuah rindu, cinta, dan sayang.
Dari kejauhan aku mengekori seorang gadis dengan langkah pantas, sesekali aku berlari-lari anak untuk menyekat pergerakannya yang dirasakan semakin menjauh.
“Mira!” Aku memanggil namanya.
Pantas Mira menoleh ke belakang. Langkahnya terhenti. Aku tersenyum seketika.
“Oh… Farid,” kata Mira, membalas senyuman yang terukir di bibir aku.
Mata Mira yang ayu merenung seraut wajahku yang berdiri tegak di hadapannya. Mencari kepastian dan keikhlasan barangkali. Kami baru berkenalan cuma beberapa minggu yang lalu. Tetapi cara dan hubungan kami ketika itu seolah-olah kami telah lama mengenali antara satu sama lain.
“Kertas kerja dah siap?” tanya aku, mematikan persoalan yang bermain di fikiran Mira; gadis yang begitu ayu. Potongan badannya yang menarik dan berkulit cerah.
“Dah…,” pendek saja jawapan Mira. Tetapi sungguh bererti kepada aku. Aku memerhati wajah ayu Mira.
Tudung Mira ditiup bayu. Mira membiarkan saja bayu menikmati wajahnya. Aku terkaku seketika, mencemburui bayu yang mengusap wajahnya. Wajah Mira aku renung tanpa kerdipan. Sungguh cantik gadis di hadapan aku itu. Mira memalingkan wajahnya seketika, melepaskan wajahnya daripada ditatap oleh aku yang ketika itu masih tidak mengerti apakah erti kasih sayang. Beberapa saat kemudian dia memalingkan wajahnya menghadap aku.
“Saya pergi dulu,” kata aku lembut.
Keayuan wajah Mira menyukarkan aku untuk bertahan di situ, lebih lama lagi. Mira mengukirkan senyuman apabila melihat aku tergesa-gesa meninggalkan dirinya keseorangan. Senyuman yang sukar untuk aku fahami ertinya. Mungkinkah Mira mengerti apa yang aku rasai?
Aku terus mempercepatkan langkah menuju ke kelas. Tetapi secara tiba-tiba ada seseorang memanggil nama aku. Aku menghentikan langkah.
“Apa yang kau kejarkan tu, Farid?”
Aku menoleh ke arah suara yang memanggil aku. Seorang gadis bernama Ira sedang menghampiri aku. Langkahnya yang gontai merantai langkahku.
Aku merenung seraut wajah Ira yang berkulit hitam manis. Rambutnya berterbangan ditiup angin bayu sehingga menutupi sebahagian wajahnya. Dengan gaya yang lembut, Ira membetulkan kedudukan rambutnya yang ikal dengan jemarinya. Entah mengapa pada pagi itu angin begitu nakal membelai setiap tubuh.
Sekali imbas, wajah Ira begitu manis apabila dia mengukirkan senyuman. Aku menanti kedatangan Ira dengan sabar. Langkah Ira begitu perlahan. Sesekali dia melirik manja ke arah aku. Mengharapkan aku mengerti isi hatinya di kala itu. Namun, aku tidak mahu memikirkan apa yang berlegar di mindanya.
“Apa hal Ira?” tanya aku walaupun ketika itu Ira masih jauh dari sisi aku. Pada agakan aku mungkin sepuluh langkah jauhnya dari tempat aku berdiri.
Aku memang tidak senang dengan teguran Ira. Entah mengapa, hatiku lebih menyenangi Mira yang berwajah lembut itu.
“Aku nak tanya engkau tentang…,” Ira menghentikan kata-katanya. Ada sesuatu yang mengganggu fikirannya waktu itu.
Ira meramas-ramas jemarinya. Kehendak hatinya disembunyikan. Begitu malu untuk menyatakan hasrat hatinya di ketika itu. Sesekali Ira membetul-betulkan rambutnya di hadapan aku. Kenapa Ira gementar sedemikian rupa, aku pun tidak tahu. Hatiku begitu gelisah melihat Ira berdiri di hadapan ku tanpa bersuara walau sepatah pun. Aku memasukkan tangan kanan aku ke dalam kocek seluar.
Aku merasa begitu gelisah kerana banyak kerja yang masih terbengkalai. Kerisauan aku semakin menjadi-jadi apabila merasakan Ira mengharapkan sesuatu daripadaku.
“Aku sibuklah Ira, petang nanti engkau jumpa aku, okey…,” kata aku tegas.
Aku memalingkan wajah, lantas memulakan langkah. Sekali imbas aku dapat melihat wajah Ira berubah keruh secara tiba-tiba. Merah padam mukanya mendengar kata-kata aku ketika itu.
“Kalau dengan aku semuanya sibuk. Kalau Mira sehari suntuk engkau tak kisah?” Ira meninggikan suaranya secara tiba-tiba.
Langkah aku terhenti secara tiba-tiba. Aku memandang tubuh Ira yang begitu pantas berjalan. Walaupun Ira tidak setinggi Mira, namun dia lebih lincah jika dibandingkan dengan Mira. Langkah Ira begitu pantas, berbeza dengan Mira yang sentiasa bergerak dengan gaya yang lemah-gemalai. Tetapi itu tidak semestinya mengambarkan isi hati mereka yang sebenarnya.
Suara Ira yang meninggi secara tiba-tiba memaksa aku memikirkan sesuatu. Pernahkah aku mengukir madah yang indah untuk Mira atau pun Ira?
Aku tidak mahu disebabkan diri aku, Mira dan Ira bermusuhan.
Waktu pagi aku telah dicemari. Ira seharusnya mencurahkan apa saja yang difikirkannya kepada aku ketika itu. Dia tidak seharusnya membiarkan diri aku menunggu begitu lama untuk mendengarkan kata-katanya. Mungkinkah ia taktik Ira untuk mencuri tumpuanku? Ah, apalah yang ada pada diri aku ini? Tiada daya tarikan langsung!
Sekali lagi aku memulakan langkah baru. Aku sudah malas menanti Ira meluahkan kata. Ira telah hilang daripada pandangan mataku. Aku mengambil keputusan untuk tidak mengendahkan bicara Ira. Ketika itu baru sebulan aku memulakan kembali alam persekolahan. Aku ingin mencipta kejayaan sekali lagi setelah berjaya menduduki peperiksaan akhir tahun. Dunia pra universiti banyak menyedarkan aku bahawa usia aku semakin matang, semakin banyak tanggungjawab yang perlu aku pikul.
Lamunan aku masih berterusan mengingati alam persekolahan yang telah mengenalkan aku erti cinta seorang lelaki kepada seorang wanita. Ungkapan cinta yang tulus dan suci.
Ketika itu aku sedang menyendiri di dalam kelas pada waktu rehat. Sejurus sahaja loceng berbunyi, seluruh pelajar di dalam kelas itu bergerak pantas menuju ke kantin kecuali aku. Cuaca dingin pada pagi itu menyebabkan perut mereka terasa begitu lapar.
Apabila keseorangan begitu, jari-jemari aku bermain dengan pen kesayangku. Aku memusingkan pen kesayangan aku beberapa kali. Ada kalanya aku mengetuk pen itu ke meja. Fikiran aku melayang jauh, memikirkan nasib diri aku pada masa hadapan. Aku mengeluh panjang. Tidak sanggup aku membayangkan seandainya usaha aku selama ini dalam mencari selautan ilmu tidak menampakkan sebarang hasil. Aku amat berharap aku dapat keluar daripada jurang kemiskinan ini.
Tiba-tiba lamunanku terhenti. Suara Ayu begitu jelas singgah di cuping telingaku.
“Kau tahu Yusuf, Mira sungguh pandai berpura-pura. Dulu semasa di tingkatan lima, ramai lelaki dilayannya. Bila dapat yang lebih baik, dia tinggalkan yang lama. Aku rasa Farid akan merana suatu hari nanti,” terdengar suara Ayu di kaki lima sekolah. Dia berjalan seiringan dengan Yusuf.
“Kau ni Ayu, tak habis-habis mengumpat orang! Kenapa engkau begitu suka bercerita tentang Mira?” tegur Yusuf yang nyata tidak selesa dengan kelakuan Mira.
“Aku mengingatkan aje, kalau terjadi sesuatu yang tidak diingini, aku lepas tangan,” Ayu mengangkat tangan bagi menggayakan kata-katanya.
Jerawat batu menjadi penghuni wajah Ayu. Seandainya jerawat tidak berkeluarga di wajahnya tentu wajahnya seayu wajah Mira. Pasti dia akan menjadi rebutan ramai jejaka. Bentuk badannya juga sama seperti Mira, penuh bergaya seperti seorang peragawati yang menggayakan pakaian cantik. Bezanya, rambut Ayu tidak selembut rambut Mira. Rambut Ayu berkerinting kasar, menyukarkan bayu mengusiknya. Apabila orang mencari dan menyebut nama Ayu kerinting, pasti pelajar-pelajar akan kenal orangnya.
“Jangan cari aku kalau terjadi sesuatu nanti. Aku Cuma mengingatkan aje,” gertak Ayu. Ayu menjeling marah ke arah Yusuf. Yusuf menarik nafas panjang. Mungkin cuba menghilangkan kekalutan perasaannya.
“Farid kawan aku. Aku rasa, sebagai lelaki yang bercita-cita tinggi, tidak mungkin Farid akan kecewa. Kecewa bercinta tidak akan memberi apa-apa erti kepada orang seperti Farid,” tegas Yusuf.
Wajah Ayu berubah menjadi masam seperti cuka. “Ah, orang lelaki tak habis-habis dengan sikap ego!” marah Ayu sambil mengubah topik perbualan.
Yusuf tersenyum lebar. “Kalau tidak ada perasaan ego, itu bukan lelaki namanya. Itu pondan,” gurau Yusuf spontan.
Yusuf tersengih. Kakinya disilangkan. Ayu memandang tingkah laku Yusuf dengan perasaan menyampah.
“Pondan lelaki jugak!” balas Ayu.
“Lelaki berjiwa perempuan. Mereka lebih suka mengenali dunia perempuan daripada dunia lelaki. Jadi, mereka tidak layak hidup dalam dunia lelaki!” Yusuf diam seketika. Ditundukkan wajahnya memandang lantai simen sekolah.
“Ayu… sikap ego lelaki ada hikmahnya,” sambung Yusuf.
“Hikmah menyakitkan hati perempuan. Susah hendak dibawa berbincang!” bantah Ayu berterusan tetap tidak mahu mengalah.
“Lahirnya lelaki ke dunia ini adalah untuk menjadi pemimpin. Kalau mereka tidak mempunyai sifat ego, tidak layak mereka lahir sebagai lelaki,” Yusuf bersuara lembut tetapi penuh berbisa untuk Ayu.
Ayu meluat dengan sikap Yusuf yang cuba mempertahankan keegoan lelaki. Wajah Yusuf tenang sahaja. Bagi Ayu, apa yang Yusuf katakan adalah sesuatu yang sungguh menyakitkan hati dan perasaannya. Wajah Yusuf yang sentiasa tenang tidak dapat menyejukkan hati Ayu. Niat hati Yusuf untuk menjadikan Ayu sebagai teman hidup mungkin akan menjadi debu.
Tubuh Yusuf yang sungguh bergaya ketika berjalan kini tidak lagi menjadi daya penarik untuk Ayu. Suaranya yang lunak didengar juga sudah menjadi seperti suara katak memanggil hujan. Aku pula sedari tadi masih asyik mencuri dengar perbualan Yusuf dan Ayu.
Jika Yusuf dan Ayu menyedari aku berada berhampiran dengan mereka, sudah pasti apa yang seharusnya aku ketahui, tidak akan sampai ke pengetahuan aku.
Terdengar tapak kasut bergerak dengan pantas meninggalkan tempat itu. Ayu telah meninggalkan Yusuf keseorangan. Yusuf hanya tersenyum apabila melihat Ayu berwajah masam seperti cuka. Apabila hati Ayu sudah sejuk nanti, akan segera dipujuknya. Yusuf pernah memberitahu aku bahawa naluri wanita harus dibelai seperti kain sutera. Lembut dan sensitif.
Aku masih terpinga-pinga. Selama ini aku menggambarkan Mira sebagai seorang yang mempunyai budi pekerti menarik, seindah wajahnya.
“Betul ke apa yang Ayu katakan?” bisik aku sendirian.
Aku bangun menuju ke jendela. Menarik nafas panjang-panjang kemudian melepaskannya perlahan. Termangu seketika aku di jendela kaca. Bicara teman-teman yang baru kukenali menyukarkan aku untuk membuat keputusan yang sewajarnya. Sikap dan bicara mereka begitu asing bagi aku ketika itu.
‘Apakah sebenarnya yang dikatakan cinta? Kenapakah aku harus mengambil berat tentang cinta?’ keluh aku, cuba mencari jawapan yang bermain-main di fikiran.
Aku menundukkan wajah beberapa kali ke lantai. Selama ini perasaan aku telah diresapi keinginan untuk mengecapi kejayaan di masa hadapan. Aku juga bercita-cita untuk melahirkan satu generasi yang berpegang teguh kepada ajaran agama. Mengamalkan kesempurnaan dalam setiap aspek. Harapan dan cita-cita aku telah memaksa aku melupakan soal cinta. Ramai di antara rakan-rakanku telah berjaya menjejakkan kaki ke Institut Pengajian Tinggi. Tetapi aku masih lagi memakai pakaian uniform sekolah.
“Seorang saja?”
Aku terkejut. Pantas mata aku mencari empunya suara yang menegur aku ketika itu. Kelihatan Ira sedang tercegat di sebelah aku.
“Macam mana engkau tahu aku ada di sini?” soal aku kepada Ira dengan jelak tanda kurang senang dengan kedatangannya.
“Aku tahulah,” jawab Ira dengan manja.
Aku mengeluh panjang seraya mengalihkan pandanganku daripada menatap wajah yang sering mengangguku. Aku menarik nafas panjang dan melepaskan nafasku perlahan-lahan, seperlahan itu juga aku menoleh ke arah Ira.
“Bila engkau akan berhenti mengekori aku, Ira?” Aku inginkan kepastian, suaraku perlahan bernada kebosanan.
Wajah Ira berubah serta-merta. Mata Ira memandang seraut wajah aku yang berada berhampiran dengannya. Renungan yang merayu simpati.
Tanpa menghiraukan Ira, aku bergerak menjauhinya beberapa langkah. Perasaan aku terasa begitu rimas apabila Ira cuba mengetahui isi hatiku. Ira menghampiri tubuhku. Harum bedak yang dipakai oleh Ira singgah di hidungku. Sekali lagi aku menarik nafas panjang. Aku amat berharap Ira mengerti bahawa aku tidak senang dengan kehadirannya. Aku tahu, tidak manis sekiranya aku melayan tetamu sedemikian rupa. Hakikatnya, aku terpaksa melayan tetamu aku itu sedemikian rupa kerana tetamu aku itu sering memaksa dan mengharapkan sesuatu yang sukar untuk ditunaikan.
Belaian seorang kekasih, mungkinkah itu yang Ira harap-harapkan daripada aku?” Jika itu yang Ira inginkan daripada aku, ia adalah sesuatu yang mustahil untuk aku tunaikan.
“Kalau engkau terus bersendirian, masalah engkau tidak akan selesai. Kau perlu teman untuk menceritakan masalah engkau,” nasihat Ira.
“Hanya lelaki saja yang akan mengerti masalah lelaki yang lain,” jelas aku tanpa memandang wajah Ira, sebaliknya merenung ke luar jendela.
“Kalau masalah kau itu bersangkutan dengan perempuan, apakah kau mampu menyelesaikannya sendirian?” Ira terus berbalas kata.
Aku semakin muak dengan bicara Ira. Tetapi aku tidak memperlihatkan kepadanya yang aku tidak senang dengan bicaranya. Aku menyimpan saja rasa jelak itu dalam hati.
“Jika perempuan yang menasihati lelaki, nasihatnya hanya untuk kepentingan perempuan,” perli aku.
Ira tidak mengerti maksud kata-kataku itu. Mungkin dia tidak pernah mendengar kata-kata seperti itu. Atau berpura-pura tidak memahaminya.
“Cuba engkau beritahu aku, masalah apa yang engkau hadapi? Aku akan membuktikan bahawa aku juga mampu mengurangkan beban engkau sekarang jugak,” janji Ira.
Ira bangun sambil tersenyum lebar. Didekatkan tubuhnya dengan tubuhku. Aku terus dengan sikap kaku. Sejujurnya, aku tidak mahu memberi walau sekelumit harapan kepada gadis itu.
Sewaktu menunggu jawapanku, Ira hanya mengukirkan senuman manja dengan harapan senyumannya itu akan melembutkan hati dan perasaan aku. Jika nasihatnya itu berjaya, mungkin aku akan berjinak-jinak dengan dirinya pula. Ira menunggu dengan debaran di dada. Rambutnya yang melepasi bahu ditiup bayu. Berterbangan menerpa wajahnya.
“Maafkan aku, Ira. Aku ada kerja yang perlu aku selesaikan.”
Tanpa memberi sebarang jawapan, aku mengorak langkah pergi. Sekali lagi Ira merasa hampa. Terukir ketika itu perasaan geram dan kecewa di wajahnya.
“Maafkan aku, Ira,” bisik aku ketika itu.
Kenangan itu masih segar di ingatanku. Kenangan ketika cinta aku dirayu oleh Ira masih terasa sehingga kini. Sesekali aku terasa menyesal kerana menolak cintanya. Alasan tidak mahu bercinta semasa di alam persekolahan membuatkan aku terpaksa menolak cintanya. Itulah prinsip aku. Namun, kehadiran cinta dalam hidup ini ada kalanya tidak dapat dinafikan. Hakikat yang sepatutnya aku terima ketika itu, aku adalah remaja yang ingin disayangi, juga ingin menyayangi.
Keayuan wajah Mira tidak mampu menangkis kilauan cinta yang mulai berkembang di hati aku. Walau bagaimanapun, cinta Mira yang hampir berputik di hati aku ketika itu, harus disekat daripada terus berkembang. Perubahan diri aku terhadap Mira beberapa hari kebelakangan ini telah menyakinkan Mira bahawa aku telah berjaya ditaklukinya. Belum ada jejaka yang tidak tergoda dengan wajah yang dimilikinya. Malahan, Pak Imam di kampungnya sendiri pernah bertanya kepada Mira sama ada dia sudi menjadi isterinya yang kedua. Tetapi Mira mneolaknya dengan sopan sekadar menghormati Pak Imam. Orang yang dihormati oleh seluruh kampung kerana jasanya.
Jika benar Pak Imam ingin beristeri, kenapa tidak dia pergi merisik janda-janda yang ada di kampungnya? Kejujuran Pak Imam ketika mengutarakan hal itu semasa dia menunggu keputusan peperiksaan SPM yang lalu diraguinya.
Sememangnya cinta Mira telah hadir di dalam jiwa aku ketika itu. Tetapi putik perasaan itu cuba dikawal daripada terus berkembang menjadi satu jambangan cinta yang utuh. Ketika itu, aku merasakan adalah suatu kerugian jika jiwa aku dimiliki oleh Mira. Jika aku menerima cinta Mira mungkin masa hadapan aku akan hancur berkecai dek penangan cinta.
“Mira, ikut aku sekejap!”
Izwan memanggil Mira sekaligus mengejutkan lamunan aku.
“Apa hal Izwan?” soal Mira penuh tanda tanya. Mulut Mira terlopong.
“Ikut aje! arah Izwan tegas tanpa senyuman.
Debaran jantung Mira bertambah kencang. Izwan pula tergesa-gesa meninggalkan kelas. Mira terus menjejaki angkah Izwan dengan seribu pertanyaan bersarang dihatinya. Hampir keseluruhan penghuni kelas memandang ke arah mereka berdua. Mereka tercari-cari jawapan mengapa Izwan memaksa Mira mengikut langkahnya?
Munah yang sering menjaga tepi kain orang menoleh ke arah aku. Fikirannya ligat cuba mentafsir apa yang tersimpan di hati aku melalui seraut wajahku.
“Melepaslah kau, Farid!” perlu Munah sambil tersengih-sengih. Aku tidak suka melihat wajah sinis Munah yang seperti mengejekku.
“Apa yang kau cakapkan Munah?” marah aku sambil meninggikan nada suara.
Munah merasakan aku berpura-pura menyembunyikan gelodak hatiku yang cemburu.
“Buat-buat tak faham pulak! Balas Munah lagi. Senyumannya dilebarkan.
“Kalau aku tak faham, takkan aku nak mengaku yang aku faham,” balas aku kasar. Darah aku semakin mendidih.
Munah merenung aku untuk mencari kepastian. Dia nampakknya terlalu ingin mengetahui perasaan aku terhadap Mira. Munah mendekati aku. Matanya sepet hampir tertutup dek senyumannya yang begitu lebar. Penutup pen yang digenggamnya dimasukkan ke dalam mulut. Digigitnya beberapa kali batang pen itu. Wajah aku mulai tenang. Tidak seperti tadi yang kelihatan begitu gelisah.
“Kenapa tadi kau nampak gelisah?” Munah masih inginkan kepastian.
Sukar untuk diapercaya bahawa godaan Mira terhadap aku selama ini tidak membuahkan hasil. Kebiasaannya gadis secantik Mra pasti akan dapat memiliki cinta sesiapa saja yang didambakannya. Dengan renungan menggoda dan layanan yang baik, pasti Mira akan membawa mangsanya ke dalam alunan mimpi yang indah mengasyikkan. \
Tiada jawapan daripada bibirku. Munah hampa, wajahnya keruh secara tiba-tiba. Suasana menjadi sepi. Munah duduk semula di kerusi. Tiba-tiba terdengar tapak kasut mendekati kelas mereka. Beberapa ketika kemudia, terpacak sekujur tubuh di daun pintu kelas.
“Nama-nama yang saya sebutkan, sila datang ke pejabat. Cikgu Halimah nak jumpa,” wajah Badrul terpacul, suara ketua pengawas itu kedengaran tegas dan garang.
Ketekunan aku menatap buku teks terganggu. Seorang demi seorang nama disebutnya. Aku mengamati nama-nama yang disebut dengan teliti.
“Shamira binti Yusuf.”
Badrul berhenti berkata setika. Dibelek-belek kertas yang berada digenggamannya. Jawatan sebagai ketua pengawas begitu mencabar kewibawaannya. Keseluruhan pelajar menggelarkan Badrul sebagai
‘Tuan Badrul’ kerana cara dia bertutur dan berjalan mempunyai gayanya yang terdiri. Bergaya seperti seorang menteri.
“Akhir sekali, Farid bin Ariffin!” Badrul menoleh mencari empunya nama.
Aku tersentak. Perlahan-lahan aku bangun. Dengan langkah malas aku mengekori Badrul dari belakang.
“Jangan-jangan cikgu Halimah nak bertanya tentang hubungan aku dengan Mira?” bisik aku sendirian.
Langkah aku semakin lemah dan malas. Pelajar-pelajar yang disebut nama mereka tadi sudah jauh di hadapan. Begitu juga dengan Badrul. Fikiran aku terus melayang, memikirkan apa yang bakal dihadapi nanti.
Aku mematikan lamunan. Beberapa langkah saja lagi aku akan sampai di bilik rehat para guru. Badrul dan pelajar-pelajar yang lain telah berdiri tegak di hadapan cikgu Halimah. Dengan muka selamba aku terus masuk ke dalam bilik guru dan berdiri di hadapan cikgu Halimah bersama-sama beberapa pelajar lain. Cikgu Halimah memandang ke arah aku sekali imbas. Kemudian dia menarik nafas. Dilepaskan nafasnya perlahan-lahan. Wajahnya tetap serius. Cikgu Halimah membetul-betulkan tudung labuh yang dipakainya.
“Tahu mengapa saya memanggil awak semua?”
Aku diam. Begitu juga pelajar lain yang ada di situ. Aku menanti Cikgu Halimah menyambung kata-katanya dengan penuh debaran di dada.
“Setelah saya menilai beberapa faktor, saya mendapati awak semua layak untuk menggantikan AJK Persatuan Kebudayaan yang akan menamatkan tugas mereka minggu ini, Farid, saya lantik awak menjadi pengerusi,” sambung Cikgu Halimah.
Aku dan rakan-rakan tersenyum lebar. Perasaan lega serta-merta beraja didada. Ada yang menarik nafas panjang, melepaskan perasaan cemas yang bersemadi di hati sebentar tadi. Kami berpandangan sesama sendiri. Connie yang berlesung pipit tersenyum dengan manis. Senyuman yang dilemparkannya kepada aku adalah senyuman yang paling indah pernah dilihat sebelum ini.
Jika bukan kerana perbezaan agama dan bangsa, ingin sekali aku mengenali Connie dengan lebih dekat. Tetapi hakikatnya kami disempadani dengan batasan bangsa dan agama yang berbeza.
Seorang demi seorang keluar dari bilik rehat para guru itu dengan wajah ceria. Mira dan aku berjalan beriringan ketika melangkah keluar dari bilik guru.
“Macam mana Farid?” Jawatan pengerusi amat berat. Sanggupkah awak terima?” soal Mira.
Aku menoleh ke arah Mira. Mira mendekati aku. Ketika berdiri di hadapan Cikgu Halimah tadi, kami berdiri berjauhan tetapi setelah jauh meninggalkan Cikgu Halimah barulah kami berani berjalan seiringan.
Hampir aku terlupa untuk menjawab soalan Mira. Fikiran aku jauh melayang. Sambil berjalan aku mencuri-curi pandang ke wajah Mira. Hampir aku terlanggar seorang pelajar kerana asyik memandang Mira. Serta-merta aku tersedar bahawa fikiran aku sudah jauh melayang. Mira hanya membiarkan perbuatan aku terhadapnya. Nakal juga pandangan mata aku ketika itu. Tidak dapat aku nafikan sebagai lelaki, jika terpandang gadis secantik Mira tentu aku terpesona dengan keayuan wajahnya.
Hal sebegitu sudah menjadi kebiasaan bagi Mira. Ramai jejaka yang sering mencuri pandang wajahnya. Kadangkala Cikgu Saiful yang sudah beristeri pun turut mencuri-curi menatapi wajahnya. Mira tidak pernah melarang sesiapa pun untuk menatap wajahnya. Itu adalah hak masing-masing.
“Entahlah Mira, saya rasa saya perlu menerima cabaran itu. Mungkin inilah peluang untuk saya menimba pengalaman,” jelas aku setelah beberapa saat terleka dengan keayuan wajah Mira.
Mira menundukkan wajahnya. Memerhati batu-batu kecil di tepi jalan. Mungkin juga dia sedang memikirkan kata-kata aku sebentar tadi. Sukar bagi aku untuk membaca isi hati dan fikiran Mira.
Kami berdua terus melayani fikiran masing-masing. Apabila tiba di depan tandas, Mira memberi isyarat tangan kepada aku. Dia ingin mencuci mukanya di sinki tandas perempuan. Aku tersenyum. Tanda aku mengerti maksud Mira. Aku terus melangkah masuk ke dalam kelas lantas menuju ke mejaku.
Ketika itu aku merasakan detik masa begitu pantas berlalu. Mira pula semakin berminat untuk mengenali isi hati dan perasaanku. Layanan yang diberikan kepada aku amat berbeza dengan layanan yang dihulurkannya sebelum ini. Perubahan yang tidak aku ketahui puncanya….
Kadangkala, aku merasakan Mira seolah-olah mengongkong keselesaan aku. Apabila ada gadis lain yang cuba mendekati aku, sudah pasti akan dilarangnya. Aku rimas diperlakukan sebegitu walau adakalanya ia membuktikan betapa sayangnya Mira kepadaku.
Ketika itu, aku tersedar perbezaan antara kami. Aku tidak layak digandingkan dengan Mira yang cantik itu. Aku bimbang jika hanya aku bertepuk sebelah tangan. Mira adalah rebutan ramai jejaka, tidak mungkin dia akan tertarik kepada diriku yang serba kekurangan itu.
Bagi aku, Khairul adalah lelaki yang paling layak untuk memiliki cinta Mira. Dia dilahirkan dalam golongan yang berada dan berpengaruh. Dia berupaya memberi keselesaan kepada Mira. Sudah beberapa kali Khairul memberi hadiah kepada Mira. Dengan wajah ceria Mira menghulurkan senyuman manis sebagai membalas jasa baik yang Khairul perlihatkan di hadapannya.
Berbeza dengan aku yang tidak pernah menghulurkan hadiah kepada sesiapa pun. Hidup aku masih terumbang-ambing dalam kemiskinan. Kemiskinan yang diwarisi. Kadangkala, aku memikirkan betapa bahagianya jika generasi aku dahulu berkedudukan mewah. Setidak-tidaknya, ia adalah aset untuk aku memiliki cinta gadis seperti Mira.
Ah, apalah yang ada pada wajah. Adakah wajar kerana mempunyai wajah yang indah, maka pemiliknya diagung-agungkan? Wajah yang cantik adalah persis bunga mawar. Suatu kemustahilan bagi mawar untuk kembali ke tangkainya apabila ia telah gugur layu ke bumi.
Sesekali terlintas pertanyaan di hatiku, walaupun hubungan Mira dengan Khairul amat rapat namun Mira tetap cemburu melihat aku melayan Ira yang sering meminta bantuan daripada aku. Mengapakah Mira berkelakuan sebegitu? Tamakkah dia?
“Aku tak yakin, Farid.”
“Kita mesti cuba dulu, Ira. Maruah sekolah ini terletak di tangan kita sekarang,” pujuk aku.
Aku menghulurkan sekeping borang kepada Ira. Mengharap Ira sudi berganding bahu denganku mengharumkan nama sekolah. Wajah Ira begitu tenang ketika dirayu. Kematangan Ira dalam menilai setiap permintaan sering menyenangkan hati aku.
“Berapa lama awak mahu saya selesaikannya?” Ira mengalah.
“Kalau boleh dalam minggu ini,” pinta aku.
Sekali lagi aku mengambil kesempatan untuk menatap wajah Ira. Ira menganggukkan kepalanya tanda setuju. Borang yang berada dalam genggamanku disambutnya. Aku tersenyum lebar kerana rayuan aku berjaya merebahkan kekerasan hati Ira. Ira membalas senyuman aku, menampakkan lesung pipit yang sering tersembunyi di balik pelipisnya.
“Terima kasih Ira kerana sanggup mengubah fikiran,” aku memaksudkan kata-kata yang dilontarkan.
Aku mengorak langkah meninggalkan Ira memandangkan ada tugas lain yang perlu aku selesaikan. Wajah Ira berubah secara tiba-tiba. Senyuman juga telah hilang dari bibir mungilnya.
“Kalau ada apa-apa masalah awak boleh jumpa saya,” sambung aku. Melayan acuh tak acuh gadis itu. Mengapakah aku tidak melayan Ira sama seperti layanan yang aku berikan kepada Mira? Adakah aku mengukur kebaikan hati seseorang berdasarkan seraut wajah yang dimiliknya? Aku masih mentah dalam menilai keindahan hati dan budi seorang wanita.
“Bila?” soal Ira dengan pantas.“Bila-bila, asalkan saya ada masa lapang,” jawab aku dengan tenang.Wajah Ira semakin serius.“Awak sentiasa sibuk, macam mana saya nak jumpa awak?”Aku mengukir senyuman kecil cuba meredakan kegelisahan dan keresahan Ira.“Itu tak ada masalah. Kalau awak ada perkara penting, bila-bila masa saja awak boleh jumpa saya,” jelas aku.“Masalahnya…,” Ira berhenti berkata seketika. Direnungnya wajah aku. “Saya susah nak jumpa awak!” sambung Ira seperti mengharapkan sesuatu.Aku terus tersenyum dan menatap seketika wajah Ira.“Sekolah kita bukannya besar. Awak boleh sampaikan pesan kepada orang yang kenal saya,” jelas aku lagi dengan jawapan yang acuh tak acuh.Sememangnya Ira masih tidak berjaya menerobosi jendela cinta aku ketika itu. Tidak aku ketahui kenapa Ira tidak berjaya menembusi jendela cinta aku yang masih kekosongan ketika itu. Tidak seperti Mira, begitu mudah cinta gadis itu mengetuk jendela cinta yang aku miliki. Aku masih dapat merasakan sentuhan cinta Mira yang bertandang di kamar cintaku. Terlalu sukar untuk aku melelapkan mata malam itu. Sentuhan cinta Mira dirasakan begitu indah, seindah wajahnya yang seindah pelangi.Terdetik di hatiku, haruskah aku menyintai gadis yang turut dicintai oleh lelaki yang lebih kaya daripadaku. Lelaki yang bakal mewarisi harta yang banyak. Menangkah aku dalam pertaruhan sebegitu? Pasti Khairul mampu membahagiakan Mira.Lamunan aku terhenti apabila kelihatan bibir Ira bergerak untuk berkata sesuatu. Aku tahu hati Ira sedang bergelora hebat.“Kita jumpa lagi. Jangan lupa, kalau ada masalah, jumpa saya,” pujuk aku. Tidak terniat di hati aku untuk mengecilkan hati Ira. Aku tahu betapa kecewanya Ira andai dia mengetahui bahawa cinta Mira terlebih dahulu bertakhta dihatiku.Aku merasa serba salah, wajarkah aku terus memendam perasaanku yang tulus mencintai Mira? Sekadar menyintainya mungkin tidak salah, tetapi menaruh harapan untuk memiliki segala-gala yang dimilikinya, tidak mungkin. Mira adalah milik Khairul, aku hanya sekadar menyintainya….Ira melangkah pergi daripada sisi aku. Harapan Ira masih lagi belum tertunai. Berkemungkinan harapan Ira hanya tinggal harapan. Harapan yang tidak diketahui bilakah akan kesampaian.“Farid!”Aku mematikan langkah kaki dengan serta-merta.“Aku cari kau hampir sehari suntuk. Kau ke mana?” soal Yusuf yang tiba-tiba muncul dihadapanku.“Ada hal penting ke?” soal aku dengan terburu-buru. Tanggungjawab sebagai pengerusi kelab benar-benar mencabar kewibawaanku.Yusuf membuka failnya. Mengeluarkan sehelai borang yang telah diisi dengan teliti dan kemas.“Ada budak baru. Sebagai ketua kelas, tanggungjawab aku Cuma menyerahkan borang ini aje.”Yusuf menghulurkan borang yang diambil dari dalam failnya kepada aku. Dengan pantas aku mengambil borang itu. Secepat kilat borang itu bertukar tangan. Dahi aku berkerut. Mata aku membelek-belek borang yang Yusuf berikan kepada aku.“Norizah binti Muhammad,” bisik aku.Yusuf tersenyum kecil, setelah beberapa ketika dia tersengih. Entah apa yang mencuit hatinya.“Dah tengok orangnya?”“Belum.”“Orangnya tidaklah begitu lawa tapi bolehlah kalau…,” gurau Yusuf.Sengaja Yusuf menghentikan kata-katanya mendadak mengharapkan aku memahami maksudnya.“Kalau apa?” wajah aku berubah menjadi serius.“Marah ke?”Soalan Yusuf membuatkan aku keluar daripada perasaan marah. Aku tersipu-sipu, sebagai bukti bahawa aku malu dengan sikap aku itu.“Seorang pemimpin tidak boleh cepat melenting, terutama tentang perkara yang remeh-temeh,” Yusuf tersengih. Aku hanya mendiamkan diri.“Nanti hancur orang yang dipimpin,” sambung Yusuf yang terus tersengih. Matanya tajam memandang wajah aku. Menantikan perubahan riak wajahku yang sedang berdiri di hadapannya.“Untuk apa aku marah?” Aku merendahkan nada suara. Cuba melindungi kemarahan yang membuak-buak di dada. Sebaliknya, aku ingin menonjolkan sikap tenangku dihadapannya.“Hai, baru kenal nama dah ingin tahu siapa orangnya?” perli Yusuf sekadar bergurau.“Mestilah, aku perlu kenal orangnya. Nanti orang cakap aku ni tak pandai menjalankan tugas. Anak buah sendiri tak kenal,” jawab aku.“Dia lebih suka dipanggil dengan panggilan Izah.”Yusuf sekali lagi merenung wajah aku. Timbul perasaan menyampah di hati aku ketika itu, aku tidak senang dengan gurauan Yusuf.“Aku rasa orang macam kau pasti memilih Izah.” Yusuf cuba mencungkil rahsia yang tersimpan di hati lelakiku.“Aku datang ke sini hanya untuk mencari ilmu,” bantah aku dengan tegas sekaligus cuba menerangkan prinsip hidupku.Yusuf mendekatkan bibirnya ke telinga aku, seakan berbisik.“Ilmu, ilmu jugak, buah hati, buah hati jugak. Lebih baik kau kebas dulu sebelum orang lain kebas,” cadang Yusuf sambil berbisik perlahan di telinga kanan aku.“Kau ni Yusuf, macam nak menguji aku aje,” gertak aku, memberi amaran supaya dia tidak berterusan menguji ketegasan aku untuk menimba ilmu di situ. Aku tidak ingin memikirkan soal seremeh itu.Yusuf diam. Bimbang aku akan merajuk dengan gurauannya ketika itu. Wajah Yusuf berubah serius. Dia cuba menyejukkan hati aku yang sedang terbakar kerana sindirannya sendiri.“Aku pergi dulu. Tanggungjawab aku sudah selesai. Sekarang Izah berada di bawah tanggungjawab kau. Kalau borang dia tidak lengkap, jumpalah sendiri dengan Norizah. Gentle sikit!” kata Yusuf sambil melangkah menjauhi aku yang tidak mengerti maksud gurauannya sebentar tadi.Yusuf berterusan tersengih. Perasaan riangnya pada pagi itu sukar untuk diramal.“Kali ini kau kenakan aku, lain kali aku kenakan kau pulak,” balas aku.“Tak baik berdendam, Farid!” Yusuf mempercepatkan langkahnya.“Aku tak berdendam, tapi bergurau aje. Apa salahnya,” perli aku, mengharapkan Yusuf berhati-hati dengan kata-katanya yang mungkin akan menyebabkan rasa tidak senang dihatiku.Yusuf terus tersengih. Langkahnya dipanjangkan. Sesekali dia memandang ke hadapan. Bimbang terlanggar sesuatu. Badannya mengiring memandang ke arah aku. Yusuf mengangkat tangannya.“Okey Farid. Ingat ya, Norizah tidak suka orang yang suka marah-marah. Nanti hancur pulak harapan engkau. Peluang dah ada di depan mata, jangan dibiarkan begitu saja,” jerit Yusuf dari kejauhan, sengaja meninggikan suaranya supaya didengari oleh beberapa pelajar perempuan yang berada berhampiran kami.Aku memerhati gerak laku Yusuf. Cuba membaca isi hati teman yang berbadan tinggi lampai itu. Aku menarik nafas panjang setelah Yusuf hilang daripada pandangan mata. Entah apa yang Yusuf fikirkan aku pun tidak tahu. Mungkin Yusuf ingin mengubat hatiku yang dikecewakan Mira. Kecewakah aku dengan Mira? Tanya diriku sendiri namun soalan itu dibiar angin lalu. Aku tidak mahu memikirkan persoalan yang berkaitan dengan cinta yang menghantui perasaan dan jiwaku. Aku ingin bebas daripada cinta….Keazamanku, peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) makin hampir dan aku harus berjaya mendapatkan keputusan yang cemerlang.Apa yang aku harapkan hanyalah satu, semoga Yusuf tidak akan salah sangka terhadap diri aku. Segala yang aku lakukan hanyalah demi kepentingan pelajar-pelajar Sekolah Menengah Bentara.*****Malam begitu sunyi. Kesunyian malam itu membuatkan aku termenung di jendela bilikku. Menghadap malam yang hanya diterangi cahaya sang rembulan. Malam itu aku memikirkan tentang nasib diriku ini. Usia aku semakin meningkat. Aku sering tertanya-tanya di dalam hati, adakah masa hadapan aku secerah mentari atau sesuram malam itu? Namun hakikat yang seharusnya aku terima, diri aku hanya mampu berusaha namun Ilahi yang menentukannya.Hidup ini ditentukan oleh takdir Ilahi. Tetapi takdir Ilahi itu boleh diubah dengan kesungguhan, tawakal dan doa. Ketika itu aku berazam akan berusaha untuk mencorakkan masa hadapan aku secerah mentari di siang hari. Menerangi kehidupan aku demi generasi yang akan datang. Aku tidak ingin melihat generasiku merasai kesusahan seperti yang telah aku alami pada masa itu.Lamunan aku masih menjalar, kenangan lalu semasa di alam persekolahan masih bermain-main di tirai silam. Aku masih ingat bagaimana suatu hari Mira menyatakan hasrat hatinya. Kenyataan yang begitu sukar untuk aku terima di kala itu.Mira mendekati aku yang sedang termenung di bawah pepohon pokok yang rendang.“Mengapa kau tidak sibuk hari ini?”Tersentak aku daripada lamunan. Pantas aku memandang ke arah Mira. Dengan wajah yang berseri-seri Mira memandang ke wajahku. Mata kami bertembung. Mira terpandang ruang kosong di sebelah aku. Dengan lemah lembut Mira melabuhkan punggungnya di sisi aku. Entah mengapa ketika itu aku memberi ruang untuk Mira. Sekali lagi Mira tersenyum.“Selalunya susah nak lihat kau duduk begini. Selalu saja bergerak ke sana-sini.”Aku tersenyum. Terhibur hatiku seketika apabila didatangi tetamu. Aku menarik nafas panjang.“Hari ini aku perlu rehat,” aku mematikan senyuman di bibir.Mira diam seketika. Dia memandang sepasang burung punai yang sedang terbang di atas kepalanya. Setelah beberapa ketika sepasang burung punai itu hinggap di sebatang dahan yang lain.“Burung yang terbang sering berpasangan. Mengapa kau sering menolak hakikat berpasangan?” tanya Mira tiba-tiba dengan berani.Aku menoleh ke arah Mira. Kenapa persoalan ini yang dibangkitkan oleh Mira.“Kenapa kau tanya aku soalan itu?” tanya aku.“Engkau sudah banyak berubah, Farid!” jelas Mira lantas menyedarkan aku hal yang sebenarnya. Perubahan yang berlaku tanpa disedari. Sikap jujur seorang gadis itu menyedarkan diriku perkara yang sedang terjadi.Aku menundukkan wajah ke bumi. Mira menunggu penjelasan aku dengan debaran di dada. Aku menarik nafas panjang.“Aku sekarang hidup dalam dunia aku.”Mira mencebikkan bibir. Timbul perasaan menyampah di wajah itu. Tetapi wajahnya tetap cantik dan indah dipandang.“Dunia kau saja. Macam mana dengan dunia orang lain?” tegur Mira seakan tidak berpuas hati dengan jawapanku tadi.“Dunia siapa?” dugaku keliru.“Dunia aku!” jawab Mira sambil menunjuk dirinya.Aku mengukirkan senyuman kecil.“Aku masih lagi mencari dunia aku,” kata aku sambil ketawa kecil. “Untuk apa aku cari dunia orang lain?” sambung aku lagi tanpa menoleh ke arah Mira, aku pasti suara aku itu mampu didengarinya dengan jelas.“Kau seorang yang mementingkan diri sendiri,” marah Mira tiba-tiba. Wajahnya berubah kemerahan.Aku bangun. Kedua-dua tapak tangan aku dimasukkan ke dalam kocek seluar. Rasa kurang selesa jelas menerpa dihati.“Kita mesti cuba mengawal diri kita. Tak semua yang kita inginkan akan terbentang di depan mata, Mira. Seperti burung, megah mengibarkan sayapnya. Hidup berterbangan namun, tidak mempunyai cita-cita dan impian. Terbang mengikut ke mana angin membawa dirinya pergi. Angin seolah-olah menentukan hidup mereka. Apa erti hidup seperti itu?” Aku bersuara serius menerangkan prinsipku kepada Mira.Mira diam seketika. Cuba menilai kata-kata aku yang singgah di cuping telinganya. Bibirnya teragak-agak untuk berkata sesuatu.“Jadi selama ini kau langsung tidak mengendahkan harapan aku?” terlepas soalan itu daripada bibir mungil Mira.“Harapan kau terlalu tinggi, Mira,” sambungku lirih.“Kau tahu aku menaruh harapan kepada kau selama ini tapi kenapa kau sengaja mendiamkan diri. Membiarkan aku dengan harapanku. Kalau tidak kerana cinta, aku tidak akan begini. Mengejar impian aku kepada kau!” rayu Mira. Dicurahkan isi hati yang terpendam sejak sekian lama.Aku mengukir senyuman kecil sekali lagi. Seolah-olah memperkecilkan kata-kata Mira yang singgah di cuping telinga aku.“Apa erti cinta, Mira?” tanya aku sambil memandang ke wajah Mira. Aku sayangkannya namun lebih cintakan cita-cita dan masa depanku.“Kau fahamkah apa yang dikatakan cinta?” Aku memandang Mira.Mira masih duduk berteleku di bangku. Dia merenung tubuh aku dari belakang.“Kau sebenarnya tahu erti cinta. Kau cuba berpura-pura,” tegas Mira.Aku terus tersenyum. Melangkah dua langkah ke hadapan. Mira merasakan senyuman meleret aku adalah senyuman yang mempersendakanya. Perasaan menyampah di hatinya kepada aku begitu ketara. Aku menarik nafas panjang-panjang. Kemudian melepaskannya perlahan-lahan.“Aku tidak tahu apakah yang telah terjadi antara kita.”“Tolonglah Farid, kau Cuma perlu katakan bahawa…,” Mira tunduk malu.“Bahawa kau mencintai aku,” sambung Mira dalam terpaksa.Aku terdiam seketika. Perlahan-lahan aku memandang ke wajah Mira.“Terlalu mudah untuk mengatakan cinta. Namun untuk menilai erti cinta terlalu sukar bagi aku.”Aku memetik beberapa helai daun pokok bunga yang berhampiran dengan tanganku. Mira menganggap alasan yang aku berikan kepadanya itu begitu rapuh. Sepatutnya aku menerima pemberiannya. Hanya orang tertentu saja menerima pemberiannya. Hanya orang tertentu saja yang layak menerima pemberian yang penuh bermakna itu.“Sampai bila kau akan membohongi diri kau. Sebenarnya kau mencintai aku!” bentak Mira dengan berani.Aku diam. Mira bangun dari tempat duduknya dan melangkah tiga langkah ke hadapan. Menghampiri aku yang memandang ke arah luar kawasan sekolah.“Aku mengerti riak wajah dan reaksi kau selama ini. Apa yang kau harapkan adalah demi masa depan kita.”Mira merenung sepasang mata aku. Dengan pantas aku mengelakkan mata aku daripada direnung Mira.“Aku tidak mahu menghancurkan masa depan aku. Ternyata jalan dan arah kita berbeza. Kau mahukan jalan yang singkat manakala aku mahukan jalan yang jauh,” kata aku. Tidak mungkin kami dapat bersama andai arah perjalanan kami berbeza.Jemari aku terus memetik daun-daun pokok bunga yang ada di hadapanku. Sehelai demi sehelai gugur di bumi.“Kerana harapan dan impian kau yang keterlaluan, kau sanggup menghancurkan hati aku!” bentak Mira lagi.Aku tetap tenang menghadapi keadaan itu. Wajah Mira terukir kemarahan. Angin bertiup kencang. Daun-daun kering berguguran jatuh ke bumi. Tubuh Mira dihujani daun-daun yang kekeringan. Sekali-sekala daun mati itu menyapa kepalanya yang bertudung ayu itu. Daun-daun yang berguguran itu akan disapu oleh Pak Mat, tukang kebun yang telah berkhidmat hampir lima tahun di sekolah itu keesoakan harinya.Sesungguhnya pekerjaan sebagai tukang kebun tidak menjatuhkan maruah Pak Mat. Dia tetap dihormati dan disenangi. Tetapi aku sebolehnya tidak mahu menjadi seperti Pak Mat. Aku ingin menjadi orang yang terkenal dan disegani suatu hari nanti. Itulah cita-citaku.“Kita bercakap mengenai benda yang tak pasti, Mira.”“Kita cuma berbincang tentang harapan aku,” tegas Mira tanpa senyuman.“Harapan kau terlalu berat untuk aku tunaikan,” balas aku sejujurnya.Mira mengeluh.“Aku cuma mengharapkan jawapan ya daripada kau. Itu saja!” sambung Mira sambil memperlahankan nada suaranya.Sekali lagi aku mengukirkan senyuman kecil.“Nanti aku berikan jawapannya,” janji aku ketika itu. Aku teragak-agak untuk melangkah pergi. Mira pula melabuhkan punggungnya kembali di kerusi berhampiran.“Bila?” soal Mira lagi.“Tunggu apabila tiba waktunya.”Mira mengeluh lagi. Wajahnya begitu hampa. Harapannya masih lagi tidak kesampaian.“Kenapa tidak sekarang?”Aku diam seketika. Memusingkan tubuh menghadap Mira.“Kita tidak perlu tergesa-gesa mengambil sebarang keputusan. Jika aku memberikan jawapan, jawapan itu datangnya daripada perasaan aku.”Aku memusingkan tubuh sekali lagi. Kali ini aku tidak teragak-agak untuk memulakan langkah pergi. Aku tidak mahu lagi berbicara mengenai hal itu. Perlahan-lahan aku menjauhi Mira.Setitis air mata Mira gugur di bumi. Cintanya dihancurkan oleh lelaki yang amat mementingkan prinsip hidup. Namun, seketika kemudian Mira mengorak senyuman. Gadis yang cantik sepertinya pasti mudah memikat sesiapa sahaja, yang lebih baik daripada Farid.Persoalan yang masih tidak aku ketahui sehingga kini, mengapa Mira masih mengharapkan cintaku? Sedangkan Khairul sering berada di sampingnya. Menemaninya hampir saban hari.*****Khairul keluar dari biliknya. Dipijaknya satu-persatu anak tangga. Janjinya kepada Mira mesti ditunaikan. Nanti kalau Mira merajuk, payah hendak dipujuk.Dari ruang tamu, Pak Mahmud hanya memerhati gerak-geri anaknya. Surat khabar yang dibaca dilipat perlahan-lahan. Kemudian dicampak kasar ke atas meja. Pak Mahmud bangun. Matanya tajam memandang ke arah Khairul.“Kau nak ke mana, Khairul?” soal Pak Mahmud.Wajah Khairul selamba saja.“Saya nak keluar sekejap, ayah,” jelas Khairul.“Ke mana?” pantas tanya Pak Mahmud.“Jalan-jalan aje!” jawab Khairul.Wajah Pak Mahmud berubah. Merah padam mukanya menahan marah.“Kereta yang ayah beli itu bukan untuk kau berfoya-foya!”Terketar-ketar tangan Pak Mahmud menahan marah. Direnung wajah Khairul dengan mata yang merah menyala. Namun, Khairul tetap menunjuk wajah yang selamba bagai tidak mengerti apa-apa.“Saya dah lambat ni ayah,” Khairul cuba berdalih.Khairul mengorak beberapa langkah ke halaman.“Nanti dulu, ayah belum habis cakap!” tengking Pak Mahmud.“Ah, ayah ni. Tak habis-habis berleter. Saya dah lambat ni!” ulang Khairul.Khairul melangkah keluar dari rumah. Tidak diendahkan kata-kata ayahnya. Dia menyeluk saku seluar dan mengeluarkan kunci kereta. Kereta Proton Wira berwarna merah megah berdiri di luar rumah.Tanpa menghiraukan kemarahan ayahnya, Khairul memecut keretanya dengan garang. Pak Mahmud menarik nafas panjang. Direbahkan punggungnya di sofa yang lembut kemudian dia memicit-micit kepalanya. Memikirkan tentang balasan kejahatan yang pernah dilakukannya dahulu.Sebahagian usia remajanya dihabiskan dengan berfoya-foya. Maksiat bagi dirinya adalah suatu lumrah. Kemewahan yang diperolehinya ketika itu juga hasil daripada kerja yang tidak halal. Isteri yang dikahwininya juga bukan daripada golongan perempuan yang baik-baik. Isterinya minta diceraikan pada 16 tahun yang lalu. Ketika itu Khairul baru saja berusia dua tahun. Alasan yang diberikannya, dia inginkan kebebasan. Tetapi selepas empat bulan penceraian mereka, bekas isteri Pak Mahmud dilamar oleh seorang jutawan yang sudah beristeri dan mempunyai dua orang anak lelaki.Seminggu yang lalu, bekas isteri Pak Mahmud datang berjumpa dengannya di rumah. Dalam titisan air mata, dia mengatakan bahawa dia amat merindui Khairul. Apabila bertemu Khairul, anaknya itu hanya menganggap ibunya sebagai orang luar yang tidak pernah dikenalinya. Begitu sayu rasa hati ibu yang selama ini telah mensia-siakan kasih sayang anaknya. Pergilah si ibu bersama kesalan yang berpanjangan.Di dalam kereta, Khairul berangan-angan untuk menerima layanan mesra daripada Mira. Setelah beberapa ketika memandu, Khairul terpandang kelibat Mira sedang menunggunya di tempat yang telah dijanjikan. Khairul memberhentikan keretanya secara perlahan-lahan. Dilontarkan senyuman untuk Mira. Mira membalas senyuman Khairul dengan renungan manja yang menggoda.Khairul keluar dari perut kereta Proton Wira berwarna merah. Dengan senyuman yang lebar Khairul membuka pintu untuk gadis yang ayu itu. Gadis itu kemudiannya masuk ke dalam kereta dengan sopan. Hatinya terasa bangga menerima layanan yang mesra daripada seseorang bernama lelaki. Kemarahannya terhadap jejaka itu kerana lewat sepuluh minit menjemputnya telah reda. Ditolehnya jam tangannya, jam berjenama quartz yang dipakainya menunjukkan jam 11.40 minit tengah hari.Apabila Khairul hendak menutup pintu kereta, seorang perempuan menghampirinya.“Hai Khairul!”Khairul kelihatan serba-salah apabila disapa sebegitu di hadapan Mira. Mira memandang ke arah gadis yang menyapa Khairul tersebut. Dahinya berkerut memandang gadis berbaju kurung berwarna biru berbunga kecil itu. Mona sengaja mendekati Khairul dengan gaya menggoda.“Gadis ini mangsa yang keberapa, Khairul?” perli Mona. Suaranya jelas dan kuat.Kegelisahan Khairul semakin menjadi-jadi. Mira yang berada di dalam kereta menanti tindakan Khairul seterusnya. Mulut Khairul teragak-agak untuk berkata-kata bagai orang ketandusan kata. Mira semakin marah melihat Khairul seperti orang yang hilang punca itu. Mona telah mengganggu ketenteraman mereka.“Mona, apa yang kau buat di sini?” terlepas juga ungkapan ayat daripada bibir Khairul.Wajah Mira semakin merah menahan kemarahan.“Jalan-jalan tengok buaya mencari mangsa?” sindir Mona lagi. Menjeling ke arah Mira.Mira keluar dari kereta. Dia menutup pintu kereta dengan kuat.“Siapa dia Khairul?” soal Mira tidak puas hati.Kedua-dua belah tangan Mira mencengkam pinggangnya. Kemarahannya sudah tidak dapat dikawal lagi.“Aku pergi dulu, Khairul. Enjoy yourself.”Mona memalingkan tubuhnya yang montok. Bentuk badan Mona sudah pasti akan mengiurkan sesiapa sahaja yang melihatnya. Rambutnya yang lurus menyerlahkan kecantikannya.Mona mengorak langkah pergi. Meninggalkan seribu satu persoalan di hati Mira. Siapa dirinya yang sebenar di hati Khairul?” Khairul semakin gelisah. Tengah hari itu adalah waktu yang paling malang bagi dirinya.“Siapa dia, Khairul?” Mira mengulangi soalan-soalannya. Dia memandang tepat ke wajah Khairul.“Kawan lama,” jelas Khairul.Perasaan Khairul masih tidak tenang. Pasti Mira tidak akan berpuas hati dengan jawapannya sebentar tadi. Cara Mona yang begitu menghairahkan tadi membuatnya tergoda seketika. Tetapi menyakitkan hati Mira.“Kawan lama atau girlfriend lama?” perli Mira.Khairul mengeluh panjang. Cuba dikawal perasaannya. Pada masa yang sama dia cuba mencari alasan yang sesuai untuk Mira. Dia tidak mahu Mira merajuk berterusan, payah hendak dipujuknya. Walaupun begitu, wajah Mira kelihatan lebih cantik ketika dia sedang merajuk.“Kita dah lambat ni,” dalih Khairul.“Hantar saya balik,” bentak Mira tiba-tiba.Khairul terperanjat mendengar bantahan Mira. Wajah gadis itu masam mencuka. Cemburu Mira semakin menjadi-jadi. Orang yang lalu-lalang memandang ke arah mereka. Ada juga yang tidak mengendahkan langsung perselisihan faham antara mereka di sisi sebuah kereta Wira berwarna merah.“Kenapa?” soal Khairul. Sebolehnya dia tidak mahu menghantar Mira pulang lagi. Dia ingin bersama gadis cantik itu sepanjang hari ini.“Saya tak ada mood!”“Percayalah Mira, tadi tu kawan lama saya. Perangai dia memang macam itu,” pujuk Khairul.“Ahhh, alasan bodoh!”Khairul mendekati Mira. Perlahan-lahan memegang kedua-dua belah bahu Mira. Mira membiarkan saja Khairul melakukan perbuatan yang ditegah oleh agama itu. Hatinya yang sedang kepanasan perlu disimbah dengan air untuk menyejukkannya kembali.“Mira, antara wajah-wajah yang saya temui, awak adalah orang yang paling saya sayang. Cinta pertama saya. Cinta kita pasti akan membawa ke alam rumah tangga,” pujuk Khairul lembut.Mira melepaskan bahunya daripada cengkaman tangan Khairul. Dia mengiringkan tubuhnya menghadap kereta Proton Wira kepunyaan Khairul.“Saya akan menjadikan awak permaisuri hidup saya. Saya akan hiaskan diri awak dengan emas dan permata,” sambung Khairul.Mira tersenyum. Bahang mentari ketika itu dirasakan bertukar menjadi sejuk, sesejuk embun waktu pagi.Khairul merasa lega. Pujukannya sudah mengena. Dengan begitu mudah bibir Mira mengukir senyuman berpanjangan. Mira menundukkan wajahnya ke bumi. Terasa malu dengan soalannya tadi. Sekali lagi Khairul mendekati Mira. Diletakkan tangan kirinya ke bahu kanan Mira. Ditarik perlahan-lahan bahu Mira menghadapnya. Kini Khairul bebas menatap wajah Mira yang secantik mentari pagi. Mira melontarkan senyuman manja, menjelaskan kepada Khairul bahawa hatinya begitu gembira ketika dirayu sebegitu.Perlahan-lahan Khairul membuka pintu keretanya. Dengan lemah lembut Mira masuk ke dalam kereta Proton Wira kepunyaan Khairul. Khairul menutup pintu kereta. Kini tiba gilirannya untuk membuka pintu kereta yang berwarna merah kepunyaannya sendiri.Apabila sudah selesa dengan kedudukannya, Khairul memandu kereta Proton Wira ke suatu arah. Tidak diketahui ke mana arah tujuan mereka yang sebenar.*****Detik waktu terus berganti, aku masih menyimpan harapan cinta Mira. Aku tidak tahu keputusan bagaimanakah yang harus Mira terima. Dalam usia remaja, usia yang masih tercari-cari arah perjalanan sebenar, menjelmalah sekuntum cinta yang tidak diundang. Terkapar-kapar aku mencari penawar luka yang mencengkam perasaan dan hati.Dari jauh kelihatan sebuah motosikal berwarna merah menghampiri rumah Mira. Apabila terpandang motosikal berwarna merah menghampiri rumahnya, Mira yang sedang termenung di jendela bingkas turun ke halaman rumah. Dipijak anak tangga rumahnya dengan pantas.“Siapa Safiah Amira binti Yusuf?”“Saya,” jawab Mira dengan tersungap-cungap.Lokman tersenyum apabila melihat nafas Mira turun naik. Mira membalas senyuman Lokman. Perlahan-lahan Lokman menghulurkan sepucuk surat kepada Mira. Sambil menghulurkan hak Mira, Lokman menatap wajah ayu Mira. Mira tersipu-sipu melihat telatah posmen miang di hadapannya. Mungkin Lokman terlupa bahawa tiga orang anaknya sedang menunggu kepulangannya di rumah. Isterinya pula sedang sarat mengandung. Apabila surat yang dihulurkan oleh Lokman bertukar tangan, Mira terus memalingkan wajahnya.Dalam hati, Mira merungut kerana wajahnya bukan milik posmen yang tidak sepadan langsung dengan dirinya. Kerenah Mira menyedarkan Lokman bahawa masih banyak surat yang perlu dihantar. Mira meniti anak tangga rumahnya sekali lagi. Kemudian dia melabuhkan punggungnya di kusyen empuk di ruang tamu.Burung murai menyanyikan lagu cinta untuk Mira. Siulannya begitu merdu. Namun, kemerduan lagu yang didendang burung murai masih gagal menghalang persoalan- persoalan menjelma di fikiran gadis manis itu. Persoalan siapakah yang akan menjadi miliknya? Juga, dirinya itu siapakah akan memilikinya. Dalam kekalutan itu, fikiran Mira tersentuh dengan hakikat sebenar bahawa jejaka bernama Farid sebenarnya berjaya mengambil kunci cintanya.Mira membuka warkah yang bersampul coklat. Jemarinya merasa gementar apabila memegang surat yang tidak diketahui siapakah pengirimnya. Perlahan-lahan Mira mengoyak warkah itu. Dikeluarkan sehelai kertas berwarna biru muda. Mata Mira tertumpu kepada ayat-ayat yang tertera di atas kertas berwarna biru muda di hadapannya. Pada mulanya Mira tersenyum manis, namun tiba-tiba wajahnya berubah kelat.Mira,Aku harap kau mengerti. Aku sedar apa yang berlaku di antara kita berdua. Adakah itu ertinya sebuah cinta? Aku juga tidak tahu mengapa aku begitu gelisah apabila seraut wajahmu ditatap oleh Khairul? Apabila kau berada di sampingnya, aku rasa seperti petir menyambar tubuhku.Walaupun perit untukku menyatakan perkara ini di dalam warkah yang aku tulis sewaktu aku tidak dapat melenakan waktu malamku.Mira, warkah yang aku coret ini adalah warkah buat seorang insan yang bernama kekasih. Kekasih pertama aku. Orang yang pertama berjaya memecahkan jendela cintaku. Tetapi hidup yang kita lalui ini tidak seindah mimpi. Membuatkan jendela cintaku terpaksa melontar cintamu yang indah itu dari kamarnya.Mira, terdapat jurang pemisah antara kita. Kita perlu berfikir secara bijak, Mira. Masa depan kita masih jauh di hadapan. Apakah hanya kerana cinta kita sanggup membiarkan masa depan kita hancur begitu saja? Aku tidak dapat menerima cintamu Mira, walaupun ia pernah berputik di hatiku. Maafkan aku, sayang.Ikhlas daripada,Farid.Mengalir air mata di pipi Mira yang putih bersih. Menitis jatuh ke warkah di dalam genggamannya. Mira bangun menuju ke jendela sekali lagi. Tetapi bukannya jendela cinta milik insan yang bernama kekasih. Bait-bait ayat yang aku ukirkan melayangkan fikirannya buat sementara waktu. Memaksa Mira merenung hari-hari yang mendatang dengan penuh kesayuan.Tidak seperti Khairul, aku pasti tidak akan mampu membawa Mira terbang seperti helang. Untuk membelikan Mira sebentuk permata, aku tidak mampu. Banyak keperluan diri sendiri yang masih tidak mampu aku penuhi, bagaimana harus aku membawa Mira terbang di angkasa? Bagaimana harus aku menyelimuti tubuh Mira dengan emas dan permata?Warkah yang diterima pada tengah hari itu telah membunuh perasaan dan fikirannya. Fikiran Mira menjadi buntu. Perasaannya tidak tenteram lagi. Bagaimanakah harus ditempuh hari-hari mendatang tanpa cinta aku di sisinya? Mengapakah dia mencintai aku? Ternyata cinta itu tidak mampu dibeli dengan wang ringgit. Cinta yang mampu dibeli dengan wang ringgit adalah cinta palsu, seperti mana cintanya kepada Khairul.Berbekalkan semangat yang tertinggal, aku menempuh hari-hari mendatang dengan ketabahan dan kecekalan. Tidak ingin aku melihat masa depan aku hancur berkecai hanya kerana sepatah kata bergelar cinta. Tetapi persoalan yang bermain di fikiran aku ketika itu, adakah aku dapat menjalani hari-hari mendatang tanpa cinta seorang wanita bernama kekasih di sisi? Cinta yang sesuci embun waktu pagi? Itulah persoalan yang bermain di fikiran aku ketika itu.*****Walaupun hatinya telah dikecewakan, hakikatnya jiwa Mira tidak akan kekosongan, dirinya sering dipujuk dan dirayu oleh jejaka seperti Khairul. Lagipun, Khairul pernah menyatakan kepada Mira bahawa dirinya adalah orang yang paling disayangi. Tidak seperti aku, tidak pernah mengukirkan madah yang indah seperti itu.“Mira…,” Khairul mengejutkan lamunan Mira.Pantas Mira memalingkan wajahnya ke arah Khairul.“Awak tahu, Mira?” soal Khairul.Mira mengerutkan dahinya.“Tahu apa?”Khairul mendiamkan diri seketika. Mira menanti jawapan Khairul dengan debaran di dada. Mengharapkan sesuatu yang bermakna. Setelah beberapa ketika Mira mendiamkan diri, Khairul tersenyum kecil. Memperlihatkan giginya yang tidak menampakkan sebarang kecacatan. Direnungnya wajah Mira yang ayu. Dia yakin dapat memiliki wajah ayu itu suatu hari nanti.“Saya lebih senang berjalan seperti ini,” bisik Khairul. Lembut suaranya mencecah ke telinga Mira.Mira menjeling ke arah Khairul. Tidak yakin dengan apa yang Khairul cakapkan.“Kenapa?”Berat mulut Mira untuk menjawab pertanyaan jejaka di sebelahnya. Ketika itu hatinya berbelah bahagi, cintanya kini telah terbahagi kepada dua. Sebahagiannya diberikan kepada aku, sebahagiannya pula kepada jejaka di sebelahnya itu.“Saya tak tahu, tapi jiwa saya tenang sekarang ini,” Mira berterus-terang.Khairul tersenyum. Baginya, cinta Mira kini sudah menjadi miliknya.Mira pula teringat kejadian pada waktu rehat sebentar tadi. Dia melihat Khairul begitu rancak berbual dengan Hazifah. Dia bimbang cintanya akan dimadukan.“Tadi saya nampak awak berbual dengan Hazifah.”Khairul tersenyum kecil. Dia menoleh ke arah Mira sekali imbas. Mira tunduk, mungkin dia malu dengan soalannya sendiri.“Hazifah tidak akan sama seperti Mira,” gurau Khairul.“Tentu tidak sama. Kami orang yang berbeza,” Mira terus inginkan kepastian.Mira tersenyum sinis. Menampakkan giginya yang bersih berseri. Khairul membisu. Sengaja dia tidak menjawab soalan Mira. Bimbang cemburu Mira akan menjadi bertambah teruk.“Kenapa tak naik kereta aje?” sambung Mira.“Sesekali nak juga merasa macam mana penatnya berjalan kaki,” terang Khairul.Mira tersenyum manja. Hatinya tersentuh dengan kelembutan jejaka di sampingnya. Begitu indah madah yang singgah di telinganya. Menyentuh cintanya yang dalam kehausan. Tidak dapat dinafikan dia memerlukan cinta seorang insan.Dua remaja itu diam seketika. Tetapi kaki mereka terus melangkah. Khairul seolah-olah sedang memikirkan sesuatu. Mira pula sedang mengelamun panjang.“Mira, awak tahu?” Khairul mengejutkan lamunan Mira.Mira menoleh ke arah Khairul. Khairul malu untuk meneruskan kata-katanya. Bibirnya tertutup rapat.“Tahu apa?” soal Mira tidak sabar.Khairul menarik nafas panjang. Perlahan-lahan dia melepaskan nafasnya. Kemudian dia memandang ke wajah Mira.“Saya selalu merasa bahagia ketika di samping awak.”Mira tersenyum bahagia apabila suara Khairul singgah di cuping telinganya. Khairul pula merasa lega melepaskan isi hatinya. Mereka terus membisu sepanjang perjalanan menuju ke perhentian bas. Jalan mereka tetap seiringan.Aku pula terpaksa menatap satu penipuan yang berterusan. Hakikatnya, Mira memiliki dua cinta yang menjerumuskannya ke dalam sangkar permainan perasaan. Khairul masih tidak mengetahui bahawa selama ini cinta Mira pernah ternoda. Cinta Mira sebenarnya masih lagi di genggaman aku. Aku adalah insan yang paling layak untuk memiliki batin Mira, bukannya Khairul. Khairul hanya memiliki zahir bukannya batin gadis itu.Sebenarnya Mira hanya berpura-pura mencintai Khairul. Dia mencuba sedaya upayanya untuk melontarkan cinta aku daripada lubuk hatinya. Tetapi hingga kini, cinta aku begitu kukuh hinggap di rumah kasihnya. Rindu aku sering membisikkan sesuatu di lubuk hatinya, menyatakan betapa indahnya cinta yang pernah kami alami suatu waktu dahulu. Jika ada kesempatan, ingin dinikmati sekali lagi sentuhan cinta pertama kami. Tetapi kini, tidak mungkin perasaan itu akan hadir lagi kerana kami sudah lama tidak bertemu, malah rasanya tidak harus kami bertemu untuk kesekian kalinya. Kini kami sudah mengikut haluan sendiri.*****Fikiran aku masih jauh melayang mengingati kenangan lalu. Kenangan yang telah mengenalkan aku kepada erti rindu dan sayang.Waktu pagi yang begitu dingin telah membawa satu rentetan panjang dalam hidup aku. Tanpa aku sedari, kecuaian aku ketika itu telah menyebabkan aku terlanggar bahu seorang pelajar perempuan yang sedang menuju arah berlainan dengan aku ketika itu.“Ops!”“Alah…,” rungut seorang pelajar mangsa kecuaian aku itu. Pelajar perempuan itu memandang wajah aku seketika. Buku-bukunya bertaburan di simen kaki lima sekolah. Beberapa pelajar lelaki yang berada berhampiran kami tersenyum. Dalam hati, aku menyumpah, mereka seharusnya membantu aku memungut buku-buku yang bertaburan itu. Tetapi sebaliknya mereka hanya tersenyum memandang ke arah kami.“Maafkan saya, saya tak sengaja,” aku terus mengutip buku-buku yang bertaburan.“Tak apa,” balas Izah dengan wajah yang masam.Kejadian yang tidak diduga itu mendorong aku untuk memerhati tingkah laku Izah, berwajah manja dan berbudi bahasa tinggi. Dia masih mengekalkan identitinya sebagai gadis Melayu walau pun berada di bandar yang mencabar.“Peperiksaan kita sudah dekat. Dah bersedia?” soal aku padanya suatu hari. Kesempatan yang hanya ada kerusi kosong di hadapan Izah aku gunakan dengan sebaik mungkin.“Belum…,” jawab Izah pendek.Izah meneruskan bacaannya. Aku menghentikan karangan dan tersenyum pendek. Aku menghentikan karangan dan tersenyum pendek. Aku merehatkan kedua-dua belah tangan aku di atas meja. Kipas angin yang berada di atas kepala kami berpusing dengan perlahan. Suasana perpustakaan ketika itu tidak sesibuk hari semalam. Mungkin ramai pelajar lebih selesa menelaah pelajaran di rumah.“Betul ke?” Aku inginkan kepastian. Masakan dia belum bersedia sedangkan peperiksaan sudah semakin hampir.“Kadangkala kita yakin kita mampu melakukan sesuatu dengan baik, tapi sebaliknya yang terjadi,” jelas Izah. Kematangan pada kata-katanya membuatkan aku semakin menyenangi gadis manis yang sederhana itu. Matanya tetap tidak berganjak daripada merenung bait-bait ayat di dalam buku di hadapannya.Wajah Izah tenang, sejernih embun waktu pagi. Aku memandang wajah Izah dengan begitu asyik.“Ada masanya kita perlu yakin kepada diri kita sendiri,” uji aku lagi.Izah menarik nafas panjang. Dia mendesah nafasnya seolah-olah ada persoalan yang mengganggunya ketika itu.“Itu betul, tapi janganlah keterlaluan,” jelas Izah.Aku tersenyum. Izah meneruskan bacaannya namun dia berasa tidak tenteram apabila aku merenungnya terlalu lama. Dia menoleh ke arah aku.“Kenapa?”Aku tersipu-sipu. Segera aku melarikan renungan aku terhadap Izah. Wajah Izah serius saja.“Tak ada apa.”Pantas aku mengambil pen yang diletakkan di atas meja tadi dan meneruskan karangan. Izah tersenyum melihat telatah aku. Dengan dahi yang berkerut aku mengarang sesuatu yang Izah tidak ketahui. Apabila selesai satu perenggan, aku curi-curi menatap wajah Izah. Izah sedar perbuatan aku itu, tetapi dibiarkan sahaja aku berkelakuan sedemikian. Kalau dilarang sekalipun, akau akan tetap melakukannya juga. Malahan dia juga senang begitu. Itulah antara kenakalan aku semasa zaman remaja. Kenakalan yang masih bermain-main dalam fikiran walaupun kini usia melepasi 40 tahun. Usia tidak menghalang aku daripada mengingati kenakalan semasa zaman remaja, semasa usia diulik rindu dan sayang kepada seseorang bernama kekasih.Saat bahagia itu terus dikecapi dalam tempoh berbulan-bulan lamanya. Keindahan cinta bersama gadis masih dapat dirasakan kini walaupun usiaku melewati 40-an. Cinta yang disemai bersama keikhlasan dan kejujuran sememangnya mampu mengembalikan semangatku yang hampir berkubur suatu masa dahulu. Di saat hati dan perasaan ini kecewa melihat kekasih hati diulik rindu dan sayangnya oleh seseorang bernama lelaki. Lelaki yang mempunyai wang ringgit serta kemampuan yang tidak aku miliki. Ketika itu aku dapat merasakan cinta Izah lebih hebat daripada cinta Mira yang aku miliki suatu waktu dahulu.Pengalaman aku ketika dipalu cinta Mira telah banyak mengajar aku akan erti sebuah kebahagiaan yang sebenarnya. Pengalaman lalu itu membolehkan aku bersedia menyemai perasaan terhadap gadis bernama Izah. Sememangnya hati aku terlalu ingin dibelai oleh seorang insan bernama kekasih. Ketika itu aku merasakan kehidupan aku tidak akan lengkap tanpa seorang teman wanita di sisi. Perlahan-lahan aku mengerti peranan wanita dalam dunia lelaki. Selembut-lembut seorang wanita mereka berupaya memberi kekuatan kepada kaum seperti aku yang bernama lelaki. Tetapi selembut-lembut wanita juga berupaya merebahkan seorang lelaki yang gagah dan perkasa. Hakikat sebenarnya, kaum lelaki dan wanita saling memerlukan dan saling melengkapi. Kelemahan kaum wanita akan diperkasakan oleh lelaki. Juga, kelemahan kaum lelaki juga akan diperkuatkan oleh kaum wanita. Sememangnya Tuhan Maha mengetahui setiap makhluk ciptaannya, yang mempunyai kelemahan, juga mempunyai kekuatan.*****Mira tidak dapat menahan keresahan. Dia sering diganggu oleh bayangan cinta semalam. Cinta aku seolah-olah mulai berkembang kembali, berkembang seperti bungaan yang disirami embun pagi. Sejuk dan tidak bernoda. Memaksa Mira mengakui keberadaan aku di dalam hatinya.Sepanjang perjalanan, mata Mira tertumpu kepada seorang gadis yang sedang duduk di bawah pepohon pokok yang rendang. Gadis itu begitu asyik membaca buku di bawah lindungan pokok ru yang merimbun dahannya. Angin sepoi-sepoi bahasa menyamankan tubuh.“Izah….”Izah menoleh ke kanan, kelihatan Mira sedang tercacak berdiri di sebelahnya.“Mira, saya ingatkan siapa tadi,” balas Izah sambil tersenyum.Lamunan Izah terganggu. Buku yang dibacanya tadi dimasukkan semua ke dalam beg. Izah membetulkan kedudukannya supaya selesa berhadapan dengan Mira.Mira menyedari kedatangannya tidak disenangi dan mengganggu pembacaan Izah.“Maaf kalau saya mengganggu!”“Tidak…,” jelas Izah bagi menjaga hati tetamunya. Satu daripada pegangan hidup Izah bahawa setiap tetamu harus dilayan sebaik mungkin bagi menjaga hubungan sesama manusia.Jawapan ‘tidak’ yang diberikan Izah mengukirkan senyuman di bibir Mira dan hatinya terasa lega selepas berdebar-debar beberapa ketika. Beberapa jam lalu jantungnya berdebar-debar kencang kerana dibimbangi kedatangannya itu tidak disenangi. Mira mengerdipkan matanya dek pancaran sinar matahari, namun wajahnya tetap ayu dan jelita. Mira masih teragak-agak untuk mencurahkan isi hatinya. Mereka diam buat beberapa ketika. Mira menanti Izah untuk bersuara kembali. Hatinya terasa gelisah dan jantungnya kembali berdebar-debar. Kegelisahan hatinya jelas terpampang di wajahnya yang kemerah-merahan.Izah bangun. Dia mengepit failnya diketiak untuk beredar. Mulut Mira ingin berkata sesuatu tetapi Izah lebih pantas bersuara.“Saya rasa kedatangan awak ni, disebabkan sesuatu hal yang penting, janganlah malu-malu,” kata Izah sambil matanya tajam memandang ke wajah Mira yang kegelisahan.Secara perlahan-lahan Mira membuka mulutnya. Kata-kata yang diharap dapat melegakan kegelisahannya di kala itu.“Saya harap awak tidak akan marah kalau saya tanya sesuatu?” Mira memberanikan diri.Izah tersenyum nipis. Mira merasakan senyuman Izah itu seolah-olah menyindirnya.“Apa halnya?” soal Izah sambil ketawa kecil. Dia cuba menceriakan sausana yang dirasakan semakin tegang.Kata-kata Izah begitu lembut ketika bersuara. Mungkin cara dan gaya yang Izah tonjolkan selama ini telah memikat naluri kelakian aku? Mira duduk kembali ke bumi. Perasaan malunya sukar untuk dikikis.“Saya cuma nak tahu sejauh mana hubungan awak dengan Farid?”Denyutan jantung Mira semakin kencang. Izah diam seketika, memikirkan jawapan untuk gadis yang berdiri di hadapannya. Mira masih tunduk malu.“Rapat, sekadar kawan biasa,” jelas Izah, mengharapkan Mira mengerti keikhlasan kata-katanya itu. Juga, keikhlasan dia berkawan aku, tiada sesuatu yang tersembunyi di sebalik persahabatan itu selain keikhlasan.Mira tersenyum sehingga menampakkan gigi. Mungkinkah harapan Mira selama ini akan menjadi suatu kenyataan? Kenyataan bahawa dia akan bertemu dengan seseorang bernama kekasih yang ikhlas bersahabat dengannya. Juga, ikhlas untuk menjadikannya sebagai seorang isteri….Malangnya, keikhlasan itu tidak Mira miliki. Gadis itu mengutamakan wang ringgit untuk mencapai impian membina rumah tangga bersama kekasih yang dicintai dan disayangi. Adakah wang ringgit yang melimpah ruah jawapan kepada kebahagian sebuah rumah tangga yang dibina atas nama cinta?“Sebenarnya, saya perlukan pertolongan awak,” rayu Mira.“Pertolongan yang bagaimana?” perasaan Izah mulai tidak tenteram. Dia dapat merasakan ada sesuatu yang tersembunyi di luar pengetahuannya.“Tolong beritahu Farid…,” Mira berhenti berkata. Malu rasanya untuk terus bersuara. Tersipu-sipu dia menahan perasaan malunya.Izah merenung wajah Mira. Dahinya berkerut.“Saya masih sayang… masih menyintainya,” sambung Mira. Wajahnya masih kemerahan menahan perasaannya di kala itu. Malu pada diri, juga malu pada seorang gadis bernama Izah dinyatakan mengenai isi hatinya terhadap seseorang bernama kekasih.Wajah Izah berubah. Lututnya terasa lemah. Disandarkan tubuhnya di pokok yang sedang mereka tumpang berteduh. Hati Izah terbakar secara tiba-tiba. Ditarik nafasnya panjang-panjang.“Kenapa Izah?”Izah menggelengkan kepala. Ditarik nafasnya sekali lagi. Perasaan Izah mulai tenang.“Kenapa awak tak beritahu sendiri. Apa kaitan dia dengan saya?” dalih Izah. Dia ingin keluar daripada kemelut cinta tiga segi ini.Perasaan malu Mira sudah tidak ada lagi. Tidak ada apa lagi yang perlu dirahsiakannya.“Kalau saya beritahu sendiri, itu semua tidak bermakna lagi, Farid tidak akan mendengarnya.”“Kalau macam itu, Farid sudah…,” Izah mematikan kata-katanya. Tidak sanggup meneruskannya apabila melihat wajah Mira yang kemurungan.“Saya tidak boleh terima,” pantas celah Mira.“Kenapa?” dahi Izah sekali lagi berkerut. Uniform sekolah yang dipakainya kelihatan bersih walaupun sudah lusuh.“Farid telah lahir dalam hati saya,” Mira berterus-terang. Melukakan hati Izah yang berada berdekatan dengannya.Izah menundukkan wajahnya ke bumi. Sekali lagi dia mengeluh panjang. Kini baru dia mengerti bahawa cinta aku selama ini pernah dimiliki. Perlahan-lahan Izah mengangkat wajahnya.“Awak masih sayangkan dia?” soal Izah kepada gadis di hadapannya.Mira mengangguk.“Perasaan itu masih boleh dikikis.”“Susah Izah, susah,” jelas Mira.“Bagaimana awak kata susah, kalau awak tidak mencubanya,” nasihat Izah.Air mata Mira terus deras mengalir. Terlalu pilu dadanya menahan kesedihan. Kesedihan Mira mengundang simpati dalam diri Izah.“Saya dah cuba sedaya upaya tapi perasaan cinta dan sayang kepadanya tidak dapat dihilangkan,” Mira berterus-terang.Izah memalingkan tubuhnya, membelakangi Mira. Dicuba sembunyikan pilu hatinya apabila mengetahui orang yang mulai disayangi hakikat sebenarnya cinta dan sayanginya sudah dimiliki oleh orang lain.Perlahan-lahan Izah memalingkan kembali wajahnya mengadap Mira.“Setahu saya, Khairul adalah kekasih awak.”Mira merasa serba-salah. Tangisannya masih belum reda. “Kekasih hanya pada nama,” jelas Mira.Izah menghadapkan tubuhnya ke arah Mira semula. Wajahnya tetap tenang.Mira rasa begitu menyesal. Menyesal kerana terlanjur menghina aku tempoh hari.“Pada mulanya saya sangka Khairul layak untuk menyerikan hidup saya. Tapi dia bukan seperti yang saya sangkakan,” keluh Mira.“Kenapa?” pantas tanya Izah. Direnung wajah Mira dengan harapan segera mendapat jawapan di sebalik soalannya itu.Mira diam seketika. Ditenangkan hatinya seketika.“Kekayaannya hanya pada nama dan harta. Dia miskin dalam kehidupan yang sebenar. Segala kesenangan yang diperolehinya hanyalah untuk usia remaja.”“Kekayaan hanya dapat menyenangkan hidup kita di dunia, beribadatlah untuk akhirat. Janganlah kerana harta, kita lupa dunia. Dan menghina insan yang tidak bernasib baik,” kata-kata Izah memilukan perasaan Mira yang sedang kesedihan. Sedih mengenangkan kesilapannya menilai erti kehidupan serta kebahagian yang sebenar.Mira tunduk malu. Kesal dengan keterlanjurannya menghina orang yang sepatutnya disayangi dan dicintai.“Saya mengaku, selama ini saya kabur dengan kemewahan,” kata Mira dengan suara yang perlahan.Izah mengeluh panjang. Nasihatnya tidak akan bererti buat Mira. Sudah lama dia mengenali sikap Mira. Mungkin penyesalan yang terbit daripada hatinya akan berubah pada keesokan hari.“Beri saya masa untuk menyelesaikannya,” kata Izah sambil mengukirkan janji. Janji seorang yang ikhlas kepada rakan yang baru dikenali.Mira tersenyum lebar sebaik mendengar penjelasan Izah. Tersenyum kerana memberi harapan kepadanya untuk memperbaiki kesilapan yang berlaku.Perlahan-lahan bibir Mira terbuka untuk mengeluarkan kata-kata.“Bila?” soal Mira dengan penuh harapan. Harapan seorang wanita kepada seorang wanita yang dipercayai berupaya menyelesaikan kemelut jiwa yang dihadapinya.Izah diam seketika. Memikirkan sesuatu.“Mungkin selepas peperiksaan,” jelas Izah. Memandang wajah Mira dengan harapan wanita di hadapannya bersetuju dengan kata-katanya.Dahi Mira berkerut lagi.“Kenapa lama sangat?” soal Mira. Masa yang dicadangkan Izah itu dirasakan terlalu lama menyeksa dirinya.“Saya tak mahu mengganggu Farid semasa minggu peperiksaan STPM,” terang Izah lagi. Dia memahami prinsip dan impian Farid. Lebih daripada itu, dia tidak mahu perkara sebegini merunsingkan Farid.Mira diam. Alasan yang Izah berikan amat kukuh. Keputusan telah dibuat. Izah menyambar beg sekolahnya.“Masih panjang kehidupan kita di sini,” nasihat Izah setelah melihat Mira begitu muram selepas mendengar penjelasannya tadi.“Macam mana dengan harapan saya?” rayu Mira. Cuba menyekat pemergian Izah dari sisinya.“Awak jangan bimbang, saya akan cuba sedaya upaya,” janji Izah sambil menyangkutkan tali beg ke bahunya.Mira tersenyum lebar. Dengan langkah malas Izah meninggalkan Mira keseorangan. Mira memerhati langkah Izah dengan senyuman yang berpanjangan. Masih ada insan yang simpati kepada dirinya, walaupun telah banyak hati dan perasaan orang telah dihancurkannya.Izah terus hilang daripada pandangan Mira dalam terik mentari itu. Tetapi Mira masih lagi tersenyum riang. Memperlihatkan betapa riang hatinya ketika itu.*****Penantian Mira hampir kepada titik noktah. Dia sebalik penantiannya ternyata ada kemanisan. Mira hanya dibekalkan dengan sepotong harapan. Harapan kepada kekasih yang selama ini tidak pernah mengerti keinginan hatinya.Cinta yang singgah di jiwa Mira hanyalah sekilas pandang. Tetapi kesannya begitu mendalam. Menembusi hatinya yang masih mentah. Mentah dalam menilai erti kehidupan yang sebenar. Digagahkan hatinya terbang walaupun sayapnya tidak lagi mampu membawa dirinya terbang tinggi.“Sejak bila hubungan awak dengan Mira retak?”Aku tersentak. Soalan Izah tidak menyenangkan aku. Kenapa perlu diungkitkan perkara lalu?“Apa yang awak maksudkan?” tanya aku sambil merenung seraut wajah Izah.Izah mengeluh. Ditarik nafas panjang. Kemudian dilepaskan nafasnya perlahan-lahan.“Berterus-teranglah Farid…,” rayu Izah sambil merenung seraut wajah aku dengan penuh harapan.Aku diam seketika. Dicuba mencari ketenangan jiwa dengan menatapi keindahan alam ciptaan Tuhan.“Macam mana awak tahu?” kata aku dengan nada perlahan.Aku merenung wajah Izah sehingga soalan aku dijawab.“Mira beritahu saya,” Izah meletakkan kedua-dua belah sikunya di paha. Bahunya diangkat sedikit, memudahkan dia menarik nafasnya perlahan-lahan. Melegakan hatinya yang kegelisahan.“Apa lagi yang awak tahu?” soal aku, ingin kepastian daripada gadis yang berada di samping aku ketika itu.Perlahan-lahan aku memandang gadis di sisiku apabila soalan aku seolah-olah sukar untuk dijawab. Menyebabkan timbul seribu persoalan di jiwaku yang bernama insan. Insan yang ingin disayangi dan juga mengharapkan kebahagian seperti insan-insan lain.Kayu hanyut yang terdampar di pantai menjadi kerusi yang empuk bagi kami berdua.“Apa yang Mira ceritakan kepada saya telah diberitahu kepada awak,” jelas Izah. Mengharapkan aku tidak mengulangi soalan yang sukar diberikan jawapannya.Bagaimanapun, aku masih tidak berpuas hati dengan penjelasan Izah.“Apa lagi yang Mira ceritakan kepada awak?” tanya aku perlahan, tetapi seolah-olah mendesak gadis manis itu mendedahkan rahsia yang berada dalam dirinya di kala itu. Aku juga berhak mengetahui rahsia itu.Izah membisu seketika. Cuba menenangkan hatinya.“Awak adalah kekasihnya,” jelas Izah dengan tenang. Mengharapkan aku berpuas hati dengan jawapannya itu.Aku menundukkan kepala ke butiran pasir. “Itu dulu…,” jelas aku dalam nada sedih.Wajah Izah berubah. Kelopak matanya berkaca seolah-olah menandakan akan gugurnya butiran air mata.“Dulu dan sekarang!” tegas Izah.“Bagi saya, hubungan kami telah lama berakhir.”Aku diam sejenak. Menyejukkan hati yang kehangatan.“Pernah awak lihat kami jalan seiringan?” soal aku.Izah cuba tersenyum, tapi dia gagal melakukannya. Pada riak wajahnya masih terukir urisan berbisa. Dirasakan selama ini dia telah terjebak ke dalam dunia cinta yang bukan miliknya.“Ada juga orang bercinta tanpa mengukirkan madah yang indah.”Aku diam. Sindiran Izah sungguh berbisa buat diriku. Kata-kata Izah mengingatkan aku akan kisah cintaku yang lalu. Aku kembali membayangkan renungan mata Mira. Renungan kasih dan sayang daripada seorang wanita untuk seorang lelaki.“Mira masih perlukan cinta awak,” Izah menghempaskan lamunanku.Aku menarik nafas panjang.“Cinta Mira telah lama berkubur dalam jiwa saya,” jelas aku tanpa berselindung. Aku bangun. Membetul-betulkan baju t-shirt yang aku pakai. Baju yang aku pakai ketika itu adalah pilihan Izah, berwarna biru.“Maafkan saja dia,” rayu Izah.“Telah lama saya maafkan dia,” aku menarik nafas dan melepaskannya perlahan-lahan. “Tapi untuk terima semula cinta dia, saya tak dapat tunaikan,” sambung aku lagi.Izah bangun menghampiri aku, “Kenapa?”“Itu adalah hak saya,” jelas aku dengan wajah yang serius.Mira duduk kembali di batang pokok kelapa yang terdampar di pesisir pantai.“Mira adalah orang pertama yang mengenalkan awak erti cinta. Kehadiran saya hanyalah selepas Mira,” kata Izah dengan nada perlahan.Aku memandang batu karang yang berada di hujung kasutku. Aku membongkokkan pinggang dan tangan kananku untuk menyambar ketulan batu karang yang telah mati. Perlahan-lahan aku menegakkan pinggang aku semula. Selepas itu aku memandang ke Laut China Selatan.“Awak harus faham, Izah. Mira sudah mempunyai pilihannya sendiri. Jalan yang paling mudah bagi kami adalah meniti titian yang kami pilih sendiri,” kata aku sambil membelek-belek batu karang yang dikutip tadi.“Kalau awak tidak melepaskan dia dulu, dia tidak akan memilih Khairul. Orang yang tidak dapat menilai antara dosa dan pahala,” kesal Izah.Aku melontarkan batu karang yang aku genggam ke laut. Aku membisu sehinggalah batu karang yang aku lontar tadi jatuh ke dalam air laut yang kebiruan.“Saya jatuh cinta kepada orang yang tidak layak dipanggil kekasih,” jelas aku.Kemudian aku mengambil ranting kayu dan mematahkannya menjadi dua.“Awak tidak boleh cakap seperti itu,” bantah Izah yang sedang membetul-betulkan kedudukannya. Aku memandang ke arah Izah sepintas lalu.“Saya telah memberi dia peluang untuk memperbaiki kelemahan diri. Mengenal erti kehidupan yang sebenar. Tapi, dia terlalu bangga dengan kecantikan yang dimiliknya,” terang aku.“Tapi, sekarang Mira tidak seperti dulu lagi. Dia telah banyak berubah. Berilah dia peluang sekali lagi,” pinta Izah penuh pengharapan.“Peluang yang saya berikan kepada dia dulu telah dipersia-siakannya. Keterlanjurannya juga keterlaluan,” tegas aku.“Kadangkala kita tidak sedar keterlanjuran kita sendiri,” perli Izah.Aku tersenyum kecil. Faham maksud sindiran Izah. Aku bergerak menuju ke arahnya lalu melabuhkan punggung di sisinya. Izah memberi ruang kepada aku.“Saya sedar keterlaluan saya. Dulu saya pernah meranapkan harapan Mira. Tapi, Mira membalas kemaafan saya dengan mengguriskan hati saya dengan kata penghinaannya,” kesal aku. Hatiku terguris dengan perilaku Mira.Beberapa titik air mata mengalir di pipi Izah. Perlahan-lahan Izah mengesat air mata itu dengan lengan bajunya.“Itu cuma alasan!” kata Izah dalam sedu sedan.Aku mengeluh. “Apa yang awak mahu lagi. Awak mahu kami berbaik semula?”“Saya tak sanggup merampas milik orang lain,” pilu di dada Izah semakin ketara.“Kalau kami berbaik semula. Macam mana dengan Khairul?” dalih aku.“Itu tidak penting.”“Bagi saya, itu penting,” bantah aku.Izah mengeluh. Sekali lagi dia cuba menahan kesedihan.“Mungkin suatu hari nanti awak akan menyesal,” gertak Izah perlahan.“Saya takkan menyesal kalau saya pilih Norizah untuk menyambung generasi saya,” pujuk aku.Izah membetul-betulkan tudungnya yang ditiup bayu. Wajah Izah tetap tenang walaupun setitis air mata mulai mengalir di pipinya yang putih berseri.“Saya tidak layak. Mira yang paling layak.”“Tapi…,” aku diam seketika. Merenung wajah Izah, mengharapkan Izah memahami jiwaku di ketika itu. Harapan seorang kekasih yang pernah dikecewakan. Tetapi Izah tetap membisu. “Saya lebih cintakan awak daripada Mira,” pujuk aku lagi menyambung kata-kata yang tidak terucap sebentar tadi.“Bohong! Tidak pernah orang berkata bahawa cinta kedua lebih indah,” herdik Izah, membantah keras kata-kata aku yang singgah di jendela jiwanya. Jiwanya yang terluka ketika itu bertambah luka.Aku diam. Kata-kata Izah telah memaksa aku berfikir. Tidak ramai orang yang berkahwin dengan cinta pertama mereka. Cinta pertama mungkin suci tapi tidak semestinya cinta kedua tidak setulus cinta pertama. Aku menghadapkan tubuhku ke arah Izah. Kemudian memegang jemari Izah dengan lembut. Merenung wajah gadis itu yang tenang dalam tangisan sendu. Izah memalingkan wajahnya ke kiri. Mengelakkan matanya ditenung mata tajamku.Melihatkan sikap Izah itu, aku melepaskan tanganku daripada mengenggam erat jemari Izah. Wajah aku begitu hampa. Tetapi Izah tetap tenang. Aku bangun. Melangkah dua langkah ke hadapan.“Awak mesti faham, macam mana sekali pun awak adalah kekasih dia,” kata Izah memaksa.Aku mengeluh panjang. Kemudian mengukirkan senyuman kecil.“Cuma kekasih. Dia tidak sesuai menyambung kembali generasi saya. Dia tidak layak menjadi ibu kepada anak-anak saya nanti.”Izah diam seketika. Bibirnya diketap perlahan.“Kalau dia berkahwin dengan lelaki lain, dia tidak akan dapat memberikan sepenuh kasih sayang kepada bakal suaminya nanti. Cinta itu penting untuk membina rumah tangga yang bahagia,” Izah terus menyebelahi Mira.Izah mengetap bibirnya sekali lagi. Mata aku menyilau memandang sekeliling. Tiba-tiba mata aku tertumpu ke suatu arah.“Cuba awak lihat di sana,” arah aku.Jari telunjuk aku begitu tegak menunjuk ke suatu arah. Mata Izah mencari-cari objek yang dimaksudkan. Dahi Izah berkerut.“Di sana ada kanak-kanak yang menangis, ketawa di samping ibu dan ayah mereka. Macam mana kalau kehidupan mereka dipersia-siakan? Kalau cinta telah terpadam, itu semua boleh berlaku?”Wajah Izah berubah menjadi muram.“Kemaafan itu penting. Mira telah sedar,” tegas Izah lagi.Aku mengeluh panjang sekali lagi. Menoleh ke arah Izah dan merenung seraut wajahnya yang begitu jernih dan tenang.“Awak lebih mementingkan perasaan Mira daripada perasaan saya,” tuduhku.Air mata Izah mengalir kembali.“Itu semua khayalan awak saja,” bantah Izah dengan penuh perasaan.Izah mengesat air matanya dengan lengan baju yang dipakai. Baju kurung yang tersarung ditubuhnya begitu ayu dipandang. Memperlihatkan ciri-ciri orang Melayu yang tidak melupakan pakaian tradisi yang diwarisi sekian lama.“Mira terlalu pentingkan kemewahan dan saya tidak punyai semua itu. Dia tidak mungkin dapat menjadi ibu yang mithali,” aku bersuara mengharapkan pengertian Izah.“Tidak ada ibu yang sanggup mensia-siakan masa depan anaknya. Hampir setahun mereka membawa bayi mereka di dalam kandungan. Sama-sama merasai derita,” Izah berhenti bersuara, dikesan air matanya yang mengalir di pipi sekali lagi. “Lebih rela melepaskan cinta daripada membiarkan anak menangis minta dibelai,” tegas Izah.“Jangan awak lupa Izah, sekarang ramai ibu yang membuang anak mereka,” bantah aku.“Memang ada ibu yang membuang anak kandung. Tetapi awak lelaki yang tidak mungkin beranak. Awak tidak akan faham bagaimana perasaan seorang ibu dan wanita… awak lelaki yang hidup dalam dunia awak sendiri,” tegas Izah.“Kalau saya hidup dalam dunia saya sendiri… mengapa saya mengharapkan cinta daripada awak?” tanya aku pula. Mengharapkan Izah mengerti bahawa aku amat memerlukan cinta dan sayangnya.Izah tunduk. Tidak berupaya membalas kata-kata aku. Sudah menjadi kenyataan, ramai ibu yang membuang anak-anak mereka tanpa rasa simpati. Juga kenyataan bahawa seseorang lelaki tetap memerlukan wanita dalam hidupnya kerana setiap lelaki pastinya dilahirkan oleh seorang wanita. Tidak mungkin seorang lelaki melahirkan anak bernama lelaki.“Izah…,” panggil aku seakan merayu. Masih mengharapkan gadis di depanku ini mengerti perasaan aku ketika itu. Perasaan seorang insan yang pernah dikecewakan oleh seorang gadis yang memiliki seraut wajah yang indah, tetapi hati dan budinya tidak seindah wajahnya.Aku menghampiri gadis yang sedang bersedih di hadapanku. Aku melabuhkan punggung di sisi Izah.“Farid, terimalah dia kembali. Saya tidak mahu dia terjerumus ke kancah maksiat hanya kerana mengejar cinta yang telah ternoda,” pujuk Izah setelah aku selesa dengan kedudukanku.“Bagaimana dengan hubungan kita?”“Kalau ditakdirkan kita berjumpa lagi, kita pasti akan bertemu. Pertemuan dan jodoh Tuhan yang menentukan,” jelas Izah.“Kita boleh mengubah takdir, Izah. Tidak semua kejadian yang berlaku kerana takdir semata-mata. Banyak kesilapan yang kita lakukan.”Izah diam seketika. Dia bangun lalu berjalan perlahan-lahan menghampiri ombak. Mencecahkan kakinya ke butiran ombak yang sedang mengganas. Aku turut bangun menghampiri Izah yang sedang membetul-betulkan tudungnya dek tiupan bayu.“Bila kita akan berjumpa lagi?”“Mungkin selepas kita mengenal erti kehidupan yang sebenar,” balas Izah.Aku mengeluh. Pujuk rayu aku tidak mampu mengubah pendirian Izah.“Saya tidak dapat menerimamu, Farid. Pergilah kepada Mira,” pinta Izah bernada sendu.Izah mengesat air matanya yang mengalir di pipi. Aku hanya membisu.“Terimalah hakikat, Farid,” sambung Izah lagi.“Erti kebahagian antara kita jauh berbeza. Simpati tidak akan memutikkan cinta Izah, mengertilah,” pintaku.“Lupakanlah perkara yang sudah berlaku. Binalah hidup baru. Kesilapan boleh berlaku di mana-mana,” nasihat Izah.Bayu mengubah haluan. Sekali lagi mengusik tudung Izah menyebabkan sebahagian wajah Izah ditutupi tudung yang dipakainya. Nakal sungguh bayu ketika itu. Izah membetul-betulkan tudungnya. Aku terpesona seketika menatap jemari lembut Izah menyentuh tudungnya yang berwarna merah jambu.“Kenapa awak tidak mahu menerima dia semula?” soal Izah setelah dia merasa selesa kembali.“Telinga ini sering terdengar-dengar suara penghinaannya dahulu,” terang aku sambil merenung wajah Izah. Mengharapkan reaksi penjelasan aku itu.“Tidak ada ibu yang sanggup membiarkan anaknya tanpa kasih sayang,” Izah mendekati kasutnya yang diletakkan di atas batang kayu yang hanyut dan terdampar di tepian pantai itu. Disambar kasutnya dan mula mengorak langkah pergi.“Awak nak ke mana?” tanya aku. Cuba menyekat pemergian orang yang disayangi dari sisi. Dirasakan ketika itu masih banyak kata-kata dan penjelasan yang belum terucap di bibir ini. Banyak lagi kisah dan harapan yang harus dikongsi bersama orang yang disayangi itu.Izah menghentikan langkah. Dia menoleh ke arah aku. “Kita akan berjumpa lagi seandainya kita telah kenal kebahagiaan yang kita cari. Saya terpaksa pergi!” Izah meneruskan langkah. Dengan pantas aku mendekati dan menarik lengan baju Izah.“Izah! Berikan saya peluang,” rayu aku.“Maafkan saya Farid,” Izah mengukirkan kata-kata perpisahan untuk aku yang menaruh harapan kepadanya.Aku pula seolah-olah tidak bermaya untuk menerima hakikat bahawa orang yang disayangi itu mengharapkan perpisahan antara kami. Perlahan-lahan lengan baju Izah terlepas daripada pegangan erat tanganku. Rayuan aku tidak lagi bererti, ditelan damparan ombak yang semakin mengganas. Tidak ada apa lagi yang mampu aku lakukan. Hanya memandang sepi pemerian Izah dari sisi. Pemergian seorang kekasih yang amat dicintai dan disayangi.Malangnya, kekasih itu terus melangkah ke suatu arah yang aku tidak pasti. Pastinya, dia melangkah pergi bersama cinta dan sayang aku sebagai kekasih. Kekasih hatiku semakin jauh menghilang dari pandangan. Mungkinkah permergian buat selama-lamanya?Sebaik Izah hilang dari pandangan, pandanganku terbayang-bayang akan kenakalan mataku menatapi seraut indah wajah gadis itu. Aku sering mencuri-curi pandang ke wajah manja gadis itu. Senyuman indah yang Izah ukirkan untuk aku suatu masa dahulu kini hanya tinggal kenangan. Kenangan yang sukar untuk dilupakan. Pemergian Izah dari sisiku membuatkan kehidupan harianku terasa terbang melayang tanpa haluan. Jiwaku dibelenggu kekecewaan….*****Lebih dua dekad yang lalu, sekitar awal tahun 1990-an, ketika kisah cintaku beralun indah, tiada telefon bimbit yang menghubungkan atau menyatakan isi hati. Aku tidak menghubungi Mira yang menyatakan bahawa aku berada di persisiran pantai ini bagi menenangkan jiwa yang kekecewaan.Mungkin rasa hatinya yang menyakinkan bahawa aku akan menjadi penghuni setia pantai yang tidak pernah sunyi dipukul damparan ombak itu. Mungkin kerana rumah sewa yang aku duduki berhampiran dengan pantai menyebabkan aku begitu berminat untuk datang ke pantai itu awal-awal pagi. Terutamanya selepas pemergian Izah daripada sisi aku.“Farid!”Pantas aku menoleh ke belakang. Mencari-cari suara yang mengganggu lamunan aku. Adakah Izah yang mengunjungiku disini? Setelah mengetahui Mira yang berdiri di belakang, segera aku menoleh kembali ke arah lautan. Mira sedar kedatangannya tidak aku senangi.“Kenapa, kau tak senang dengan kedatangan aku?” soal Mira.Aku diam seketika. Aku merasakan suara Mira tidak lagi selunak awal pertemuan kami dahulu. Hanya wajahnya yang masih cantik dan mengghairahkan.“Kita mungkin akan dihina jika memiliki kekurangan diri. Terutamanya orang yang miskin macam aku. Aku tidak mampu memberikan kemewahan kepada kau, Mira…,” bicara aku lembut menyentuh cuping telinga Mira. Tetapi kata-kata itu begitu pedih dipendengarannya. Mira tunduk malu.Mira diam. Tidak mampu membalas kata-kata aku. Dia tahu dia bersalah, tetapi keterujaannya untuk memiliki sesuatu yang diingini terlalu sukar untuk dibendung.Aku mengeluh.“Bermimpikah aku?” kata aku sambil mendongak ke langit.“Kau tak bermimpi, Farid. Jasad aku sedang berdiri di belakang kau sekarang,” kata Mira.Mira menanti jawapan aku. Namun tidak ada sepatah perkataan pun keluar daripada bibirku.“Kau masih berdendam dengan aku?” tanya Mira.“Tidak,” jawab aku pendek dan tegas.“Habis tu, kenapa kau nampak gelisah?” tanya Mira lagi.Sekali lagi aku tidak menjawab soalan Mira.“Aku tahu aku bersalah. Maafkanlah aku?” rayu Mira.“Sudah lama aku maafkan kau. Cuma aku terfikir… anak kepada lautan ini adalah sungai. Sungai sering mengalirkan airnya kepada lautan untuk mengurangkan bebanannya. Kalau lautan tidak menerima kehadiran sungai, ke mana sungai akan mengalirkan bebannya. Kalau seorang ibu melakukan perbuatan seperti itu, ke mana anak harus mencurahkan kasih sayangnya?” perli aku. Mengharap Mira mengerti akan kiasan aku itu.Ketika aku mengucapkan kata-kata itu, Mira hanya tunduk malu. Perlahan-lahan dia mengangkat wajahnya kembali, diperkuatkan semangatnya untuk berhadapan dengan hakikat bahawa dia berhadapan dengan seseorang yang pernah dihina. Dihina kerana kemiskinannya, tetapi perasaan cintanya terhadap jejaka itu tidak mampu dikikis untuk dijauhi perasaan itu.“Maafkan aku, Farid. Aku tidak berniat untuk berkata begitu. Mungkin aku begitu marah pada masa itu,” rayu Mira.Mira mendekati aku. Direnungnya wajah aku dengan seribu rayuan. Rayuannya supaya aku memaafkan keterlanjuran kata-katanya sebelum ini. Aku tidak senang dengan renungan orang yang pernah menghina diri ini. Walaupun gadis itu pernah aku sayangi, malah dalam hati ini masih adanya rasa sayang itu tetapi keterlanjuran kata-katanya itu terlalu sukar diterima oleh hati ini.Aku bergerak menjauhi Mira. Setelah beberapa langkah pergi, aku berhenti. Sekali lagi Mira mendekati aku yang tidak senang dengan kedatangannya.“Izah telah pergi. Kemaafan tidak berguna lagi. Izah mengorbankan dirinya hanya untuk seorang teman yang belum pasti akan setia atau sebaliknya.”Kata-kata aku itu membuatkan Mira merasa begitu malu. Segera dipalingkan wajahnya daripada memandang aku. Tidak sanggup berhadapan dan bertentang mata dengan seseorang yang pernah dihina, sebaik menyedari keterlanjuran ingin dimohon kemaafan, tetapi kemaafan itu seolah-olah sukar diberikan oleh insan yang pernah dihinanya itu.“Bukan aku yang memisahkan kamu berdua. Itu adalah kehendak Izah sendiri,” kata Mira sambil tunduk memandang butiran pasir yang putih berseri. Masih mengharapkan aku memaafkannya.“Kau yang mendesaknya!” herdik aku. Perasaan benci yang disimpan sekian lama diluahkan pada hari itu. Aku membencinya kerana Mira masih tidak menghargai simpati dan pengorbanan Izah kepadanya.“Tidak! Tidak! Aku tidak mendesaknya,” bantah Mira. Hampir mengalir air mata di pipinya.Aku diam. Segera menyejukkan hati yang sedang kepanasan. Aku menarik nafas panjang-panjang, dan melepaskannya perlahan-lahan. Ketika hati dalam kepanasan sebegini, ingin sahaja aku melontarkan Mira ke tengah lautan, supaya dia tahu betapa luasnya lautan, betapa seksanya hidup tanpa bantuan sesiapa.“Apa bukti yang menunjukkan kita pernah bermadu kasih?” soal aku setelah hati yang kepanasan mulai reda.“Perasaan itu terpendam di dalam hati. Ia tidak dapat dilihat,” jelas Mira.Aku senyum kecil.“Bukti yang tidak dapat dilihat dan disentuh dengan jemari adalah tidak berasas,” perli aku dengan sinis.“Jangan kau terus berpura-pura, Farid.”“Hanya Khairul dapat menunaikan keinginan kau selama ini, Mira. Bukan aku. Pergilah kau kepada dia,” jelas aku lagi. Mengharapkan Mira mengerti bahawa cinta dan kasih serta sayang aku kepadanya sudah tiada lagi.Aku bernekad tidak akan memberi Mira peluang lagi. Aku tidak mahu pisang berbuah dua kali. Kata-kata herdikan Mira terngiang kembali. Ketika itu terasa diri ini terlalu hina dan menjijikkan di pandangan seorang wanita yang mengganggap dirinya jelita dan menawan. Jelita dan menawan lelaki yang mampu memberi kemewahan kepadanya.Aku menoleh ke arah Mira yang tertunduk sedih mengenangkan nasibnya. Ternyata aku telah melontar cinta kami ke dalam lautan yang tidak ada penghujungnya.“Farid….” Mira berhenti berkata seketika. Menahan sebak. “Maafkan aku…,” rayu Mira, menagih simpati kepada orang yang pernah dihina kerana kemiskinannya.Aku diam seketika. Memasukkan kedua-dua belah tapak tangan aku ke dalam kocek seluar.“Jika kau inginkan kemaafan daripada aku, kau mesti mengubah sikap kau, Mira. Jika kau berjaya mengubahnya, kau telah berjaya mendapatkan kemaafan daripada aku,” jelas aku.“Apa salah aku?” soal Mira sambil meletakkan tangan kanannya ke dada.“Sanjungan yang kita perolehi boleh menyebabkan kita mudah terlupa akan kekurangan diri. Sifat perikemanusiaan perlulah dipelihara. Itu adalah asas kepada jiwa manusia.”Mira diam. Air matanya mulai mengalir di pipi. Dibiarkan saja air mata itu mengalir dan jatuh ke butiran pasir. Aku memandang sekali imbas wajah sayu Mira. Kemudian aku mengorak langkah meninggalkannya.Mira tidak berjaya menghalang pemergian aku. Keterlanjuran kata-katanya dahulu telah mengukuhkan kekerasan hati ini untuk tidak menerima lamaran cintanya buat kali kedua. Aku meninggalkan Mira keseorangan di sisi pantai yang semakin hangat dibakar mentari.Malam itu aku mengambil keputusan untuk mencoretkan sesuatu dalam diari. Apa yang dirasakan siang hari tadi merupakan suatu pengalaman yang harus dicatit. Mungkin suatu hari nanti aku akan membelek dan membacanya kembali. Mengembalikan kenangan lalu….Mira,Aku ukirkan bicara di diariku ini bukannya kerana membencimu. Kenyataannya, aku kecewa setelah harapanku untuk melihat kau mengerti maksud kehidupan sebenar gagal sampai ke matlamatnya. Itulah erti sayang bagi aku, Mira.Mungkin suatu hari nanti, pengertian itu akan berubah. Aku mengharapkan perubahan itu akan meninggalkan sejuta kenangan indah antara kita. Bukannya kenangan pahit dan mengerikan yang kini aku alaminya.Wahai insan yang pernah aku sayangi, keindahan percintaan antara kita sememangnya sesuatu yang tidak kita duga. Kedatangannya secara tiba-tiba. Ketika jiwa kita kekosongan, ketika jiwa kita tidak memahami apa sebenarnya yang kita ingini.Aku masih dapat merasai betapa indahnya sentuhan cintamu. Mengapakah kau memilih Khairul? Aku tahu harta penting untuk hidup tetapi ia bukanlah segala-galanya.Kita sememangnya masih mentah di dalam mengharungi liku-liku kehidupan ini. Siapakah yang bersalah? Tidak mampu aku menghuraikannya.Sayang, aku tahu kau tidak tahu apa yang yang aku inginkan selama ini. Harapan aku adalah untuk melihat zuriatku yang bakal lahir ke dunia ini mengerti akan hakikat kehidupan yang sebenar. Tapi kau hancurkan harapan aku itu, membuat aku tidak dapat menerima dirimu kembali buat kali kedua.Mira, harapan aku hanyalah satu, berbahagialah kau dengan insan yang dapat membawa dirimu ke arah kebahagiaan. Kebahagiaan di dunia dan juga di akhirat.Farid(3/12/1990)Aku menutup diari. Merebahkan tubuhku ke katil bujang. Keperitan belajar untuk menghadapi peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) telah selesai. Kini aku hanya berserah kepada Ilahi akan usaha aku selama ini. Akan aku harungi kehidupan mendatang dengan jiwa yang tabah dan cekal. Aku akan pastikan impian dan cita-cita aku selama ini tercapai.Lamunan aku terputus. Sedekad yang lalu, aku mampu mengikis renungan, jelingan dan sentuhan cinta gadis secantik Mira. Malangnya kini, pegangan hidup yang aku pegang suatu waktu dahulu telah aku khianati. Suhana kini menjadi peneman tidurku dan tempat aku menikmati kesejukan malam dengan kehangatan nafsu.Manakah janji kepada diri ini suatu masa dahulu untuk melahirkan satu generasi yang berpegang teguh kepada ajaran agama. Mengamalkan kesempurnaan dalam setiap aspek kehidupan. Kini, seolah-olah kejayaan yang dikecapi mengasyikkan diri ini untuk bergelumbang dengan dosa-dosa.Juga, dimanakah kesedaranku sewaktu dikecewakan oleh Mira bahawa hidup ini ditentukan oleh takdir Ilahi. Takdir Ilahi yang boleh diubah dengan kesungguhan, tawakal dan doa. Aku pernah berazam akan berusaha untuk mencorakkan masa hadapan aku secerah mentari di siang hari. Menerangi kehidupan aku demi generasi yang akan datang. Tidak ingin melihat generasiku merasai kesusahan seperti yang telah aku alami pada masa itu. Malangnya, segala keazaman itu tidak mampu dilaksanakan kerana diri ini gagal melawan nafsu serakah yang berjaya mengoda aku ke lembah maksiat yang hina dan menjijikkan.Nyata, aku sengaja menjerumuskan diri ke lembah kemaksiatan dan dosa. Diri ini hanya memikirkan keseronokkan semata-mata.Mungkinkah juga kerana hidup aku begitu sepi ketika itu. Sepi kerana kehilangan arah tujuan dan perjalanan hidup. Impian yang diimpi-impikan sering sahaja menampakkan kegagalan. Hakikat yang aku terlupa bahawa kejayaan dalam hidup pula hanyalah bersifat sementara, sebaliknya kegagalan aku kecapi buat selama-lamanya. Mungkin juga kerana dosa-dosa lalu membuatkan diri aku sebegini? Segala-galanya mungkin….Adakah wanita ini sebelum aku mengenali Suhana membentuk diriku menjadi seorang yang melupakan batas-batas hubungan seperti mana yang ditetapkan dalam Islam:Diri ini juga pernah bersahabat dengan seseorang yang aku hormati kerana bersemangat kental menimba ilmu pengetahuan. Bersopan ketika berbicara dan menjaga maruah diri walaupun pelbagai dugaan dan cabaran dihadapi. Malangnya, suatu hari perubahan mendadak berlaku pada dirinya apabila secara tiba-tiba dia seolah-olah mahu aku menjauhinya. Pelbagai cara dilakukan termasuk menyatakan bahawa dia takut kepadaku kerana dikatakan kerap mengganggunya.Ketika itu pelbagai persoalan bermain di fikiran aku. Mengapakah dirinya berubah secara tiba-tiba. Apakah agendanya menyatakan bahawa diri aku mengganggunya? Hati aku terus bertanya-tanya untuk tempoh tertentu. Hubungan aku dengannya terus renggang, Wanita itu seolah-olah tidak lagi mengakui diri aku ini sahabatnya. Kenangan lalu kami seolah-olah tiada lagi dalam dirinya.Sesungguhnya, setiap perbuatan akan terserlah kebenarannya dalam tempoh tertentu. Hanya enam bulan kejadian itu berlaku, hakikat sebenarnya terserlah.Hakikatnya, dia bertemu dengan seseorang yang jauh tinggi kedudukannya dalam masyarakat kota. Lelaki itu bergelar pengarah urusan dalam sebuah syarikat yang terkenal di kota Kuala Lumpur, walaupun usianya ketika itu masih muda, berusia sekitar 30-an. Harta yang diwarisi daripada ahli keluarga membolehkannya menerajui sebuah syarikat yang memberi pulangan berjuta-juta ringgit sebulan. Pastinya, harta itu telah mengaburkan mata sahabatku itu untuk memutuskan persahabatan kami.Adakah kedatangannya untuk bersahabat dengan diriku beberapa tahun sebelum kejadian itu mempunyai hubungan dengan cita-citanya. Diriku ini hanyalah seorang penulis skrip yang baru dalam dunia penyiaran yang penuh cabaran dan dugaan. Ketika itu aku tidak pasti adakah aku akan mampu menghadapi cabaran dan dugaan yang mendatang atau bakal mendatang? Segalanya masih kabur.Ilmu yang diperolehi seolah-olah tidak diberkati, Tidak dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya. Apakah kesalahan yang aku lakukan sehingga arah perjalanan sering tersasar, sering tidak menemui jalan pulang?Ya Tuhan, aku ingin kembali. Ya Tuhan, aku ingin perjalanan hidupku secerah cahaya matahari ciptaanMu.Secara tiba-tiba aku dikejutkan dengan bayang kematian. Bagaimana akan aku lalui alam kubur dan alam akhirat jika aku masih bergelumang dengan dosa-dosa? Bagaimana keadaan aku semasa di alam kubur nanti, ketika didatangi oleh Malaikat Munkar dan Nakir. Ketika ditanya mengenai keimanan dan akidah?Bagaimanakah keadaan aku semasa di Padang Mahsyar, menunggu hisab untuk dinilai amalan yang aku lakukan di dunia?Ya Tuhan, berilah aku hidayah….Jika kau masih bergelumbang dengan dosa-dosa, wajarkah aku mendiami Syurga Darul Jalaali, Syurga Daarus Salam, Syurga Jannatul Makwa, Syurga Jannatul Khuldi, Syurga Jannatul Naim, Syurga Darul Qaraari, Syurga Jannatul Firdaus, atau Syurga Jannatul Adnin.Jika berterusan sebegini, pastinya aku akan dimasukkan ke dalam neraka yang begitu pedih seksaannya. Mungkin juga aku akan dimasukkan ke dalam neraka bersama-sama Firaun yang pernah mengaku dirinya Tuhan. Dosa-dosa yang aku lakukan juga disebabkan keegoaan yang begitu menebal dalam diriku. Mungkinkah aku akan berada bersama-sama Firaun suatu hari nanti?Pasti alam akhirat akan datang. Ketika itu usia aku sudah hampir mencecah 30 tahun. Bermakna sudah hampir tiga dekad aku hidup di dunia ini. Mungkin sedekad atau dua dekad lagi, aku akan menemui-Nya. Wajarkah aku menemui-Nya dengan dosa-dosa yang telah memusnahkan impian aku suatu waktu dahulu. Impian aku untuk melihat generasiku mengerti akan makna kehidupan, kehidupan yang diberkati-Nya.Wujudkah lagi impianku itu? Sedangkan aku sendiri telah tewas dibuai arus nafsu.Kehidupan aku kini dikelilingi dosa-dosa, aku terlupa bahawa ajal dan maut pasti akan menampakkan wajah. Menjemput aku supaya menemui-nya sama ada secara kasar atau halus. Secara halus jika kehidupan aku di dunia ini diberkati-Nya dan sebaliknya. Ya Tuhan, aku ingin diri ini disayangi oleh-Mu. Diri ini juga ingin bertemu-Mu dengan wajah yang berseri-seri. Bantulah aku kembali ke jalan-Mu, Ya Allah.AKU menuju ke bilik air untuk membersihkan diri. Setelah bersiap, aku menuju ke ruang tamu. Sunyi sungguh rumah yang suatu ketika dulu riuh dengan gelak ketawa adik yang amat aku sayangi.Aku menjengah ke jendela, melepaskan pandangan seluas-luasnya. Kelihatan pokok-pokok bunga yang sedang mekar menghiasi laman rumah. Alangkah berserinya sesebuah rumah itu jika mempunyai penghuni wanita. Siapakah yang akan menyerikan rumah ini kembali?Aku mematikan lamunan. Melihat jarum jam di tangan kanan. Jarum jam tangan aku menunjukkan jam 8.05 minit pagi. Aku menjengah ke dapur rumah pak long, kelihatan pak long dan mak long sedang berada di meja makan.Kaki aku perlahan-lahan melangkah menuju ke arah mereka. “Assalamualaikum…,” ucap aku apabila menghampiri daun pintu rumah yang terbuka luas.“Waalaikumussalam, Farid. Jom… bersarapan dengan kami,” pelawa mak long.“Yalah,” jawab aku pendek sambil menuju ke meja makan.Terhidang kuih karipap bersama air kopi di atas meja. Kedua-duanya masih panas. Mak Long menuangkan air kopi ke dalam cawan pak long, kemudian ke cawan aku pula.“Terima kasih, mak long,” ucap aku.“Makanlah kuih tu, mak long yang buat. Resipinya mak engkau yang bagi,” kata mak long.“Mak,” terusik aku dengan kata-kata mak long.“Kenapa engkau termenung, Farid? Makanlah kuih tu,” kata mak long.Pak long menoleh ke arah mak long. Mata mereka berbicara seolah-olah mengerti akan maksud perasaanku.“Yang dah pergi tu, biarkanlah mereka pergi Farid,” kata mak long sambil melabuhkan punggungnya di kerusi.Aku mengambil kuih karipap, menyuapnya ke dalam mulut.“Engkau mesti kahwin cepat. Bila engkau dah kahwin nanti, kurangkan rasa sunyi itu,” kata mak long menasihati.Suasana sunyi seketika.“Beritahu kami siapa perempuan yang engkau berminat, kami akan merisik untuk engkau,” sambung mak long sambil tersenyum.Sekali lagi pak long menoleh ke arah mak long yang sedang tersenyum.“Kalau engkau tak ada pilihan, kami sudah ada pilihan untuk engkau,” kata mak long.“Siapa mak long?” tanya aku sambil mengukirkan senyuman kecil.“Anak kami, Ifah,” jawab mak long pendek.Aku tersenyum kecil, “Saya sudah ada pilihan mak long,” jawab aku pendek. Berdalih.“Ha, dah ada pun, bila kami boleh jumpa dengan bakal isteri engkau tu?” pantas mak long bertanya. Tidak berkecil hati walaupun cadangannya aku tolak.“Nanti saya balik KL, saya tanya dia,” jawab aku.“Bila engkau nak balik KL?” tanya mak long bertubi-tubi.“Petang nanti,” jawab aku.“Tengah hari engkau makan di sini?” tanya mak long.“Mungkin tidak,” kata aku.“Kenapa?” tanya mak long.“Saya nak jalan-jalan di Muar sekejap, lepas tu terus balik KL,” kata aku memberi alasan. Aku harap alasan aku itu dapat memuaskan hati mak long.“Sebelum engkau balik, singgahlah di kubur ayah, ibu dan adik kamu,” celah pak long yang sedari tadi hanya menjadi pendengar antara kami.Aku cuma menggangguk. Peringatan pak long itu menghantar rasa sayu dalam hatiku. Masih sayu walaupun sudah seminggu aku kehilangan orang yang amat aku sayang.Suasana sunyi untuk beberapa minit. Aku mengambil sebiji lagi kuih karipap hasil resepi ibuku, menurut mak long. Memang sedap kuih karipap itu. Ketika aku di bangku sekolah dahulu, ibu selalu menyediakannya sebagai bekalan sekolah aku.“Saya nak keluar sekejap pak long, mak long,” kata aku sambil bangun.“Engkau nak pergi mana?” tanya pak long.“Saya nak jengah kubur ayah, ibu, dengan adik,” jawab aku.“Emmm… baik-baik jalan tu,” nasihat pak long.Aku mengeluarkan duit RM300 daripada kocek baju lantas menghulurkannya kepada pak long.“Duit ini untuk apa, Farid?” tanya pak long, terkejut.“Belanja semasa pengebumian ayah, ibu dengan adik saya. Saya juga minta tolong pak long jagakan rumah tu,” tunjuk aku akan rumah yang kelihatan sunyi dan sepi. Apabila aku melangkah pulang ke Kuala Lumpur petang nanti, pastinya rumah itu akan bertambah sunyi. Tiada berpenghuni.Mendengar kata-kata aku itu, pak long dengan rela hati mengambil pemberian aku. Dimasukkannya pemberian aku ke dalam kocek baju Melayu yang dipakainya.“Pak long ingat, rumah tu kita sewakan aje,” cadang pak long meminta persetujuanku.Aku diam seketika. Jika rumah itu disewakan, tentu kenangan aku sekeluarga sukar untuk dikembalikan. Aku ingin rumah itu kelihatan ceria sentiasa. Aku juga masih sayangkan ahli keluarga aku walaupun kini mereka sudah tiada lagi di dunia ini. Walaupun mereka telah tiada, aku tetap ingin mengabadikan kenangan antara kami. Hanya itu yang tertinggal kini.“Saya ingat, rumah tu dijadikan rumah persinggahan. Jika ada saudara mara yang datang, bolehlah mereka menjadikan rumah itu sebagai persinggahan dan tempat penginapan sementara,” cadang aku.Pak long terdiam seketika. Memikirkan cadangan aku.“Kalau itu cadangan engkau, kami terima saja,” kata pak long mengalah mengiyakan saja cadanganku.“Okeylah pak long, saya keluar sekejap. Petang nanti, sebelum saya balik Kuala Lumpur saya singgah sekejap di sini. Tengah hari nanti saya makan di luar,” kata aku.“Yalah,” jawab pak long pendek.Aku melangkah keluar dari rumah pak long. Sampai di kereta, aku membuka pintu kereta. Kemudian menghidupkan enjin dan memanaskannya untuk beberapa ketika. Setelah hampir lima minit enjin kereta dihidupkan, aku masuk ke dalamnya dan menutup pintu. Tali pinggang keledar dipakai. Brek tangan aku lepaskan, perlahan-lahan aku menggerakkannya menuju ke kawasan perkuburan yang mengambil masa perjalanan lebih kurang sepuluh minit.Sampai di perkuburan yang menyemadikan ibu, ayah, serta adik kesayangan aku, kereta yang aku pandu perlahan-lahan dihentikan di bahu jalan. Aku menarik brek tangan. Kemudian mematikan enjin. Aku keluar dari perut kereta, kemudian menguncinya. Perlahan-lahan kaki aku menuju ke pusara orang yang amat aku sayangi. Pemergian mereka merupakan kehilangan yang amat aku rasakan.Sampai di pusara mereka, aku melabuhkan punggung di atas sebuah kerusi kecil yang telah sedia ada di situ. Perlahan-lahan aku mengeluarkan sekeping surah Yassin dari kocek baju.Aku pandang seketika surah Yassin di tangan kanan aku. Wajarkah aku membacanya? Diterimakah doa aku yang masih bergelumbang dengan dosa-dosa ini? Aku ini seorang penzina.Ya Tuhan, bolehkah aku membacanya untuk disedekahkan kepada roh-roh orang yang amat aku sayangi? Tersentak aku daripada dunia khayalan.Tanpa aku sedari, mengalir perlahan-lahan air mata di pipi. Surah Yassin di tangan aku tatap berterusan. Dengan tangan terketar-ketar aku membukanya, itulah pertama kali aku membukanya setelah hampir sepuluh tahun aku tidak memegangnya. Mungkin disebabkan kealpaan aku membacanya, juga kealpaan mengingati Tuhan maka aku mudah terpegun dengan kejelitaan yang Suhana miliki. Mudah tergoda dengan bisikan syaitan. Hari ini, Suhana tidak mampu membantu aku berhadapan dengan kesedaran bahawa aku ini seorang penzina.Ya Tuhan, berilah aku kekuatan membacanya…. Aku berazam akan menjadi seorang makhluk yang mengingati-Mu dan menjauhi segala larangan-Mu.Perlahan-lahan tangan aku membuka Surah Yassin. Perlahan-lahan juga bibir aku cuba membaca ayat pertama. Alhamdulillah, aku masih mampu membacanya walaupun sudah hampir sepuluh tahun aku tidak membacanya. Turutan ayat seterusnya aku baca. Ayat demi ayat Yassin aku lagukan sehingga habis. Alhamdulillah aku berjaya menghabiskannya.Aku melihat jam di tangan, jarum jam menunjukkan angka 10.00 pagi. Aku mendongak ke langit, awan mendung telah memayungi aku daripada kepanasan. Syukur aku kepada-Nya kerana menyedarkan aku yang terleka dan terlupa untuk mengingati-Nya. Aku mesti kembali mengingati-Nya.Surah Yassin yang aku baca sebentar tadi dimasukkan ke dalam kocek baju. Aku bangun. Memandang seketika tiga pusara di hadapan aku. Aku tidak dapat melihat wajah mereka untuk kali terakhir. Menyesal. Aku benar-benar menyesal.Disebabkan keseronokan menikmati kepuasan nafsu, aku mengabaikan tanggungjawab aku kepada Tuhan, kepada orang-orang yang aku sayangi. Aku mesti kembali kepada-Nya, aku mesti kembali kepada-Nya. Ya… Allah berilah aku kekuatan….KERETA aku melalui lebuh raya menuju ke Kuala Lumpur. Aku melihat jam di dashboard kereta, 9.30 minit malam.Dua jam lagi, aku akan sampai ke Kuala Lumpur. Kebiasaannya, hari minggu sebegini Suhana tidak akan ke mana-mana. Selalunya, aku yang akan mengajaknya keluar bersiar-siar menikmati malam minggu di Kuala Lumpur yang begitu mengasyikkan.Setelah memandu hampir dua jam aku menghentikan kereta di perhentian Seremban. Sekali lagi aku menikmati jam di kereta, 10.35 minit malam.Berehat 20 minit, sudah memadai, bisik aku sendirian sambil menanggalkan tali pinggang keledar yang membelit badanku, begitu merimaskan. Enjin kereta aku matikan, tangan kananku membuka daun pintu kereta. Aku keluar dari perut kereta dan perlahan-lahan menutup kembali daun pintu kereta.Aku memicit salah satu punat di penggera. Pintu terkunci secara automatik. Perlahan-lahan aku menuju ke tempat menjual makanan di perhentian itu.Pandangan aku tertumpu pada satu gerai yang menjual makanan ringan. Tanpa was-was aku menghampirinya, memandang beberapa hidangan yang menyelerakan.“Encik hendak makan apa?” suatu suara singgah di cuping telinga aku. Lembut suaranya, selembut suara Suhana, manja.Tergaman seketika aku menatapi wajahnya yang cantik dan ayu.“Encik, nak makan apa?” ulangnya sekali lagi.Dia memutuskan lamunanku, juga mengejutkan aku daripada menatapi wajahnya.“Berikan saya kuih tu, tiga biji,” pinta aku sambil jari telunjuk menunjuk ke arah kuih karipap yang tersusun rapi.Dia mencapai piring, kemudian mengambil tiga biji karipap, diletakkan ke dalam piring yang berada di tangan kirinya.“Berapa harganya?” tanya aku.“RM1.20,” jawabnya pendek.Aku menghulurkan duit RM1.20 kepada gadis secantik Suhana itu. Mungkinkah aku merindui Suhana? Jika aku merinduinya mengapa keayuan wajah gadis itu telah memukau pandangan aku sebentar tadi? Adakah kerana aku ini seorang lelaki yang nakal?Perlahan-lahan aku menuju ke meja makan sambil membawa sepiring kuih. Tiba-tiba datang seorang lelaki, suaranya mencecah ke telinga aku.“Encik nak minum apa?” tanya seorang pelayan.Aku menoleh ke wajahnya.“Teh tarik,” jawab aku pendek.Beberapa ketika kemudian dia menghantar minuman kepada aku. Aku menghulurkan wang RM5 kepadanya. Dikembalikan RM4 kepada aku.Setelah beberapa langkah pelayan itu pergi, aku menoleh kembali ke arah pelayan wanita yang wajahnya secantik Suhana. Begitu comel wajahnya. Ayu dilitupi tudung kepala.Berbekalkan kedudukan aku sebagai seorang penulis skrip yang sudah menghasilkan berpuluh-puluh skrip yang bermutu, serta bayaran yang mencecah ratusan ribu ringgit, tentu dengan mudah aku dapat memiliki dirinya. Tetapi ke mana harus aku lontarkan Suhana? Wajarkah aku membiarkan Suhana tidur sendirian tanpa aku di sisinya? Terdetik hati aku seketika melayan kenakalan yang begitu menebal dalam diri ini.Namun, aku sudah berjanji untuk tidak membenarkan kenakalan itu menguasai diri untuk selama-lamanya. Ya Tuhan, perkuatkanlah iman aku, perkuatkan semangat aku.Aku dalam dilema, apakah yang harus aku lakukan untuk kembali kepada-Nya? Fikiran aku masih dibuai impian untuk memiliki gadis idaman, walaupun aku telah memilikinya, keinginan aku masih sukar untuk dibendung. Ya Tuhan, aku ingin kembali, kuatkanlah semangat aku, sekali lagi aku merayu kepada-Nya.Aku menghabiskan kuih dan air minuman. Setelah menikmati kuih yang begitu menyelerakan dan dijual oleh seorang gadis yang begitu manis wajahnya, aku meneruskan perjalanan menuju ke Kuala Lumpur.Setelah sejam aku memandu, aku tiba di rumah yang aku beli dua tahun lalu. Aku menghentikan kereta di hadapan pagar rumah yang berkunci. Kunci rumah yang tersimpan dalam beg baju aku capai.Pintu pagar dibuka, sambil itu aku menoleh ke arah rumah. Lampu di bilik TV terpasang. Mungkin Suhana sedang menonton tv, mungkin juga dia sedar aku sudah pulang. Alangkah bahagianya andai Suhana adalah isteri aku yang sah, yang telah diijab kabulkan, tentu dia tidak malu-malu membukakan pintu rumah untuk aku. Malangnya, Suhana bukanlah isteri aku yang sah, dia hanyalah teman serumah.Setelah pintu pagar dibuka, perlahan-lahan aku masuk semula ke dalam kereta dan memarkirkan kereta aku di dalam kawasan rumah. Aku mematikan enjin dan keluar dari perut kereta. Kemudian menuju ke pintu pagar dan menguncinya.Kemudian aku menuju semula ke kereta, mengambil beg pakaian di tempat duduk belakang kereta. Pintu kereta aku tutup rapat lantas memicit satu punat pada alat penggera. Pintu kereta terkunci.Pintu rumah tiba-tiba terbuka, berdiri Suhana di hadapan pintu.“Kenapa lambat sangat abang balik?” tanya Suhana dengan nada lembut. Mungkin dia rasa sunyi sejak aku tiada di sisinya.Tanpa menjawab soalannya, aku masuk ke dalam rumah. Meletakkan beg pakaian bersebelahan dengan sofa di ruang tamu lalu duduk merehatkan diri setelah penat memandu jauh.Suhana memandang aku seketika, kemudian dia melabuhkan punggungnya bersebelahan dengan aku. Kami duduk di atas sofa yang sama. Kehangatan Suhana malam itu sudah tidak bererti bagi aku, cara sentuhannya juga sudah biasa aku rasakan. Sudah berkali-kali aku menyentuhnya tanpa menyedari bahawa kami tidak wajar melakukannya kerana kami belum diijab kabulkan. Tubuh Suhana haram disentuh, malah menikmati tubuhnya juga adalah satu dosa besar, yang akan merugikan aku suatu hari nanti.“Abang dah makan?” tanya Suhana sambil memegang tangan aku manja.“Dah,” jawab aku pendek.“Hana rasa sunyi bila abang tak ada,” Suhana mengharapkan aku memahami apa yang diinginkan malam itu. Sesuatu yang telah merapatkan rasa kasih sayang antara kami. Wajarkah aku menerima pelawaan Suhana untuk melayan keinginannya pada malam itu, walhal kami bukannya pasangan suami isteri yang diijab kabulkan?Hati aku berbelah-bagi, haruskah aku meleburkan keazaman aku untuk kembali kepada-Nya. Lantas menerima pujuk rayu wanita yang telah hanyut dalam keinginan untuk menikmati larangan Tuhan kepada hambanya. Larangan sebelum diijab kabulkan.Hakikatnya, akulah yang bersalah kerana telah menghanyutkan Suhana ke dalam dunia kemaksiatan. Seharusnya aku membawanya ke jalan yang diredaiNya. Suhana, maafkan aku….“Abang penat,” jawab aku pendek sambil bangun sekaligus mematikan keinginannya.Suhana mengeluh sambil matanya menyorot langkahku. Kecewa kerana harapannya tidak dapat ditunaikan malam itu. Suhana kembali ke ruangan menonton tv, menonton rancangan yang tidak mampu menghiburkannya. Malam itu dirinya kegelisahan.Malam itu juga aku melepaskan penat lelah aku di sofa. Aku cuba melupakan kesilapan yang pernah aku lakukan, aku ingin memiliki Suhana melalui jalan yang diredai-Nya.*****Pagi. Aku terjaga daripada tidur. Mata aku memandang jam di dinding rumah. Jarum jam menunjukkan 7.30 minit pagi. Perlahan-lahan aku bangun daripada pembaringan, menuju ke bilik utama. Kelihatan Suhana masih lena tidur. Aku mengambil tuala mandi yang tersidai di tepi bilik dan menuju ke bilik air.Setelah bersiap seadanya, aku melihat jam di atas meja solek. Jarum jam menunjukkan pukul 8.30 minit pagi. Suhana masih lena. Entah jam berapa dia tidur malam tadi, aku tidak tahu kerana aku tidur lebih awal daripadanya.Aku menulis nota di meja solek:Hana, abang keluar membeli sesuatu. Jam 11 nanti abang akan pulang. Abang harap Hana tidak ke mana-mana – Farid (8.40 pagi)Aku mengambil kunci kereta yang berada di ruang tamu. Perlahan-lahan aku menuju ke pintu utama dan menyarungkan sepatu. Kemudian menuju ke pagar dan membuka seluas-luasnya supaya mudah aku mengeluarkan kereta aku.Setelah berpuas hati dengan keluasan pintu pagar, aku menghidupkan enjin kereta untuk beberapa minit. Aku tidak pasti arah tujuanku. Yang pasti aku harus melakukan sesuatu pada hari itu supaya aku dapat menjauhi dosa-dosa lalu, terutamanya dosa hidup bersama Suhana tanpa satu ikatan yang sah.Setelah enjin kereta panas, aku menggerakkan kereta keluar dari halaman rumah. Aku menutup kembali pintu pagar dengan rapi.Setelah memastikan keselamatan rumah, aku menggerakkan kereta menuju ke suatu arah yang aku tidak pasti, hanya mengikut gerak hati. Setelah memandu hampir sepuluh minit aku berhenti di sebuah restoran.Enjin kereta dimatikan, perlahan-lahan aku keluar dari perut kereta. Sambil mengunci kereta secara automatik, aku melangkah menuju ke restoran dengan harapan kuih kegemaran aku, karipap berintikan kentang disediakan disitu.Harapan aku menjadi nyata, karipap masih panas berada di atas para bersama beberapa jenis kuih yang kelihatan begitu menyelerakan.Aku mengambil tiga biji kuih karipap dan meletakkannya ke dalam piring yang berada berhampiran dengan hidangan yang lain.“Teh tarik satu,” kata aku kepada seorang pelayan yang berada berhampiran dengan aku.“Yalah,” jawab pelayan itu pendek.Aku melabuhkan punggung aku di sebuah kerusi berhampiran dengan sepasang suami isteri bersama seorang anak kecilnya yang kelihatan begitu berselera menikmati sarapan pagi.Fikiran aku melayang jauh, alangkah bahagianya jika aku dengan Suhana adalah pasangan bahagia itu, tentu orang akan cemburu dan tertanya-tanya bagaimana aku boleh memiliki seorang isteri yang cantik dan mempersonakan seperti Suhana.Lamunan aku terganggu apabila pelayan menghantar minuman yang telah aku pinta sebentar tadi.“Terima kasih,” ucap aku kepadanya.Lamunan aku hilang entah ke mana. Bagaimanakah harus aku memiliki sebuah keluarga yang bahagia jika hidup aku bergelumbang dengan dosa-dosa yang semakin menjauhkan aku daripada Tuhan, pencipta seluruh alam?Gerun aku apabila memikirkan bahawa aku ini seorang yang penuh dengan dosa, berdosa kepada Tuhan, berdosa kepada keluarga yang selama ini sering bertanya kepada aku, bilakah aku akan mengakhiri zaman bujang. Alasan yang aku berikan, tiada siapa berminat untuk menjadikan aku suami mereka. Tanpa mereka sedari bahawa aku hidup bersama seorang artis yang mungkin pernah mereka dengar namanya.Sedang fikiran aku melayang jauh, kuih karipap yang tertinggal di atas meja telah aku habiskan, begitu juga dengan air minuman yang hanya tinggal beberapa teguk saja lagi. Sebelum meneguk kali terakhir minuman itu, aku memandang ke arah anak kecil di sisi sepasang suami isteri yang kelihatan ceria itu. Bolehkah aku menikmati kebahagian seperti mana kebahagian yang mereka miliki suatu hari nanti?Ya Tuhan, aku ingin kecapi kebahagiaan seperti mana kebahagiaan pasangan suami isteri itu, aku ingin kebahagiaan….Aku bangun menuju ke kaunter pembayaran. Setelah membayar harga sarapan pagi itu, perlahan-lahan aku menuju ke kereta.Aku memicit alat penggera, lalu masuk ke dalam kereta dan menghidupkan enjin kereta. Beberapa minit kemudian aku menggerakkannya menuju ke satu destinasi.Setelah sampai ke destinasi, aku meletakkan kereta di parkir kereta dan mematikan enjin. Pintu kereta dibuka, perlahan-lahan aku keluar dari perut kereta. Kemudian menuju ke sebuah kedai emas yang berada berhampiran dengan tempat aku meletakkan kereta sebentar tadi.Aku melihat cincin emas yang cantik dipandang, semahal harganya.“Encik nak beli cincin?” tanya seorang pelayan.“Ya,” jawab aku pendek.“Untuk siapa, encik?” tanyanya lagi.“Untuk kawan,” jawab aku tanpa memandang wajahnya.“Saya cadangkan encik beli yang ini,” kata pelayan itu tanpa aku tahu siapa namanya, pastinya dia seorang wanita Melayu.“Berapa harganya?” tanya aku.“RM650 saja encik. Tentu kawan encik tu suka,” katanya cuba memujuk aku membeli sebentuk cincin emas yang dicadangkannya. Namun aku akui, cincin itu memang cantik.Aku diam seketika. Memikirkan wajarkah aku menerima cadangannya itu. Harga yang tertera itu mampu aku bayar, tapi mampukah ia membuka hati Suhana untuk menerima lamaran aku? Fikiran aku ligat berputar, memikirkan sesuatu demi sebuah kebahagiaan yang aku impi-impikan.“Okeylah,” aku mengalah.Tanpa sebarang perkataan dia mengambil cincin yang dicadangkan itu dan memasukkannya ke dalam satu bekas khas. Bekas berwarna merah. Dibungkus dengan elok bekas itu. Aku mengambil wang RM650 daripada beg duit yang berada di kocek seluar dan aku menghulurkan wang itu kepadanya tanpa rasa menyesal.“Terima kasih encik, jumpa lagi,” kata pelayan itu sambil mengukir senyuman. Manis sekali senyumannya.“Ya, sama-sama,” balas aku sambil memandang seraut wajahnya.Kaki aku melangkah menuju ke kereta yang telah aku letakkan beberapa meter dari kedai itu. Aku memicit alat penggera, terdengar decitan beberapa kali, pintu kereta tidak lagi berkunci. Perlahan-lahan aku membuka pintu kereta dan masuk ke dalam perutnya.Beberapa minit kemudian aku memandu pulang ke rumah. Sampai di rumah, kelihatan Suhana sedang menyiram pokok-pokok bunga yang sedang mekar.Melihat aku sudah kembali, Suhana membukakan pintu pagar untuk memudahkan aku masuk ke halaman rumah. Perlahan-lahan aku memasukkan kereta ke dalam laman rumah. Enjin kereta aku matikan dan pintu kubuka. Aku keluar dari perut kereta dan menuju ke arah Suhana yang sedang asyik membelek kuntuman bunga mekar yang ditanam beberapa bulan yang lalu.“Hana, abang ada sesuatu untuk Hana,” bisik aku ke telinga Suhana.“Abang ada sesuatu untuk Hana?” Suhana seolah-olah tidak mempercayai ucapan aku sebentar tadi.“Ya…,” jawab aku pendek sambil menarik tangannya menuju ke kerusi yang berada di anjung rumah dan kami melabuhkan punggung di atas kerusi.Aku mengeluarkan bekas cincin yang aku beli sebentar tadi. Menghulurkannya kepada Suhana.“Sayang, abang ingin melamar sayang untuk menjadikan sayang isteri abang yang sah,” kata aku sambil menatap sepasang matanya yang ayu.Suhana tergamam. Terdiam. Tangannya berat untuk menerima pemberian aku itu.“Kenapa, sayang?” tanya aku setelah melihat Suhana seolah-olah begitu berat menerima pemberian aku itu.“Terlalu awal untuk kita berkahwin, bang,” kata Suhana.Jawapan Suhana amat mengecewakan aku.“Kenapa?”“Saya… saya,” Suhana mematikan kata-katanya, berat mulutnya untuk meluahkan isi hatinya.Aku tergamam. Adakah terlalu awal untuk aku melamarnya? Atau mungkinkah pemberian aku tidak seperti mana yang diharapkan?“Sayang, abang sanggup memberikan apa saja yang sayang inginkan, asalkan kita menjadi suami isteri yang sah. Abang janji, abang akan berusaha untuk membahagiakan kehidupan sayang,” rayu aku sambil menatap seraut wajah Suhana yang ayu.Suhana masih membisu. Berat mulutnya untuk berkata-kata. Dia membiarkan saja aku menatapi wajahnya.“Sayang…,” aku mengharapkan Suhana mengatakan sesuatu.“Farid, terlalu awal untuk kita hidup sebagai suami isteri,” tegas Suhana. Tiada segaris senyuman dibibirnya.“Tapi, kita dah hidup seperti suami isteri. Abang tidak sanggup kita terus bergelumbang dengan dosa,” aku berterus-terang merayu.“Please Farid, jangan paksa Hana,” rayu Suhana.“Hana, abang tidak paksa Hana. Tapi abang mahu kita hidup seperti suami isteri yang sah. Bukannya secara sembunyi-sembunyi begini. Sampai bila kita akan hidup macam ini?” rayu aku berterusan, mengharapkan Suhana memahami isi hati aku yang sebenar. Pada masa yang sama aku ingin menyedarkannya bahawa kami adalah penganut ajaran Islam. Islam amat melarang umatnya berzina seperti apa yang telah kami lakukan selama ini.“Please Farid…,” rayu Suhana. Rayuan yang bakal menghancurkan cinta dan sayang antara kami.“Abang tidak ada sesiapa lagi di dunia ini, keluarga abang sudah tiada. Hanya Hana saja yang tinggal di dunia ini untuk abang,” aku bersuara lirih dan perlahan. Hatiku terhiris dengan penolakan Suhana.Suhana diam seketika.“Berikan Hana masa untuk fikirkannya,” kata Suhana memutuskan bicara.Aku diam. Mengapa Suhana masih memerlukan masa untuk memikirkannya. Terburu-burukah aku meluahkan isi hati aku kepadanya. Tidak cukupkah lapan bulan kami hidup bersama untuk memahami hati dan perasaan masing-masing?*****Malam. Aku meronda-ronda kota Kuala Lumpur sendirian. Membiarkan Suhana memikirkan masa hadapan antara kami. Aku yang bersalah membawanya ke kancah kehidupan yang glamor. Malangnya, kehidupan sebegitu membuatkan dirinya berubah.Aku juga yang bersalah, kerana pernah merayu dan menggunakan kelebihan yang aku miliki untuk memikatnya. Lantas menggodanya dengan kemewahan dan memperlawanya untuk hidup serumah dan mengecapi kehidupan bersama tanpa ikatan yang sah di sisi agama.Aku juga yang bersalah kerana merayunya dan menikmati malam pertama tanpa ikatan pernikahan. Maafkan aku Suhana….Untuk hari kedua, aku tidur di sofa. Membiarkan Suhana keseorangan tanpa aku di sisi menemani malamnya. Maafkan aku sayang kerana aku terpaksa melakukan itu semua. Aku ingin kembali kepadaNya, aku tidak boleh tidur bersamamu malam ini kerana kita belum diijab kabulkan. Maafkan aku, sayang.PAGI. Suhana sudah bersiap sedia dengan pakaiannya untuk keluar dari rumah.“Farid,” kata Suhana sambil memandang ke arah aku yang berada di sofa. Aku yang baru sahaja terjaga daripada tidur terkebil-kebil memandangnya.Perlahan-lahan aku memandang ke arahnya yang sedang membimbit beg pakaian yang sendat. Aku melangkah menuju ke arah wanita yang berwajah sayu dan pilu itu.“Hana, kenapa?” tanya aku, mengharapkan Suhana mengerti soalan aku yang ringkas itu.Suhana diam seketika.“Hana sayangkan karier Hana,” Suhana berterus-terang.“Tapi abang akan beri apa saja yang Hana inginkan, I love you, sayang,” aku meluahkan isi hati aku.Suhana menghentikan langkahnya seketika. Tetapi beberapa detik kemudian dia melangkah keluar dari rumah. Di luar ada sebuah kereta menanti di pagar. Apabila Suhana menghampiri kereta itu, seorang lelaki keluar membuka boot kereta dan membantu Suhana memasukkan beg pakaiannya. Kemudian ditutup kembali boot kereta yang berwarna merah itu. Lelaki itu membukakan pintu kereta untuk Suhana. Sungguh istimewa layanan yang Suhana terima walaupun langkah kakinya kelihatan sedikit longlai. Longlai kerana meninggalkan diri aku keseorangan di rumah mewah itu atau kemewahan yang aku berikan kepadanya juga tiada lagi? Sukar untuk aku menilai fikiran Suhana ketika itu.Kereta yang Suhana naiki bergerak menjauhi rumah aku. Aku hanya mampu melihat pemergian wanita yang aku sayangi dari sisi. Pemergian yang tidak mungkin akan kembali….Tidak mampu aku menghalang pemergiannya kerana itu adalah keputusannya yang muktamad. Aku juga tidak sanggup terus bergelumang dengan dosa-dosa kerana aku ingin kembali kepada-Nya.Ya Tuhan, Kau berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi dugaan-Mu ini….JAM 5.30 minit pagi. Selesai membersihkan diri, aku mengambil wuduk. Bersembahyang subuh dan berdoa semahu-mahunya agar dosa yang pernah aku lakukan diampunkan-Nya.Jam 7 pagi, aku menggerakkan kereta menuju ke Teluk Kemang. Cuba menenangkan hati dan perasaanku yang dicengkam kepiluan apabila melihat wanita yang disayangi pergi, menghancurkan impianku untuk membawanya sama-sama kembali kepada-Nya.Teluk Kemang, terimalah kedatangan aku di sisimu walaupun diri ini penuh dengan dosa-dosa hitam. Wahai Teluk Kemang, bantulah aku berdoa kepadaNya supaya memberi kekuatan kepada diri ini menghadapi liku-liku kehidupan tanpa orang-orang yang disayangi, tanpa ayah, ibu, adik, Mira, Izah dan Suhana.9.05 minit pagi, kereta yang aku pandu berhenti di Teluk Kemang. Enjin kereta aku matikan. Aku melepaskan pandangan ke arah laut lepas yang kelihatan tenang.Aku keluar dari perut kereta. Melangkah menuju ke butiran pasir yang putih berseri. Mengharapkan butiran pasir turut berdoa agar Tuhan mengampunkan dosa-dosa lalu aku.Aku melepaskan pandangan ke lautan yang sayup-sayup pandangan. Memikirkan tentang kehidupan yang seharusnya aku lalui kini. Wajah-wajah keluargaku menabir tirai ingatanku menjadikan aku begitu rindu kepada kenangan yang mereka tinggalkan untukku.Aku harus menggunakan masa dan kesempatan yang ada supaya aku tidak menyesal untuk kali seterusnya – kesempatan sihat sebelum sakit, muda sebelum tua, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sempit, hidup sebelum mati.
AKU dihubungi oleh Mus, rakan lama yang merupakan seorang wartawan. Dia ingin menemubual aku esok hari. Aku bersetuju dengan pelawaannya. Dan kami berjanji untuk berjumpa di Central Market, Kuala Lumpur.Sejak lapan tahun yang lalu, Mus cuba mengenali kehidupan di kota ini. Di kota inilah ramai orang yang sering tertewas. Tetapi Mus tetap meneruskan perjuangannya, merakus setiap kebahagiaan yang diidam-idamkan setiap insan.Mus tidak merancang untuk menjadi salah seorang warga kota ini, mungkin telah ditakdirkan dia menjadi penghuni di kota yang sentiasa menguji kesabaran serta keimanan seseorang.Jarum jam yang dipakai Mus menunjukkan pukul 3.00 petang, beberapa jam yang lalu, dia menemu bual warga kota mengenai pandangan mereka tentang kehidupan di Kuala Lumpur. Ramai yang memberi pelbagai pandangan serta cadangan. Walaupun begitu dia hanya mencatitkan beberapa perkara yang penting saja mengenai pandangan mereka. Ada juga di antara orang yang ditemubual memasukkan isu-isu politik, tetapi Mus hanya mendengar apa yang dicakapkan tanpa mencatit apa-apa. Sekadar menjaga hati orang yang ditemubual. Mus tidak mahu dipengaruhi oleh mana-mana parti politik.Sebagai wartawan Mus cuba melatih dirinya supaya menjadi seorang wartawan yang beretika. Ketika bertugas, seseorang wartawan mestilah menjadi seorang yang adil dan tidak memihak di mana-mana pihak, dan setiap berita yang diperolehi mestilah dinilai terlebih dahulu sebelum diserahkan kepada editor untuk disunting.Kadangkala Mus sendiri tidak tahu kenapa dia memilih pekerjaan sebagai wartawan. Mungkin disebabkan keadaan yang memaksa lalu apabila ada jawatan kosong di salah sebuah syarikat penerbitan, dia memilih pekerjaan tersebut. Tetapi hakikat yang harus diterima, dirinya semakin menyukai kerjaya itu.Jarum jam yang dipakai menunjukkan 3.20 minit petang, Mus mengambil keputusan untuk berjumpa dengan aku seperti mana yang telah dijanjikan pada hari semalam. Kaki Mus terus melangkah menuju ke ruang legar Central Market. Di dalam Central Market, Mus terus mendekati aku yang sedang menunggunya di salah sebuah meja makan.“Assalamualaikum…,” Mus mengukir salam buat aku yang sedang menyandarkan tubuh di kerusi.“Walaikumussalam…,” jawab aku sambil menghulur tangan menyambut kedatangannya. Mus menarik kerusi yang berada berhampiran dengannya. Kemudian dia melabuhkan punggungnya di kerusi di hadapan aku.“Dah lama kita tak jumpa,” sapa Mus sambil memandang ke wajah aku.Aku hanya membisu, membiarkan Mus yang memulakan soalan. Namun setelah lama berlalu, tiada soalan terkeluar daripada bibir Mus.“Hai, seorang wartawan tidak ada soalan, pelik?” kata aku sambil memandang wajah Mus.“Dengar khabar, engkau sekarang ini sudah banyak berubah. Kebanyakan skrip-skrip yang engkau hasilkan lebih berunsurkan Islam!” Mus cuba mendapatkan kepastian.“Mana engkau dapat berita ni?” aku bertanya kembali, sekadar ingin mengetahui.“Biasalah… kita kan dah lama berkawan, sejak aku tinggal di Kuala Lumpur lapan tahun yang lalu, aku sudah mengenali engkau,” ujar Mus tersenyum.“Order air dulu,” kata aku.“Engkau belanja ke?” tanya Mus, cuba mendapatkan kepastian.“Aku yang ajak, tentu aku yang belanja engkau minum,” jelas aku sambil memanggil seorang pelayan lelaki.Pelayan itu datang ke arah kami.“Ya, encik. Encik nak minum apa?” tanya pelayan itu sopan-santun.“Berikan saya air tembikai,” kata Mus.“Makan encik?” tanya pelayan itu lagi.“Tak apa, minum aje,” kata Mus.“Kenapa, diet?” celah aku sambil merenung wajah Mus.“Aku baru makan…,” dalih Mus.Aku tidak membalas kata-kata Mus.“Betul ke khabar berita tu?” tanya Mus setelah kami diam seketika. Pelayan itu sibuk menyediakan pesanan kami.“Betul…,” aku berterus terang.“Aku sudah mengenali engkau lapan tahun, tapi engkau masih macam dulu jugak, tak berubah,” kata Mus.Aku tidak membalas kata-kata Mus.“Kenapa engkau masih tidak berkahwin?” sambung Mus lagi. Cuba mengorek rahsia.Aku tersenyum, akhirnya aku tahu apa yang tersimpan di dalam fikiran Mus sejak pertemuan kami sebentar tadi. Pada awalnya aku menyangkakan pertemuan itu hanya pertemuan biasa. Tetapi nyata Mus ada tujuan lain yang diharapkan dapat merungkai persoalan yang bermain di fikirannya. Mungkin dia sedang mencari bahan yang boleh ditulis, yang boleh dijadikan modal tulisannya.“Entahlah Mus… kadang-kadang aku sendiri tak tahu,” jawab aku, mengharapkan jawapan itu dapat memuaskan hati Mus.“Aku dah ada tiga orang anak, anak aku yang besar sekali dah bersekolah darjah satu. Aku masih ingat, daripada persahabatan kitalah aku dapat mengenali Farhana. Menyuntingnya dan menjadikannya sebagai isteri. Kini kami hidup bahagia, walaupun aku tidak begitu mengenali diri Farhana sebelum aku mengahwininya.”Mus berterusan memandang ke wajah aku. Dia cuba mencari jawapan di sebalik soalannya sendiri.“Mungkin jodoh aku belum sampai lagi.” Aku cuba berdalih. Namun, begitulah hakikatnya. Jodohku memang belum sampai lagi. Lantas, apakah yang mampu aku lakukan selain menanti.Perbualan kami masih berterusan walaupun kadangkala topik perbualan kami kosong. Hingga ke akhir perbualan aku masih tidak pasti apakah yang Mus inginkan daripada pertemuan itu. Mungkin dia inginkan kepastian benarkah aku sudah berubah, tidak seperti pertama kali dia mengenali aku lapan tahun yang lalu.Mungkin Mus tidak sedar bahawa hubungan aku dengan Suhana sudah tiada lagi. Jika dia tahu hal itu, sudah tentu dia akan mengajukan aku soalan berkenaan hal itu. Hubungan yang sudah terputus hampir dua bulan itu sememangnya banyak mengajar aku erti kesabaran. Terutamanya kesabaran untuk menolak lamaran cinta wanita yang ingin mendekati aku dan menjalinkan hubungan kekasih seperti mana yang pernah aku dengan Suhana jalani beberapa bulan yang lalu.*****Di rumah. Fikiran aku masih melayang jauh, pertanyaan Mus siang hari tadi masih berlegar-legar di fikiran aku. Sememangnya tidak dapat aku nafikan bahawa hati aku ini begitu sukar untuk menerima seseorang sebagai pengganti Suhana, bimbang jika tersalah memilih pasangan hidup.Aku sering berhadapan dengan dilema, bagaimana hendak menerangkan kepada mereka yang sering bertanya kepada aku, kenapa aku masih tidak lagi menamatkan zaman bujang. Sukar untuk aku terangkan kepada mereka, kerana kadangkala aku sendiri tidak pasti apakah yang harus aku lakukan untuk menamatkan zaman bujang aku ini.Harus menunggu lagikah aku? Menunggu seorang wanita muncul dan mengikatnya dalam pertalian perkahwinan.TIDUR aku malam tadi tidak lena. Selepas sembahyang Subuh aku terus menghidupkan komputer. Aku memeriksa e-mel. Banyak e-mel yang tidak sempat aku baca.Aku membuka satu-persatu emel. Pelbagai jenis kiriman yang aku perolehi, ada di antaranya aku tidak kenal siapakah pengirimnya. Jika pengirimnya tidak menyertakan nama serta tujuan pengiriman, aku tidak berminat untuk membalas. Membacanya sekali imbas lalu memadamnya.Satu persatu emel aku padam. Tetapi aku tertarik pada satu emel yang bertajuk “Bagaimana keadaan anda sekarang?” Siapakah pengirimnya? Tentu dia seorang yang aku kenali dan pasti dia mengetahui apakah yang telah terjadi kepada keluarga aku beberapa bulan yang lalu. Diri aku memberontak untuk mengetahui siapakah pengirim emel itu. Tanpa berlengah, aku membukanya. Aku tersenyum sendirian, rupa-rupanya Zalifah yang mengirim emel itu, bertanyakan khabar berita daripada aku. Sememangnya dia sudah tahu apa yang telah terjadi kepada keluarga aku, tentang keperitan aku menanggung kesepian setelah kehilangan mereka.Malah, dia turut mengirimkan kisah-kisah jenaka dan apabila membacanya, aku tersenyum sendirian. Zalifah masih nakal seperti dahulu, tetapi kenakalannya tidak seperti zaman kanak-kanaknya. Kini dia nakal kerana suka mengusik dan bergurau.Ifah, itulah nama timbangan Zalifah sejak kecil. Zalifah sememangnya seorang anak yang periang dan suka bergurau. Zalifah telah menjejakkan kakinya ke maktab perguruan beberapa tahun yang lalu dan bakal bergelar cikgu beberapa bulan lagi.Perlahan-lahan aku menaip beberapa patah perkataan untuk memberitahu sepupu aku itu bahawa aku dalam keadaan sihat malahan sudah dapat menerima hakikat atas apa yang telah berlaku. Tetapi aku kesepian.Ifah,Terima kasih kerana mengirimkan e-mel yang jelas menunjukkan bahawa engkau masih nakal. Terima kasih kerana menceriakan aku hari ini.Aku harap engkau tak nakal lagi. Kalau nakal-nakal nanti kena kejar dengan monyet tau….FaridKuala LumpurAku tersenyum sendirian. Tentu Zalifah akan tersenyum membaca e-mel aku yang mengingatkannya kepada kenangan kami ketika dikejar seekor monyet.Ketika itu, kami bertempiaran lari kerana dikejar seekor monyet kepunyaan Pak Mat. Entah bagaimana rantai besi yang merantai monyet itu terurai daripada ikatannya dan kesempatan itu diambilnya untuk mengejar kami yang sering mengusiknya.Ketika itu aku berusia dua belas tahun dan Zalifah berusia lapan tahun.Zaman kanak-kanak Zalifah sama seperti zaman kanak-kanak aku juga kerana kami sering bersama, ke sekolah bersama dan ada kalanya aku bertindak sebagai pengawal peribadinya dan mempertahankannya daripada kanak-kanak nakal yang cuba mengusik dan mengganggunya.Memandangkan Zalifah tidak mempunyai abang, maka akulah yang bertanggungjawab mempertahankannya daripada kanak-kanak yang cuba mengusiknya.Aku menutup e-mel, sekaligus lamunan yang mengimbau kenangan lalu bersama Zalifah turut mati. Masih banyak kerja yang perlu dilakukan pada hari itu.Aku mengambil pen yang berada di atas meja lalu merangka sebuah skrip drama yang mengisahkan kehidupan seorang insan yang ingin kembali kepadaNya….
RAMADHAN. Hari ini adalah hari ketiga aku berada dalam bulan Ramadhan. Sejak beberapa tahun yang lalu, aku tidak mengambil kesempatan terhadap bulan yang paling mulia dalam Islam ini.Beberapa tahun yang lalu, terutamanya setelah aku mengenali Suhana, aku tidak melaksanakan tanggungjawab aku sebagai hamba-Nya. Aku begitu angkuh ketika itu, seolah-olah merasakan hidup ini adalah untuk diri aku sendiri. Seperti tidak ada Tuhan yang perlu disembah, diperhambakan diri ini kepada-Nya.Kini, Suhana tiada lagi di sisi. Aku gagal memujuknya dan menjadikannya isteriku yang sah di sisi agama.Lamunanku yang jauh melayang terputus apabila kereta yang aku pandu menghampiri sebuah masjid yang cantik seni binanya. Aku meletakkan kereta di ruang petak kereta. Enjin dimatikan dan tali pinggang keledar yang dipakai aku lepaskan. Pintu kereta dibuka, perlahan-lahan aku keluar dari perut kereta. Tangan kananku menekan alat penggera, berdecit beberapa kali lalu automatik ia terkunci.Aku melihat jarum jam yang menunjukkan pukul 6.45 minit petang. Hanya beberapa minit saja lagi tiba waktu berbuka puasa.Dengan penuh keyakinan aku melangkah menuju ke masjid dan menuju ke ruang yang menyediakan hidangan untuk berbuka. Di sini aku dapat merasakan betapa bahagianya hati ini walaupun tiada Suhana di sisi. Cinta aku kepada Suhana semakin pudar dan cinta aku kepada-Nya semakin terasa mekar.Mengingati Tuhan yang satu telah menenangkan hati. Suhana, aku kini telah kembali kepada-Nya. Tidak ingin aku mengulangi dosa-dosa lalu yang keterlaluan.Namun, tidak dapat aku membohongi diri ini bahawa jiwa aku kekosongan. Hidup aku terasa begitu sunyi dan sepi tanpa seorang wanita yang aku sayangi dan menjaga makan minumku.AKU mengambil beg yang sudah dikemas untuk dibawa pulang ke kampung. Kunci kereta dan kunci rumah yang tergantung di dinding rumah aku ambil dengan tangan kiri kerana tangan kanan aku sedang membimbit beg pakaian.Perlahan-lahan aku melangkah menuju ke pintu rumah dan membuka daun pintu. Aku menyarungkan sepatu, kemudian menuju ke kereta. Aku memicit alat penggera kereta. Boot kereta aku buka, memasukkan beg pakaian yang mengandungi keperluan semasa bercuti di kampung nanti. Aku menuju ke daun pintu kereta dan membukanya. Enjin kereta dihidupkan dan ketika aku mendongak ke langit. Cuaca hari itu kelihatan begitu cerah dan sesuai untuk aku memulakan perjalanan jauh, sekurang-kurangnya tiga setengah jam perjalanan. Aku berharap, cuaca sebegini akan kekal sepanjang hari.Aku menuju ke daun pintu rumah lantas menguncinya. Aku yakin kepulangan aku ke kampung tidak akan menjejaskan keselamatan rumah yang aku diami sejak dua tahun lalu. Di rumah ini juga adik kesayanganku, Farhana pernah bertanya kenapa aku masih lagi membuang?Ketika itu dia bersama ibu dan ayah baru datang ke rumahku. Kedua-dua ibu bapa aku kelihatan begitu gembira kerana melihat aku telah berjaya memiliki sebuah rumah hasil titik peluh sendiri.Tahun lalu, sebelum aku menghalakan kenderaan pulang ke kampung, aku akan menghubungi ibu dan memberitahunya bahawa aku sedang dalam perjalanan pulang. Berbeza pada tahun ini, tiada siapa yang perlu aku hubungi lagi untuk memaklumkan kepulanganku. Pastinya kepulangan aku nanti tidak akan disambut oleh sesiapa, hanya sepi yang akan bermain di kamar rumah itu.Lebuh raya menuju ke kampung aku lewati, diiringi kenangan pahit yang sukar untuk dilupakan. Apabila keretaku menyelusuri jalan di kampung, kepiluan semakin menggigit tangkai hati. Ada rasa kekosongan yang menerjah di ruang hati. Aku rindukan kehidupan dulu bersama keluargaku.Aku memberhentikan kereta di pekarangan rumah. Membuka tali pinggang keledar dan pintu. Perlahan-lahan aku melangkah keluar. Tanpa menutup kembali pintu kereta, aku memandang rumah yang meninggalkan seribu kenangan kepadaku.Kepulangan aku tidak disambut oleh sesiapa. Keriangan dan kemanjaan Farhana sudah tidak ada lagi, tidak mungkin aku akan disambut dengan suaranya yang sering meminta ole-ole daripadaku. Jika tidak ada sebarang buah tangan, pasti dia akan bermasam muka dan merajuk. Aku tersenyum sendirian seolah-olah Farhana wujud dihadapanku sekarang.Pak long sedar kepulangan aku, dihampirinya aku yang mengelamun jauh.“Kenapa tak beritahu yang engkau akan balik lambat. Risau jugak kami di sini tunggu engkau tak sampai-sampai,” kata pak long dengan wajah risau. Melihat pak long, aku terkenangkan ayahku.Lamunan aku terhenti, senyuman terukir di bibir.“Saya banyak kerja di Kuala Lumpur pak long, lagipun jalan sesak. Tak boleh bawa laju kereta tu,” kata aku sambil mengambil beg pakaian dari belakang kereta.“Engkau berbuka puasa di rumah pak long, Ifah ada kat rumah tu. Dia tolong mak long engkau buat kuih,” kata pak long.Aku tak faham apakah kaitannya Zalifah dengan kepulangan aku? Mengapa pak long beria-ia benar mengajak aku berbuka puasa di rumahnya?“Lama ke Ifah cuti, pak long?” tanya aku acuh tak acuh sekadar mengambil tahu perihal anaknya itu. Juga, sepupu aku dari sebelah ayah.“Lama ke Ifah cuti, pak long?” tanya aku acuh tak acuh sekadar mengambil tahu perihal anaknya itu.“Lama…,” jawab pak long dengan bersungguh-sungguh.Aku diam seketika.“Jangan lupa berbuka di rumah pak long. Ifah tu dah lama benar tunggu engkau balik,” kata pak long, sekali lagi menimbulkan persoalan di hati aku. Apa kaitannya aku dengan Zalifah?Aku tersenyum kecil.Sudah nyanyuk ke bapa saudara aku ini, hati aku berbisik.“Kenapa dia tunggu saya balik?” tanya aku kepada pak long tanpa memandang wajahnya. Tanganku memicit alat penggera kereta. Aku masih berdiri kaku di situ menunggu jawapan pak long.“Dia nak mintak tolong kau bawa dia ke bandar, dia nak keluarkan duit kat ATM,” kata pak long.Persoalan aku sudah terjawab akhirnya.“Okey pak long, tapi petang nanti la ye? Sekarang ini badan saya penat betul,” aku berterus-terang sambil mengambil kunci rumah di dalam kocek seluar.“Mestilah petang nanti, jangan lupa datang rumah, cepat sikit,” kata pak long sambil melangkah menuju ke rumahnya.“Yalah,” jawab aku pendek sambil menuju ke pintu utama rumah. Aku yakin pak long tidak mendengar kata-kataku itu kerana dia telah mengorak langkah menjauhiku.Sampai di depan pintu utama rumah, aku meletakkan beg pakaian. Kemudian membuka pintu rumah dengan kunci yang berada di tanganku.Pintu utama rumah terbuka luas. Aku menanggalkan sepatu yang aku pakai, beg pakaian yang berada berhampiran aku bimbit kembali, melangkahkan kaki masuk ke dalam rumah. Letih betul aku rasakan.Aku menghidupkan TV di ruang tamu, memilih saluran yang aku gemari. Kemudian aku merebahkan tubuh di sofa ruang tamu. Keletihan di dalam perjalanan tadi menghilang seketika. Kakiku terasa lenguh menekan brek. Kesunyian sebegini kembali mengundang memori silam. Entah mengapa, jauh di sudut hatiku, aku berharap dapat menemui wanita solehah sebagai suriku. Kehidupan ini hanyalah sementara dan aku tidak mahu sia-siakannya dengan mengenangkan dosa silamku. Dalam lamunan yang panjang aku terlelap tanpa mematikan suis TV.“Farid!” sayup-sayup satu suara singgah di cuping telinga aku. Suara lelaki yang seakan aku kenali.“Farid!” suara itu semakin kuat dan jelas. Ayah!Aku terjaga. Mataku meliar mencari kelibat ayah.“Farid!” sekali lagi suara itu memanggil nama aku.Aku bangun dari sofa, menuju ke daun pintu rumah. Wajah pak long, terjengul di pintu.“Engkau tidur ke tadi?” tanya pak long apabila dia melihat aku seolah-olah baru bangun daripada tidur.“Ya,” jawab aku pendek.“Tadi kata nak bawak Ifah ke bandar,” pak long mengingatkan aku.Aku melihat jam tangan, jarum jam menunjukkan pukul 4.00 petang.“Okeylah pak long, saya datang ambil dia sepuluh minit lagi,” janjiku.“Yalah,” kata pak long sambil bergerak pulang.Aku menuju ke bilik air, membersihkan muka daripada kekotoran. Aku berwuduk dan menunaikan solat. Beberapa minit kemudian, aku mengambil kunci kereta dan kunci rumah yang berada di atas meja bersebelahan dengan sofa yang telah membuai lena aku sebentar tadi. Suiz TV juga aku matikan.Perlahan-lahan aku menuju ke daun pintu rumah dan memakai sepatu, kemudian mengunci rapat pintu rumah.Setelah seminit enjin kereta dihidupkan, aku menggerakkan kereta ke rumah pak long. Mendengar bunyi enjin kereta aku di luar rumah, pak long bergegas keluar, kemudian dia masuk ke dalam rumah semula tanpa kata-kata atau isyarat tangan.Beberapa minit kemudian, pak long dan Zalifah keluar dari rumah. Dengan tersipu-sipu Zalifah menuju ke kereta aku dan membuka pintu kereta.“Jangan lupa beli barang yang ayah cakapkan tadi,” terdengar suara pak long dari tangga rumah.Zalifah diam, tidak membalas kata-kata ayahnya. Sebaliknya dia masuk ke dalam kereta aku.“Ifah nak keluarkan duit di ATM mana?” tanya aku kepada Zalifah sambil menggerakkan kereta menghala ke bandar.“Maybank,” jawab Zalifah pendek tanpa menoleh ke arahku.Diam seketika.“Lama cuti?” tanya aku lagi sekadar menghilangkan kesunyian yang mencengkam antara kami.“Seminggu aje,” jawab Zalifah bergementar.Zalifah sudah banyak berubah. Dia tidak lagi kelihatan keanak-anakan. Sebaliknya dia kelihatan semakin dewasa dan matang. Solekan nipis di mata dan calitan gincu di bibirnya memperlihatkan kedewasaan yang dimiliknya. Wajah ayunya bertambah manis apabila sekali-sekala dia tersenyum kecil. Itulah persepsi aku setelah pertama kali bersua muka dengan Zalifah setelah beberapa tahun tidak ketemu.Sekali lagi kami saling membisu.“Apa yang pak long pesan tadi?” tanya aku sambil memandang sekilas ke arah Zalifah, cuba mengejutkannya daripada lamunan. Entah apa yang dimenungkannya aku sendiri tidak tahu.Zalifah diam. Pertanyaan aku tidak dijawab.“Apa yang ayah pesan tadi?” ulang aku, kali ini aku cuba mengejutkan lamunannya dengan menyebut nama gelaran pak long.“Banyak.”“Apa yang banyaknya?” tanya aku sambil tersenyum.Zalifah mengeluarkan sehelai kertas daripada kocek bajunya dan menunjukkan kepada aku.Aku tersenyum.“Jadi bukan pergi ATM aje, tapi shopping sekali,” kata aku sambil tersenyum.“Itulah sebabnya ayah mintak abang hantar Ifah ni. Kalau tidak dia boleh naik motor aje,” kata Zalifah mengeluh seakan merasa terbeban dengan tugas yang diberikan ayahnya.“Biarlah, masa dia hiduplah kita belikan apa saja yang dia inginkan. Bila dia dah tak ada, kita rasa sunyi pulak,” kata aku memandang terus ke hadapan. Kesenduan dalam suaraku mengundang simpati dalam diri Zalifah.Zalifah memandang ke arah aku. Mungkin dia ternampak seraut wajah kesal di wajahku. Kesal kerana tidak lagi memiliki ayah, ibu, dan adik yang disayangi. Aku hanya keseorangan kini… tiada sesiapa lagi yang tinggal.“Murah betul rezeki abang, ya. Rumah ada, kereta ada, duit banyak,” kata Zalifah, cuba mengubah topik perbualan.“Untuk apa itu semua kalau orang yang disayangi sudah tidak ada lagi,” kata aku dalam nada sedih dan pilu. Aku tidak berniat mencarik simpati, tetapi benar, aku begitu merasai kehilangan tambahan lagi hari raya akan menjelang tiba.“Sebenarnya ayah cuma bagi Ifah RM100, tapi dia mintak Ifah beli banyak barang,” keluh Zalifah pantas menarik aku keluar daripada kekesalan.“Tak apa, kalau tak cukup, guna duit abang,” kata aku dengan ikhlas.Aku menghentikan kereta aku di sebuah mesin ATM.“Abang tunggu kat sini aje, cepat sikit ya,” kata aku.“Yalah,” balas Zalifah sambil membuka daun pintu.Zalifah keluar dari perut kereta. Pintu kereta ditutup. Zalifah menuju ke mesin ATM yang kosong.Beberapa minit kemudian, Zalifah kembali menuju ke kereta aku. Wajahnya manis tersenyum begitu. Seketika aku teringatkan Farhana yang manja dan nakal.“Kita nak ke mana selepas ini?” tanya aku kepada Zalifah yang kelihatan tidak tenang.“Beli barang yang ayah order la,” kata Zalifah acuh tak acuh.Sesekali kelihatan tingkah laku Zalifah sama seperti Farhana, manja dan suka merungut apabila disuruh membuka sesuatu.“Okey puteri kayangan, kita akan berangkat menuju ke pusat membeli-belah,” gurau aku sambil menggerakkan kereta aku menuju ke sebuah pusat membeli-belah.Zalifah tersenyum riang.“Kenapa Ifah senyum?” tanya aku kepada gadis yang berada di sebelah aku.“Kalau kita berkawan dengan penulis, bahasa yang digunakan kebiasaannya pelik-pelik. Abang pernah ke tengok puteri kayangan?” tanya Zalifah, senyuman masih terukir di bibirnya. Senyuman seorang gadis yang manja dan periang. Tetapi mudah merajuk seperti Farhana, satu-satunya adik yang aku miliki, tetapi dia sudah tiada lagi. Tidak mungkin dia akan kembali ke dunia ini. Tiada lagi permintaannya yang perlu aku penuhi dan kenangan itu membuat aku menjadi seorang perindu tiba-tiba. Merindui kenangan yang tidak akan berulang lagi. Ingin aku memiliki kembali kenangan bersamanya, namun kenangan itu hanya tinggal kenangan. Tidak akan berulang lagi.Kereta yang aku pandu terus mengharungi kesesakan bandar Muar sehinggalah aku menemui tempat yang sesuai untuk meletakkan kereta. Tidak banyak perbualan yang berlangsung antara aku dan Zalifah, kecuali gurauan-gurauan yang menyedarkan kami bahawa telah banyak perubahan yang berlaku antara kami.Di pusat membeli-belah, Zalifah membeli satu persatu barang yang dipesan oleh ayahnya. Membeli rencah untuk membuat nasi minyak, hidangan wajib keluarga pak long. Pada hari raya ketiga, tetamu yang datang ke rumahnya akan dihidangkan dengan nasi minyak, berbeza dengan rumah lain yang menghidangkan kuih-muih.Nasi minyak yang dimasak oleh pak long sering mendapat pujian dan itulah kelebihan yang dimilikinya untuk menarik perhatian rakan-rakan, saudara-mara serta jiran-jiran untuk berkunjung ke rumahnya.Kami terus melangkah menuju ke bahagian pakaian. Zalifah kelihatan begitu ceria ketika di situ. Pelbagai pakaian dibeleknya dan aku pula terpaksa membimbit rencah yang dipesan oleh ayahnya. Ada kalanya hati aku merungut kerana terpaksa membantu Zalifah membawa barang-barang yang dipesan oleh ayahnya.Tiba di bahagian baju kurung, Zalifah tergamam. Berkali-kali dia memegang baju kurung tradisional yang tergantung di situ. Setelah melihat tanda harganya, Zalifah melepaskan baju tersebut lalu mengorak langkah pergi.Dari seraut wajah dan langkah longlainya, aku tahu jiwanya tidak tenang. Jiwanya memberontak untuk memiliki sehelai baju kurung Melayu yang diidam-idamkannya itu.“Ifah.”Zalifah menoleh ke arah aku. Merenung sepasang mata yang aku miliki.“Ifah, mahukan baju tu?” tanya aku sambil menunjuk baju kurung Melayu yang dibeleknya sebentar tadi.Zalifah diam. Malu untuk berterus-terang. Dia tersenyum hambar lalu menggelengkan kepala beberapa kali.“Abang boleh belikan Ifah baju tu. Tetapi dengan satu syarat,” kataku sambil merenung seraut wajahnya.“Apa syaratnya?” tanya Zalifah sambil menatapi sepasang mata yang aku miliki.Aku tersenyum.“Kenapa tersenyum?” tanya Zalifah hairan.“Warna baju yang akan Ifah beli, abang yang tentukan,” kata aku.Zalifah tersenyum.“Okey, no problem,” kata Zalifah dengan rela.Kami sama-sama melangkah menuju ke bahagian pakaian wanita yang kami singgahi sebentar tadi.“Warna ni,” tunjuk aku akan sehelai baju kurung berwarna biru air kepada Zalifah. Tiada bantahan di pihaknya, kerana dia mesti menunaikan syarat yang telah aku tetapkan tadi.Aku yakin warna bunga kekuningan disebalik warna latar biru menyerlahkan kecantikan yang Zalifah miliki. Kulit cerah yang dimilikinya merupakan satu bonus kepadanya kerana ia boleh disesuaikan dengan apa sahaja warna. Tidak banyak perbualan yang terlontar antara kami semasa dalam perjalanan pulang ke rumah. Hanya sekadar gurauan yang sudah sebati dalam diri kami sejak kecil. Mungkin disebabkan sifatnya yang mudah tersenyum dan ketawa membuatkan Zalifah mudah didekati. Aku merasakan hubungan antara kami semakin mesra, walaupun kami tidak bertemu hampir dua tahun lamanya kerana aku sibuk dengan urusan kerja dan dia pula sibuk dengan pelajarannya.Kereta aku berhenti di halaman rumah pak long. Zalifah keluar dari perut kereta, kemudian aku menyusurinya. Aku mengeluarkan barang-barang yang dibeli dari belakang kereta. Menghulurkannya kepada Zalifah.“Terima kasih,” ucap Zalifah.“Terima kasih aje?” balas aku sekadar bersuara, ingin melihat segaris senyuman manisnya sebelum pulang.“Terima kasih, putera kayangan,” balas Zalifah pula sambil tersenyum.Aku membalas senyumannya.Pak long sedar kami sudah kembali. Dia menjengahkan kepalanya di daun pintu rumah.“Farid, jangan lupa datang berbuka di sini,” kata pak long separuh menjerit melawan bunyi enjin keretaku.“Yalah,” kata aku kepada pak long.Zalifah terus membimbit barang yang dibeli ke dalam rumah. Pak long memberi ruang kepada Zalifah untuk masuk ke dalam rumah.6.15 minit petang. Masih awal untuk berbuka puasa.“Saya balik sekejap pak long, nak mandi,” kata aku.“Jangan lambat,” pak long mengingatkan aku.Aku melangkah pulang ke rumah, membuat persiapan sebelum berbuka puasa di rumah pak long. Kereta kutinggalkan di halaman rumah pak long.*****7.05 minit malam. Aku berbuka puasa di rumah pak long. Tidak banyak yang kami bualkan semasa berbuka. Hanya menyentuh perkara-perkara yang berkaitan dengan harga barang yang semakin meningkat dan perancangan untuk pergi ke rumah jiran-jiran serta sanak-saudara pada hari raya nanti.Aku adalah anak saudara pak long yang paling tua, anak saudaranya yang lain masih kecil. Lagipun, pak long tidak mempunyai anak selain Zalifah yang kini sudah berusia 22 tahun. Setahu aku, ibu aku merupakan adik pak long yang paling rapat. Pemergiannya amat dirasai oleh pak long kerana ibu aku seorang yang peramah seperti juga adik kesayanganku, Farhana.Entah mengapa, ayah tidak pernah memperkenalkan kami kepada keluarganya, mungkin ayah merajuk dengan keluarganya atau sememangnya ayah tidak mempunyai keluarga. Pernah aku bertanyakan hal itu kepada ayah, namun jawapan yang ayah berikan, dia adalah anak tunggal dan ibu bapanya sudah tiada lagi.Ayah berkata lagi, mereka semua berada di Indonesia. Susah untuk ayah mencari mereka di sana. Penjelasan ayah itu jelas menunjukkan bahawa dia berasal dari negara Indonesia. Memang sukar untuk aku mengesan saudara-mara di sana.Sekarang ini aku hanya mempunyai saudara mara di sebelah ibu sahaja. Jika aku tidak menjaga hati dan hubungan ini, tentu aku hidup dalam kesepian di dunia ini.Selepas berbuka puasa dan solat maghrib, aku dan pak long menikmati makanan ringan di beranda rumah.“Kuih karipap ni Ifah yang buat,” kata pak long setelah menyedari aku asyik menyuap karipap ke dalam mulutku.Aku diam. Mengunyah perlahan kuih karipap yang berintikan kentang itu.“Tadi… semasa kamu berdua balik, pak long ingatkan siapa, susah nak kenal,” kata pak long berbahasa dengan wajah tenang.Hati aku berbisik, apa maksud bapa saudara aku itu? Apakah maksud tersirat yang ingin disampaikannya? Aku tidak faham walaupun aku ini seorang penulis.Aku masih diam.“Lama kamu cuti?” tanya pak long lagi.“Mungkin seminggu,” jawab aku.“Ifah cuti lima hari saja. Bolehlah engkau tolong hantarkan dia balik maktab,” kata pak long.Aku diam. Tidak dapat aku menolak permintaan pak long kerana dialah satu-satunya bapa saudara yang aku ada. Emak saudara, iaitu adik kepada ibu aku sudah lama meninggal dunia, ketika melahirkan anaknya yang pertama. Suaminya kini sudah berkahwin lain dan aku sendiri tidak tahu di mana mereka berada.“Yalah pak long,” jawab aku tanpa bantahan.Kami diam sebentar.“Lima bulan lagi dia akan bergelar cikgu. Mungkin tidak lama lagi dia akan bersuami,” kata pak long lagi.Hati aku terus berbisik, ‘apa sebenarnya maksud pak long? Asyik bahasa kiasan saja, susah aku hendak faham.’Sedang kami asyik berbual, terdengar pengumuman tarikh menyambut Aidilfitri. Pak long memasang telinganya untuk mendengar pengumuman itu sejelas mungkin. Bagi aku sama ada esok bermulanya Adilfitri atau tidak, ia tidak langsung bermakna. Aku menyambut Aidilfitri pada tahun ini dengan penuh kesunyian tanpa keluarga tercinta.Aku tersenyum, pak long juga turut tersenyum. Pengumuman itu menyatakan bahawa esok bermulanya Aidilfitri.Air kopi yang berada di atas meja aku habiskan pantas lalu aku bangun.“Okeylah pak long saya balik dulu, nak gosok baju,” kata aku.“Bawak aje baju engkau tu ke sini, biar Ifah yang gosokkan,” kata pak long.“tak apalah pak long saya boleh gosok sendiri,” dalih aku.Pak long diam.“Esok 7.30 pagi saya datang, kita sama-sama pergi ke kubur,” kata aku sambil menatap wajah pak long yang sentiasa tenang.“Yalah,” jawab pak long pendek.Kaki aku melangkah keluar dari rumah pak long, menuju ke rumah aku yang berada hanya beberapa meter saja di hadapan. Sedang kaki melangkah, fikiran aku melayang jauh, memikirkan kebahagian yang mesti aku cari. Aku inginkan kebahagiaan seperti mana kebahagiaan yang pak long dan mak long kecapi. Tetapi dengan siapakah akan aku nikmati kebahagiaan itu? Ya Tuhan, berikanlah aku kebahagiaan, ya Tuhan, berikanlah aku kebahagiaan, ya Tuhan, percepatkanlah jodoh ku supaya kebahagiaan, rindu dan kasih sayang ini dapat dikecapi bersama-sama makhluk-Mu yang bernama wanita.Sampai di pintu utama rumah, lamunan aku terhenti. Pintu rumah dibuka, perlahan-lahan aku masuk ke dalam rumah yang sunyi dan kosong, membuat persiapan untuk menyambut Aidilfitri esok hari.AIDILFITRI. Pertama kali, hari mulia ini disambut tanpa adik, ayah, serta ibu yang disayangi. Jiwa ini terasa begitu sunyi tanpa cinta mereka. Hanya pak long sekeluarga yang aku ada, Zalifah aku anggap sebagai Farhana, mak long aku anggap sebagai ibu, dan pak long pula aku anggap sebagai ayah. Itulah saja cara yang dapat aku lakukan untuk menghilangkan rasa sepi di hati ini. Sepi dan kesal seorang perindu kerana aku tidak sempat melihat wajah terakhir mereka sebelum dikapankan. Menyesal kerana tidak dapat mengiringi jenazah mereka diusung ke perkuburan.Pada jam 6.15 pagi, aku sudah terjaga daripada tidur. Menyiapkan diri menyambut Aidilfitri yang menjelang tiba. Selesai bersolat subuh, aku menghidupkan suiz radio, berkumandang suara takbir hari raya. Sayu hatiku mendengarnya.Aku melihat jam di dinding rumah, jam 6.50 pagi. Semalam aku berjanji kepada pak long untuk menjemputnya pada jam 7.30 pagi. Aku melangkah menuju ke dapur, mendidihkan air, kemudian membancuh secawan air kopi.Sarapan pagi aku hanyalah biskut dan secawan kopi. Kebiasaannya, ibu akan menyediakan nasi goreng. Tetapi itu tidak mungkin akan berulang lagi kerana kini aku keseorangan di rumah itu. Sambil menikmati sarapan pagi yang begitu ringkas, aku melepaskan pandangan di luar jendela rumah. Memikirkan sama ada dosa-dosa aku selama ini diampunkan oleh-Nya atau tidak.Entah mengapa, perasaan sayang dan rindu kepada Suhana yang selama ini semakin pudar perlahan-lahan menyelinap ke jiwa dan perasaan aku yang kesunyian ketika itu.Suhana, hati ini masih padamu. Hati ini masih mengharapkan dirimu menghiasi kehidupan aku. Sayang, aku ingin membawa dirimu kembali kepada-Nya. Kembalilah kepadaku, sayang.Lamunan aku tersentak, aku melihat jam tangan. Jarum jam menunjukkan jam 7.15 pagi. Segera aku bangun, menyalin pakaian yang sesuai untuk bersolat hari raya. Kebiasaannya aku sekeluarga, begitu juga dengan pak long akan ke kuburan terlebih dahulu, selepas itu barulah kami ke masjid untuk bersolat hari raya Aidilfitri.Segera aku mengambil kunci kereta dan kunci rumah yang tergantung berhampiran dengan TV di ruang tamu. Setelah mengunci rumah, aku menuju ke kereta, menghidupkan enjin untuk beberapa ketika. Setelah berpuas hati dengan tahap kepanasan enjin kereta, aku menggerakkannya menuju ke rumah pak long.Tiba di rumah pak long, aku keluar dari perut kereta. Beberapa ketika kemudian, kelihatan pak long keluar dari rumah melalui pintu belakang.“Engkau dah bersarapan?” tanya pak long kepada aku yang berada di halaman rumahnya.“Dah,” jawab aku pendek.“Kita terus ke masjid ke?” tanya pak long sambil melangkah menuju ke kereta aku.“Ke kubur dulu, lepas tu ke masjid?” kata aku yang jelas merindui keluargaku.Tidak banyak perbualan yang berlangsung antara aku dengan pak long sepanjang perjalanan menuju ke kawasan perkuburan. Sampai di kubur orang yang aku sayangi, wajah pak long kelihatan sedih dan pilu.“Mereka dah pergi, tapi kita masih ada di dunia ini,” kata pak long dengan nada sedih.“Itulah erti kehidupan pak long,” aku berbahasa, mengharapkan pak long mengerti maksud kata-kata aku itu.“Kalau pak long tak ada, kalau engkau dan Ifah tak ada, bermakna keturunan kita akan hilang begitu saja, Farid,” kata pak long sambil menoleh ke arah aku.Aku diam. Memahami maksud yang cuba disampaikan oleh pak long.Pak long duduk di kerusi yang sedia ada berhampiran dengan pusara ibu, ayah, Farhana, dan ibu saudaraku.“Pak long yang cadangkan mereka disemadikan berhampiran. Walaupun kita dah meninggal nanti, sekurang-kurangnya anak cucu kita tahu yang kita ni ada saudara-mara,” sambung pak long.Aku masih berdiri, tiada tempat untuk melabuhkan punggung. Pak long membuka surah Yassin yang dibawanya. Aku hanya berdiri membaca bacaan Fatihah untuk disedekahkan kepada mereka yang disemadikan di hadapan aku itu.Setelah selesai membaca surah Yassin, kira-kira 20 minit kemudian pak long bangun, dan memasukkan surah Yassin ke dalam kocek baju.“Marilah Farid, kita pergi ke masjid, bersolat,” ajak pak long.Tanpa bantahan, aku bersama-sama pak long menuju ke masjid dengan menaiki kereta. Di masjid kami bertakbir bersama-sama jemaah lain yang mula memenuhi ruang di masjid.Pulang dari masjid, kami terus pulang ke rumah untuk menikmati makanan istimewa yang telah disediakan oleh mak long dan Zalifah. Ketupat, rendang, dan beberapa jenis lauk istimewa sedang terhidang di atas meja.“Makan Farid, buat macam rumah sendiri. Engkau tu anak saudara aku. Macam anak aku jugak,” kata pak long sambil melabuhkan punggungnya di kerusi.“Yalah,” jawab aku pendek dan melabuhkan punggung di kerusi ruang dapur rumah pak long.Hidangan istimewa hari itu dinikmati.“Engkau tak ada rancangan nak ke mana-mana ke hari ini?” tanya pak long.“Tak ada,” jawab aku pendek.“Baguslah,” kata pak long.Aku diam, tidak faham apakah yang tersimpan di dalam fikiran pak long. Sementara itu, aku tidak berminat untuk mengetahui apa yang terkandung di dalam fikirannya.“Ifah, ibu mana?” tanya pak long kepada Zalifah yang sedang berada di dalam biliknya, berhampiran dengan ruang dapur rumah.“Kat depan rumah,” jawab Zalifah, menguatkan suaranya agar didengari ayahnya.“Surat yang ayah buat hari itu, ibu engkau letak di mana?” tanya pak long.“Surat apa, ayah?” tanya Zalifah.“Surat wasiat,” jelas pak long.“Surat wasiat?” Zalifah tidak faham.“Tanya ibu engkau mana dia letak surat wasiat itu,” arah pak long.Zalifah keluar dari biliknya, menuju ke bahagian hadapan rumah, berhampiran dengan ruang tamu. Beberapa minit kemudian, dia datang membawa sekeping surat dan menghulurkannya kepada pak long. Pak long mengambil surat itu dari tangan Zalifah.Anak gadis pak long kelihatan cantik pada hari itu. Kecantikannya terserlah apabila baju yang dipakainya itu adalah pemberian ikhlas daripada aku.Pak long memandang ke arah aku tanpa aku sedari. Perlahan-lahan bibirnya mengukir senyuman.“Ini ada surat wasiat. Pak long harap harta pusaka kita dapat terus diwarisi oleh anak cucu keturunan kita. Pak long harap engkau dan Ifah akan sama-sama berkongsi harta ini,” kata pak long sekaligus mengejutkan renungan aku ke arah anak gadisnya yang semakin kelihatan dewasa.Aku mengambil pemberian pak long. Membuka dan membacanya. Beberapa minit kemudian, aku melipat kembali surat wasiat itu dan memasukkan ke dalam sampulnya semula. Wajahku tidak menampakkan apa-apa riak pun ketika itu.Aku diam seketika.“Biar saya fikirkannya dalam dua tiga hari ini, pak long,” kata aku, mengharapkan pak long memahami perasaan aku di kala itu. Perasaan insan yang kelihatan tiga orang yang amat disayangi dalam tempoh yang amat singkat serta mengejutkan.AIDILFITRI ketiga, aku bersarapan di rumah pak long.“Ifah dah bersarapan?” tanya pak long kepada mak long yang sedang mengemas di ruang dapur rumah.“Dah…,” jawab mak long acuh tak acuh.“Jalan baik-baik Farid. Jangan bawak laju-laju, bahaya,” kata pak long sambil memandang seraut wajah aku.“Yalah, jawab aku pendek.Aku meneguk beberapa teguk air kopi. Kemudian menyandarkan badan seketika di kerusi. Pak long masih mengunyah beberapa biji kuih karipap yang terhidang di atas meja makan.Mak long menjengah ke ruang tamu dari dapur rumah.“Ifah dah ada depan rumah tu, agaknya dia dah siap,” kata mak long.Aku menjengah ke ruang tamu, kelihatan Zalifah sedang membimbit beg pakaiannya ke anjung rumah. Menunggu aku yang telah berjanji untuk menghantarnya pulang ke Maktab Perguruan Melaka.“Saya dah baca surat wasiat yang pak long sediakan,” kata aku.“Hah, macam mana, setuju?” tanya pak long.“Biarlah saya berbincang dengan Ifah dulu,” kata aku tidak menjanjikan apa-apa.“Bagus, kamu berdua bincang dulu,” sokong pak long.Aku diam.“Engkau dah ambil nombor telefon Ifah?” tanya pak long.“Belum,” jawab aku pendek.“Macam mana kamu nak berbincang, kalau tak ambil nombor telefon dia?” pak long berterusan menyoal aku.“Kami boleh berhubung guna e-mel,” jelas aku.“E-mel tu apa?” tanya pak long lagi.“Kami berhubung dengan menggunakan komputer,” terang aku, mengharapkan pak long faham.“Komputer pak long tau, tapi macam mana kamu boleh berhubung?” perasaan ingin tahu pak long begitu menebal.“Guna internet,” jawab aku lagi.“Internet…,” pak long kebingungan.“Ala abang tu dah tua, mana tau apa tu internet,” celah mak long.“Biarlah apa benda tenet-tenet tu, asalkan korang dapat selalu bercakap sudahlah, jangan lama-lama cakap. Bahaya, korang tu masing-masing bujang,” kata pak long.“Ifah tu macam adik saya, pak long,” kata aku sambil mengerling pak long mengharapkan dia faham maksud di sebalik kata-kataku. Mana mungkin ada cinta antara kami.“Macam adik, tapi bukan adik,” balas pak long.Aku diam.“Kamu mesti disatukan,” kata-kata pak long itu menunjukkan harapannya supaya kami disatukan melalui penikahan.“Kami perlu berbincang dulu, pak long,” tegas aku.“Abang ni, tak menyempat. Tunggulah anak kita tu habis belajar,” tegur mak long.Aku tersenyum.“Dahlah Farid, engkau hantar Ifah tu. Kamu berdua berbincang baik-baik,” kata mak long memberi ruang kepada aku untuk melepaskan diri.“Yalah, mak long,” kata aku sambil bangun, menuju ke anjung rumah di mana Zalifah sedang menunggu aku.Di anjung rumah, aku menyarung sepatu dan mengeluarkan kunci kereta. Mematikan kunci kereta dan membuka boot kereta. Aku membantu Zalifah memasukkan beg pakaiannya ke dalam boot kereta.“Sesuai betul mereka ya…,” perlahan kata pak long kepada mak long, tetapi kami dapat mendengarnya dengan jelas.Zalifah memandang ke arah aku sekilas. Mungkinkah dia cuba membaca apakah yang tersimpan di dalam hati aku melalui seraut wajah aku? Zalifah menuju ke arah ibu dan ayahnya. Memohon restu sebelum pulang ke maktab perguruan untuk menambah ilmu pengetahuan sebelum bergelar seorang guru.Selesai bersalaman dengan ayah dan ibunya, Zalifah masuk ke dalam kereta. Aku yang sudah berada di dalam kereta, menggerakkannya perlahan-lahan menuju ke destinasi.Pada awal perjalanan, kami hanya membisu.Beberapa ketika kemudian, aku memandang sekilas ke arah Zalifah. Pandangannya jauh, melepasi cermin kereta. Atau mungkin dia sedang asyik mendengar lagu yang berkumandang di radio kereta.“Jauh mengelamun…,” aku mengejutkan lamunan Zalifah.Lamunan Zalifah terhenti. Dia memandang ke arah aku.“Abang tanya apa tadi?” tanya Zalifah.“Teringatkan buah hati ke?” aku cuba meneka apakah yang sedang dilamunkannya.“Kenapa abang tanya soalan itu?” Zalifah mengharapkan aku berterus-terang. Mungkin dia juga rimas dengan apa yang telah ditentukan untuk kami.“Ada ayah Ifah beritahu tentang surat wasiat?” tanya aku.“Semalam baru dia terangkan tentang surat wasiat yang ditulis,” kata Zalifah. Mengeluh.“Sekarang apa yang Ifah fikirkan?” tanya aku lagi ingin mengetahui isi hati gadis manis itu.“Entahlah bang…,” Zalifah mengeluh.“Kenapa Ifah mengeluh?”“Sebenarnya jawapan kepada surat wasiat tu terletak di tangan abang,” Zalifah berterus-terang.“Ayah Ifah mengharapkan tanah pusaka yang kita warisi dapat digabungkan dengan mengijab kabulkan kita berdua. Jika dibagi kepada dua, tanah itu akan menjadi kecil. Tanah pusaka itu membuktikan bahawa keturunan kitalah yang membuka kampung kita sekarang ini,” terang aku.“Keturunan yang baik-baik bukan bergantung pada berapa banyak harta yang dimilikinya,” kata Zalifah.Kata-kata Zalifah mengguris hati aku, tetapi aku sedaya upaya mengawal diri daripada memperlihatkannya. Aku pernah hidup bergelumang dengan dosa-dosa besar yang dilaknat oleh Tuhan. Sedarkah Zalifah?“Ifah fikir macam mana?” tanya aku, cuba mengubah topik perbualan.“Terserah kepada abang, sekarang jawapan di tangan abang,” sekali lagi Zalifah bersuara jujur. Mungkin dia merasakan bahawa dia tidak layak memberi keputusan.“Abang tidak ada sesiapa lagi di dunia ini,” kata aku dengan nada tenang.Zalifah diam membisu. Tidak berkuit walau sedikit.“Keluarga kita kecil. Atuk berasal dari Indonesia, susah kita hendak mengesan keturunannya di sana. Nenek pula anak tunggal,” cerita aku.Zalifah diam.“Ifah mesti cepat kahwin, supaya keluarga kita cepat berkembang. Kalau Ifah kahwin dalam tempoh setahun bermula hari ini, abang bagi RM5,000 dalam bentuk wang tunai. Kalau tak ada calon, masih sempat cari tu,” gurau aku sambil berpaling sekilas pandang ke arah Zalifah. Aku tidak pasti adakah Zalifah memahami maksudku yang juga merupakan keputusan itu.“Abang tu yang mesti cepat kahwin, abang banyak duit,” balas Zalifah dengan senyuman hambar.“Abang banyak duit tapi tak ada calon,” aku berterus-terang.“Dulu abang cakap dah ada calon, cuma nak ditunjukkan kat ayah abang aje,” Zalifah mengingatkan aku kepada peristiwa hitam itu. Titik noda yang pernah aku lakukan.Aku diam seketika.“Kami dah berpisah,” aku berterus-terang lagi. Ada nada kecewa keluar dari mulutku.“Kenapa?” tanya Zalifah. Sepasang matanya tajam memandang ke wajahku. Mengharapkan jawapan segera.Haruskah aku menjawab soalan Zalifah? Aku diam seketika. Berfikir. Juga, membiarkan sepupuku itu menunggu jawapan daripada aku untuk seketika. Perlahan-lahan aku memandang seraut wajah Zalifah.“Kami tidak sehaluan,” jawab aku pendek setelah beberapa ketika membisu. Setelah membiarkan gadis yang ayu di hadapan aku itu dalam keadaan tertanya-tanya seketika.Mungkin disebabkan aku dengan gadis itu mempunyai hubungan persaudaraan yang rapat membuatkan wajah Zalifah yang ayu itu gagal menawan gelora perasaan aku. Lebih 20 tahun kami saling bermain bersama-sama. Dalam tempoh itu aku melihat Zalifah membesar menjadi seorang gadis yang ayu. Bagaimanakah perasaan cinta dan sayang seperti sepasang kekasih atau suami isteri mampu diwujudkan di jiwa aku?“Lelaki, cintanya mudah beralih arah,” keluh Zalifah, seolah-olah hatinya pernah dilukai oleh seseorang yang bernama lelaki.Sekali lagi aku memandang ke arah Zalifah sekali imbas. Adakah dia juga pernah kecewa seperti aku? Aku mesti menumpukan perhatian kepada jalan raya kerana keselamatan kami terletak di tangan aku yang sedang memegang stereng kereta.Kami diam seketika.“Macam mana dengan surat wasiat ayah Ifah?” tanya Zalifah lagi sambil memandang ke wajah aku. Aku cuba bersikap profesional.“Kita lupakan. Ayah Ifah perlu faham, kita dibesarkan bersama-sama. Bila abang tengok Ifah, abang teringatkan adik abang, Hana,” aku berterus-terang. Kata-kataku tegas.“Ifah faham, abang pun macam abang kandung Ifah,” kata Zalifah sambil tersenyum gembira.Aku terus memandu menuju ke destinasi. Perasaan lega berlegar di hati.*****Malam. Setelah selesai makan malam, aku dengan pak long duduk di ruang tamu, berehat.“Kamu berdua sudah berbincang?” tanya pak long kepada aku yang sedang mengelamun panjang.Aku diam. Tiada sebarang kata-kata keluar daripada bibir aku. Minda aku memikirkan bagaimana hendak aku berikan jawapan kepada soalan pak long. Sejenak aku teringatkan perbualan antara aku dan Zalifah siang tadi.“Ifah cakap apa dengan engkau tadi?” tanya pak long lagi.“Terserah bagi saya untuk memutuskannya, dia mengikut saja,” aku berkata setelah beberapa ketika membisu.“Jawapannya?” jiwa pak long memberontak untuk mengetahui jawapan yang telah sekian lama ditunggu-tunggunya.Aku memandang seraut wajah pak long.“Selama ini saya menganggap Ifah itu seperti adik kandung saya,” aku berterus-terang.Terukir perasaan kecewa di wajah pak long. Aku dapat melihat dengan jelas rasa kecewa itu.“Engkau dah ada seseorang untuk dijadikan isteri?” tanya pak long lagi.“Tak ada pak long,” jawab aku dengan tenang.Pak long diam. Fikirannya pantas berfikir. Memikirkan sesuatu yang aku sendiri tidak tahu.“Saya tidak ada sesiapa lagi di dunia ini, pak long. Saya anggap pak long sebagai ayah saya, mak long sebagai ibu saya, dan Ifah…,” aku diam seketika, sambil menatap wajah pak long seketika.“Dan ifah sebagai adik kandung saya,” sambung aku, mengharapkan pak long mengerti perasaan aku ketika itu.“Tak lama lagi Ifah akan tamat belajar dan dia akan mula mengajar. Pak long rasa elok jika kamu berdua disatukan,” pak long memandang ke wajah aku. Masih mengharapkan jalinan kasih antara kami. Aku mengeluh.“Jika boleh pak long, keluarga kita perlu dibesarkan. Jika saya mengambil Ifah sebagai isteri saya, keluarga kita tidak akan berkembang,” dalih aku, mengharapkan pak long mengerti.Pak long diam seketika.“Engkau perlukan teman hidup, Farid,” kata pak long lagi.“Saya akan cari teman hidup, pak long,” janjikan serta-merta. Sedetik kemudian, aku tersedar yang aku sudah tidak ada sesiapa lagi setelah Suhana beredar dari hidupku.Pak long diam. Tiada lagi soalan daripadanya mengenai harapannya untuk menyatukan aku dengan Zalifah. Topik perbualan berubah kepada perkara-perkara yang sering dibualkan oleh kami berdua.PAGI Aidilfitri ketujuh. Rancanganku pada hari itu, petang nanti aku akan berangkat pulang ke Kuala Lumpur. Sebelum berangkat pulang ke tempat aku mencari rezeki, hati aku tergerak untuk pergi ke tempat yang telah banyak meninggalkan seribu kenangan suatu ketika dahulu. Kenangan ketika usiaku masih bergelar remaja, detik itulah yang telah memperkenalkan aku tentang erti cinta kepada seseorang bernama gadis. Saat itu juga telah menyedarkan aku bahawa diri ini amat memerlukan kasih sayang seorang bernama kekasih.Mira, terima kasih kerana telah memperkenalkan kepadaku detik yang indah itu. Sungguh pun kita tidak dapat terus menikmatinya bersama, kenangan itu masih kekal di ingatan.Setelah sedekad berlalu, perasaan itu masih ada dalam diri ini. Aku tidak mengharapkan pertemuan untuk kali kedua antara kita kerana engkau sudah memiliki sebuah kehidupan bersama anak-anak serta suamimu. Aku tidak meminta supaya kenangan lalu diulang kembali. Tidak, aku tidak mahu pertemuan kita untuk kali kedua terjadi. Aku tidak mahu menghancurkan kebahagiaan yang sedang engkau kecapi.Prinsip yang aku pegang, jika kita menyayangi seseorang insan, berdoalah semoga dirinya sentiasa bahagia dan mendapat perlindungan daripada-Nya. Aku sayang kepadamu Mira, sebab itu aku mahu engkau berubah, menyedari bahawa setiap insan mempunyai maruah diri yang perlu dijaga.Kini, aku juga masih sayang kepadamu, dan aku berharap dirimu berbahagia selalu bersama orang yang engkau sayang.Malam pertamamu telah engkau nikmati bersama orang yang bergelar suamimu. Malangnya malam pertamaku telah aku nikmati bersama seorang teman yang hanya bernama teman. Itulah perbezaan yang ketara antara kita sekarang ini.Dulu aku menganggap dirimu seorang insan yang begitu kejam. Tapi kini sebaliknya. Aku yang kejam kerana telah membawa Suhana ke lembah maksiat yang berterusan. Aku lebih kejam daripadamu, sayang.Lamunan aku terhenti apabila kereta yang aku pandu sampai ke sekolah yang telah mempertemukan aku dengan Mira. Aku menghentikan kereta aku di bahu jalan. Merenung seketika sekolah yang berada di bandar Muar itu. Keadaannya tidak banyak berubah, sedekad telah berlalu, keadaannya masih seperti dahulu.Beberapa minit kemudian aku menggerakkan kereta aku menuju ke kawasan peranginan di bandar Muar. Melepaskan rasa rindu kepada suasana yang pernah aku lalui suatu ketika dahulu bersama Mira.Setelah rindu terubat, aku menggerakkan kereta aku pulang ke rumah. Pagi tadi aku telah berjanji dengan mak long untuk makan di rumahnya.Sepanjang perjalanan pulang ke rumah, fikiran aku melayang jauh memikirkan tentang diri ini. Apabila aku di kampung, aku terkenangkan Mira, di Kuala Lumpur aku terkenangkan Suhana. Adakah aku ini seorang pengkhianat cinta? Ramai yang aku cintai, dan adakah cinta aku ini mudah beralih arah? Itulah persoalan yang sukar untuk aku leraikan sehingga kini.Ketika menikmati makan tengah hari di rumah pak long, tidak banyak perbualan yang berlaku antara kami. Kelmarin telah aku jelaskan kepada pak long tentang keputusanku kepada harapannya untuk menjadikan aku menantunya. Pak long dapat menerima hakikat bahawa aku sudah lama menganggap mereka sekeluarga sebagai ahli keluarga aku sendiri.Menjadikan Zalifah sebagai isteri, bukanlah satu alasan untuk merapatkan lagi hubungan keluarga kami dan menjaga nama keluarga. Bagi aku, hubungan kekeluargaan antara kami tetap terpelihara. Cuma jika boleh, keluarga kami yang kecil itu perlulah diperbesarkan supaya nama baik keluarga kami dapat dinikmati oleh generasi yang seterusnya.Jam 4.30 petang, aku berangkat pulang ke Kuala Lumpur, setelah menyambut hari raya Aidilfitri selama seminggu di kampung yang telah mengenalkan aku erti kehidupan dan erti sebuah percintaan. Juga yang telah mengembalikan aku kepada jalan yang diredai-Nya.Aku mengambil keputusan untuk ke Teluk Kemang sebelum menuju ke Kuala Lumpur. Setelah memandu kira-kira dua jam, kereta yang aku pandu tiba di pantai peranginan itu.Cantik sungguh pantai itu. Sepatutnya aku memuji Allah kerana itu adalah ciptaan-Nya. Itulah hakikat yang sepatutnya aku lakukan ketika menikmati keindahan Teluk Kemang waktu senja bersama Suhana.Segala pujian hanyalah untuk Tuhan yang satu. Suhana dan Mira adalah ciptaan-Nya. Untuk apa aku kecewa kerana mereka? Untuk apa aku menyeksa diri ini hanya kerana aku tidak mampu memberikan mereka kebahagiaan yang mereka inginkan?Cinta sejati hanya untuk-Nya. Cinta abadi yang ada hanyalah pada-Nya, Tuhan yang mencipta alam ini. Mengapa aku tidak menyedari kebesaran-Nya ketika melamar cinta Suhana? Kesal aku akan keterlanjuran yang pernah aku lalui suatu waktu dahulu. Satu perbuatan yang aku sendiri malu untuk mengingatinya.Seandainya ketika itu Suhana baru menceburi bidang lakonan dan aku mengaitkannya dengan kebesaran Tuhan, tentu pada waktu ini aku berada di samping Suhana sambil menikmati keindahan alam ciptaan-Nya.Tuhan tidak pernah melarang makhluknya menikmati hubungan lelaki dan perempuan, tetapi ia perlulah melalui saluran yang sewajarnya, melalui ikatan penikahan yang meleraikan segala larangan-Nya.Kasih yang kekal selamanya adalah kasih kepada-Nya. Dalam mencari cinta sejati, banyak ranjau yang harus ditempuhi. Dalam mendapat cinta hakiki, banyak onak yang perlu diredahi. Kini, aku yakin cinta hakiki yang aku idamkan hanyalah kepada-Nya.Ya Tuhan, aku ingin kembali kepada-Mu.
KUALA LUMPUR. Aku melangkah kaki menuju ke perkarangan Masjid Negara untuk menunaikan solat Asar. Terasa tenang ketika aku memijak kaki di situ. Terasa hilang rasa sunyi aku. Hati ini merasakan, menyintai Tuhan adalah lebih bermakna daripada mencintai seorang wanita yang akan menghancurkan hatiku.Selesai mengambil wuduk, aku menunaikan tanggungjawab aku sebagai makhluk-Nya. Bersolat.Setelah selesai bersolat, aku mengangkat tanganku lantas berdoa:“Ya Tuhanku, ampunkanlah dosa-dosa aku. Berikanlah aku semangat untuk mengharungi kehidupan ini. Tunjukkan aku ya Tuhanku, supaya aku dapat menulis skrip yang mendapat keredaan-Mu. Amin.”Aku menyapu kedua-dua belah tangan ke muka. Mengharapkan doa aku akan dimakbulkan-Nya. Hanya kepada-Nya aku bermohon kini, kerana aku sedar sebagai makhluk-Nya aku harus menyerahkan diri ini dan segala-galanya yang aku miliki kepada-Nya.Dalam perjalanan pulang ke rumah, fikiran aku ligat memikirkan skrip yang sesuai untuk aku hasilkan. Aku tidak ingin menulis skrip yang telah menghanyutkan aku ke lembah maksiat. Merampas mahkota yang Suhana miliki, hanyut dalam menikmati tubuhnya yang berlandaskan nafsu semata-mata.Jika dahulu aku menghasilkan skrip yang telah membawa kami ke lembah maksiat, kini aku berazam untuk menghasilkan skrip yang dapat membawa aku ke jalan yang diberkati-Nya.Aku akan menghasilkan sebuah skrip yang mengambarkan kemampuan seorang wanita membawa kebahagiaan di dunia dan akhirat. Mengamalkan sifat wasatiah dalam segenap kehidupan. Aku yakin, Ridzuan mampu mencari pelakon yang sesuai dengan watak yang sedang dibayangkan dalam fikiran aku ketika itu.Malam itu, bertemankan komputer, kesunyian malam, idea yang datang mencurah-curah, aku menghasilkan sebuah skrip yang dapat menemukan aku dengan seorang wanita solehah.*****TIDAK ketahui mengapa Suhana masih muncul di dalam hidupku. Kehadiran Suhana di saat-saat aku mencari-cari kehidupan yang lebih bermakna, selepas diri ini gagal memujuknya untuk menjalanin kehidupan yang lebih sempurna. Kehidupan yang dipayungi oleh ikatan pernikahan yang disah dan diredai oleh Ilahi.Kesesakan kota Kuala Lumpur harus dilalui bagi memastikan skrip drama terbaru yang baru dihasilkan berjalan dengan lancar. Sebagai penulis skrip yang bertanggungjawab aku harus memastikan skrip drama yang baru dihasilkan itu benar-benar seperti yang dikehendaki. Penghasilan yang dilakukan berdasarkan jiwaku yang kini semakin meminati pengajaran-pengajaran hidup yang menjadi al-Quran dan hadis sebagai panduan.Di kota Kuala Lumpur yang penuh sesak dengan pengunjung, pelancong, peniaga, penghuninya, atau mungkin sekadar tetamu memaksa aku melaluinya walaupun dalam keadaan terpaksa. Berhampiran sebuah hotel bertaraf lima bintang yang menjadi lokasi pengambaran drama terbarunya Farid memandang-mandang ke kiri dan ke kanan mencari parker kereta yang kosong. Hampir tiga minit mencari-cari parker kereta, pandangan matanya terpandang sebuah kereta berwarna merah yang dipandu seorang wanita perlahan-lahan keluar dari parker dan memberi ruang kepada Farid meletakkan keretanya di parker berkenaan. Terukir senyuman di bibir Farid kerana masalah paling utama mendapatkan parker di kawasan itu sudah selesai.Sebaik keluar dari perut kereta, dari pandangan kira-kira 30 meter aku terpandang seorang wanita yang seakan-akan kukenali. Dari bentuk badan dan caranya berjalan wanita itu amat menyakinkan bahawa wanita itu aku mengenalinya. Sesekali fikiran auk terfikir, mungkinkah Suhana yang dipandang dari pandangan tepi itu, tetapi adakah seorang artis yang popular seperti wanita itu bersedia menemui peminatnya di kawasan yang terbuka? Juga, mungkin kerana rindu aku kepadanya membuatkan perkara itu berlaku?Arah perjalanan yang sama membolehkan aku mengekori wanita itu dari belakang dengan lebih dekat. Apabila berada pada jarak satu meter darinya aku yakin dia adalah Suhana yang pernah aku cintai dan sayangi.“Suhana!” aku cuba menghentikan langkahnya.Wanita itu pantas memandang ke belakang dan memperlahankan langkah kakinya.“Suhana…,” kata aku apabila melihat wajah Suhana berada di hadapan mataku.Suhana menghentikan langkah kakinya. Aku pula mendekatinya.“Suhana… awak duduk mana sekarang?” tanya aku, mengharapkan senyuman di bibir wanita itu sebagai menerima kehadiran aku di hadapannya ketika itu.“Please Farid, kita dah berpisah. Tidak ada apa-apa hubungan lagi,” rayu Suhana.Jelasnya kehadiran aku ketika itu tidak disenangi.“Aku cuma mahu kita bahagia Suhana. Bahagia hidup sebagai suami isteri yang sah,” kata aku, masih merayunya supaya menerima lamarannya.“Aku tidak sanggup, aku belum bersedia menjadi seorang isteri,” jelas Suhana.Aku diam. Lamaran kali kedua aku ditolaknya. Suhana meneruskan langkah kakinya, malah dipercepatkan bagi mengelakkan aku mengejarnya. Di saat itu aku hanya mampu berangan mengharapkan kenangan indah bersama Suhana dapat menjadi kenyataan.Kenangan yang pernah kami lalui suatu masa dahulu sememangnya sangat indah. Membuatkan aku ingin memilikinya kembali. Di saat ini aku bersedia memberi peluang kedua untuknya. Juga, mengharapkannya turut memberi peluang yang sebaiknya untukku nikmati kenangan lalu bersama kembali.Kenangan lalu bersamanya terasa amat indah, walaupun ada kepahitan di sebalik kenangan lalu itu. Aku sedia melupakannya. Mungkin kerana kedaifan dalam mengenal erti kehidupan, di saat-saat usia masih belum mengenali erti kematangan. Maka, perpisahan antara kami terjadi di saat itu.“Berikan aku cintamu walaupun untuk datang seketika. Tidak aku ketahui mengapa masih ada rinduku kepadamu, seperti kenangan indah yang kita nikmati bersama… suatu masa dahulu. Kenangan di saat rindu dan sayangmu milikku….” Hati aku terus berbisik dan mengharap. Mengharapkan kenangan indah bersama Suhana dapat dikembalikan.Rinduku masih ada padanya walaupun aku tahu dia sudah dimiliki oleh seseorang.“Benarkan aku melenakan malam aku ini bersama pelukan rindumu walaupun seketika. Malam aku ini terasa sunyi tanpa rindumu. Rindu itu menyatakan bahawa percintaan yang pernah kita nikmati suatu waktu dahulu begitu mengasyikkan walaupun ianya tidak kesampaian.”Malangnya, Suhana sudah mengunci segala kenangan indah itu dari lubuk hatinya. Tiada lagi kenangan indah di saat cinta dan sayang antara kami yang mekar suatu masa dahulu.Suhana terus menghilang dari pandangan mataku. Aku melihat jam di tangan, 10.30 pagi. Aku harus berada di lokasi penggambaran pada jam 11 pagi. Masa yang terhad menghalang aku mengejar Suhana dan merayunya untuk kali ketiga supaya menerima lamaranku. Atau perlukah aku membiarkan Suhana memilih haluan hidupnya sendiri? Ingin aku membawa kembali Suhana ke lorong kebahagian yang direstui Ilahi. Namun, impian aku itu seolah-olah sukar untuk dijadikan satu kenyataan.Maafkan aku Suhana kerana menjerumuskan dirimu ke lurah yang penuh dengan dosa-dosa dan kesesatan. Maafkan aku Suhana kerana aku belum mengerti erti kebahagian yang sebenarnya. Juga, maafkan aku kerana gagal membawamu ke kehidupan yang diredaiNya.HAMPIR dua minggu aku menulis skrip drama yang mana watak utamanya adalah seorang wanita yang cekal menghadapi dugaan Ilahi. Wanita yang tahu batas-batas pergaulannya, perlu menjaga maruah diri.Diharapkan skrip ini dapat menambat hati Ridzuan, pengarah yang telah banyak kali mengarah skrip filem dan drama yang aku hasilkan.Sedang asyik aku menaip, telefon bimbit aku berbunyi. Perlahan-lahan aku mencapai telefon yang sedang berbunyi itu.“Hello Farid. Tak ada skrip baru ke?” tanya Ridzuan spontan, pembuka bicara.“Ada….,” jawab aku pendek.“Bila engkau nak hantar kepada aku?” Ridzuan bersuara nyaring dihujung talian.“Seminggu lagi,” jawab aku lagi.“Di pejabat aku” Ridzuan inginkan kepastian.“Ya, tuan pengarah,” gurau aku sambil mengukirkan senyuman. Melalui talian telefon pastinya Ridzuan tidak mampu melihat senyuman ikhlas aku itu tetapi nada suara yang kedengaran pasti menyakinkan Ridzuan bahawa aku sedang tersenyum ketika itu.“Minggu depan aku telefon engkau lagi,” kata Ridzuan.“Baik, tuan pengarah,” gurau aku lagi.“Okey, bye,”“Bye,” balas aku acuh tak acuh.Minggu itu, kesibukanku bertambah. Siang malam aku bertungkus-lumus mencari idea untuk dimuatkan ke dalam skrip dramaku. Namun, kadangkala apa yang kita rancangkan tidak selalunya menjadi. Kita hanyalah makhluk-Nya yang dapat merancang, Allah yang menentukan-Nya.Tempoh seminggu yang aku janjikan kepada Ridzuan telah berlalu namun aku belum menyudahkan pembikinan skrip dramaku. Aku ingin melakukan yang terbaik kali ini, lalu aku perlu memperuntukkan masa untuk menyudahkannya. Sedang aku menaip di depan komputer kesayangku, telefon bimbit aku berbunyi. Terasa malas menyahut panggilan itu setelah hampir dua minggu aku bergelumang dengan pelbagai buku rujukan untuk menyiapkan skrip.Perlahan-lahan aku mengambil telefon yang sedang berbunyi minta diangkat.“Hello, tuan pengarah… tuan nak apa?” gurau aku.“Dah siap skrip yang engkau janjikan kepada aku?” tanya Ridzuan.“Dah tuan,” gurau aku lagi.“Bila nak hantar pada aku?”“Esok tuan, hari ini tak boleh saya letih, tuan,” gurau aku lagi.“Farid, sejak bila engkau panggil aku tuan. Engkau dah gila ke?” tanya Ridzuan separuh menjerit di talian telefon.“Sejak tuan mahu saya siapkan skrip tu secepat mungkin, saya dah gila tuan. Lagi pun, tuan kena carikan saya pelakon yang betul-betul baik, barulah saya sembuh,” gurau aku lagi di samping mengingatkan Ridzuan mengenai watak utama dalam skrip terbarunya itu.“Lantak engkaulah. Jam berapa engkau nak hantar skrip tu pada aku?” tanya Ridzuan.“Jam 8.00,” jawab aku pendek sambil menguap. Aku tidak cukup tidur beberapa hari kebelakangan ini.“8.00 malam?” Ridzuan inginkan kepastian.“8.00 pagi,” kata aku acuh tak acuh, terasa begitu letih setelah hampir dua minggu aku berusaha bersungguh-sungguh menyiapkan skrip itu.“Awalnya,” kata Ridzuan.“8.30 pagi boleh tak? Aku datang pejabat engkau esok,” kata aku serius. Mata aku pejamkan.“Paling awal, biasanya jam 10 pagi baru engkau sampai ofis aku,” Ridzuan mengingatkan aku mengenai kisah lalu aku.“Lepas solat subuh aku terus ke kedai mamak depan pejabat engkau untuk bersarapan. Lepas tu ke pejabat engkau pulak,” kata aku menjelaskan kepada Ridzuan mengapa aku akan sampai awal ke pejabatnya pada hari esok.Suara Ridzuan tidak kedengaran seketika. Aku pasti rakan aku terkejut bahawa aku kini mulai bersolat semula setelah meninggalkannya untuk satu tempoh yang lama.“Aku ingatkan engkau cuma hasilkan skrip berunsur Islam saja, tidak mengamalkan ajaran Islam dalam kehidupan,” kata Ridzuan, seolah-olah baru menyedari sesuatu perubahan mendadak yang berlaku kepada diri aku.“Kalau boleh jam 9.00 pagi esok aku jumpa engkau,” kata aku tegas, aku sudah benar-benar keletihan.“Okeylah, jam 9.00 pagi esok aku ada di pejabat,” Ridzuan mengalah.Aku melihat jam di dinding ruang tamu, 2.13 minit petang. Aku menyandarkan badan di sofa, melayan keletihan seketika lalu terlelap dalam kepenatan.Aku terjaga pada jam 4.00 petang. Perlahan-lahan aku bangun dan membasuh muka. Beberapa minit kemudian aku mengambil air sembahyang dan menunaikan solat. Menunaikan tanggungjawab sebagai makhluk-Nya, sebagai tanda kesyukuran kerana dibenarkan menikmati segala ciptaan-Nya di dunia ini. Pada masa yang sama aku ingin menyediakan bekalan yang seadanya untuk akhirat.*****Keesokan hari. Pintu bilik Ridzuan diketuk dari luar.“Masuk!” kata Ridzuan dari dalam bilik. Suaranya jelas didengar.Perlahan-lahan aku masuk ke dalam biliknya. Ridzuan melihat jam tangannya, 8.50 pagi.“Belum 9.00 pagi engkau dah sampai,” kata Ridzuan merenung seketika wajah aku. Mengharapkan jawapan barangkali.Aku hanya tersenyum menghampirinya lalu melabuhkan punggung di kerusi di hadapan mejanya.“Ini skrip yang aku cakapkan semalam,”’ hulur aku kepada Ridzuan senaskhah skrip yang mengambil masa kira-kira dua minggu untuk aku siapkannya.Ridzuan mengambil pemberian aku. Dia membelek-belek sekilas.“Bagi aku seminggu untuk membacanya,” kata Ridzuan tersenyum kepadaku.“Okey,” jawab aku.Tidak banyak perbualan antara kami selepas itu, hanya perbualan yang menyentuh perkara yang sering dibincangkan, terutamanya daripada segi perbelanjaan untuk drama skrip aku itu.AKU dah baca skrip yang engkau tulis. Bagus dan bermutu,” puji Ridzuan.“Seorang penulis mesti jujur dengan dirinya ketika menulis,” kata aku ikhlas.“Jadi, skrip ini kisah diri engkau yang sebenar?” Ridzuan cuba meneka.“Tidak…,” aku menafikan perkara yang sebenarnya.“Engkau kata tadi, seorang penulis mesti jujur dengan dirinya ketika menulis,” Ridzuan cuba memerangkap aku dengan soalannya.“Itu betul, tapi jujur yang aku maksudkan adalah sebagai seorang penulis kita tidak harus menyembunyikan kebenaran. Kita tidak boleh mendedahkan semua yang ada dalam diri kita. Adalah tanggungjawab kita memelihara maruah diri,” kata aku sambil merenung seraut wajah Ridzuan.Ridzuan tersenyum.“Mengapa sekarang engkau begitu berminat menulis skrip berunsur Islam?” tanya Ridzuan sambil merenung seraut wajah aku.Aku membalas senyumannya.“Aku ingin kembali kepada-Nya,” jawab aku ringkas.“Aku tak faham,” kata Ridzuan sekaligus menghantar keluhan dari bibirku.“Aku buat skrip berunsur Islam sekarang ini adalah kerana aku menyesal. Aku telah banyak melakukan dosa kepada Tuhan, sekarang aku hendak kembali kepada-Nya,” aku berterus-terang. Itulah salah satu bentuk ibadah dan jihad yang aku lakukan.Ridzuan diam seketika.“Aku faham perasaan engkau sebagai seorang penulis. Aku akan memberi sokongan selagi engkau berminat untuk menulis,” Ridzuan pula berterus-terang.“Terima kasih,” ucap aku sebagai menghargai sokongan Ridzuan.“Jangan sampai suatu hari nanti engkau malas nak menulis. Asyik pegang tasbih aje,” gurau Ridzuan tetapi mempunyai makna yang tersirat. Sebagai penulis aku faham apa yang diperkatakannya.“Aku berjanji, aku akan terus menulis lagi aku berdaya. Tapi aku mahukan sesuatu yang dapat kembalikan aku kepada-Nya,” aku berterus-terang.Ridzuan diam seketika.“Aku akan tetap terima skrip yang engkau tulis, asalkan ia bermutu,” kata Ridzuan.Sikap berterus-terang antara kami sememangnya telah mengeratkan hubungan antara kami. Lagipun kami saling memerlukan antara satu sama lain.“Okeylah Ridzuan, kita jumpa lagi,” kata aku sambil bangun. Bersalaman dengan Ridzuan.Ridzuan menyambut salam aku.“Okey, minggu depan engkau datang, kita sain kontrak,” kata Ridzuan.“Dengan upahnya sekali,” kata aku sambil tersenyum, mengharapkan Ridzuan memahami apa yang aku maksudkan.“Ya, dengan bayarannya sekali,” balas Ridzuan kembali sambil tersengih.“Isnin depan aku datang,” kata aku sambil melangkah menuju ke pintu bilik Ridzuan.“Ya,” balas Ridzuan pendek. Ada sesuatu yang mengganggu fikirannya saat itu.Mungkin mindanya sedang memikirkan hal lain kerana seorang ahli perniagaan sepertinya sentiasa memikirkan hal-hal yang berkaitan dengan kemajuan perniagaannya.Aku terus menuju ke kereta dengan harapan Ridzuan akan mencari pelakon yang paling sesuai untuk watak utama dalam skrip yang telah aku hasilkan.Kereta yang aku pandu terus menuju ke satu destinasi untuk mencari idea baru yang diredai-Nya.PENGGAMBARAN drama yang bertajuk Cinta Sejati akan dilakukan beberapa hari saja lagi. Kelihatan Ridzuan mula sibuk mengarahkan pekerja-pekerjanya melakukan persiapan terakhir di pejabatnya. Beberapa orang krewnya diberikan keterangan bagi melicinkan proses penggambaran.Sudah menjadi kebiasaan, Ridzuan inginkan persediaan secukupnya sebelum sesuatu dramanya memulakan penggambaran. Falsafah hidup yang Ridzuan pegang adalah ‘Jangan terhantuk baru terngadah’. Aku kagum dengan falsafah hidup sahabat aku itu.Aku melabuhkan punggung di sebuah kerusi yang berada berhampiran dengan meja barang. Sambil itu akan memandang ke arah Ridzuan yang memberi keterangan kepada krew-krewnya.Aku tidak mahu mengganggu Ridzuan ketika itu, mungkin untuk jangka masa sepuluh hari sehingga penggambaran drama berakhir. Ketika itu, kedatangan aku ke situ hanyalah sebagai orang luar yang tidak memerlukan layanan istimewa.Minggu lalu, Ridzuan memberitahu aku gadis yang akan memegang watak utama untuk skrip aku adalah Mariani. Katanya, Mariani seorang gadis yang berpelajaran. Baru saja menamatkan pengajian dari salah sebuah universiti tempatan.Ridzuan mempunyai cara tersendiri dalam melahirkan bakat-bakat baru lakonan. Baginya, disiplin itu adalah penting, kemudian barulah bakat. Dalam setiap drama dan filem yang diarahkannya, watak utamanya adalah pelakon baru yang berbakat. Mungkin itulah antara resepi kejayaan Ridzuan menjadi seorang pengarah ternama dalam industri drama dan filem. Mengurangkan perbelanjaan namun drama dan filem yang dihasilkannya tetap bermutu.Apa pun penjelasan Ridzuan, aku yakin Mariani memenuhi ciri-ciri watak utama dalam drama Cinta Sejati.Setelah puas melihat gerak-geri Ridzuan yang ada kalanya melucukan aku mengangkat punggung, bergerak pulang.*****Di pantai Teluk Kemang, Ridzuan mula mengarah drama untuk skrip aku. Apabila menghasilkan sesebuah skrip, aku tidak dapat memisahkannya daripada suasana pantai. Bagi aku, pantai adalah sumber idea utama untuk aku berkarya.Cara Mariani berlakon jelas menunjukkan dia seorang yang berbakat dan mampu membawa watak yang aku gambarkan dalam skrip dengan baik.“Cut!” terdengar suara Ridzuan.Perlahan-lahan aku menghampiri tempat penggambaran. Menghampiri Ridzuan dan Mariani. Ridzuan menoleh ke arah aku apabila menyedari ada orang di belakangnya.“Mariani, ini I perkenalkan penulis skrip drama yang sedang you lakonkan,” kata Ridzuan sambil mengejutkan Mariani yang sedang rancak berbual dengan salah seorang krew.Mariani menoleh ke arah aku.“Hai…,” kata aku sambil menghulurkan salam.“Apa khabar?” tanya Mariani tanda perkenalan.“Baik,” jawab aku pendek.Ridzuan menghulurkan sehelai kertas kepada aku.“Ini profail Mariani,” kata Ridzuan sambil menoleh ke arah Mariani.Mariani tersenyum.“Tak payahlah engkau tanya dia banyak-banyak ye, Farid,” gurau Ridzuan.Aku tersenyum. Begitu Mariani. Senyumannya cantik menawan.Pertemuan itu menyebabkan jiwa ini begitu memberontak untuk memiliki hati dan sayangnya. Pada masa yang sama, aku mengharapkan dirinya akan mengisi kekosongan hidup aku sejak setahun yang lalu.Tetapi aku tidak mahu mengulangi kesilapan lalu ketika bersama Suhana. Malah, aku telah mengambil sesuatu yang Suhana miliki dalam kesejukan hujan, melayarkan kami ke dunia yang tidak terperi nikmatnya. Malam yang penuh dengan laknat Tuhan. Kali ini, aku ingin bersama Mariani secara halal dan diredhai.Sejak itu, sesekali apabila ada kesempatan aku mengajak Mariani menikmati hidangan istimewa di Pantai Teluk Kemang. Hanya seketika, menjaga batas-batas pergaulan antara seorang lelaki dan seorang wanita. Sekadar untuk mengenali hati dan budi Mariani.“You dah ada seseorang yang istimewa?” tanya aku dengan berani.Mariani diam seketika.“Belum…,” jawabnya perlahan.Aku diam. Melepaskan pandangan ke lautan.“I mahukan seorang lelaki yang mampu membawa I kebahagiaan dunia dan akhirat,” Mariani berterus-terang.Aku diam. Tetapi hati kecil berbisik, dialah gadis yang aku gambarkan dalam skrip drama yang sedang dilakonkannya.“You lulusan Universiti Islam Antarabangsa, kenapa you berminat berlakon?”“Islam tidak melarang umatnya berlakon, asalkan tidak melakukan apa yang dilarang,” Mariani berkata penuh yakin.Aku tersenyum. Tidak banyak yang aku tanya mengenai dirinya kerana Ridzuan telah memberikan aku profail lengkap mengenai dirinya.*****Seminggu berlalu. Aku bernekad untuk melamar Mariani, walau apa pun yang terjadi, jika terdapat cacat dan cela pada diri dan tubuh Mariani aku tidak akan memperdulikannya. Aku mesti memiliki gadis itu dan menjadikannya sebagai isteri.Pagi tadi Ridzuan memberitahu aku bahawa penggambaran drama Cinta Sejati akan berakhir esok pagi. Jawapan Ridzuan membuatkan aku mengambil keputusan untuk bermalam di sebuah hotel di Teluk Kemang. Aku ingin menyunting Mariani untuk mengisi kekosongan hati dan kehidupanku.Malam yang suram di hotel Teluk Kemang itu menambahkan kekusutan hatiku. Aku kegelisahan, adakah lamaran aku akan diterima atau sebaliknya?Aku mengeluarkan sebentuk cincin yang pernah aku berikan kepada Suhana kira-kira enam bulan yang lalu. Mungkinkah cincin itu akan menjadi milik Mariani? Seterusnya Mariani akan menjadi milik aku untuk menemani malam aku yang sentiasa kesunyian. Kami akan berkongsi perasaan bersama-sama dalam suka dan duka.Malam itu aku kegelisahan. Sukar untuk aku melelapkan mata. Perlahan-lahan aku menuju ke pintu cermin, menghampiri penghadang di balkoni sejuk dan nyaman. Sayup-sayup kedengaran bunyi ombak menghempas pantai. Mendamaikan namun hatiku tetap tidak sedamai itu.Hati aku berbisik;Mariani, terimalah lamaran aku nanti. Aku berjanji akan memberikan dirimu kebahagian di dunia dan akhirat seperti mana yang engkau idamkan. Mariani, fahamilah perasaan aku ini sayang. Aku ingin melengkapkan kehidupan aku ini. Kehidupan ini terasa sunyi dan sepi tanpa kasih sayang seorang teman. Hidup aku ini seolah-olah terumbang-ambing tanpa kasih dan sayang seorang wanita.Lamunan aku terhenti. Perlahan-lahan aku menuju ke sofa berhampiran pintu cermin di balkoni. Aku berbaring. Tiupan angin malam Teluk Kemang melenakan aku malam itu. Terima kasih angin Teluk Kemang kerana melenakan aku dan meredakan keresahan aku menanti hari esok.*****11.00 pagi. Kaki aku melangkah keluar dari hotel penginapan menuju ke parkir di mana aku meletakkan kereta aku semalam. Alat penggera di tangan kanan dipicit. Terdengar bunyi decitan beberapa kali, kunci kereta termati.Aku masuk ke dalam perut kereta dan menutupnya setelah selesa dengan kedudukanku. Enjin kereta dihidupkan. Beberapa minit kemudian aku menggerakkannya ke tempat penggambaran Cinta Sejati.Tiba di tempat yang dituju, aku menurunkan tingkap dan mematikan enjin kereta. Memandang dari jauh gerak-geri Ridzuan bersama krew-krewnya dan juga Mariani.Diiringi dendangan muzik dari radio yang terpasang, aku menanti dengan sabar Ridzuan mengarahkan krew-krewnya berehat atau menutup penggambaran Cinta Sejati.Pada jam 12.50 minit tengah hari.“Cut!” terdengar suara Ridzuan.Suasana senyap seketika.“Okey semua, kita dah tamat penggambaran drama Cinta Sejati. Sepuluh minit lagi kita berkumpul di sini, saya nak beri ucapan sikit,” terdengar suara Ridzuan mengarahkan krew-krewnya.Sepuluh minit berlalu, kelihatan krew-krew dan pelakon-pelakon drama Cinta Sejati berkumpul. Telinga aku tidak dapat mendengar apa yang Ridzuan perkatakan, hanya sayup-sayup saja suaranya.Hampir 15 minit berlalu, sesekali terdengar mereka ketawa dan ada kalanya tersenyum. Mungkin ada sesuatu yang dijanjikan oleh Ridzuan kepada krew-krew dan pelakon-pelakon drama arahan terbarunya.“Okey… kita jumpa seminggu lagi,” terdengar Ridzuan menguatkan suaranya.Aku menghubungi Mariani melalui SMS:Mariani, saya sedang menunggu awak di Teluk Kemang – Farid.Mariani menoleh sekeliling. Aku mengedipkan-ngedip lampu kereta. Mariani tersenyum apabila dia sedar aku sedang berada dalam kereta yang berada kira-kira enam meter darinya.Dia menghampiri kereta aku, aku pula keluar dari perut kereta. Kemudian menguncinya dengan alat penggera. Kereta aku terkunci. Perlahan-lahan aku melangkah menuju ke arah Mariani yang sedang melangkah ke arah aku. Kami bertemu, aku merenungnya seketika. Mariani terasa malu dengan renungan aku kepadanya.“Terima kasih Farid, kerana skrip awak, saya dapat menunaikan impian saya selama ini untuk menjadi seorang pelakon,” ucap Mariani.“Sama-sama,” balas aku sambil tersenyum.Mariani membalas senyumanku.“Jom kita makan,” pelawa aku.“Boleh juga, perut saya pun rasa lapar,” balas Mariani.Kami melangkah menuju ke sebuah restoran. Sampai di tempat yang dituju, kami melabuhkan punggung di kerusi.Kami memesan makanan yang menjadi kegemaran kami, nasi berlaukkan udang galah, sotong dan beberapa makanan laut lain. Sepanjang menikmati makanan yang menyelerakan itu, tidak banyak yang kami bualkan. Lagipun, aku tidak mahu tergesa-gesa. Mariani sedang berada di sisi aku, hanya menunggu masa yang sesuai untuk aku meluahkan apa yang terpendam di dalam hati aku.Hari itu adalah hari yang paling bermakna untuk Mariani, oleh itu hari itu mesti diraikan. Semoga ia dapat dijadikan kenangan buat kami berdua.“Kita hanya kenal dalam masa dua minggu, tetapi segala latar belakang awak saya dah tahu. Untuk awak terus bergiat dalam bidang lakonan, awak perlukan seorang teman untuk membimbing dan menjadi peneman. Saya sudi menjadi peneman awak untuk selama-lamanya,” lamar aku sambil menatapi wajah Mariani yang tenang.Suasana sunyi seketika. Aku mengeluarkan satu bekas comel berbentuk love yang mengandungi sebentuk cincin. Perlahan-lahan aku memandang ke wajah Mariani yang kelihatan sedikit kemerahan-merahan.“Mariani… pada hari ini saya ingin melamar awak sebagai isteri saya. Bersama lamaran ini saya berjanji jika awak menjadi isteri saya dalam tempoh enam bulan akan datang, saya akan memberikan awak kebahagian dan kehidupan yang lebih sempurna. Saya juga akan melaksanakan tanggungjawab saya sebagai seorang suami yang menjadikan al-Quran dan sunnah sebagai panduan dalam kehidupan berumahtangga,” kataku sambil terus menatapi wajah wanita yang manis di hadapanku.Mariani masih tunduk malu. Wajahnya yang putih serta kemerahan-merahan menjelaskan lagi perasaannya yang gementar dan gemuruh ketika itu. Mungkin dia tidak menyangka aku akan melamarnya pada hari itu. Mungkin juga dia terkejut kerana dalam tempoh beberapa minggu perkenalan aku mulai melamarnya. Ketika itu aku tidak dapat membaca isi hati wanita yang ayu di hadapan aku itu. Aku juga tidak tahu apakah dia akan sudi menerima lamaran cinta dan hajat ikhlas ku untuk menjadikannya sebagai isteri, pembimbing dan penemannya untuk berjaya dalam kerjaya lakonan.Aku terus menanti sambil menatapi wajah Mariani dihadapanku hampir seminit. Beberapa ketika kemudian, bibirnya mengukirkan senyuman paling manis sejak perkenalan aku dengannya hampir sebulan yang lalu. Dari renungan mata, senyuman dan anggukkannya menjelaskan bahawa Mariani sudi menerima lamaran aku itu.Syukur kepada Tuhan kerana lamaranku diterima….“SAYA nak kita tubuhkan sebuah syarikat rakaman dan menghasilkan drama yang berlandaskan ajaran Islam,” kata Mariani sambil memandang ke seraut wajah aku, mengharapkan aku menjawab soalannya.Aku tersenyum ke arahnya.“Okey, no problem,” jawab aku pendek.Kami diam seketika. Masing-masing melayan lamunan sendiri. Aku merenung gadis yang telah aku kenali melalui drama Cinta Sejati. Kini dia telah menjadi tunangan aku sejak dua minggu yang lalu.“Sayang…,” aku mematikan bicara.Mariani tergamam seketika, tenang wajahnya mendengar aku mengukirkan kata sayang kepadanya. Dinikmatinya seketika ucapan itu.“Abang mahu kita diijab kabulkan sebulan lagi…,” rayu aku sambil memandang seraut wajah gadis di hadapanku.Mariani hanya membisu. Merenung seraut wajah aku. Perlahan-lahan senyuman terukir di bibirnya. Senyumannya itu sudah memberi sejuta makna kepada aku. Aku tidak mahu hubungan kami mewujudkan dosa, kami belum diijab kabulkan. Kami perlu menjaga batas-batas pergaulan.“Jom, abang hantar sayang pulang,” kata aku, sambil bangun.Mariani bangun, kami menuju ke kereta milik aku yang diletakkan berhampiran dengan sebuah bangunan yang diharapkan menjadi milik kami suatu hari nanti.KEHADIRAN pak long, mak long, Zalifah, dan saudara mara memeriahkan lagi hari yang paling bermakna untuk aku dan Mariani.Akhirnya aku dijodohkan dengan seorang artis walaupun pada suatu ketika dulu aku pernah menyatakan bahawa kehidupan artis telah mengotorkan aku dengan dosa-dosa. Hakikatnya aku terkeliru, kehidupan seorang artis juga boleh digunakan untuk berjihad. Malah mereka yang hidup sebagai artis memerlukan bantuan jihad daripada masyarakat.Mariani Abdullah, seorang gadis berbangsa Cina yang kehilangan ibu bapanya ketika berusia tiga tahun, kemudian dijaga oleh jirannya yang beragama Islam dan Mariani turut diislamkan lalu membesarlah dia sebagai seorang Islam. Mengamalkan cara hidup Islam di dalam setiap segi. Meninggalkan larangan-Nya dan melakukan apa yang diizinkan Allah.*****Di saat malam yang penuh syahdu, aku merenung Mariani yang kelihatan tenang. Pipinya aku sentuh dengan lembut. Mariani merelakannya. Aku tersenyum kepadanya, dia membalas senyumanku.Malam itu telah mengenalkan kami akan kehidupan suami isteri. Malam itu kami nikmatinya tanpa dosa, tanpa larangan daripada yang Maha Esa. Aku bersyukur kepada Allah kerana memberi aku peluang untuk kembali ke jalan-Nya yang benar dan kini aku ingin membimbing Mariani ke jalan yang diredainya. Aku tidak ingin lagi mengenang dosa silamku yang telah aku tinggalkan jauh di belakang.SETAHUN berlalu, hari ini genaplah setahun kami diijab kabulkan dan kami bakal menimbang cahaya mata beberapa hari saja lagi.Mariani bakal melahirkan anak yang aku nanti-nantikan. Anak yang bakal lahir ke dunia ini adalah berkat daripada hubungan yang direstui-Nya. Semoga dia tidak akan mengikut jejak langkah yang pernah aku lalui suatu waktu dahulu.Kesibukan menguruskan syarikat rakaman yang berusia lapan bulan tidak menyukarkan aku untuk memberikan kebahagian kepada Mariani. Kesibukan bukanlah halangan untuk membina keluarga bahagia.Terrnyata, Mariani adalah pelengkap kehidupan aku sebagai seorang lelaki. Walaupun aku dilahirkan sebagai seorang lelaki, aku masih memerlukan seorang wanita untuk menyerikannya.Ya Tuhan, peliharalah kami sekeluarga, jauhkan kami daripada melakukan dosa-dosa di atas muka bumi-Mu ini. Amin.SETELAH sepuluh tahun berlalu, pertama kali aku menerima sepucuk surat yang dikirim oleh Suhana. Sepucuk surat berwarna putih bertulis tangan yang kini berada di atas meja.Aku membuka, ingin mengetahui apakah isi kandungannya. Aku mulai membacanya sepatah demi sepatah perkataan yang tertera.Farid,Maafkan aku kerana mengirim warkah ini kepada mu. Mungkin kehadirannya tidak disenangi. Ku kirimkan warkah ini kerana jiwa aku tidak tenteram selagi tidak meluahkan isi hati aku selama ini. Aku ingin memohon maaf daripadamu sebelum aku menghembuskan nafas aku yang terakhir.Perkembangan dirimu selalu aku ikuti, tentu engkau sedang berbahagia dengan isterimu yang engkau sayangi. Jika aku menerima lamaranmu dulu, tentu hidup aku kini bahagia, bukannya sengsara.Sekarang ini aku hidup dalam kesengsaraan. Aku mengambil masa yang agak lama untuk menulis surat kepadamu kerana pandangan mata aku kabur, tidak seperti dahulu. Mungkin masa untuk aku menemui Tuhan sudah semakin hampir. Aku takut untuk berhadapan dengan-Nya kerana dosa aku terlalu banyak kepada-Nya.Aku disahkan oleh doktor menghidap penyakit AIDS hasil hubungan aku dengan pasangan hidup aku sejak kita berpisah sepuluh tahun yang lalu. Kini, aku hanya menanti saat ajal aku kunjung tiba.Sepatutnya aku sedar sepuluh tahun yang lalu, ketika dirimu melamar aku untuk dijadikan isterimu yang sah. Tetapi aku begitu bodoh ketika itu kerana menolak lamaranmu, walaupun hakikatnya hati ini begitu sayang kepadamu ketika itu. Entah mengapa, hati ini menolak hakikat perasaan itu yang hadir daripada hati kecilku. Maafkan aku, Farid.Suhana Mohd. ArishSelesai membaca warkah itu pantas aku mengambil telefon bimbit dan menghubungi Mus.“Hello,” terdengar suara Mus dari gagang telefon.“Assalamualaikum,” kata aku memulakan perbualan antara aku dengan Mus.“Walaikumussalam, ustaz,” gurau Mus lagi.“Mus, engkau tahu tahu tak sekarang Suhana berada di mana?” tanya aku tanpa memperdulikan gurauan Mus.“Suhana mana?” tanya Mus semula.“Suhana, pelakon yang sudah hampir tiga tahun menghilangkan diri dari dunia lakonan,” jelas aku.“Laaa… engkau tak tahu ke?” tanya Mus.“Tahu apa?” tanya aku semula.“Dia sekarang ini mengidap penyakit AIDS,” kata Mus perlahan seperti tidak ingin didengari seseorang.“Itu aku tahu,” balas aku pendek.“Macam mana engkau tahu?” Mus kehairanan.“Banyak soalan la engkau ni,” tegur aku kepada kawanku yang bekerja sebagai wartawan. Berurusan dengan wartawan, aku harus banyak berhati-hati kerana mereka sentiasa mencari isu yang boleh disensasikan.“Okey, apa yang engkau nak aku tolong?” tanya Mus dengan tenang.“Sekarang dia di mana?” tanya aku.“Aku boleh bawak engkau jumpa dia, tapi engkau mesti rahsiakannya,” kata Mus menagih janji.“Okey, aku janji.”“Jam dua petang ni aku datang pejabat engkau,” janji Mus.“Okey. Aku tunggu.”“Okey, bye,” balas Mus sambil memutuskan talian.Aku menyandarkan badan di kerusi.Suhana, maafkan aku… aku ingin menemuimu walau dirimu dalam apa keadaan sekalipun. Aku ingin mendengar dari bibirmu sendiri, bahawa engkau ingin kembali kepada-Nya. Syukur alhamdulillah.Selama ini aku kesal kerana tidak mampu mengembalikan dirimu ke pangkal jalan. Akulah yang bersalah kerana mengheretmu ke dunia yang penuh dosa. Aku telah merampas ‘mahkotamu’, melayari bahtera kenikmatan yang tiada bandingnya dengan cara yang terkotori, jijik dan haram.Ya Tuhan, ampunilah dosa kami….*****2.05 minit petang. Pintu bilik pejabat aku diketuk dari luar.“Masuk,” kata aku.Perlahan-lahan pintu bilik pejabat aku terkuak. Aku menanti dengan sabar, siapakah gerangan yang mengetuknya sebentar tadi.“Assalamualaikum,” ucap Mus sambil menampakkan wajahnya, tubuhnya masih terselindung di sebalik daun pintu.“Walaikumusalam,” balas aku. “Masuklah,” aku menjemput Mus masuk ke dalam pejabatku.Mus melangkah ke dalam bilik aku.“Duduklah,” pelawa aku.Mus melabuhkan punggungnya di kerusi di hadapan aku.“Hai berkerut dahi. Kenapa, business tak untung ke?” gurau Mus.Aku diam seketika. Tidak berhasrat membalas kata Mus.“Kita nak jumpa Suhana naik kereta engkau atau kereta aku?” tanya aku sambil memandang seraut wajah Mus. Aku tidak mahu melengkahkan masa walaupun seminit.“Kereta engkau la, besar sikit,” balas Mus sambil tersenyum.“Lima minit lagi kita bergerak,” cadang aku, masih merenung seraut wajah Mus yang sentiasa ceria.Mus membalas renungan aku. Memandang sepasang mata aku. Renungannya seperti cuba mendapatkan penjelasan daripada aku.“Engkau masih sayang kepada dia?” tanya Mus untuk mendapatkan kepastian.Aku mengeluh. Menarik nafas panjang, kemudian melepaskannya perlahan-lahan. Renungan dan pertanyaan Mus yang penuh harapan memaksa aku berkata sesuatu kepadanya.“Engkau mungkin tidak faham, Mus. Sebelum aku berubah, sebelum aku mengenali Tuhan, hidup aku bergelumang dengan dosa-dosa,” aku berterus-terang kepadanya.Mus diam seketika.“Dosa… kita sentiasa melakukan dosa,” Mus tidak faham maksud kata-kataku.“Tapi dosa itu adalah dosa antara seorang lelaki dan perempuan yang saling mencintai antara satu sama lain. Aku pernah mengajak Suhana menjauhi perkara itu buat selama-lamanya, tapi dia menolak,” aku mengharap Mus mengerti kata-kata yang singgah di telinganya.Mus memahami maksud kiasan aku itu. Aku tidak sanggup berterus-terang dengan Mus tentang dosa yang telah kami lakukan. Kerana hati ini begitu malu untuk menyatakannya.“Okeylah Farid, jom kita pergi sekarang,” ajak Mus. Mungkin dia sudah berpuas hati dengan penjelasan aku itu.Aku bangun, begitu juga dengan Mus. Kami terus melangkah keluar dari pejabat dan menuju ke kereta aku yang diletakkan di hadapan pejabat.“Ini kuncinya…,” aku menghulurkan kunci kereta kepada Mus.Mus mengambil pemberian aku. Dia masuk ke dalam perut kereta dan menghidupkan enjin kereta. Aku pula duduk di sebelahnya.Mus terus memandu, tidak banyak perbualan antara kami. Masing-masing melayani fikiran sendiri. Setelah memandu hampir setengah jam, kereta yang Mus pandu berhenti di sebuah hospital.Mus menghentikan kereta di parkir. Mematikan enjin dan memulangkan kunci kereta kepada aku.“Balik nanti engkau pandu kereta ni pulak,” kata Mus sambil mengukirkan senyuman.Aku mengambil pemberian Mus sambil membalas senyumannya yang penuh bermakna. Bermakna aku akan bertemu dengan bekas kekasih hati. Namun, itu hanyalah kisah lalu yang tidak mungkin akan kembali. Kenangan yang menjadi sejarah, sejarah yang sewajarnya dijadikan pengajaran dalam hidup. Pengajaran buat insan bernama lelaki supaya melaksanakan tanggungjawab sebagai lelaki sejati. Membawa insan yang disayangi ke arah kebahagian yang diredai oleh Ilahi.“Okey,” jawab aku pendek.Aku terus mengekori Mus masuk ke pusat rawatan khas yang belum pernah aku lawati sebelum ini. Mus terus menuju ke kaunter pertanyaan dan berbual sesuatu dengan jururawat bertugas. Aku hanya diam memerhati langkah Mus.Setelah memeriksa nama di sebuah komputer di sebelahnya, jururawat itu berkata sesuatu kepada Mus dan menunjukkan suatu arah kepadanya. Sekali lagi aku mengekori Mus tanpa aku pasti arah manakah yang ingin ditujunya.Mus berhenti di hadapan sebuah katil. Dia menoleh ke arah aku. Kelihatan seorang wanita sedang lena tidur di atas katil.“Farid,” Mus memandang ke arah aku.Aku menoleh ke arah Mus, tidak faham apakah maksud pandangannya itu.“Suhana,” kata Mus sambil menunjuk seorang wanita yang sepatutnya aku kenali.“Suhana…,” perlahan-lahan aku memandang wajah yang begitu sukar untuk aku kenali kalau Mus tidak memperkenalkannya kepadaku.Ya Allah, inilah balasan kepada hamba-Mu yang menderhakai-Mu.Mata Suhana perlahan-lahan terbuka. Aku menghampirinya, menatap sepasang mata yang dimiliknya. Mata itulah yang pernah aku renungi, mata itulah yang pernah bersama-sama melayari bahtera nafsu yang tiada sempadannya.Mengalir air mata dari pipi yang pernah aku sentuh, yang pernah aku kucupi suatu ketika dahulu.“Farid…,” lembut suara Suhana menyebut namaku. Suaranya sama seperti yang aku dengari suatu ketika dahulu. Lembut dan mengasyikkan, tetapi lemah nadanya.Aku memegang tangan Suhana. Tangannya masih lembut, tetapi terasa sejuk seperti ketulan ais. Tidak lagi sehangat dahulu, ketika tangan itu aku genggam, air matanya semakin deras mengalir.Farid… dosa aku terlalu besar. Bolehkah aku meminta ampun kepada Tuhan?” tanya Suhana dengan nada terketar-ketar. Pilu. Aku turut merasai apa yang tersimpan di hati Suhana.“Boleh Hana, boleh,” aku cuba menyejukkan hati wanita yang pernah aku sayangi suatu ketika dahulu.“Dosa aku terlalu besar,” nada suara Suhana semakin perlahan.“Tuhan itu Maha Pengampun,” kata aku lagi sambil menggenggam erat tangannya yang terasa begitu sejuk.Mata Suhana tertutup kembali, dia terlalu lemah untuk meluahkan kata kepada aku. Hanya bibirnya yang pernah aku kucupi suatu ketika dahulu bergerak perlahan-lahan. Bibir itu tidak lagi mengasyikkan. Tidak lagi mengghairahkan seperti dulu.Ya Tuhan, akulah yang bersalah membawa Suhana bergelumang dengan dosa-dosa. Akulah yang telah merampas mahkota daranya dan memperkenalkan kenikmatan yang tiada batasnya. Ampunilah dosanya, Tuhan.Mus menghampiri aku, dia menepuk perlahan-lahan bahu aku. Mengharap aku bersabar dan menerima hakikat bahawa wanita yang pernah aku sayang suatu ketika dahulu menghidap penyakit yang tiada penawarnya.“Farid, biarlah dia berehat. Bila kita ada kelapangan, kita datang lagi,” pujuk Mus hampir berbisik di hujung telingaku.Aku menguatkan semangat untuk menerima kenyataan bahawa Suhana akan kembali kepada-Nya. Malangnya, kepulangannya sudah agak terlewat.Perlahan-lahan aku melepaskan tangan Suhana daripada genggaman. Perlahan-lahan juga aku bangun dari kerusi. Sambil mengesat air mata yang mengalir, aku melangkah kaki keluar dari wad yang telah menemukan aku dengan Suhana. Pertemuan untuk kali kedua setelah berpisah sekian lama.*****9.30 minit malam. Malam masih muda untuk aku melenakan mata. Aku mengambil majalah yang berada di ruang tamu, membuka dan membacanya. Namun, apa yang dibaca tidak langsung masuk ke dalam otakku.Mariani menghampiri aku. Melabuhkan punggungnya berhampiran dengan sofa yang sedang aku duduk.“Abang tak menulis ke hari ini?” tanya Mariani.“Tak,” jawab aku pendek.“Petang tadi abang pergi mana, Ani telefon abang tapi handphone abang tak dapat dihubungi,” tanya Mariani.“Hospital,” jawab aku pendek.“Siapa yang sakit?” tanya Mariani lagi.“Suhana,” jawab aku lagi.Mariani diam seketika. Jawapan aku tidak menyenangkannya. Dia cemburu.“Patutlah tutup handphone. Rupa-rupanya jumpa buah hati lama,” Mariani meluahkan perasaan cemburunya. Intonasi suaranya juga tidak menantu. Cemburu.“Sayang cemburu ye?” tanya aku pula sambil menatapi wajahnya yang kegelisahan.Mariani diam. Tidak senang dengan soalan aku.“Sayang, abang dengan dia dah tak ada apa-apa perasaan lagi. Esok kita pergi melawat dia,” aku cuba memujuk hati Mariani. Meyakinkannya bahawa itu semua adalah kisah silamku yang tidak layak untuk diingati.Mariani diam. Masih belum berpuas hati dengan jawapan aku.“Sayang, abang sayang pada sayang,” kata aku sambil membetulkan sebahagian rambutnya yang menutupi wajahnya.Perlahan-lahan aku mencium pipinya. Terukir senyuman di bibr Mariani.“Macam itulah…,” kata aku apabila terukir senyuman di bibir isteri yang amat aku sayangi. Aku tahu, rajuk Mariani hanyalah seketika.Mariani memandang sepasang mata yang aku miliki. Renungan yang menjelaskan bahawa dia juga menyayangiku sepenuh hati.“Terima kasih sayang kerana cemburukan abang,” kata aku sambil menatap sepasang mata ayu yang Mariani miliki sambil memegang tangannya yang lembut.*****Kedatangan pagi itu kami nantikan. Dengan cuaca cerah menghiasi alam, aku dan Mariani keluar daripada perkarangan rumah. Seperti mana yang telah aku janjikan kepada Mariani, aku membawanya berjumpa Suhana pada pagi itu.Tiba di hospital Kuala Lumpur, aku meletakkan kereta aku di parkir. Bersebelahan kereta kancil yang tidak aku ketahui siapa empunyanya.“Okey, kita dah sampai,” kata aku kepada Mariani yang kelihatan tenang.Aku keluar dari perut kereta diikuti Mariani. Aku menekan alat penggera, pintu kereta terkunci. Kami terus melangkah menuju ke tempat Suhana sedang dirawat.Sebelum bertemu Suhana, kami diberi pakaian khas. Tanpa membantah kami memakainya. Walaupun tidak selesa dengan pakaian yang telah ditetapkan kami terpaksa memakainya. Aku melangkah menuju ke katil yang menempatkan Suhana, Mariani hanya mengekori aku dari belakang.Di katil yang menempatkan Suhana, aku berhenti, Suhana sedar kedatangan aku, perlahan-lahan matanya terbuka.“Farid, engkau datang…,” lembut suara Suhana menyentuh cuping telinga aku. Suaranya tidak lagi selembut dan semerdu yang pernah aku dengari sedekad yang lalu.“Ya, Suhana,” jawab aku sambil melirik Mariani.Suhana memandang ke arah Mariani. Direnungnya wajah Mariani seketika. Perlahan-lahan bibirnya tersenyum.“Isteri engkau Farid?” tanya Suhana sambil menoleh ke arah aku.Aku diam seketika. Menoleh ke arah Mariani yang kelihatan tenang.“Ya…,” jawab aku perlahan. Aku tahu jawapan aku itu pasti memilukan hati Suhana. Tetapi demi sebuah kenyataan terpaksa aku memperkenalkan Mariani kepada Suhana. Aku tidak mahu menidakkan kehadiran Mariani yang amat bererti dalam hidupku.Kehidupan ini begitu pantas berlalu, aku harap Suhana dapat menerima hakikat bahawa antara kami sudah tidak ada lagi perasaan cinta dan sayang. Hanya tinggal kenangan lalu yang sememangnya sukar untuk dilupakan.Perlahan-lahan mengalir air mata di pipi Suhana yang kelihatan pucat dan lesu. Aku menoleh ke arah Mariani, wajah isteri aku masih kelihatan tenang. Hakikatnya dia tidak mengenali siapa aku sebelum aku mengenalinya.“Hana, aku akan bantu engkau…,” aku menjanjikan sesuatu kepada Suhana.“Sudah terlambat Farid…,” balas Suhana.Hakikat yang terpaksa kami terima, Suhana dan aku kini berada di antara dua persimpangan yang berbeza. Dahulu aku pernah menganggap percintaan aku dengan Mira adalah satu alam yang penuh misteri. Mira telah memperkenalkan aku tentang erti sebuah percintaan.Suhana, memperkenalkan aku tentang erti sebuah dosa. Mariani pula memperkenalkan kepada aku kenikmatan hidup berumah tangga.“Hana, kami balik dulu,” aku tidak mahu Suhana terus sedih dengan kedatangan aku dan Mariani.Aku menoleh ke arah Mariani, mengharapkannya berkata sesuatu. Sesuatu yang dapat mengubat hati Suhana yang kesedihan.“Kak, jangan menangis…,” pujuk Mariani, menghampiri Suhana yang tidak terdaya untuk bangun.“Farid…,” panggil Suhana.“Ya, Hana,” kata aku sambil menghampirinya.“Surat yang aku beri kepada engkau, aku tulis sehari selepas aku mendapat tahu aku menghidap penyakit ini.”Suhana diam seketika, menitis air mata di pipinya. Luruh satu demi satu dari kolam matanya yang lesu.“Aku tidak mahu mengganggu kebahagiaan kamu berdua. Tapi aku tidak mampu menahan derita ini selagi aku tidak dapat bertemu dengan kamu berdua, mengucapkan tahniah…,” sambung Suhana dengan penuh kepiluan.“Terima kasih, kak,” kata Mariani sambil menggenggam erat tangan Suhana.Aku memegang bahu Mariani. Mariani menoleh ke arah aku.“Kami pulang ya, Hana. Minggu depan kami datang lagi,” kata aku, tidak mahu kehadiran kami di situ menambahkan derita Suhana.“Kami balik dulu kak, minggu depan kami datang lagi,” kata Mariani sambil melepaskan genggaman tangannya terhadap Suhana.Kami melangkah pergi dengan harapan akan dapat bertemu Suhana pada hari yang akan datang.DI sebuah restoran di Kuala Lumpur.“Mus, kenapa engkau begitu tertarik dengan kisah hidup Suhana?” tanya aku sambil merenung seraut wajahnya.Mus diam seketika. Dia menghirup air minuman di hadapannya.“Aku mahu mengenali Suhana dengan lebih dekat,” balas Mus dengan wajah tenang.“Segala-galanya tentang Suhana?” tanya aku lagi.“Ya, segala-galanya. Bermula dia dilahirkan 30 tahun yang lalu sehinggalah dia kembali kepada-Nya,” jawab Mus dengan tenang.“Untuk apa?” tanya aku berterusan.“Aku ingin menggembalikan keyakinan peminatnya bahawa Suhana sepatutnya disanjung, dia seorang penggiat seni tanah air yang dikagumi,” terang Mus.“Kalau engkau menulis tentang kisah hidupnya, secara tidak langsung engkau juga menulis kisah hidup aku,” kata aku sambil merenung seraut wajah Mus. Kedatangan Mus pada pagi itu adalah untuk bertanyakan kisah hidup Suhana, diabadikan dalam sebuah catatan untuk disebarkan sebagai bahan bacaan.“Kenapa?” Mus pula menyoal aku.“Kami pernah hidup bergelumang dengan dosa-dosa. Kami pernah hidup serumah tanpa ikatan pernikahan,” terang aku.“Tapi itu aku boleh elakkannya, aku yang menulis. Aku boleh ubah keadaan,” kata Mus dengan penuh yakin.“Jangan Mus, engkau tidak boleh tipu peminat Suhana. Engkau perlu tulis hal yang sebenarnya tentang hidup dia. Engkau mesti menjadi seorang wartawan yang beretika,” tegas aku. Aku tidak mahu para peminat Suhana mencemuhnya.“Farid, engkau dah mula dikenali sebagai seorang yang berjaya dalam bidang seni, engkau seorang penulis skrip dan pemilik sebuah syarikat rakaman yang berjaya,” Mus cuba mengingatkan aku tentang keadaan aku sekarang ini. Sekiranya semua itu terdedah, pasti reputasi aku akan jatuh merudum.“Kejayaan aku sekarang ini adalah kerana berkat kesedaran bahawa aku ini seorang Islam,” aku berterus-terang.Mus diam.“Kalau engkau bersetuju menulis hal sebenar tentang hidup aku dan Suhana, aku akan tanggung semua perbelanjaan engkau semasa menghasilkan buku itu dan lain-lain kos penerbitannya,” janji aku.Sebenarnya, aku ingin menyedarkan Mus mengenai hakikat kehidupan aku dan Suhana yang penuh dengan glamour. Hakikatnya yang sebenarnya….Mus diam lagi. Buntu.“Kalau engkau setuju, aku bagi engkau RM10,000 untuk tulis kisah sebenar antara kami. Tidak termasuk lain-lain perbelanjaan semasa engkau menulis kisah kami,” janji aku sambil merenung seraut wajah Mus.Mus diam. Hatinya berdetik, adakah Farid cuba merasuahnya? RM10,000 adalah satu jumlah yang besar, tidak termasuk lain-lain perbelanjaan yang Farid janjikan.“Mungkin engkau perlukan masa untuk fikirkannya?” Aku memberi Mus masa.Mus kelihatan sedang memikirkan sesuatu, menimbangkan permintaanku.“Tak perlu, aku dah ada jawapannya,” kata Mus pantas.“Apa jawapannya?” tanya aku, ingin mengetahui jawapan yang tersimpan di bibir sahabat yang berada di hadapan aku itu.“Sebelum itu, aku ingin tahu kenapa engkau mahu aku tulis hal sebenar tentang hubungan engkau dengan Suhana suatu masa dahulu?” tanya Mus.Aku tersenyum.“Sebagai wartawan engkau mesti ceritakan hal yang sebenar. Engkau mempunyai tugas yang perlu engkau jalani. Hakikat yang perlu diterima, engkau dan aku tergolong dalam dunia seni, walaupun secara tidak langsung. Kita mesti berusaha menunjukkan dan membawa rakan kita yang lain ke dalam dunia yang sebenar. Yang diberkati-Nya,” kata aku mengharapkan Mus mengerti.“Tapi engkau akan mendedahkan perbuatan yang pernah kamu berdua lakukan dulu,” Mus masih keliru.Aku tersenyum.“Lima W dan satu H…,” kata aku pendek. Mengembalikan ingatan Mus bahawa urusan kerja hariannya menekankan perkara itu.Mus memikirkan kata-kata aku seketika. Dia berpaling dari melihat wajah aku.“Why, when, who, what dan… aku lupa dua lagi,” kata Mus cuba mendapatkan jawapan atas persoalan yang memerlukan pengertiannya.“Tentu orang ingin tahu kenapa aku boleh terjebak ke lembah maksiat. Tentu orang ingin tahu kenapa aku terdorong melakukannya, walaupun aku mempunyai latar belakang agama yang kukuh, dan kenapa aku ingin kembali kepada-Nya?” Aku memecahkan persoalan yang bermain di fikiran Mus.Mus tersenyum pendek namun senyumannya mata secara tiba-tiba.“Isteri engkau dah tahu tentang hubungan engkau dengan Suhana sebelum ini?” tanya Mus.“Sudah,” jawab aku pendek.“Apa kata dia?” tanya Mus.“Mus… kebanyakan orang memandang kehidupan kita hari ini, bukannya semalam. Semalam biarkan ia berlalu, jadikan ia pengajaran,” kata aku sambil merenung seraut wajah Mus, aku tidak menjawab soalannya, sebaliknya mengajaknya berfikir. Berfikir secara intelektual.“Engkau sudah banyak berubah Farid,” kata Mus.“Tentu engkau nak tahu kenapa aku berubah?”“Ya,” jawab Mus pendek. Mungkinkah soalan-soalan itu berjaya memerangkap aku supaya mendedahkan hal yang terselindung di sebalik tawaran lumayan itu.“Aku kehilangan orang yang paling aku sayangi ketika aku bergelumang dengan dosa. Ketika aku mengutamakan keenakan tubuh Suhana…,” kata aku mengenang kembali dosa yang pernah dilakukan suatu masa dahulu. Mus termenung seketika mendengar bicaraku.“Suhana, sewaktu kegemilangannya, tubuhnya laris menghiasi majalah-majalah tempatan. Ada kalanya majalah luar negara sanggup membayarnya dengan syarat Suhana sanggup mendedahkan sebahagian dada dan pehanya,” kata Mus.Wajah aku berubah. Mus sedar perubahan di wajah aku.“Mus, jika engkau mahu menulis mengenai Suhana, engkau harus meminta kebenarannya dahulu. Aku rela kisah hidup aku ditulis. Tetapi untuk kisah lalu Suhana, engkau harus mendapat kebenaran daripadanya,” nasihat aku kepada Mus.“Kenapa harus aku mendapat kebenarannya? Aku menulis kisah hidupnya berdasarkan sumber daripada engkau. Dan menulis hal-hal yang baik mengenainya?” tanya Mus masih tidak faham. Aku tidak tahu bagaimanakah caranya untuk menyedarkan Mus.“Penyakit yang Suhana hidapi sekarang ini adalah AIDS. A-Angkara; I-Iblis; D- dan; S – Setan. Engkau tidak akan dapat menutup perbuatan terkutuk yang pernah aku lakukan dengan Suhana suatu masa dahulu. Apa yang engkau tulis nanti akan memberi peluang kepada peminat dan pembaca mengutuknya. Aku tidak sanggup membiarkan Suhana dikutuk, dihina walaupun dia sudah tidak ada lagi di dunia ini,” akhirnya aku berterus-terang.Suasana sunyi seketika. Mus termangu sahaja.“Mus, akulah yang mengenalkannya dengan dunia maksiat dan akulah lelaki yang menjalani hubungan cinta seorang lelaki dengan seorang wanita melalui ikatan seks yang tiada peri nikmatnya.”Sekali lagi suasana sunyi seketika. Mus merenungku, menyuruhku menyambung semula kata-kata.“Sepatutnya aku membawa Suhana ke alam bahagia yang diberkati-Nya,” aku menghentikan penjelasan, membiarkan Mus memikirkan sambungannya.Mus diam. Membisu.Aku sudah jelaskan kepada engkau hal yang sebenar. Penderitaan Suhana berpunca daripada kesilapan aku. Dosa aku seolah-olah Suhana yang tanggung. Mengapa tidak aku yang menanggungnya?” kesal aku dengan kisah lalu.Aku mengeluarkan sesuatu dari dalam laci, diari lama yang masih elok keadaannya.“Ini diari aku semasa bersama Suhana. Aku benarkan engkau membacanya,” aku menghulurkan senaskhah diari tahun 1999, enam bulan sebelum aku dengan Suhana berpisah.Mus mengambil pemberian aku. Dibelek-beleknya diari itu untuk beberapa ketika.Sekali lagi aku membuka laci meja, mengeluarkan buku cek. Aku mengoyakkan sehelai cek daripada buku cek. Berhati-hati aku mencatitkan angka RM10,000. Kemudian menandatanganinya. “Ini RM10,000 seperti yang aku katakan tadi. Aku harap engkau terima,” kata aku sambil menghulurkan cek itu kepada Mus.Mus memandang ke arah cek itu, hatinya masih berbelah-bagi.“Terimalah…,” kata aku dengan nada lembut sambil memandang seraut wajahnya.Perlahan-lahan Mus mengambil pemberian aku.“Bacalah diari itu, selepas itu barulah engkau fikir sama ada ingin menulis kisah hidup Suhana atau tidak,” kata aku kepada Mus.“Yalah,” jawab Mus pendek, setelah beberapa ketika membisu.*****Malam. Mus membaca diari yang aku tulis, bermula dari bulan Januari 1999. Matanya pantas membaca setiap apa yang tercatat di dalam diari setebal 103 muka surat itu. Ringkas tetapi padat.Mus membaca coretan aku yang pertama untuk tahun 1999. Saat aku menyimpan hasrat untuk memiliki gadis idaman:Catatan 1:Tahun 1999 sudah tiba. Mira, aku masih sukar melupakan dirimu. Mengapa hal sebegini boleh terjadi? Pelbagai cara telah aku lakukan untuk melupaimu, tapi aku masih gagal. Bicaramu yang benar-benar menguris hati ini terus terngiang-ngiang di telingaku. Wajahmu secantik bulan purnama, mungkinkah itu mengapa dirimu menganggap diriku ini tidak layak untuk hidup bersamamu.Segala penghinaan mu suatu masa awal perkenalan kita akan aku jadikan sebagai pengajaran untuk membina satu kebahagian untuk diri ini.Aku juga berazam untuk tahun 1999 ini, semoga aku berjaya memiliki seorang gadis yang aku idam-idamkan. Pastinya, gadis itu akan melebihi segala-galanya daripada yang dikau miliki. Aku akan menggunakan pengetahuan dan kemahiran aku menulis skrip untuk memilikinya. Maafkan aku Mira seandainya dikau terguris dengan bicara aku di diari ini.Catatan 2:Aku akan menulis sebuah skrip drama yang mengambarkan gadis impian aku. Aku cuba melupakan Mira dari hidup ini untuk selama-lamanya. Pergilah wahai kenangan dari sisiku. Hasil daripada permerhatian kehidupan gadis-gadis kota, akhirnya aku berjaya mendapat idea untuk menghasilkan sebuah skrip drama yang pastinya akan disukai oleh pengarah dan penerbit drama di negara ini.Catatan 3:Aku telah menyiapkan sebuah skrip drama di mana pemegang watak utamanya menggambarkan gadis idaman aku. Tajuknya adalah Penghujung Dunia. Diharap Ridzuan menyukainya dan mencari pelakon yang sesuai dengan watak utama dalam drama itu.Catatan 4:Aku menyerahkan skrip drama itu kepada Ridzuan untuk dinilai bagi tujuan penerbitan. Dia meminta dua minggu untuk menilainya dan jika pihaknya bersetuju menerbitkannya, dia sendiri akan menghubungi aku.Catatan 5:Aku menerima panggilan daripada Ridzuan. Ridzuan bersetuju menerbitkan skrip drama aku itu. Dia berjanji akan cuba mendapatkan seorang pelakon baru yang benar-benar berbakat dan memenuhi kriteria yang aku kehendaki melalui watak di dalam skrip aku itu. Dia juga menyerahkan RM3,000 untuk bayaran pendahuluan skrip itu.Catatan 6:Ridzuan menghubungi aku dan menyatakan penggambaran drama skrip aku akan bermula minggu hadapan. Dia mahu aku ke pejabatnya dan berbincang mengenai hal-hal yang berkaitan dengan penggambaran.Catatan 7:Aku ke Port Dickson untuk melihat penggambaran drama Penghujung Dunia. Aku kagum dengan watak utama drama arahan terbaru Ridzuan.Suhana-indah namanya seperti juga orangnya. Ingin aku mengenalinya supaya Mira tidak lagi menjelma dalam kehidupan aku.Catatan 8:Aku semakin mengenali Suhana dan dia seorang peramah. Semenangnya Ridzuan seorang pengarah yang hebat. Dia mampu menjadikan imaginasi dan impian aku untuk bertemu dengan seorang gadis yang lebih hebat daripada Mira menjadi suatu kenyataan.Catatan 9:Aku ke lokasi penggambaran Suhana. Aku telah mengajaknya makan bersama aku dan dia bersetuju dengan permintaan aku. Banyak perkara yang kami berbualkan terutamanya membabitkan perkara untuk mengenalinya dengan lebih dekat. Pastinya dia masih belum berpunya dan berusia 19 tahun.Catatan 10:Aku menghubungi Suhana kerana rindu di hati aku terhadapnya semakin menebal. Jiwa aku memberontak untuk bersama-samanya.Catatan 11:Setelah selesai penggambaran drama Penghujung Dunia aku mengajak Suhana melawat tempat-tempat menarik di sekitar Negeri Sembilan. Suhana bersetuju dengan cadangan aku itu.Catatan 12:Aku memperuntukkan RM15,000 untuk menikmati keindahan negeri yang terkenal dengan adat pepatihnya bersama Suhana. Alasan yang aku berikan kepadanya, skrip drama terbaru aku yang akan diterbitkan oleh Ridzuan berkisar mengenai masyarakat Minangkabau. Sebagai pemegang watak utama, Suhana harus menjiwai kehidupan masyarakat Minangkabau di negara ini.Kami melawat seluruh negeri itu selama seminggu. Pada awalnya, kami ke Taman Seni Budaya untuk mengenali negeri itu. Taman yang terletak kira-kira 200 meter dari plaza tol, susur keluar dari plaza tol Seremban. Reka bentuk tiga bangunan utamanya iaitu Teratak Perpatih, Istana Ampang Tinggi dan Rumah Tradisional Negeri Sembilan yang bercirikan seni bina Minangkabau.Di dalamnya terpamer berbagai-bagai khazanah sosio budaya tempatan seperti koleksi kraf tangan, artifak, peralatan lama, perhiasan dan pakaian tradisional dan juga sejarah Negeri Sembilan.Sepanjang masa bersamanya, kelihatan Suhana benar-benar menghayati setiap lokasi yang kami kunjungi. Kesempatan itu juga, aku menyewa sebuah bilik hotel sepanjang masa kami berada di negeri itu. Hanya sebuah bilik, kami berkongsi segala-galanya….Catatan 13:Aku membawa Suhana ke Wet World Resort Pedas, di situ Suhana memakai pakaian mandi yang mendedahkan sebahagian tubuhnya.Aku tidak menegahnya berpakaian sedemikian kerana segala yang Suhana punyai telah aku miliki.Catatan 14:Aku membawa Suhana melawat Muzium Diraja Seri Menanti.Menurut ibuku, aku berketurunan raja dan mungkin suatu masa dahulu moyang aku pernah ke sini untuk bertemu saudara-maranya. Tetapi sehingga kini kisah yang pernah diceritakan oleh ibuku sukar untuk dibuktikan kebenarannya.Istana lama ini mempunyai keunikan seni binanya yang teguh hingga sekarang walaupun dibina tanpa menggunakan sebatang paku.Sebanyak 99 batang tiang dibina dengan ketinggian 6.5 kaki yang melambangkan seramai 99 orang biduanda yang berkhidmat.Ia dibina pada tahun 1908 berdasarkan konsep Minangkabau. Di dalamnya, terkandung pelbagai khazanah lama seperti pakaian, alat-alat kebesaran, senjata, bilik peraduan, dokumen salasilah keluarga diraja dan dikelilingi oleh landskap yang menarik penuh dengan bunga-bungaan serta berlatarkan banjaran gunung.Hakikat sebenarnya, skrip drama yang bakal dikatakan pada catatan 12 belum lagi dihasilkan. Aku berjaya perdaya Suhana untuk menyerahkan ‘Mahkotanya’ pada pertemuan itu dengan satu harapan. Harapan menjadi pelakon terkenal di negara ini.Mus terus membaca diari yang aku catat, kebanyakannya menggambarkan kisah nikmat dunia yang pernah aku kecapi ketika bersama Suhana.Tetapi setelah hampir enam bulan aku menikmati kebahagian bersama Suhana, tiada lagi catatan diari itu untuk dua bulan lamanya. Skrip drama yang berkisar kehidupan masyarakat Minangkabau di Negeri Sembilan juga masih belum dapat disiapkan. Hubungan aku dengan Suhana seolah-olah hampir penghujungnya….Catatan 15:Kadangkala hati ini berbisik, kebanyakan peminat aku telah tertipu dengan hasil karya yang aku hasilkan.Aku sering menghasilkan karya yang mengajar masyarakat betapa pentingnya kehidupan ini dilalui bersama kesucian hati. Tetapi hakikatnya kehidupan aku penuh dengan dosa-dosa.Sering aku menyelitkan di setiap skrip drama aku akan pentingnya menjaga hati dan mengambil berat tentang jiran, tetapi aku tidak pernah bertanya khabar kepada jiran sebelah rumah.Selepas catatan ke-15, tiada lagi catatan dalam diari itu. Mus menutupnya. Pelbagai persoalan bermain di fikirannya di kala itu. Esok dia akan menghubungi sahabatnya, Farid untuk mendapatkan kisah di sebalik kebahagiaan hidup yang pernah dilalui bersama gadis idaman.
BAB 24
MUS menghentikan keretanya di parkir kereta “Nurin Enterprise”. Perlahan-lahan dia keluar dari perut kereta dan menuju ke arah syarikat yang sudah beroperasi hampir sepuluh tahun.
Pintu bilik pejabat aku diketuk dari luar.“Masuk…,” arah aku.Perlahan-lahan pintu bilik terbuka, perlahan-lahan juga Mus melangkah masuk ke bilik aku.“Assalamualaikum…,” ucap Mus apabila sudah berada di hadapan aku.“Walaikumussalam,” balas aku sambil memandang ke arah Mus.“Maaf kerana tidak telefon sebelum datang,” kata Mus seperti baru sahaja mengenaliku.“Untuk saudara, tak perlu telefon, datang terus,” kata aku sambil tersenyum.Mus melabuhkan punggungnya di kerusi.“Dah siap ke buku tu?” tanya aku, mengharapkan Mus menjawab soalan aku.“Belum… masih terlalu awal untuk disiapkan,” balas Mus.“Ada apa-apa yang tak faham ke, mungkin perlu tambahan wang?” tanya aku kepada Mus yang kelihatan ceria pada hari itu.Mus diam seketika. Dikeluarkan alat perakam dari perut begnya. Diletakkan di atas meja dan memasangnya.“Kenapa, diari kau tidak ada catatan selepas catatan ke-15 tahun 1999?” tanya Mus memandang wajahku tanpa kerdipan. Mengharapkan soalannya segera dijawab oleh seorang lelaki di hadapannya. Seorang penulis skrip yang sentiasa menjadi rebutan pengarah drama di negara ini.Apabila disebut nama Farid, tentu tergambar di fikiran kebanyakan pengarah dan penerbit drama di negara ini berminat untuk mendapat hasil karya penulis skrip drama itu.Aku diam seketika. Mengalihkan pandangan daripada ditatap Mus. Fikiran aku ligat mengimbau kenangan lalu. Kenangan yang berlalu hampir sedekad, tetapi masih segara di ingatanku.Perlahan-lahan aku mengalihkan pandangan ke arah Mus yang sedang menanti jawapan daripada aku. Dengan wajah tenang aku mengukirkan kata-kata.“Tarikh itu merupakan tarikh yang telah mengubah hidup aku. Perubahan yang sedang engkau tengok sekarang ini,” kata aku dengan penuh yakin.“Apa yang menyebabkan engkau berubah?” Mus terlalu ingin mengetahui rahsia yang masih tersimpan kukuh di hati aku.Aku bangun. Menuju ke tingkap kaca yang jaraknya tidak berapa jauh dari Mus. Perit untuk aku meluahkan isi hati yang tersimpan sekian lama. Tetapi kerana Suhana, aku rela meluahkannya.Mus menunggu soalannya dijawab dengan sabar.“Aku telah kehilangan adik, ayah, dan ibu ketika aku bergelumang dengan dosa,” kata aku, melepaskan pandangan keluar dari jendela. Satu persatu wajah-wajah orang yang kusayang tertayang di ruang mata. Imbauan kenangan itu menghulur rasa sedih dalam diriku. Aku merindui mereka.Mus diam. Alat perakam di atas meja masih terpasang.Aku duduk kembali di kerusi yang sedia menunggu kedatangan aku. Begitu juga Mus, masih setia berada di hadapan aku.“Aku yang membawa Suhana ke lembah maksiat, tetapi aku gagal membawanya ke jalan yang diredai Allah,” aku berterus-terang.Suasana sunyi seketika.“Diri inilah yang bersalah, Mus,” kata aku dengan penuh yakin.“Sekarang aku faham…,” balas Mus sambil mematikan alat rakaman yang berada di atas meja. Dia meminta diri selepas itu, meninggalkan aku yang dihujani kenangan lalu.*****11.30 minit malam. Mus melepaskan pandangannya keluar jendela. Memikirkan adakah wajar dia meneruskan penulisan mengenai kisah hidup Farid. Tawaran RM10,000 telah memerangkap dirinya untuk terus menulis kisah lelaki itu.Fikiran Mus ligat berputar.Lelaki. Kehidupan lelaki perlu digunakan sebaik mungkin. Lelaki adalah tempat wanita menumpang kasih sayang, tempat mengadu, dan menjaga maruahnya.Fikiran Mus terus ligat berfikir.Jika lelaki yang menghancurkan kehidupan wanita, adakah wanita itu perlu dipersalahkan? Itulah yang kini dirasai oleh Farid. Dialah yang membawa Suhana ke lembah maksiat, dan dialah yang memperkenalkan Suhana akan nikmat kehidupan sepasang suami isteri. Malangnya, dia gagal membawa Suhana kembali ke jalan pulang.
Mus merebahkan punggungnya di atas sofa. Dia termenung seketika sambil memegang kepalanya.*****9.30 minit pagi. Di pejabat Farid.“Maafkan aku Farid, aku tidak boleh menulis kisah hidup engkau,” kata Mus.“Kenapa?” tanya aku sambil merenung seraut wajah Mus yang tenang.“Aku tidak boleh membohongi pembaca aku,” Mus berterus-terang.“Aku membenarkan engkau menulis apa saja tentang diri aku dan Suhana,” aku pula menongkah katanya, ingin melihat reaksinya.“Tapi, itu akan mendedahkan kelemahan Suhana. Juga mendedahkan kelemahan engkau sebagai seorang lelaki,” kata Mus dengan bersungguh-sungguh.Aku tersenyum.“Akhirnya engkau mengerti…,” aku merasa lega.“Ya…,” kata Mus dengan nada perlahan.“Aku bangga dilahirkan sebagai seorang lelaki, tetapi sebagai lelaki masih banyak tanggungjawab yang perlu aku lakukan untuk membimbing wanita ke arah kebahagiaan yang sebenar,” kata aku sambil merenung wajah Mus. Saat itu, aku terbayangkan wajah Mariani.“Aku akan pulangkan RM10,000 yang engkau berikan kepada aku minggu lalu,” janji Mus.“Engkau tidak perlu pulangkan wang itu.”“Kenapa?” tanya Mus, bimbang sekali lagi dia terperangkap dengan tawaran lumayan aku.Aku diam seketika lantas menyulam senyum.“Aku halalkan RM10,000 yang aku berikan kepada engkau tempoh hari. Anggaplah itu hadiah daripada aku.Mus menarik nafas lega.“Terima kasih, Farid,” ucap Mus.“Sama-sama…,” balas aku.Mus bangun. Kami bersalaman erat.“Ingat Mus, jangan tulis sesuatu yang mengaibkan orang…,” kata aku sambil tersenyum. Mengharapkan Mus mengerti maksud kiasan aku itu.“Ya… terima kasih, Farid,” ucap Mus sekali lagi sambil melangkah menuju ke pintu.Tombol pintu dipegang, perlahan-lahan tangan kanan Mus membuka pintu. Kakinya pantas melangkah keluar meninggalkan aku keseorangan di situ.Aku melabuhkan kembali punggung ke kerusi yang empuk. Aku menggerakkannya ke tingkap dan termenung seketika. Hati kecil aku berbisik:Suhana, maafkan aku kerana pernah membawa dirimu ke lembah maksiat. Maafkan aku kerana menemuimu ketika dirimu bergelumang dengan maut.
BAB 25
AKU didatangi seorang lelaki berjubah putih. Dia menghampiri aku yang sedang asyik menikmati keindahan pantai. Indah sungguh ciptaan Tuhan ketika itu aku rasakan. Langit Lazuardi yang dihampar warna jingga menimbulkan suasana aman dan tenang yang terdiri. Menginsafkan tiap mata yang melihatnya.Lelaki itu merenung seraut wajah aku dengan penuh harapan.“Farid, bersyukurlah kepada-Nya kerana kamu sedar ketika dirimu masih di dunia. Kembalimu sebelum terlewat waktunya. Panggillah teman-temanmu yang masih hanyut dengan dosa, bawalah mereka ke jalan yang diredai-Nya,” kata lelaki yang tidak aku kenali, berjubah putih, dan berseri-seri wajahnya.“Saudara siapa?” tanya aku dengan penuh sopan. Mengharapkan agar persoalan di hati aku dapat dileraikan.Dia diam. Dari seraut wajahnya jelas menunjukkan dia tidak suka dengan soalanku.“Kenapa saudara diam?” tanya aku inginkan kepastian.“Siapa saya itu tidak penting. Engkau sedarkanlah rakan-rakanmu yang masih leka menikmati dunia yang sementara.”Lelaki yang tidak aku kenali itu melangkah mendekati aku.“Kita sebagai makhluk-Nya perlulah bersyukur kepadanya. Ramai rakan-rakanmu masih tidak bersyukur dengan nikmat-Nya,” sambungnya sambil menepuk bahu aku beberapa kali, seolah-olah memberi semangat kepada aku untuk berusaha membawa teman-teman ke jalan yang diberkati-Nya.Aku terjaga dari tidur.“Ya Allah, rupa-rupanya aku bermimpi,” bisik aku sendirian. Aku meraup wajah perlahan.Aku paling ke kiri, dalam kesamaran cahaya, aku lihat Mariani masih lena. Kemudian aku toleh ke kanan melihat jam loceng.Jarum jam loceng menunjukkan pukul 4.50 minit pagi. Masih terlalu awal untuk aku bersolat subuh. Terdetik hati aku untuk bangun, membuat sesuatu yang berfaedah sebelum tiba waktu subuh.Perlahan-lahan aku bangun dari katil meninggalkan Mariani keseorangan. Aku menuju ke bilik air lalu membersihkan diri. Setelah itu, aku menuju ke meja tulis yang berada di dalam bilik khas berhampiran dengan tuang tamu rumah. Aku memulakan hari itu dengan tugas sebagai seorang penulis.Setelah tiba waktu solat Subuh, aku berhenti. Menunaikan tanggungjawab kepada Ilahi. Sepanjang tempoh kehidupan hampir mencecah 40 tahun ini kerap kali tanggungjawab itu diabaikan. Menyedarinya, setiap waktu pastinya akan aku membayar hutang aku kepada Ilahi dengan mengqadanya. Dengan harapan usaha aku itu diterima oleh-Nya.Selesai solat, aku membuka televisyen, mengikuti siaran waktu pagi. Aku mendengar ceramah motivasi daripada seorang pakar motivasi yang sering muncul di kaca TV. Dengan tekun aku mendengar ceramahnya, pada masa yang sama aku merasai ilmuku pada hari itu semakin bertambah. Sesungguhnya, proses pembelajaran adalah proses yang berterusan sepanjang kehidupan.Satu demi satu siaran aku tonton pada hari itu. 7.55 minit pagi, tiba-tiba telefon bimbit aku berbunyi. Aku memicit butang hijau.“Farid,” terdengar suara Mus di cuping telinga aku. Tergesa-gesa sahaja aku dengar suaranya. Suasana riuh dipersekitarannya mengganggu perbualan.“Ha… Mus, apa cerita. Pagi benar engkau telefon aku hari ini?” tanya aku.“Suhana dah meninggal…,” Mus berterus-terang. Diam… tiada reaksi dipihakku, bermimpikah aku?“Bila?” aku bertanya dengan suara yang hampir tidak kedengaran.“Sejam yang lalu, kawan aku yang bekerja di hospital tempat Suhana dirawat memberitahu aku,” terang Mus.Aku diam. Hati aku berbisik, ‘kepada Tuhan kita datang, kepada Tuhan juga kita kembali.’Sekian…..


Ulasan
Catat Ulasan