PENYELIDIKAN: Komunikasi berkesan di media sosial: pendekatan Ibnu Khaldun

Sulaimansalleh2015@gmail.com


Kelebihan yang terdapat pada media sosial berbanding media cetak atau elektronik kerana keupayaan penyampaian maklumatnya begitu cepat sampai kepada khalayak. Hanya beberapa saat selepas dimasukkan ke dalam laman sesawang, ianya berupaya dibaca oleh berjuta-juta pembaca atau penonton. Malah, terdapat di kalangan pengamal media sosial bersikap berlumba-lumba mengisi maklumat di media sosial  membuatkan maklumat samada dalam bentuk visual, gambar atau penulisan yang dipaparkan kurang tepat daripada maklumat sebenar. Seorang tokoh sosiologi Islam, Ibnu Khaldun (1332-1406 masehi) pernah memberikan beberapa pandangan mengenai masalah berkaitan penyebaran maklumat antaranya harus teliti, dan tidak mudah menerima atau mempersetujui sumber yang diperolehi. Kurang ketelitian dan menerima sesuatu maklumat tanpa usul periksa akan menyebabkan pemihakan kepada sesuatu pihak sahaja. Selain itu, tokoh ini turut menyatakan mengenai keyakinan melampau, tersilap menafsir maklumat, tidak jelas maksud yang tersirat, gagal meletakkan sesuatu peristiwa dalam seluruh keadaan, mengampu, jahil mengenai fitrah dan membesar-besarkan sesuatu hal antara punca sesuatu maklumat kurang berkesan dan menyeleweng daripada maklumat yang sebenarnya. 

Kata kunci: Komunikasi, berkesan, Media sosial 


(Artikel ini dikemaskini pada 26.12.2020: jam 10.00am)
Penulis tidak bertanggungjawab terhadap pandangan melalui artikel ini dan ianya adalah pandangan peribadi daripada pemberi sesuatu pandangan.
Sulaimansallehkuis2.blogspot.com @ copyright2020

Ulasan

Covid-19: Semoga virus Covid-19 segera ditemui vaksin penyembuhnya kerana dunia semakin sengsara

COVID-19: India cemas, jangkitan hampiri 70k sehari.

COVID-19: Gelombang baharu, Malaysia harus menang.

COVID-19: Gelombang baharu, Selangor atasi Kedah

COVID-19: Ancaman baru, bermutasi dan semakin kebal.

COVID-19: Rabu (12.8.2020), viral pelajar dijangkiti sedang disiasat.

COVID-19: 11 kes baru, 5 kes libatkan pelajar sekolah rendah.

COVID-19: Penularannya, Malaysia pernah hampir menang.

COVID-19: ASEAN, 2 negara kritikal, 2 negara kematian sifar.

COVID-19: Data rasmi, Indonesia, jangkitan lepasi 100,000.