Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2020

COVID-19: Dua kluster baru dikesan.

Imej
  Oleh Sulaiman Salleh Sulaimansalleh2015@gmail.com Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM) mengesan dua kluster baru babitkan penularan di dalam negara. Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dato' Seri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kluster berkenaan dikenali Kluster MV Glen, di Selangor dan Kluster Telaga, di Kedah. Menurut Noor Hisham, kedua-kedua kluster baru terbabit masing-masing menyumbang satu jangkitan baru daripada 17 kes baru yang dilaporkan pada hari ini. "Lima belas lagi jangkitan membabitkan kes import yang mendapat jangkitan di luar negara melibatkan 11 warganegara Malaysia dan empat bukan warganegara," kata Noor Hisham melalui media sosial rasmi KKM, hari ini. Sementara itu, dilaporkan tujuh kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), lima daripada pesakit terbabit memerlukan rawatan pernafasan. Noor Hisham berkata, dimaklumkan terdapat satu kes kematian baru dan jumlah terkini kumulatif ...

COVID-19: Malaysia, pengembara lebih 900 jangkitan.

Imej
  Oleh Sulaiman Salleh Sulaimansalleh2015@gmail.com Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia PENGEMBARA yang tiba di Malaysia, antara penyumbang besar jangkitan Covid-19 di Malaysia. Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dato' Seri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan kira-kira 107,000 pengembara yang tiba di Malaysia sejak beberapa bulan lalu. Noor Hisham berkata, kesemua pengembara terbabit sudah dilakukan saringan Covid-19 dan sebanyak 904 pengembara terbabit dikesan positif. "Daripada jumlah itu, Indonesia mencatatkan 295 kes, diikuti Mesir, 93 kes dan Singapura sebanyak 70 kes," kata Noor Hisham melalui kenyataan media rasmi KKM, hari ini. Menurut Noor Hisham, pihaknya akan terus memperketatkan aktiviti kesihatan awam yang dijalankan di Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) bagi memastikan jangkitan Covid-19 di luar dapat disekat. Sementara itu, dimaklumkan terdapat 10 kes baharu yang dilaporkan oleh KKM dan jumlah kes ...

COVID-19: 27.8.2020. 5 kes baru, 3 dikesan di hospital angkatan tentera.

Imej
  Oleh Sulaiman Salleh Sulaimansalleh2015@gmail.com Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia KES jangkitan baru Covid-19 dalam negara dikesan di Hospital Angkatan Tentera Terendak, Melaka, di sini, hari ini. Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dato' Seri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata ketiga-tiga kes jangkitan baru penularan Covid-19 di dalam negara itu membabitkan warganegara Malaysia di Melaka. Noor Hisham berkata, pesakit Covid-19 terbabit dikesan ketika melakukan saringan pra pembedahan (2 kes) dan satu kes saringan bergejala di Hospital Angkatan Tentera Kem Terendak, Melaka. "Hingga jam 12 tengahari hari ini (27.8.2020) KKM mengesan lima jangkitan baru dan menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia berjumlah 9,296 kes," katanya melalui laman sosial rasmi KKM, hari ini. Menurut Noor Hisham, dua kes import yang dikesan KKM mendapat jangkitan di luar negara iaitu di Filipina dan Mesir. "Hingga kini jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-...

COVID-19: Kedah, 100% sumbang jangkitan tempatan.

Imej
  Oleh Sulaiman Salleh Sulaimansalleh2015@gmail.com Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM) hanya mengesan penularan baru Covid-19 di dalam negara babitkan warganegara Malaysia di Kedah. Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dato' Seri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, hingga jam 12 tengahari hari ini, pihaknya mengesan enam jangkitan baru, lima penularan tempatan dan satu kes jangkitan luar negara. Noor Hisham berkata, kesemua lima kes penularan baru Covid-19 di dalam negara di kalangan warganegara dikesan di Kedah. "Penularan tempatan membabitkan tiga kes daripada Kluster Tawar, satu kes Severe Acute Respiratory Infecton (SARI) di Hospital Sultanah Bahiyah, dan satu kes saringan bergejala di Hospital Sultanah Bahiyah," katanya melalui kenyataan media sosial rasmi KKM. Menurut Noor Hisham, hingga kini jangkitan baru Covid-19 daripada Kluster Tawar sebanyak 73 kes dan seramai 4.051 individu di negeri Kedah, Pulau Pinang dan P...

COVID-19: 11 kes baru, 5 kes libatkan pelajar sekolah rendah.

Imej
Oleh Sulaiman Salleh Sulaimansalleh2015@gmail.com Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia COVID-19 tidak mengenal usia menyebarkan virusnya apabila lima pelajar sekolah rendah di Kedah didapat positif dari Kluster Tawar. Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dato' Seri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kelima-lima pesakit kanak-kanak terbabit adalah antara 11 jangkitan baru Covid-19 di negara ini. Noor Hisham berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan lima kes baharu yang melibatkan pelajar-pelajar sebuah sekolah rendah di Kedah membabitkan Kluster Tawar. "Mereka dikenalpasti mengidap penyakit Covid-19 melalui pengesanan kes secara aktif dan saringan kontak rapat kes-kes positif," katanya melalui laporan media sosial rasmi KKM, hari ini. Menurut Noor Hisham, hasil siasatan yang dilakukan KKM mendapati kesemua kanak-kanak terbabit adalah kontak rapat seorang pelajar prasekolah yang dilaporkan pada 16 Ogos lalu. "Sehingga 25 Ogos 2020, jam 12 tenga...

COVID-19: 24.8.2020. Positif ketika saringan sebelum bersalin.

Imej
Oleh Sulaiman Salleh Sulaimansalleh2015@gmail.com Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM) mengesan seorang wanita positif Covid-19 ketika melakukan saringan sebelum bersalin. Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dato' Seri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, wanita terbabit tidak bergejala dan telah dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak. Katanya, KKM juga mengesan seorang lagi pesakit Covid-19 tidak bergejala ketika melakukan saringan di tempat kerja, juga di Sarawak, pesakit terbabit dihantar ke Hospital Umum Sarawak untuk rawatan lanjut. "Hingga 24 Ogos 2020, jam 12 tengahari, terdapat tujuh kes baru yang dilaporkan," kata Nor Hisham di media sosial rasmi KKM, hari ini. Menurut Noor Hisham, daripada tujuh kes baharu yang dilaporkan, dua kes adalah kes import membabitkan warga negara, yang telah mendapat jangkitan di luar negara. "Lima kes penularan di dalam negara pula membabitkan dua kes warganegara dan tiga bukan wargane...

COVID-19- 23/8/2020. Kluster Tawar, sumbang jangkitan tempatan.

Imej
  Oleh Sulaiman Salleh Sulaimansalleh2015@gmail.com Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM) mengesan dua jangkitan tempatan berpunca daripada Kluster Tawar dan lapan jangkitan import dari luar negara. Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dato' Seri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pihak mengesan dua jangkitan baru tempatan berpunca dari Kluster Tawar. Menurut Noor Hisham, terdapat dua kes terbaru daripada Kluster Tawar, Kedah dan hingga kini terdapat 65 kes babitkan kluster terbabit. "KKM mengesan kesemua jangkitan Covid-19 daripada Kluster Tawar berlaku di Kedah, Pulau Pinang dan Perak," menurut Noor Hisham melalui laman sosial rasmi KKM, hari ini. Selain itu, Noor Hisham berkata, pihaknya juga mengesan lapan jangkitan baru yang diimport dari luar negara iaitu Jepun, 3 kes; Indonesia, 3 kes; Republik Maldives, 1 kes; dan Mexico, 1 kes. (Penulisan ini dikemaskini pada 23.8.2020: jam 1.20pm) Penulis  tidak bertanggungjawab te...

COVID-19: 22.8.2020, Semua jangkitan tempatan, babitkan Kluster Tawar.

Imej
  Oleh Sulaiman Salleh Sulaimansalleh2015@gmail.com Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM) mengesan lapan kes baru Covid-19, lima daripadanya membabitkan Kluster Tawar. Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dato' Seri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, hingga jam 12 tengahari (22.8.2020) pihaknya mengesan lapan kes babitkan kes baru Covid-19 di negara ini dan kesemua jangkitan tempatan dari Kluster Tawar. Noor Hisham berkata, pengesanan kes saringan kontak rapat bagi Kluster Tawar di Kedah, Pulau Pinang dan Perak masih diteruskan.  "Situasi semasa akan dimaklumkan dari semasa ke semasa," katanya melalui kenyataan media sosial rasmi KKM, hari ini. Selain itu, Noor Hisham berkata, tiga lagi jangkitan babitkan kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara. Noor Hisham turut menasihatkan orang ramai berkongsi maklumat yang terbukti kesahihannya supaya tidak menimbulkan panik di dalam masyarakat. "KKM ada menerima persoa...

COVID-19: Israel negara ke-29 jangkitan lebih 100k.

Imej
  Oleh Sulaiman Salleh Sulaimansalleh2015@gmail.com Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia JANGKITAN Covid-19 di seluruh dunia semakin bertambah dan mengancam kesihatan penduduk bumi apabila Israel menjadi negara yang ke-29 jangkitan lepasi angka 100,000. Berdasarkan data John Hopkins University hingga penulisan ini dihasilkan, jangkitan Covid-19 di Israel berjumlah 100,716 dengan 809 kematian. Juga, berdasarkan laman sesawang  www.worldometers.info  penduduk Israel berjumlah 8.78 juta dan setiap 100 penduduk Israel, seorang dijangkiti Covid-19. Selain Israel, negara Ukraine kebanyakan jangkitan harian lepasi angka 1,000 beberapa minggu lalu kini jangkitannya berjumlah 100,643 dengan 2,207 kematian. Ukraine berada di kedudukan negara ke-30 dari seluruh dunia jangkitannya lepasi 100,000. (Penulisan ini dikemaskini pada 21.8.2020: jam 1.00am) Penulis  tidak bertanggungjawab terhadap pandangan  melalui artikel ini dan ianya adalah pandangan peribadi daripada p...

COVID-19: 21.8.2020. Tidak bergejala, kluster baru antara 9 kes baru.

Imej
  Oleh Sulaiman Salleh Sulaimansalleh2015@gmail.com Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM) mengesan pesakit Covid-19 tidak bergejala dan kes dari kluster baru daripada 9 jangkitan baru yang dikesan. Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dato' Seri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pihaknya mengesan satu kes jangkitan tidak bergejala terhadap seorang individu bukan warganegara, di Sarawak. Noor Hisham berkata, satu kluster baru yang dikenali Kluster Maju di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur juga dikesan oleh KKM Menurut Noor Hisham, kedua-dua individu terbabit sudah dihantar ke hospital berdekatan yang menyediakan rawatan pesakit Covid-19, "Sehingga 21 Ogos 2020, jam 12 tengahari, terdapat sembilan kes baharu yang dilaporkan. Jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia sebanyak 9,249 kes," katanya melalui siaran media di media sosial rasmi KKM, hari ini. Selain itu, berdasarkan kenyataan rasmi KKM terdapat 5 kes penularan di dalam ...

COVID-19: 5 jangkitan baru (20.8.2020), semua kes import

Imej
Oleh Sulaiman Salleh Sulaimansalleh2015@gmail.com Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia SAAT genting Malaysia tangani Covid-19 yang kembali menular pada beberapa minggu lalu dipercayai mula kembali berjaya dikawal semula apabila tiada jangkitan tempatan yang baru. Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dato' Seri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, tiada kes penularan Covid-19 di dalam negara yang dilaporkan pada hari ini. Noor Hisham berkata, kesemua jangkitan baru membabitkan jangkitan luar negara yang melibatkan dua warganegara, tiga bukan warganegara. "Sebanyak 4 kes melibatkan jangkitan dari Jepun (4 kes di Sarawak) dan Bangladesh (1 kes di Selangor)," katanya melalui kenyataan media di media sosial rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Selain itu, Noor Hisham berkata, tiada kematian baru membabitkan jangkitan Covid-19 dan jumlah kumulatif kes kematian kekal 125 kes. (Penulisan ini dikemaskini pada 21.8.2020: jam 1.00am) Penulis  tidak bertanggungjawab ...

COVID-19: India cemas, jangkitan hampiri 70k sehari.

Imej
Oleh Sulaiman Salleh Sulaimansalleh2015@gmail.com Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia MEMBIMBANGKAN apabila negara India menjadi negara terbaru selepas Amerika Syarikat jangkitan hampiri 70,000 kes sehari. Jangkitan di Amerika Syarikat dilihat semakin merosot dan kurang daripada 50,000 hampir seminggu lalu. Sejak 6 Ogos lalu, jangkitan harian Covid-19 di India kebanyakan lepasi angka 60,000 sehari dan angka itu masih kekal ketika penulisan ini dihasilkan. Berdasarkan data John Hopkins University, negara yang mempunyai kira-kira 1.40 bilion penduduk itu menunjukan jangkitan terkini berjumlah 2.86 juta dengan lebih 54,000 kematian. Baru-baru ini, Berita Harian Online melaporkan angka kematian di India melepasi angka 50,000. Bagaimanapun, ramai pakar mendakwa angka sebenar akibat kematian Covid-19 jauh lebih daripada jumlah itu kerana ujian saringan yang rendah serta rekod kematian tidak dilakukan secara teratur. (Penulisan ini dikemaskini pada 20.8.2020: jam 9.30pm) Penulis  ...

COVID-19: Penularan dalam negara masih serius.

Imej
Oleh Sulaiman Salleh Sulaimansalleh2015@gmail.com Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM) mengesan 16 jangkitan baru Covid-19, 12 kes penularan di dalam negara dan empat kes import. Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dato' Seri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kesemua kes penularan di dalam negara membabitkan negeri Kedah (Kluster Tawar, 4 kes, Kluster Sala, 3 kes); Pulau Pinang (Kluster Tawar, 4 kes); Johor, 1 kes (babitkan kes saringan sign-on kapal). Noor Hisham berkata, kes di Johor membabitkan seorang individu tidak bergejala dan pesakit terbabit sudah dimasukkan ke Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom, Kluang, Johor. Sementara itu, Noor Hisham berkata, hingga jam 12 tengahari hari ini jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia berjumlah 9,235 kes. Katanya, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 185 kes. Kesemua pesakit terbabit sudah diasingkan dan diberi rawatan. "Hingga kini, tujuh kes positif Covid-1...

COVID-19: Data rasmi, Arab Saudi jangkitan lebih 300.000

Imej
Oleh Sulaiman Salleh Sulaimansalleh2015@gmail.com Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia SAMBUTAN Aidiladha 2020 lalu adalah sejarah baru bagi umat Islam apabila disambut dalam pardemik Covid-19. Pardemik yang turut menjejaskan penantian menunai ibadah haji yang dinanti-nanti kira-kira 2.5 juta umat Islam di seluruh dunia. Malah, seramai 31,600 umat Islam di Malaysia turut gagal menunaikan haji pada akhir Julai lalu. Keadaan jangkitan Covid-19 di Arab Saudi dilihat masih dalam keadaan mencemaskan kerana jangkitan harian berjumlah lebih 1,200 sehari dan kini mencapai angka 301,232 dengan 3470 kematian. Kali terakhir Kaabah ditutup dari kunjungan orang ramai adalah pada tahun 1978 kerana penularan penyakit meningitis merebak kepada 10,000 jemaah haji ketika itu. Penularan penyakit yang mirip Covid-19 ini melibatkan keradangan pada selaput otak dan saraf tunjang. Penyakit meningitis mudah berjangkit di kalangan kanak-kanak dan remaja tetapi boleh juga melibatkan semua peringkat u...

Covid-19: Kluster Sala, Kluster Tawar masih aktif.

Imej
Oleh Sulaiman Salleh Sulaimansalleh2015@gmail.com Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM) mengesan Kluster Sala dan Kluster Tawar masih aktif dan menyumbang tiga kes jangkitan baru Covid-19 dalam negara. Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dato' Seri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, hingga jam 12 tengahari tadi, pihaknya mengesan tujuh kes baru jangkitan baru Covid-19 dalam negara.  Noor Hisham berkata, Kluster Sala, 2 kes; Kluster Tawar, 1 kes; warga Bangladesh, 3 kes; warga United Kingdom, 1 kes. "Penularan jangkitan dalam Kluster Tawar didapati disumbang oleh perhimpunan di kalangan ahli keluarga yang tidak sepenuhnya mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP)," katanya melalui kenyataan media di media sosialnya, hari ini. Sementara itu, Noor Hisham berkata, hingga 18 Ogos 2020, pada jam 12 tengahari jangkitan Covid-19 yang disahkan oleh KKM di negara ini berjumlah tujuh kes jangkitan baru. Beliau berkata, hingga kini juml...

COVID-19: Kluster Tawar dan Sala, sumbang 9 kes baru.

Imej
  Oleh Sulaiman Salleh Sulaimansalleh2015@gmail.com Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM) mengesan 12 jangkitan baru Covid-19, tujuh kes babitkan Kluster Tawar dan Sala di Kedah serta Pulau Pinang. Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dato' Seri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kes jangkitan baru Kluster Tawar sebanyak 7 kes dan Kluster Sala sebanyak 2 kes. Menurut Noor Hisham, daripada 12 jangkitan baru Covid-19 sebanyak 10 jangkitan tempatan dan dua jangkitan import.  "Seorang lagi jangkitan tempatan berlaku di Selangor ketika saringan bergejala di Hospital Sungai Buloh, Selangor," katanya melalui kenyataan akhbar di media sosial rasmi KKM. Noor Hisham berkata, jangkitan import pula masing-masing babitkan seorang warga Syria dan seorang lagi babitkan warga Filipina. (Penulisan ini dikemaskini pada 17.8.2020: jam 7.30pm) Penulis  tidak bertanggungjawab terhadap pandangan  melalui artikel ini dan ianya adalah pandanga...

COVID-19: Bolivia, jangkitan lepasi 100k. 3 negara menyusul.

Imej
Oleh Sulaiman Salleh Sulaimansalleh2015@gmail.com Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia BERDASARKAN data John Hopkins University jangkitan Covid-19 di negara yang lepasi angka 100,000 semakin bertambah. Berdasarkan data John Hopkins University, negara yang mempunyai penduduk seramai 11.69 juta ini adalah negara ke-28 jangkitan Covid-19 lepasi 100,000. Selain itu, hingga penulisan ini dihasilkan, terdapat tiga negara dijangka akan lepasi angka 100,000 dalam tempoh seminggu atau kurang dari itu kerana kebanyakan negara berkenaan lepasi angka 90,000. Negara-negara berkenaan adalah Mesir, Israel dan Ukraine. Di antara ketiga-tiga negara berkenaan, Ukraine atau Israel dijangka akan mendahului jangkitan lepasi 100,000 kerana jangkitan harian kira-kira 1,600 sehari. Negara Mesir pula, jangkitan harian masih rendah kebanyakannya kurang daripada 200 sehari. (Penulisan ini dikemaskini pada 17.8.2020: jam 10.30am) Penulis  tidak bertanggungjawab terhadap pandangan  melalui artikel ...

COVID-19: Kluster baru (15.8.2020), Sala di Kedah

Imej
Oleh Sulaiman Salleh Sulaimansalleh2015@gmail.com Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia KLUSTER baru dikenali Kluster Sala yang berlaku di Kedah menjadikan terdapat beberapa kluster sedang dilakukan siasatan secara menyeluruh oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata pihaknya mengesan kluster baru itu di daerah Yan, Kedah. Katanya, kes pertama kluster ini adalah lelaki tempatan yang dikesan positif pada 13 Ogos 2020 melalui sistem survelan klinikal Severe Acute Respiratory Infection (SARI) di Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah. "Aktiviti pengesanan kes secara aktif dan saringan kontak rapat telah dijalankan pada 14 Ogos lalu dan kes-kes dikesan positif pada 15 Ogos 2020 (hari ini)," katanya melalui kenyataan media di media sosial milik KKM. Menurut Noor Hisham, kesemua kes bagi kluster ini adalah warga tempatan dan pengesanan kes secara aktif sedang diteruskan. Katanya, jangkitan kes Covid-19 dari K...

COVID-19: India, jangkitan harian setanding USA

Imej
Oleh Sulaiman Salleh Sulaimansalleh2015@gmail.com Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia. JANGKITAN harian di India menyamai Amerika Syarikat sejak tiga minggu berturut-turut bermula akhir Julai lalu. Sejak 29 Julai lalu, purata jangkitan harian di India berjumlah lebih 50,000 dan terdapat hari tertentu jumlahnya lepasi angka 60,000. Berdasarkan John Hopkins University, jumlah keseluruhan Covid-19 di India sebanyak 2.53 juta dengan 49,134 kematian. Begitu juga jangkitan harian di Amerika Syarikat masih terus lepasi angka 50,000 sejak 1 Julai lalu dan angka itu dilihat masih kekal hingga penulisan ini dihasilkan. Berdasarkan data John Hopkins University, jangkitan terkini di Amerika Syarikat pula berjumlah kira-kira 5.48 juta dengan 171,535 kematian. Angka jangkitan lepasi angka 50,000 itu dipercayai mengambil beberapa bulan lagi untuk sampai ke tahap ianya dapat dikawal sepenuhnya. Bagaimanapun, kejayaan mengawal penularan virus berbahaya itu juga bergantung kepada keberkesanan va...

COVID-19: Kluster baru (14.8.2020), Muda di Kedah

Imej
  Oleh Sulaiman Salleh Sulaimansalleh2015@gmail.com Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia. KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA mengesahkan sebanyak 20 kes jangkitan baru Covid-19 dan terdapat  kluster baru yang dikenali Kluster Muda di Kedah. Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, hingga kini pihaknya mengesan dua kluster aktif iaitu Kluster Muda dan Kluster Tawar. Noor Hisham berkata, kes pertama Kluster Muda adalah lelaki warganegara yang bertugas sebagai anggota polis dan 124 kontak rapat lelaki terbabit sudah disaring. Katanya lagi, hingga kini seramai 124 kontak kepada kes pertama Kluster Muda sudah disaring. Hasilnya, 2 kes dikesan positif Covid-19, 5 negatif dan 117 sedang menunggu keputusan. Sementara itu, Noor Hisham berkata, seramai 261 individu sudah disaring dalam Kluster Tawar, daripada jumlah itu 21 kes dikesan positif Covid-19 dan 88 individu sedang menunggu keputusan. Kebanyakan individu yang disahkan positif dengan kluster i...

COVID-19: Virus bersembunyi di makanan sejuk beku.

Imej
  Oleh Sulaiman Salleh Sulaimansalleh2015@gmail.com Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia. BARU-BARU ini, pihak berkuasa China menemui virus Covid-19 pada sampel kepak ayam import dari Brazil, di bandar Shenzhen. Pusat kawalan penyakit China menemui virus berkenaan ketika melakukan rutin pengujian sampel makanan sejuk beku yang diimport susulan penularan gelombang baru Covid-19 yang dikaitkan dengan pasar borong Xinfadi di Beijing. Bagaimanapun, ujian Covid-19 ke atas kesemua individu yang berisiko dijangkiti kesan penemuan virus berkenaan menunjukkan kesemuanya negatif. Pada Julai lalu, pihak berkuasa China turut menemui virus Covid-19 pada bungkusan udang yang diimport dari Ecuador dan tindakan segera menggantung pengimportan produk sejuk beku dari negara berkenaan. Pada masa kini, berdasarkan pemerhatian penulis dari laporan media antarabangsa, hanya kerajaan China melaporkan bahawa terdapat virus Covid-19 di makanan sejuk beku yang diimport terutama dari negara-negara ter...

COVID-19: Terkini (13.8.2020), Kluster Tawar.

Imej
Oleh Sulaiman Salleh Sulaimansalleh2015@gmail.com Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia. KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM) mengesan kluster baru dikenali Kluster Tawar yang tertumpu di Mukim Tawar, Kedah. Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes pertama membabitkan kluster berkenaan dikesan pada seorang peniaga yang menunjukkan gejala sakit dada serta demam pada 8 Ogos lalu. Noor Hisham berkata, lelaki warganegara tempatan itu mempunyai sejarah menghadiri upacara keagamaan memperingati  kematian ahli keluarga dari 31 Julai hingga 1 Ogos lalu, serta dihadiri seramai 30 orang. "Lelaki terbabit menjalani saringan Covid-19 pada 9 Ogos lalu dan dikesan positif pada 11 Ogos 2020," katanya melalui kenyataan media di laman sosial KKM, semalam. Beliau berkata, KKM segera melakukan aktiviti pengesanan kes secara aktif dan saringan kontak rapat dengan pesakit terbabit. "Sehingga 13 Ogos 2020, 86 kontak rapat dengan mangsa sudah disaring...

COVID-19: Rabu (12.8.2020), viral pelajar dijangkiti sedang disiasat.

Imej
Oleh Sulaiman Salleh Sulaimansalleh2015@gmail.com Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia. KEJADIAN tular seorang pelajar sekolah di Lembah Pantai dijangkiti Covid-19 sedang disiasat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pihaknya mengambil maklum mesej pesanan ringkas yang tular di media sosial mengenai seorang pelajar dari sebuah sekolah di Seri Pantai yang didakwa dijangkiti Covid-19. Beliau berkata, pihaknya sudah menerima laporan dari sekolah terbabit mengenai seorang pelajar bergejala dan siasatan dijalankan mengikut protokol KKM. "Hasil siasatan mendapati seorang pelajar tingkatan 5 dari sekolah terbabit mengalami gejala muntah dan cirit-birit pada 9 Ogos lalu." "Pada 10 Ogos, pelajar terbabit dibawa ke sebuah klinik swasta untuk mendapatkan rawatan dan kemudian dipindahkan ke pusat perubatan bagi rawatan lanjut," katanya. Noor Hisham berkata, di klinik swasta itu pelajar terbabit di...

COVID-19: Kazakhstan, negara ke-26, jangkitan lepasi 100,000.

Imej
Oleh Sulaiman Salleh Sulaimansalleh2015@gmail.com Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia. KAZAKHSTAN menjadi negara terbaru jumlah jangkitan lepasi 100,000. Data dari John Hopkins University menunjukkan jangkitan di negara yang bergantung kepada industri hidrokarbon ini terus lepasi angka 100,000. Data dari Johns Hopkins University menunjukkan hingga penulisan ini dihasilkan jangkitan di Kazakhstan berjumlah kira-kira 100,164 dengan 1,269 kematian. Negara yang mempunyai kira-kira 19.08 juta penduduk ini menjadi  negara yang ke-26 jangkitan lepasi angka 100,000. Bagaimanapun, jumlah jangkitan harian Kazakhstan hanya berjumlah 722 sehari dan antara negara yang berjaya mengawal penularan virus Covid-19 di negaranya. (Penulisan ini dikemaskini pada 12.8.2020: jam 12.30am) Penulis  tidak bertanggungjawab terhadap pandangan  melalui artikel ini dan ianya adalah pandangan peribadi daripada pemberi sesuatu pandangan.

COVID-19: Selasa (11.8.2020), 9 jangkitan baru.

Imej
Oleh Sulaiman Salleh Sulaimansalleh2015@gmail.com Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia. JANGKITAN harian Covid-19 di Malaysia terus menunjukkan kurang dari 2 angka apabila Kementerian Kesihatan Malaysia umumkan sembilan jangkitan dengan tiada kematian baru. Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, lima daripadanya membabitkan jangkitan import yang mendapat jangkitan di luar negara. Jangkitan import terbabit membabitkan, Jepun (1 kes); India (1 kes); Pakistan (1 kes); New Zealand (1 kes); dan Singapura (1 kes). Hingga penulisan ini dihasilkan, jangkitan Covid-19 di Malaysia berjumlah 9,103 dengan 125 kematian. Sementara itu, data dari John Hopkins University menunjukan jangkitan Covid-19 di seluruh dunia pula seramai 20.28 juta dengan kira-kira 740,000 kematian. (Penulisan ini dikemaskini pada 11.8.2020: jam 7.30pm)

COVID-19: Rasmi, Isnin (10.8.2020), 11 kes baru.

Imej
Oleh Sulaiman Salleh Sulaimansalleh2015@gmail.com Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia. MALAYSIA terus mencatatkan jangkitan Covid-19 kurang daripada tiga angka dan dianggap berjaya mengawal penularannya di negara ini apabila hingga jam 12 tengahari (Selasa) mencatatkan 11 jangkitan baru. Semalam, laman sosial rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia hingga jam 12 tengahari mencatatkan 13 kes baru yang dilaporkan. Berdasarkan jangkitan terkini, jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia sebanyak 9,094 kes dengan kes aktif kebolehjangkitan sebanyak 166 kes. Pesakit yang disahkan pulih dari jangkitan pula sebanyak 19 kes. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, daripada 11 yang dilaporkan, lima kes adalah kes import iaitu Australia, 3 kes (pesakit di Selangor); Jepun, 1 (pesakit di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur); Singapura, 1 kes (pesakit di Johor). KLUSTER KURAU, PERAK Noor Hisham turut menyatakan bahawa pihaknya berjaya mengesan tiga lagi kes posit...

COVID-19: Dunia, jangkitan lepasi 20 juta.

Oleh Sulaiman Salleh Sulaimansalleh2015@gmail.com COVID-19 terus mengancam manusia apabila jumlah jangkitan terkini virus berbahaya itu terhadap manusia berjumlah lebih 20 juta. Pada masa penulisan ini dikemaskini Johns Hopkins University penduduk bumi yang dijangkiti Covid-19 berjumlah kira-kira 20,005,830. Sementara itu, data dari Johns Hopkins University juga hingga penulisan ini dikemaskini, terdapat sebanyak 211 wilayah dan negara di seluruh dunia dijangkiti Covid-19. Jumlah jangkitan dilihat masih rendah berbanding jumlah sebenarnya penduduk dunia pada masa kini. Berdasarkan Worldmeters. info penduduk dunia dicatatkan sebanyak 7.80 bilion pada 2 Ogos lalu. Data rasmi itu perlu dibimbangi kerana hingga kini, vaksin penyembuh penyakit yang disahkan sebagai Covid-19 pada 21 Januari lalu dinyatakan hanya 282 kes pada 21 Januari lalu. Kebanyakan vaksin Covid-19 yang didakwa beberapa negara sudah ditemui juga masih belum menampakkan kesan jelas bahawa penyakit berkenaan berjaya dipulih...

Covid-19: Rasmi, Ahad (9.8.2020), 13 kes baru.

Imej
Oleh Sulaiman Salleh Sulaimansalleh2015@gmail.com Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia. Berdasarkan laman sosial rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia hingga jam 12 tengahari semalam, terdapat 13 kes baru yang dilaporkan. Jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia sebanyak 9,083 kes dengan kes aktif kebolehjangkitan sebanyak 174 kes.  Sembilan kes pula disahkan pulih dari jangkitan. Sementara itu, dan pergerakan 14 hari taburan kes Covid-19 mengikut daerah di Malaysia hingga semalam mencatatkan Sarawak, 17 kes; Sabah, 13 kes. (Penulisan ini dikemaskini 9.8.2020)

COVID-19: Dunia, jangkitan bakal 50 juta hingga Disember 2020.

Oleh Sulaiman Salleh Sulaimansalleh2015@gmail.com MENCEMASKAN, jangkitan di seluruh dunia terus lepasi angka 200,000 sehari dan terdapat masa tertentu jumlahnya hampir 300,000 dalam tempoh 24 jam. Berdasarkan kenyataan  Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) t empoh empat bulan diperlukan untuk menentukan penggunaan vaksin yang berkesan bagi mencegah penularan Covid-19. Hingga penulisan ini dihasilkan, berdasarkan data dari John Hopkins University dalam tempoh lapan bulan sahaja, sebanyak 19.6 juta jangkitan Covid-19 di seluruh dunia. Berdasarkan kiraan purata 250,000 sehari jangkitan di seluruh dunia, dalam tempoh empat bulan iaitu pada Disember 2020 dijangkakan berjumlah 50 juta jangkitan Covid-19. Bagaimanapun, jika jangkitan lepasi 300,000 sehari, jumlah jangkitan di seluruh dunia akan berjumlah antara 50 hingga 60 juta sebelum vaksin penyembuhnya benar-benar ditemui. Jumlah keseluruhan penduduk bumi berdasarkan laman sesawang World Clock Hours berjumlah 7.8 bilion. Semoga bumi yan...

COVID-19: Vaksin China, kurang berkesan?

Oleh Sulaiman Salleh Sulaimansalleh2015@gmail.com CHINA adalah negara yang terawal menyatakan berjaya menghasilkan vaksin Covid-19. Vaksin berkenaan sedang diuji keberkesanannya di luar China iaitu Brazil dan Emiriah Arab Bersatu (UAE). Baru-baru ini, dilaporkan Brazil dan UAE menerima sejumlah besar vaksin Covid-19 dari China untuk diguna untuk menguji keberkesanan vaksin yang sedang dibangunkan itu. Pada 1 Ogos lalu, Berita Harian Online dengan memetik laporan dari AFP menyiarkan berdasarkan laporan media China bahawa vaksin Covid-19 sedang digunakan untuk mengimuniasi tentera negara itu. Ketika penulisan ini dikemaskini, data rasmi dari John Hopkins University menunjukkan jangkitan Covid-19 di Brazil berjumlah kira-kira 2.97 juta dengan 99,702 kematian.  Di Brazil, dilihat berlaku peningkatan jangkitan empat hari berturut-turut dengan kebanyakan lepasi 50,000 jangkitan sehari berbanding jangkitan terendah pada 3 Ogos lalu dengan kira-kira 18,000 jangkitan sehari. Manakala, jangk...

COVID-19: Vaksin, Januari 2021 bakal digunakan.

Oleh Sulaiman Salleh Sulaimansalleh2015@gmail.com PERDANA MENTERI MALAYSIA, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi gambaran vaksin Covid-19 bakal digunakan di negara ini seawal Januari 2021. Gambaran pengggunaan vaksin itu diumumkan semasa beliau berucap di Majlis Pelancaran Kempen Pembudayaan Norma Baharu di Pagoh, Johor, pagi semasa penulisan ini dihasilkan. Kenyataan Perdana Menteri itu, memberi kelegaan kepada rakyat Malaysia dan negara-negara di Asia Tenggara terutamanya kerana terdapat dua negara iaitu Indonesia dan Filipina jangkitan Covid-19 di paras sangat merbahaya kerana lepasi angka 100,000. Baru-baru ini, Berita Harian Online melalui petikan dari Bernama melaporkan Ho Wah Genting Bhd (HWGB) Biotech, mengadakan kerjasama Memorandum Perjanjian (MoA) firma berpangkalan di Amerika Syarikat (AS), E-MO Biology Inc (EBI) bagi menjalankan penyelidikan permohonan paten berkaitan Covid-19. Dinyatakan, vaksin yang sedang dibangunkan itu dalam proses diluluskan bagi ujian klinikal fasa IV m...

COVID-19: Data rasmi, India cemas, jangkitan lepasi 2 juta.

Oleh Sulaiman Salleh Sulaimansalleh2015@gmail.com DATA harian jangkitan Covid-19 yang lepasi angka 50,000 sehari di India, mempunyai penduduk seramai 1.4 bilion sedang mengancam kesihatan rakyat negara itu. Ketika penulisan ini dikemaskini, data rasmi dari John Hopkins University menunjukkan jangkitan Covid-19 di India berjumlah kira-kira 2.03 juta dengan kira-kira 41,640 kematian. Berdasarlam data rasmi terbabit juga dilihat sejak awal Jun hingga penulisan ini dikemaskini, kebanyakan jangkitan sehari di India berjumlah lebih 50,000 sehari. Kini, India berada di kedudukan ke-3 di kalangan negara paling terjejas akibat dijangkiti Covid-19, selepas Amerika Syarikat dan Brazil. Berdasarkan jangkitan harian Brazil yang semakin rendah sejak beberapa minggu lalu, dijangka dalam tempoh beberapa minggu akan datang, India akan berada di kedudukan kedua negara paling ramai dijangkiti Covid-19. (Penulisan ini dikemaskini pada 7.8.2020: jam 8.40am)

COVID-19: AS, jangkitan lepasi angka 5 juta

Oleh Sulaiman Salleh Sulaimansalleh2015@gmail.com ANGKA  jangkitan harian lebih 50,000 sehari sejak lebih sebulan lalu menyebabkan jangkitan Covid-19 di Amerika Syarikat (AS) bakal lebih 5 juta dalam tempoh kurang 24 jam. Data rasmi dari John Hopkins University ketika penulisan ini dikemaskini menunjukkan jangkitan Covid-19 di AS berjumlah kira-kira 4,973,160 dengan kira-kira 162,000 kematian. Pesakit yang sedang menerima rawatan di pelbagai pusat rawatan di negara itu pula berjumlah kira-kira 2.28 juta. Data dari U.S. and World Population Clock pula menunjukkan hingga 6 Ogos 2020 rakyat Amerika Syarikat berjumlah kira-kira 331 juta. Berdasarkan kedua-dua data berkenaan, pada angka pesakit Covid-19 yang aktif , setiap 1000 rakyat AS, kira-kira 7 orang dijangkiti Covid-19. Jumlah itu dilihat akan terus bertambah kerana pesakit berterusan bertambah dari semasa ke semasa. Malah, catatan tertinggi lebih 80,000 jangkitan pernah dicatatkan pada 18 Julai lalu. Keadaan semasa di A...

COVID-19: Mesir dan Qatar, hampir berjaya kawal gelombang baru.

Oleh Sulaiman Salleh Sulaimansalleh1971@gmail.com KETIKA penulisan ini dihasilkan, terdapat lebih 20 negara hadapi kesukaran mengawal penularan Covid-19 yang memasuki gelombang baru. Bagaimanapun, pemerhatian penulis terhadap laporan  Johns Hopkins University mendapati negara Mesir  yang mempunyai penduduk seramai 102.5 juta hadapi gelombang baru Covid-19 pada Jun lalu hampir berjaya mengawalnya. Gelombang baru Covid-19 di negara yang terkenal dengan produk pelancongan purba itu mencatatkan jangkitan harian hampir 2,000 dan jangkitan terbaru merosot hingga ke angka 200 sehari. Kemerosotan kadar jangkitan itu melambatkan negara itu disenaraikan dalam negara terjejas teruk akibat Covid-19 dengan angka melepasi 100,000. Negara Qatar, yang mempunyai penduduk seramai 2.85 juta juga dilihat berjaya mengawal penularan Covid-19 apabila kadar jangkitan harian di negara itu merosot ke jumlah bawah 200 sehari berbanding hampir 2,000 apabila diserang gelombang baru penularan virus itu. Da...

COVID-19: Gelombang baru, lebih 20 negara cemas.

Sulaiman Salleh Sulaimansalleh2015@gmail.com BERDASARKAN data dari Johns Hopkins University terdapat beberapa negara sedang hadapi gelombang baru penularan Covid-19. Negara berkenaan adalah Sepanyol, Iran, Colombia, Argentina, Indonesia, Filipina, China, Bolivia, Israel, Dominican, Japan dan beberapa negara di seluruh dunia. Pemerhatian penulis dari data Johns Hoskins University mendapati hampir 20 negara menghadapi gelombang baru yang lebih membimbangkan berbanding gelombang pertama. Tempoh seminggu pemerhatian didapati jumlah pesakit Covid-19 di negara-negara berkenaan meningkat secara mendadak. Baru-baru ini Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menyatakan kebimbangannya terhadap gelombang kedua penularan Covid-19 di Malaysia. Kebimbangan yang dinyatakan oleh Noor Hisham itu berasas apabila daripada pemerhatian penulis itu. Malah, kegagalan beberapa negara mengawal penularan jangkitan Covid-19 menyebabkan negara-negara terbabit terus diancam Covid-19 apabila jumlah...

COVID-19: Data rasmi, Filipina jangkitan lebih 103,000.

Sulaiman Salleh Sulaimansalleh2015@gmail.com FILIPINA menjadi negara Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) kedua jangkitan Covid-19 lepasi 100,000. Hingga penulisan ini dikemaskini, jangkitan harian Covid-19 di negara yang mempunyai penduduk seramai kira-kira 1.7 juta itu berjumlah lebih 5,000. Berdasarkan data dari Johns Hopkins University, jangkitan Covid-19 di Filipina berjumlah 103,185 dengan lebih 2,059 kematian. Minggu lalu, Indonesia negara pertama dari ASEAN jangkitan lepasi 100,000. Data terkini, jangkitan Covid-19 di Indonesia berjumlah 111,455 dengan 5,236. Semoga jangkitan Covid-19 di negara-negara ASEAN yang terjejas berupaya dikawal sepenuhnya bagi mengelakkan kesan sampingan kepada negara-negara jiran seperti Malaysia. (Penulisan ini dikemaskini pada 2.8.2020: 10.20pm)

COVID-19: Vaksin, tiada jaminan selamat.

Sulaiman Salleh Sulaimansalleh2015@gmail.com SATU-SATUNYA penyelamat pandemik Covid-19 yang mengancam dunia hari ini adalah vaksinnya. Selamatkah vaksin yang sesetengah negara mendakwa ianya sudah ditemui? Sekadar mengambil contoh, pada 2018 lebih 200,000 kanak-kanak di beberapa negara diberikan vaksin untuk penyakit difteria,tetanus dan batuk kokol (DPT), kesannya terdapat beberapa kes kanak-kanak terbabit mengalami kelumpuhan, kesan sampingan daripada vaksin yang dibekalkan oleh negara China. Dakwaan China bahawa negara itu sudah berjaya mewujudkan vaksin Covid-19 dan sedang diuji penggunaannya di beberapa negara yang terdesak adalah ancaman kepada rakyat negara itu sendiri. Baru-baru ini, Berita Harian Online dengan memetik laporan AFP melaporkan China dan Rusia antara negara terawal mendakwa berjaya menghasilkan vaksin Covid-19 dan sedang digunakan pada orang awam. Vaksin Covid-19 yang dihasilkan China kebanyakannya sedang digunakan di Brazil dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) walaupun...

COVID-19: Jepun cemas, gelombang baru.

Sulaiman Salleh Sulaimansalleh2015@gmail.com BERDASARKAN data dari Johns Hopkins University ketika penulisan ini dikemaskini, jangkitan di Jepun pada gelombang baru Covid-19 di negara berkenaan berjumlah 35,836 dengan 1011 kematian. Jepun, pada Jun 2020 lalu, kadar jangkitan Covid-19 di negara itu kebanyakannya  mencatatkan kurang 50 jangkitan sehari.  Bagaimanapun, bermula 1 Julai 2020, jangkitan mencapai lebih 100 sehari dan akhir Julai 2020 lalu, jumlah jangkitan harian sebanyak 1148 kes. Negara yang mempunyai penduduk seramai kira-kira 126 juta ini terpaksa melakukan pelbagai cara yang diharapkan berkesan seperti penjarakkan sosial yang ketat serta mengistiharkan darurat di negeri yang terjejas teruk akibat virus berbahaya itu. Semoga rakyat Malaysia dan negara-negara yang kadar jangkitannya terkawal tidak leka dan terus mematuhi peraturan dan garis panduan yang ditetapkan kerajaan demi kelangsungan hidup yang lebih selesa. (Penulisan ini dikemaskini pada 2.8.2020: jam 9.2...

COVID-19: WHO, berdekad mengawalnya.

Sulaiman Salleh Sulaimansalleh2015@gmail.com PERTUBUHAN KESIHATAN SEDUNIA (WHO) memberi amaran virus Covid-19 akan mengambil tempoh berdekad untuk dikawal walaupun vaksin hampir berjaya dibangunkan dalam tempoh singkat. Laporan Berita Harian Online dengan memetik kenyataan Ketua WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus menyatakan bahawa pihaknya akan mengekalkan status pandemik sebagai tahap penggera tertinggi yang diumumkan pada 30 Januari lalu. Berdasarkan laporan dengan memetik media AFP, Berita Harian Online menyatakan ketika pandemik itu dikeluarkan hanya terdapat 100 laporan rasmi dengan tiada kematian dilaporkan di luar negara China. Berbeza dengan situasi kini, terdapat jangkitan hampir 18 juta dengan hampir 700,000 kematian. Dinyatakan juga penduduk bumi akan terus terkesan akibat Covid-19 untuk tempoh beberapa dekad, disamping memberi kesan kepada kesihatan, politik dan ekonomi sedunia. Berdasarkan kenyataan itu, penulis melihat sudut vaksin Covid-19 yang dibangunkan secara tergesa-ge...

COVID-19: 3 negara, jangkitan lebih 50,000 sehari

Sulaiman Salleh Sulaimansalleh2015@gmail.com VIRUS Covid-19 terus mengancam dunia apabila jangkitan harian di beberapa negara seperti Amerika Syarikat, India, dan Brazil terlalu membimbangkan. Berdasarkan data dari Johns Hopkins University terdapat beberapa negara jangkitan harian melepasi 50,000 sehari. 1. Amerika Syarikat : purata jangkitan 70,000 sehari. 2. India : purata jangkitan hampir 60,000 sehari. 3. Brazil : purata jangkitan 50,000 sehari. Berdasarkan jangkitan harian yang melebihi 50,000 sehari, terlalu sukar negara-negara berkenaan mengawal penularan virus berbahaya itu. (Penulisan dikemaskini pada 1.8.2020: jam 12.01pm.