COVID-19: 22.8.2020, Semua jangkitan tempatan, babitkan Kluster Tawar.
Oleh Sulaiman Salleh
Sulaimansalleh2015@gmail.com
![]() |
Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia |
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM) mengesan lapan kes baru Covid-19, lima daripadanya membabitkan Kluster Tawar.
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dato' Seri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, hingga jam 12 tengahari (22.8.2020) pihaknya mengesan lapan kes babitkan kes baru Covid-19 di negara ini dan kesemua jangkitan tempatan dari Kluster Tawar.
Noor Hisham berkata, pengesanan kes saringan kontak rapat bagi Kluster Tawar di Kedah, Pulau Pinang dan Perak masih diteruskan.
"Situasi semasa akan dimaklumkan dari semasa ke semasa," katanya melalui kenyataan media sosial rasmi KKM, hari ini.
Selain itu, Noor Hisham berkata, tiga lagi jangkitan babitkan kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.
Noor Hisham turut menasihatkan orang ramai berkongsi maklumat yang terbukti kesahihannya supaya tidak menimbulkan panik di dalam masyarakat.
"KKM ada menerima persoalan mengenai notifikasi kes Covid-19 di kawasan Subang Jaya. Semakan dan siasatan dijalankan terhadap lokasi yang tidak tepat terbabit," katanya.
Beliau berkata, kes positif Covid-19 terbabit dilaporkan pada 10 Ogos 2020 lalu dan adalah seorang bukan warganegara yang menjalani saringan di tempat kerja.
"Sementara menunggu keputusan ujian, majikan individu terbabit mengambil inisiatif meletakkannya di bawah kuarantin di sebuah hotel di Subang Jaya," katanya.
Noor Hisham berkata, hotel berkenaan adalah lokasi yang turut didaftar dalam aplikasi MySejahtera.
"Setelah mendapat keputusan saringan Covid-19, alamat pendaftaran kes tersebut dipindahkan semula ke alamat tempat tinggal beliau iaitu di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras sebelum beliau dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh," katanya.
Menurut Noor Hisham, hal itu penting kerana segala tindakan pengesanan kes secara aktif dan juga saringan kontak rapat dijalankan di lokasi tempat kediaman kes (individu terbabit) di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras.
"Lokasi itu turut dikemaskini di aplikasi MySejahtera sebagai alamat kes terbabit," katanya.
(Penulisan ini dikemaskini pada 22.8.2020: jam 8.00pm)
Penulis tidak bertanggungjawab terhadap pandangan melalui artikel ini dan ianya adalah pandangan peribadi daripada pemberi sesuatu pandangan.
Ulasan
Catat Ulasan