COVID-19: Vaksin China, kurang berkesan?

Oleh Sulaiman Salleh
Sulaimansalleh2015@gmail.com

CHINA adalah negara yang terawal menyatakan berjaya menghasilkan vaksin Covid-19. Vaksin berkenaan sedang diuji keberkesanannya di luar China iaitu Brazil dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Baru-baru ini, dilaporkan Brazil dan UAE menerima sejumlah besar vaksin Covid-19 dari China untuk diguna untuk menguji keberkesanan vaksin yang sedang dibangunkan itu.

Pada 1 Ogos lalu, Berita Harian Online dengan memetik laporan dari AFP menyiarkan berdasarkan laporan media China bahawa vaksin Covid-19 sedang digunakan untuk mengimuniasi tentera negara itu.

Ketika penulisan ini dikemaskini, data rasmi dari John Hopkins University menunjukkan jangkitan Covid-19 di Brazil berjumlah kira-kira 2.97 juta dengan 99,702 kematian. 

Di Brazil, dilihat berlaku peningkatan jangkitan empat hari berturut-turut dengan kebanyakan lepasi 50,000 jangkitan sehari berbanding jangkitan terendah pada 3 Ogos lalu dengan kira-kira 18,000 jangkitan sehari.

Manakala, jangkitan di UAE pula menunjukkan sebanyak 62,061 jangkitan dengan 356 kematian. Di negara ini berlaku peningkatan jangkitan tiga hari berturut-turut selepas dilihat berlaku penurunan pada 3 Ogos lalu sebanyak 164 jangkitan sehari.

Sementara itu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga menyatakan terdapat enam vaksin percubaan fasa ketiga, tiga daripadanya dihasilkan dari China.

Difahamkan, pada fasa ketiga vaksin akan dimasukkan ke dalam populasi umum. Seterusnya dilihat dari ciri keselamatan, keimunogenan serta tindak balas imun pada pesakit yang dijadikan sebagai sampel kajian.

Semoga vaksin penyembuh penularan Covid-19 dapat ditemui dalam tempoh masa diharapkan dan penggunaannya selamat untuk pesakit bagi virus berbahaya ini.


(Penulisan dikemaskini pada 8.8.2020: jam 3.30pm)


Ulasan

Covid-19: Semoga virus Covid-19 segera ditemui vaksin penyembuhnya kerana dunia semakin sengsara

COVID-19: India cemas, jangkitan hampiri 70k sehari.

COVID-19: Gelombang baharu, Malaysia harus menang.

COVID-19: Gelombang baharu, Selangor atasi Kedah

COVID-19: Ancaman baru, bermutasi dan semakin kebal.

COVID-19: Rabu (12.8.2020), viral pelajar dijangkiti sedang disiasat.

COVID-19: 11 kes baru, 5 kes libatkan pelajar sekolah rendah.

COVID-19: Penularannya, Malaysia pernah hampir menang.

COVID-19: ASEAN, 2 negara kritikal, 2 negara kematian sifar.

COVID-19: Data rasmi, Indonesia, jangkitan lepasi 100,000.