COVID-19: WHO, berdekad mengawalnya.

Sulaiman Salleh
Sulaimansalleh2015@gmail.com


PERTUBUHAN KESIHATAN SEDUNIA (WHO) memberi amaran virus Covid-19 akan mengambil tempoh berdekad untuk dikawal walaupun vaksin hampir berjaya dibangunkan dalam tempoh singkat.

Laporan Berita Harian Online dengan memetik kenyataan Ketua WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus menyatakan bahawa pihaknya akan mengekalkan status pandemik sebagai tahap penggera tertinggi yang diumumkan pada 30 Januari lalu.

Berdasarkan laporan dengan memetik media AFP, Berita Harian Online menyatakan ketika pandemik itu dikeluarkan hanya terdapat 100 laporan rasmi dengan tiada kematian dilaporkan di luar negara China.

Berbeza dengan situasi kini, terdapat jangkitan hampir 18 juta dengan hampir 700,000 kematian. Dinyatakan juga penduduk bumi akan terus terkesan akibat Covid-19 untuk tempoh beberapa dekad, disamping memberi kesan kepada kesihatan, politik dan ekonomi sedunia.

Berdasarkan kenyataan itu, penulis melihat sudut vaksin Covid-19 yang dibangunkan secara tergesa-gesa, kebiasaannya vaksin perlu melalui ujian tertentu sebelum diuji pada manusia. 

Kebanyakan vaksin yang sudah diuji pada haiwan hanya tempoh beberapa minggu, seharusnya lebih dari tiga bulan supaya kajian dilakukan secara menyeluruh. 

Pembangunan vaksin kebanyakannya tanpa melihat kesan keseluruhan terhadap haiwan terbabit. Dibimbangi memberi kesan kepada tubuh badan manusia yang menggunakan vaksin terbabit.

Kesan politik, daripada paparan media antarabangsa, terdapat negara-negara seperti Amerika Syarikat, Rusia dan beberapa negara lain kebanyakan rakyatnya tidak berpuashati dengan cara kerajaan menangani penularan wabak Covid-19.

Kerap dilaporkan di negara-negara berkenaan diadakan bantahan secara terbuka, rusuhan, dan perarakan bantahan terhadap pandemik itu ditangani.

Kesan ekonomi juga dilihat banyak aktiviti ekonomi tidak dilakukan dan kadar penggangguran di kebanyakan negara semakin bertambah. Banyak negara terpaksa membuka aktiviti ekonomi demi kelangsungan hidup rakyatnya dan negara.


(Penulisan dikemaskini pada 1.8.2020: jam 11pm)

Ulasan

Covid-19: Semoga virus Covid-19 segera ditemui vaksin penyembuhnya kerana dunia semakin sengsara

COVID-19: India cemas, jangkitan hampiri 70k sehari.

COVID-19: Gelombang baharu, Malaysia harus menang.

COVID-19: Gelombang baharu, Selangor atasi Kedah

COVID-19: Ancaman baru, bermutasi dan semakin kebal.

COVID-19: Rabu (12.8.2020), viral pelajar dijangkiti sedang disiasat.

COVID-19: 11 kes baru, 5 kes libatkan pelajar sekolah rendah.

COVID-19: Penularannya, Malaysia pernah hampir menang.

COVID-19: ASEAN, 2 negara kritikal, 2 negara kematian sifar.

COVID-19: Data rasmi, Indonesia, jangkitan lepasi 100,000.