Covid-19: Kluster Sala, Kluster Tawar masih aktif.
Oleh Sulaiman Salleh
Sulaimansalleh2015@gmail.com
![]() |
Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia |
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM) mengesan Kluster Sala dan Kluster Tawar masih aktif dan menyumbang tiga kes jangkitan baru Covid-19 dalam negara.
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dato' Seri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, hingga jam 12 tengahari tadi, pihaknya mengesan tujuh kes baru jangkitan baru Covid-19 dalam negara.
Noor Hisham berkata, Kluster Sala, 2 kes; Kluster Tawar, 1 kes; warga Bangladesh, 3 kes; warga United Kingdom, 1 kes.
"Penularan jangkitan dalam Kluster Tawar didapati disumbang oleh perhimpunan di kalangan ahli keluarga yang tidak sepenuhnya mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP)," katanya melalui kenyataan media di media sosialnya, hari ini.
Sementara itu, Noor Hisham berkata, hingga 18 Ogos 2020, pada jam 12 tengahari jangkitan Covid-19 yang disahkan oleh KKM di negara ini berjumlah tujuh kes jangkitan baru.
Beliau berkata, hingga kini jumlah keseluruhan yang dikesan di negara ini berjumlah 9219 dengan 125 kematian.
"Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan sebanyak 192 kes. Pesakit sudah diasingkan dan diberi rawatan," katanya.
(Penulisan ini dikemaskini pada 18.8.2020: jam 7.00pm)
Penulis tidak bertanggungjawab terhadap pandangan melalui artikel ini dan ianya adalah pandangan peribadi daripada pemberi sesuatu pandangan.
Ulasan
Catat Ulasan