COVID-19: Jepun cemas, gelombang baru.
Sulaiman Salleh
Sulaimansalleh2015@gmail.com
BERDASARKAN data dari Johns Hopkins University ketika penulisan ini dikemaskini, jangkitan di Jepun pada gelombang baru Covid-19 di negara berkenaan berjumlah 35,836 dengan 1011 kematian.
Jepun, pada Jun 2020 lalu, kadar jangkitan Covid-19 di negara itu kebanyakannya mencatatkan kurang 50 jangkitan sehari.
Bagaimanapun, bermula 1 Julai 2020, jangkitan mencapai lebih 100 sehari dan akhir Julai 2020 lalu, jumlah jangkitan harian sebanyak 1148 kes.
Negara yang mempunyai penduduk seramai kira-kira 126 juta ini terpaksa melakukan pelbagai cara yang diharapkan berkesan seperti penjarakkan sosial yang ketat serta mengistiharkan darurat di negeri yang terjejas teruk akibat virus berbahaya itu.
Semoga rakyat Malaysia dan negara-negara yang kadar jangkitannya terkawal tidak leka dan terus mematuhi peraturan dan garis panduan yang ditetapkan kerajaan demi kelangsungan hidup yang lebih selesa.
(Penulisan ini dikemaskini pada 2.8.2020: jam 9.20am.
Ulasan
Catat Ulasan