COVID-19- 23/8/2020. Kluster Tawar, sumbang jangkitan tempatan.
![]() |
Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia |
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM) mengesan dua jangkitan tempatan berpunca daripada Kluster Tawar dan lapan jangkitan import dari luar negara.
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dato' Seri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pihak mengesan dua jangkitan baru tempatan berpunca dari Kluster Tawar.
Menurut Noor Hisham, terdapat dua kes terbaru daripada Kluster Tawar, Kedah dan hingga kini terdapat 65 kes babitkan kluster terbabit.
"KKM mengesan kesemua jangkitan Covid-19 daripada Kluster Tawar berlaku di Kedah, Pulau Pinang dan Perak," menurut Noor Hisham melalui laman sosial rasmi KKM, hari ini.
Selain itu, Noor Hisham berkata, pihaknya juga mengesan lapan jangkitan baru yang diimport dari luar negara iaitu Jepun, 3 kes; Indonesia, 3 kes; Republik Maldives, 1 kes; dan Mexico, 1 kes.
Ulasan
Catat Ulasan