COVID-19: 21.8.2020. Tidak bergejala, kluster baru antara 9 kes baru.

 

Oleh Sulaiman Salleh
Sulaimansalleh2015@gmail.com

Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia
Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia











KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM) mengesan pesakit Covid-19 tidak bergejala dan kes dari kluster baru daripada 9 jangkitan baru yang dikesan.

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dato' Seri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pihaknya mengesan satu kes jangkitan tidak bergejala terhadap seorang individu bukan warganegara, di Sarawak.

Noor Hisham berkata, satu kluster baru yang dikenali Kluster Maju di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur juga dikesan oleh KKM

Menurut Noor Hisham, kedua-dua individu terbabit sudah dihantar ke hospital berdekatan yang menyediakan rawatan pesakit Covid-19,

"Sehingga 21 Ogos 2020, jam 12 tengahari, terdapat sembilan kes baharu yang dilaporkan. Jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia sebanyak 9,249 kes," katanya melalui siaran media di media sosial rasmi KKM, hari ini.

Selain itu, berdasarkan kenyataan rasmi KKM terdapat 5 kes penularan di dalam negara, dan 4 kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara.

Hingga penulisan ini dikemaskini, juga dilaporkan masih terdapat kes dari Kluster Tawar, Kedah iaitu menyumbang 3 kes baru.

(Penulisan ini dikemaskini pada 21.8.2020: jam 8.30pm)
Penulis tidak bertanggungjawab terhadap pandangan  melalui artikel ini dan ianya adalah pandangan peribadi daripada pemberi sesuatu pandangan.


Ulasan

Covid-19: Semoga virus Covid-19 segera ditemui vaksin penyembuhnya kerana dunia semakin sengsara

COVID-19: India cemas, jangkitan hampiri 70k sehari.

COVID-19: Gelombang baharu, Malaysia harus menang.

COVID-19: Gelombang baharu, Selangor atasi Kedah

COVID-19: Ancaman baru, bermutasi dan semakin kebal.

COVID-19: Rabu (12.8.2020), viral pelajar dijangkiti sedang disiasat.

COVID-19: 11 kes baru, 5 kes libatkan pelajar sekolah rendah.

COVID-19: Penularannya, Malaysia pernah hampir menang.

COVID-19: ASEAN, 2 negara kritikal, 2 negara kematian sifar.

COVID-19: Data rasmi, Indonesia, jangkitan lepasi 100,000.