COVID-19: Dunia, jangkitan lepasi 20 juta.

Oleh Sulaiman Salleh
Sulaimansalleh2015@gmail.com

COVID-19 terus mengancam manusia apabila jumlah jangkitan terkini virus berbahaya itu terhadap manusia berjumlah lebih 20 juta.

Pada masa penulisan ini dikemaskini Johns Hopkins University penduduk bumi yang dijangkiti Covid-19 berjumlah kira-kira 20,005,830.

Sementara itu, data dari Johns Hopkins University juga hingga penulisan ini dikemaskini, terdapat sebanyak 211 wilayah dan negara di seluruh dunia dijangkiti Covid-19.

Jumlah jangkitan dilihat masih rendah berbanding jumlah sebenarnya penduduk dunia pada masa kini. Berdasarkan Worldmeters. info penduduk dunia dicatatkan sebanyak 7.80 bilion pada 2 Ogos lalu.

Data rasmi itu perlu dibimbangi kerana hingga kini, vaksin penyembuh penyakit yang disahkan sebagai Covid-19 pada 21 Januari lalu dinyatakan hanya 282 kes pada 21 Januari lalu.

Kebanyakan vaksin Covid-19 yang didakwa beberapa negara sudah ditemui juga masih belum menampakkan kesan jelas bahawa penyakit berkenaan berjaya dipulihkan.

Bagaimanapun, berdasarkan jumlah wilayah dan negara yang disenaraikan oleh Wikipedia, terdapat 29 negara daripada 240 wilayah dan negara masih terselamat daripada ancaman Covid-19.


(Penulisan ini dikemaskini pada 10.8.2020: jam 7.50am)

Ulasan

Covid-19: Semoga virus Covid-19 segera ditemui vaksin penyembuhnya kerana dunia semakin sengsara

COVID-19: India cemas, jangkitan hampiri 70k sehari.

COVID-19: Gelombang baharu, Malaysia harus menang.

COVID-19: Gelombang baharu, Selangor atasi Kedah

COVID-19: Ancaman baru, bermutasi dan semakin kebal.

COVID-19: Rabu (12.8.2020), viral pelajar dijangkiti sedang disiasat.

COVID-19: 11 kes baru, 5 kes libatkan pelajar sekolah rendah.

COVID-19: Penularannya, Malaysia pernah hampir menang.

COVID-19: ASEAN, 2 negara kritikal, 2 negara kematian sifar.

COVID-19: Data rasmi, Indonesia, jangkitan lepasi 100,000.