COVID-19: Malaysia, pengembara lebih 900 jangkitan.
![]() |
Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia |
PENGEMBARA yang tiba di Malaysia, antara penyumbang besar jangkitan Covid-19 di Malaysia.
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dato' Seri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan kira-kira 107,000 pengembara yang tiba di Malaysia sejak beberapa bulan lalu.
Noor Hisham berkata, kesemua pengembara terbabit sudah dilakukan saringan Covid-19 dan sebanyak 904 pengembara terbabit dikesan positif.
"Daripada jumlah itu, Indonesia mencatatkan 295 kes, diikuti Mesir, 93 kes dan Singapura sebanyak 70 kes," kata Noor Hisham melalui kenyataan media rasmi KKM, hari ini.
Menurut Noor Hisham, pihaknya akan terus memperketatkan aktiviti kesihatan awam yang dijalankan di Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) bagi memastikan jangkitan Covid-19 di luar dapat disekat.
Sementara itu, dimaklumkan terdapat 10 kes baharu yang dilaporkan oleh KKM dan jumlah kes positif sebanyak 9,306 kes.
"Daripada 10 kes baharu yang dilaporkan, lapan kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara dan dua kes babitkan penularan dalam negara," katanya.
Noor Hisham berkata, satu daripada kes terbabit adalah warganegara Malaysia dan satu kes lagi babitkan bukan warganegara.
Ulasan
Catat Ulasan