COVID-19: Dua kluster baru dikesan.

 

Oleh Sulaiman Salleh
Sulaimansalleh2015@gmail.com

Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia
Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia









KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM) mengesan dua kluster baru babitkan penularan di dalam negara.

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dato' Seri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kluster berkenaan dikenali Kluster MV Glen, di Selangor dan Kluster Telaga, di Kedah.

Menurut Noor Hisham, kedua-kedua kluster baru terbabit masing-masing menyumbang satu jangkitan baru daripada 17 kes baru yang dilaporkan pada hari ini.

"Lima belas lagi jangkitan membabitkan kes import yang mendapat jangkitan di luar negara melibatkan 11 warganegara Malaysia dan empat bukan warganegara," kata Noor Hisham melalui media sosial rasmi KKM, hari ini.

Sementara itu, dilaporkan tujuh kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), lima daripada pesakit terbabit memerlukan rawatan pernafasan.

Noor Hisham berkata, dimaklumkan terdapat satu kes kematian baru dan jumlah terkini kumulatif kematian akibat Covid-19 di negara ini berjumlah 126 kes.


(Penulisan ini dikemaskini pada 30.8.2020: jam 9.00pm)
Penulis tidak bertanggungjawab terhadap pandangan  melalui artikel ini dan ianya adalah pandangan peribadi daripada pemberi sesuatu pandangan.

Ulasan

Covid-19: Semoga virus Covid-19 segera ditemui vaksin penyembuhnya kerana dunia semakin sengsara

COVID-19: India cemas, jangkitan hampiri 70k sehari.

COVID-19: Gelombang baharu, Malaysia harus menang.

COVID-19: Gelombang baharu, Selangor atasi Kedah

COVID-19: Ancaman baru, bermutasi dan semakin kebal.

COVID-19: Rabu (12.8.2020), viral pelajar dijangkiti sedang disiasat.

COVID-19: 11 kes baru, 5 kes libatkan pelajar sekolah rendah.

COVID-19: Penularannya, Malaysia pernah hampir menang.

COVID-19: ASEAN, 2 negara kritikal, 2 negara kematian sifar.

COVID-19: Data rasmi, Indonesia, jangkitan lepasi 100,000.