COVID-19: India, jangkitan harian setanding USA


Oleh Sulaiman Salleh
Sulaimansalleh2015@gmail.com

Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia
Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia.


JANGKITAN harian di India menyamai Amerika Syarikat sejak tiga minggu berturut-turut bermula akhir Julai lalu.

Sejak 29 Julai lalu, purata jangkitan harian di India berjumlah lebih 50,000 dan terdapat hari tertentu jumlahnya lepasi angka 60,000. Berdasarkan John Hopkins University, jumlah keseluruhan Covid-19 di India sebanyak 2.53 juta dengan 49,134 kematian.

Begitu juga jangkitan harian di Amerika Syarikat masih terus lepasi angka 50,000 sejak 1 Julai lalu dan angka itu dilihat masih kekal hingga penulisan ini dihasilkan.

Berdasarkan data John Hopkins University, jangkitan terkini di Amerika Syarikat pula berjumlah kira-kira 5.48 juta dengan 171,535 kematian.

Angka jangkitan lepasi angka 50,000 itu dipercayai mengambil beberapa bulan lagi untuk sampai ke tahap ianya dapat dikawal sepenuhnya. Bagaimanapun, kejayaan mengawal penularan virus berbahaya itu juga bergantung kepada keberkesanan vaksin yang sedang dibangunkan.

Berdasarkan laporan Bernama baru-baru ini, menurut Pegawai Kanan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), enam vaksin percubaan Covid-19, termasuk tiga dari China masih di peringkat percubaan fasa ketiga.

Pada fasa ketiga, vaksin akan dimasukkan ke dalam populasi umum, kemudian barulah ditumpukan pada ciri keselamatan, keimunogenan serta tindak balas imun bagi menguji adakah vaksin dapat melindungi tubuh badan dari virus Covid-19 berkenaan.

Semoga vaksin Covid-19 segera ditemui dalam masa yang diharapkan bagi membolehkan kehidupan harian di seluruh dunia kembali pulih seperti sebelum pandemik virus berbahaya itu.

(Penulisan ini dikemaskini pada 15.8.2020: jam 11.00am)
Penulis tidak bertanggungjawab terhadap pandangan  melalui artikel ini dan ianya adalah pandangan peribadi daripada pemberi sesuatu pandangan.



Ulasan

Covid-19: Semoga virus Covid-19 segera ditemui vaksin penyembuhnya kerana dunia semakin sengsara

COVID-19: India cemas, jangkitan hampiri 70k sehari.

COVID-19: Gelombang baharu, Malaysia harus menang.

COVID-19: Gelombang baharu, Selangor atasi Kedah

COVID-19: Ancaman baru, bermutasi dan semakin kebal.

COVID-19: Rabu (12.8.2020), viral pelajar dijangkiti sedang disiasat.

COVID-19: 11 kes baru, 5 kes libatkan pelajar sekolah rendah.

COVID-19: Penularannya, Malaysia pernah hampir menang.

COVID-19: ASEAN, 2 negara kritikal, 2 negara kematian sifar.

COVID-19: Data rasmi, Indonesia, jangkitan lepasi 100,000.