COVID-19: Penularan dalam negara masih serius.

Oleh Sulaiman Salleh
Sulaimansalleh2015@gmail.com
Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia
Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia








KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM) mengesan 16 jangkitan baru Covid-19, 12 kes penularan di dalam negara dan empat kes import.

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dato' Seri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kesemua kes penularan di dalam negara membabitkan negeri Kedah (Kluster Tawar, 4 kes, Kluster Sala, 3 kes); Pulau Pinang (Kluster Tawar, 4 kes); Johor, 1 kes (babitkan kes saringan sign-on kapal).

Noor Hisham berkata, kes di Johor membabitkan seorang individu tidak bergejala dan pesakit terbabit sudah dimasukkan ke Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom, Kluang, Johor.

Sementara itu, Noor Hisham berkata, hingga jam 12 tengahari hari ini jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia berjumlah 9,235 kes.

Katanya, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 185 kes. Kesemua pesakit terbabit sudah diasingkan dan diberi rawatan.

"Hingga kini, tujuh kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), tiga daripadanya memerlukan bantuan penafasan.

(Penulisan ini dikemaskini pada 19.8.2020: jam 6.20pm)
Penulis tidak bertanggungjawab terhadap pandangan  melalui artikel ini dan ianya adalah pandangan peribadi daripada pemberi sesuatu pandangan.

Ulasan

Covid-19: Semoga virus Covid-19 segera ditemui vaksin penyembuhnya kerana dunia semakin sengsara

COVID-19: India cemas, jangkitan hampiri 70k sehari.

COVID-19: Gelombang baharu, Malaysia harus menang.

COVID-19: Gelombang baharu, Selangor atasi Kedah

COVID-19: Ancaman baru, bermutasi dan semakin kebal.

COVID-19: Rabu (12.8.2020), viral pelajar dijangkiti sedang disiasat.

COVID-19: 11 kes baru, 5 kes libatkan pelajar sekolah rendah.

COVID-19: Penularannya, Malaysia pernah hampir menang.

COVID-19: ASEAN, 2 negara kritikal, 2 negara kematian sifar.

COVID-19: Data rasmi, Indonesia, jangkitan lepasi 100,000.