COVID-19: 24.8.2020. Positif ketika saringan sebelum bersalin.


Oleh Sulaiman Salleh
Sulaimansalleh2015@gmail.com

Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia
Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia














KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM) mengesan seorang wanita positif Covid-19 ketika melakukan saringan sebelum bersalin.

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dato' Seri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, wanita terbabit tidak bergejala dan telah dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak.

Katanya, KKM juga mengesan seorang lagi pesakit Covid-19 tidak bergejala ketika melakukan saringan di tempat kerja, juga di Sarawak, pesakit terbabit dihantar ke Hospital Umum Sarawak untuk rawatan lanjut.

"Hingga 24 Ogos 2020, jam 12 tengahari, terdapat tujuh kes baru yang dilaporkan," kata Nor Hisham di media sosial rasmi KKM, hari ini.

Menurut Noor Hisham, daripada tujuh kes baharu yang dilaporkan, dua kes adalah kes import membabitkan warga negara, yang telah mendapat jangkitan di luar negara.

"Lima kes penularan di dalam negara pula membabitkan dua kes warganegara dan tiga bukan warganegara," katanya.


(Penulisan ini dikemaskini pada 23.8.2020: jam 1.20pm)
Penulis tidak bertanggungjawab terhadap pandangan  melalui artikel ini dan ianya adalah pandangan peribadi daripada pemberi sesuatu pandangan.



Ulasan

Covid-19: Semoga virus Covid-19 segera ditemui vaksin penyembuhnya kerana dunia semakin sengsara

COVID-19: India cemas, jangkitan hampiri 70k sehari.

COVID-19: Gelombang baharu, Malaysia harus menang.

COVID-19: Gelombang baharu, Selangor atasi Kedah

COVID-19: Ancaman baru, bermutasi dan semakin kebal.

COVID-19: Rabu (12.8.2020), viral pelajar dijangkiti sedang disiasat.

COVID-19: 11 kes baru, 5 kes libatkan pelajar sekolah rendah.

COVID-19: Penularannya, Malaysia pernah hampir menang.

COVID-19: ASEAN, 2 negara kritikal, 2 negara kematian sifar.

COVID-19: Data rasmi, Indonesia, jangkitan lepasi 100,000.