COVID-19: 27.8.2020. 5 kes baru, 3 dikesan di hospital angkatan tentera.

 

Oleh Sulaiman Salleh
Sulaimansalleh2015@gmail.com
Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia
Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia









KES jangkitan baru Covid-19 dalam negara dikesan di Hospital Angkatan Tentera Terendak, Melaka, di sini, hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dato' Seri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata ketiga-tiga kes jangkitan baru penularan Covid-19 di dalam negara itu membabitkan warganegara Malaysia di Melaka.

Noor Hisham berkata, pesakit Covid-19 terbabit dikesan ketika melakukan saringan pra pembedahan (2 kes) dan satu kes saringan bergejala di Hospital Angkatan Tentera Kem Terendak, Melaka.

"Hingga jam 12 tengahari hari ini (27.8.2020) KKM mengesan lima jangkitan baru dan menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia berjumlah 9,296 kes," katanya melalui laman sosial rasmi KKM, hari ini.

Menurut Noor Hisham, dua kes import yang dikesan KKM mendapat jangkitan di luar negara iaitu di Filipina dan Mesir.

"Hingga kini jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 di negara ini sebanyak 177 kes dan sudah diasingkan dan diberi rawatan yang sewajarnya," katanya.


(Penulisan ini dikemaskini pada 27.8.2020: jam 10.30pm)
Penulis tidak bertanggungjawab terhadap pandangan  melalui artikel ini dan ianya adalah pandangan peribadi daripada pemberi sesuatu pandangan.

Ulasan

Covid-19: Semoga virus Covid-19 segera ditemui vaksin penyembuhnya kerana dunia semakin sengsara

COVID-19: India cemas, jangkitan hampiri 70k sehari.

COVID-19: Gelombang baharu, Malaysia harus menang.

COVID-19: Gelombang baharu, Selangor atasi Kedah

COVID-19: Ancaman baru, bermutasi dan semakin kebal.

COVID-19: Rabu (12.8.2020), viral pelajar dijangkiti sedang disiasat.

COVID-19: 11 kes baru, 5 kes libatkan pelajar sekolah rendah.

COVID-19: Penularannya, Malaysia pernah hampir menang.

COVID-19: ASEAN, 2 negara kritikal, 2 negara kematian sifar.

COVID-19: Data rasmi, Indonesia, jangkitan lepasi 100,000.