COVID-19: Kluster baru (15.8.2020), Sala di Kedah
![]() |
| Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia |
KLUSTER baru dikenali Kluster Sala yang berlaku di Kedah menjadikan terdapat beberapa kluster sedang dilakukan siasatan secara menyeluruh oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata pihaknya mengesan kluster baru itu di daerah Yan, Kedah.
Katanya, kes pertama kluster ini adalah lelaki tempatan yang dikesan positif pada 13 Ogos 2020 melalui sistem survelan klinikal Severe Acute Respiratory Infection (SARI) di Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah.
"Aktiviti pengesanan kes secara aktif dan saringan kontak rapat telah dijalankan pada 14 Ogos lalu dan kes-kes dikesan positif pada 15 Ogos 2020 (hari ini)," katanya melalui kenyataan media di media sosial milik KKM.
Menurut Noor Hisham, kesemua kes bagi kluster ini adalah warga tempatan dan pengesanan kes secara aktif sedang diteruskan.
Katanya, jangkitan kes Covid-19 dari Kluster Tawar adalah sebanyak 12 kes baharu, Kluster Muda pula sebanyak 1 kes.
Sementara itu, Noor Hisham berkata, hingga jam 12 tengahari tadi, terdapat 26 kes baharu yang dilaporkan.
"Jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 9,175 jangkitan. Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan pula sebanyak 219 kes. Kesemua kes sudah diasingkan dan diberi rawatan.

Ulasan
Catat Ulasan