COVID-19: Vaksin, Januari 2021 bakal digunakan.
Oleh Sulaiman Salleh
Sulaimansalleh2015@gmail.com
PERDANA MENTERI MALAYSIA, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi gambaran vaksin Covid-19 bakal digunakan di negara ini seawal Januari 2021.
Gambaran pengggunaan vaksin itu diumumkan semasa beliau berucap di Majlis Pelancaran Kempen Pembudayaan Norma Baharu di Pagoh, Johor, pagi semasa penulisan ini dihasilkan.
Kenyataan Perdana Menteri itu, memberi kelegaan kepada rakyat Malaysia dan negara-negara di Asia Tenggara terutamanya kerana terdapat dua negara iaitu Indonesia dan Filipina jangkitan Covid-19 di paras sangat merbahaya kerana lepasi angka 100,000.
Baru-baru ini, Berita Harian Online melalui petikan dari Bernama melaporkan Ho Wah Genting Bhd (HWGB) Biotech, mengadakan kerjasama Memorandum Perjanjian (MoA) firma berpangkalan di Amerika Syarikat (AS), E-MO Biology Inc (EBI) bagi menjalankan penyelidikan permohonan paten berkaitan Covid-19.
Dinyatakan, vaksin yang sedang dibangunkan itu dalam proses diluluskan bagi ujian klinikal fasa IV membabitkan penggunaan vaksin virus poliomyelitis (vaksin polio) untuk Covid-19.
Sementara itu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga menyatakan terdapat enam vaksin percubaan fasa ketiga, tiga daripadanya dihasilkan dari China.
Difahamkan, pada fasa ketiga vaksin akan dimasukkan ke dalam populasi umum. Seterusnya dilihat dari ciri keselamatan, keimunogenan serta tindak balas imun pada pesakit yang dijadikan sebagai sampel kajian.
Semoga vaksin yang bakal digunakan membantu negara dan negara-negara jiran lain mengekang penularan virus yang sangat merbahaya itu.
(Penulisan ini dikemaskini pada 8.8.2020: jam 2.50pm)
Ulasan
Catat Ulasan