COVID-19: Data rasmi, Arab Saudi jangkitan lebih 300.000
Oleh Sulaiman Salleh
Sulaimansalleh2015@gmail.com
Sulaimansalleh2015@gmail.com
![]() |
| Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia |
SAMBUTAN Aidiladha 2020 lalu adalah sejarah baru bagi umat Islam apabila disambut dalam pardemik Covid-19.
Pardemik yang turut menjejaskan penantian menunai ibadah haji yang dinanti-nanti kira-kira 2.5 juta umat Islam di seluruh dunia. Malah, seramai 31,600 umat Islam di Malaysia turut gagal menunaikan haji pada akhir Julai lalu.
Keadaan jangkitan Covid-19 di Arab Saudi dilihat masih dalam keadaan mencemaskan kerana jangkitan harian berjumlah lebih 1,200 sehari dan kini mencapai angka 301,232 dengan 3470 kematian.
Kali terakhir Kaabah ditutup dari kunjungan orang ramai adalah pada tahun 1978 kerana penularan penyakit meningitis merebak kepada 10,000 jemaah haji ketika itu.
Penularan penyakit yang mirip Covid-19 ini melibatkan keradangan pada selaput otak dan saraf tunjang.
Penyakit meningitis mudah berjangkit di kalangan kanak-kanak dan remaja tetapi boleh juga melibatkan semua peringkat umur, bergantung kepada ketahap imuniti seseorang.
(Penulisan ini dikemaskini pada 18.8.2020: jam 10.30pm)
Penulis tidak bertanggungjawab terhadap pandangan melalui artikel ini dan ianya adalah pandangan peribadi daripada pemberi sesuatu pandangan.

Ulasan
Catat Ulasan