COVID-19: Kedah, 100% sumbang jangkitan tempatan.

 

Oleh Sulaiman Salleh
Sulaimansalleh2015@gmail.com

Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia
Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia








KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM) hanya mengesan penularan baru Covid-19 di dalam negara babitkan warganegara Malaysia di Kedah.

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dato' Seri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, hingga jam 12 tengahari hari ini, pihaknya mengesan enam jangkitan baru, lima penularan tempatan dan satu kes jangkitan luar negara.

Noor Hisham berkata, kesemua lima kes penularan baru Covid-19 di dalam negara di kalangan warganegara dikesan di Kedah.

"Penularan tempatan membabitkan tiga kes daripada Kluster Tawar, satu kes Severe Acute Respiratory Infecton (SARI) di Hospital Sultanah Bahiyah, dan satu kes saringan bergejala di Hospital Sultanah Bahiyah," katanya melalui kenyataan media sosial rasmi KKM.

Menurut Noor Hisham, hingga kini jangkitan baru Covid-19 daripada Kluster Tawar sebanyak 73 kes dan seramai 4.051 individu di negeri Kedah, Pulau Pinang dan Perak sudah disaring dari kluster itu.

Selain itu, jangkitan di luar negara membabitkan individu bukan warganegara yang mendapat jangkitan di Singapura dan dilaporkan di Selangor.

(Penulisan ini dikemaskini pada 26.8.2020: jam 6.20pm)
Penulis tidak bertanggungjawab terhadap pandangan  melalui artikel ini dan ianya adalah pandangan peribadi daripada pemberi sesuatu pandangan.

Ulasan

Covid-19: Semoga virus Covid-19 segera ditemui vaksin penyembuhnya kerana dunia semakin sengsara

COVID-19: India cemas, jangkitan hampiri 70k sehari.

COVID-19: Gelombang baharu, Malaysia harus menang.

COVID-19: Gelombang baharu, Selangor atasi Kedah

COVID-19: Ancaman baru, bermutasi dan semakin kebal.

COVID-19: Rabu (12.8.2020), viral pelajar dijangkiti sedang disiasat.

COVID-19: 11 kes baru, 5 kes libatkan pelajar sekolah rendah.

COVID-19: Penularannya, Malaysia pernah hampir menang.

COVID-19: ASEAN, 2 negara kritikal, 2 negara kematian sifar.

COVID-19: Data rasmi, Indonesia, jangkitan lepasi 100,000.