COVID-19: Mesir dan Qatar, hampir berjaya kawal gelombang baru.
Oleh Sulaiman Salleh
Sulaimansalleh1971@gmail.com
KETIKA penulisan ini dihasilkan, terdapat lebih 20 negara hadapi kesukaran mengawal penularan Covid-19 yang memasuki gelombang baru.
Bagaimanapun, pemerhatian penulis terhadap laporan Johns Hopkins University mendapati negara Mesir yang mempunyai penduduk seramai 102.5 juta hadapi gelombang baru Covid-19 pada Jun lalu hampir berjaya mengawalnya.
Gelombang baru Covid-19 di negara yang terkenal dengan produk pelancongan purba itu mencatatkan jangkitan harian hampir 2,000 dan jangkitan terbaru merosot hingga ke angka 200 sehari.
Kemerosotan kadar jangkitan itu melambatkan negara itu disenaraikan dalam negara terjejas teruk akibat Covid-19 dengan angka melepasi 100,000.
Negara Qatar, yang mempunyai penduduk seramai 2.85 juta juga dilihat berjaya mengawal penularan Covid-19 apabila kadar jangkitan harian di negara itu merosot ke jumlah bawah 200 sehari berbanding hampir 2,000 apabila diserang gelombang baru penularan virus itu.
Data terkini dari Johns Hopkins University menunjukkan jangkitan Covid-19 di Qatar berjumlah 111,107 dengan 117 kematian.
Gelombang baru terbabit juga dilihat punca negara Qatar disenaraikan antara negara jangkitan Covid-19 melepasi angka 100,000.
(Penulis ini dikemaskini pada 3.8.2020: jam 2pm)
Ulasan
Catat Ulasan