COVID-19: Rasmi, Isnin (10.8.2020), 11 kes baru.


Oleh Sulaiman Salleh
Sulaimansalleh2015@gmail.com

Covid-19. Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia
Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia.

MALAYSIA terus mencatatkan jangkitan Covid-19 kurang daripada tiga angka dan dianggap berjaya mengawal penularannya di negara ini apabila hingga jam 12 tengahari (Selasa) mencatatkan 11 jangkitan baru.

Semalam, laman sosial rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia hingga jam 12 tengahari mencatatkan 13 kes baru yang dilaporkan.

Berdasarkan jangkitan terkini, jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia sebanyak 9,094 kes dengan kes aktif kebolehjangkitan sebanyak 166 kes. Pesakit yang disahkan pulih dari jangkitan pula sebanyak 19 kes.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, daripada 11 yang dilaporkan, lima kes adalah kes import iaitu Australia, 3 kes (pesakit di Selangor); Jepun, 1 (pesakit di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur); Singapura, 1 kes (pesakit di Johor).


KLUSTER KURAU, PERAK

Noor Hisham turut menyatakan bahawa pihaknya berjaya mengesan tiga lagi kes positif membabitkan Kluster Kurau melalui pengesanan kes secara aktif dan saringan kontak rapat kes positif kluster berkenaan.

Katanya, hingga kini kluster yang mula dikesan pada 7 Ogos lalu sudah melibatkan negeri Perak dan Pulau Pinang.

Kebanyakan pesakit dari kluster terbabit adalah ahli keluarga bagi kes pertama kluster berkenaan dan penularan berlaku ketika aktiviti kunjung mengunjung pada Raya Aidiladha lalu.

Seramai 125 individu sudah disaring dalam kluster itu dan 5 individu terbabit disahkan positif, 112 disahkan negatif dan 8 masih menunggu keputusan.

(Penulisan ini dikemaskini pada 10.8.2020: jam 7.50pm)

















Ulasan

Covid-19: Semoga virus Covid-19 segera ditemui vaksin penyembuhnya kerana dunia semakin sengsara

COVID-19: India cemas, jangkitan hampiri 70k sehari.

COVID-19: Gelombang baharu, Malaysia harus menang.

COVID-19: Gelombang baharu, Selangor atasi Kedah

COVID-19: Ancaman baru, bermutasi dan semakin kebal.

COVID-19: Rabu (12.8.2020), viral pelajar dijangkiti sedang disiasat.

COVID-19: 11 kes baru, 5 kes libatkan pelajar sekolah rendah.

COVID-19: Penularannya, Malaysia pernah hampir menang.

COVID-19: ASEAN, 2 negara kritikal, 2 negara kematian sifar.

COVID-19: Data rasmi, Indonesia, jangkitan lepasi 100,000.