COVID-19: Dunia, jangkitan bakal 50 juta hingga Disember 2020.
Oleh Sulaiman Salleh
Sulaimansalleh2015@gmail.com
MENCEMASKAN, jangkitan di seluruh dunia terus lepasi angka 200,000 sehari dan terdapat masa tertentu jumlahnya hampir 300,000 dalam tempoh 24 jam.
Berdasarkan kenyataan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) tempoh empat bulan diperlukan untuk menentukan penggunaan vaksin yang berkesan bagi mencegah penularan Covid-19.
Hingga penulisan ini dihasilkan, berdasarkan data dari John Hopkins University dalam tempoh lapan bulan sahaja, sebanyak 19.6 juta jangkitan Covid-19 di seluruh dunia.
Berdasarkan kiraan purata 250,000 sehari jangkitan di seluruh dunia, dalam tempoh empat bulan iaitu pada Disember 2020 dijangkakan berjumlah 50 juta jangkitan Covid-19.
Bagaimanapun, jika jangkitan lepasi 300,000 sehari, jumlah jangkitan di seluruh dunia akan berjumlah antara 50 hingga 60 juta sebelum vaksin penyembuhnya benar-benar ditemui.
Jumlah keseluruhan penduduk bumi berdasarkan laman sesawang World Clock Hours berjumlah 7.8 bilion.
Semoga bumi yang didiami ini bebas dari belenggu virus Covid-19 dan kembali aman dan damai.
(Penulisan dikemaskini pada 9.8.2020)
Ulasan
Catat Ulasan