COVID-19: Vaksin, tiada jaminan selamat.

Sulaiman Salleh
Sulaimansalleh2015@gmail.com

SATU-SATUNYA penyelamat pandemik Covid-19 yang mengancam dunia hari ini adalah vaksinnya. Selamatkah vaksin yang sesetengah negara mendakwa ianya sudah ditemui?

Sekadar mengambil contoh, pada 2018 lebih 200,000 kanak-kanak di beberapa negara diberikan vaksin untuk penyakit difteria,tetanus dan batuk kokol (DPT), kesannya terdapat beberapa kes kanak-kanak terbabit mengalami kelumpuhan, kesan sampingan daripada vaksin yang dibekalkan oleh negara China.

Dakwaan China bahawa negara itu sudah berjaya mewujudkan vaksin Covid-19 dan sedang diuji penggunaannya di beberapa negara yang terdesak adalah ancaman kepada rakyat negara itu sendiri.

Baru-baru ini, Berita Harian Online dengan memetik laporan AFP melaporkan China dan Rusia antara negara terawal mendakwa berjaya menghasilkan vaksin Covid-19 dan sedang digunakan pada orang awam.

Vaksin Covid-19 yang dihasilkan China kebanyakannya sedang digunakan di Brazil dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) walaupun ujian masih di peringkat ujian awal.

(Penulisan dikemaskini pada 2.8.2020: jam 9,30am)




Ulasan

Covid-19: Semoga virus Covid-19 segera ditemui vaksin penyembuhnya kerana dunia semakin sengsara

COVID-19: India cemas, jangkitan hampiri 70k sehari.

COVID-19: Gelombang baharu, Malaysia harus menang.

COVID-19: Gelombang baharu, Selangor atasi Kedah

COVID-19: Ancaman baru, bermutasi dan semakin kebal.

COVID-19: Rabu (12.8.2020), viral pelajar dijangkiti sedang disiasat.

COVID-19: 11 kes baru, 5 kes libatkan pelajar sekolah rendah.

COVID-19: Penularannya, Malaysia pernah hampir menang.

COVID-19: ASEAN, 2 negara kritikal, 2 negara kematian sifar.

COVID-19: Data rasmi, Indonesia, jangkitan lepasi 100,000.