COVID-19: AS, jangkitan lepasi angka 5 juta
Oleh Sulaiman Salleh
Sulaimansalleh2015@gmail.com
ANGKA jangkitan harian lebih 50,000 sehari sejak lebih sebulan lalu menyebabkan
jangkitan Covid-19 di Amerika Syarikat (AS) bakal lebih 5 juta dalam tempoh kurang 24 jam.
Data
rasmi dari John Hopkins University ketika penulisan ini dikemaskini
menunjukkan jangkitan Covid-19 di AS berjumlah kira-kira 4,973,160 dengan kira-kira 162,000 kematian. Pesakit yang sedang menerima rawatan di pelbagai pusat rawatan di negara itu pula berjumlah kira-kira 2.28 juta.
Data dari U.S.
and World Population Clock pula menunjukkan hingga 6 Ogos 2020 rakyat
Amerika Syarikat berjumlah kira-kira 331 juta.
Berdasarkan
kedua-dua data berkenaan, pada angka pesakit Covid-19 yang aktif , setiap 1000 rakyat
AS, kira-kira 7 orang dijangkiti Covid-19.
Jumlah itu dilihat akan terus bertambah kerana pesakit berterusan bertambah dari semasa ke semasa. Malah, catatan tertinggi lebih 80,000 jangkitan pernah dicatatkan pada 18 Julai lalu.
Keadaan
semasa di Amerika Syarikat membabitkan sikap rakyatnya yang tidak
memandang serius penularan Covid-19 terutama pada awal penularannya, dilihat antara penyumbang penularan di negara
itu sukar dikawal.
Sementara itu, baru-baru ini Berita Harian Online dengan memetik laporan AFP menyiarkan Amerika Syarikat sedang melakukan ujian klinikal vaksin melawan Covid-19 di peringkat akhir.
Vaksin yang dikenali LY-CoV555 itu dibangunkan bersama syarikat Abcellera Biologics dari Kanada.
Bagaimanapun, vaksin yang diharapkan dapat digunakan sebagai plasma penyembuh pada rawatan skala besar dijangka dapat digunakan sepenuhnya beberapa bulan hadapan selepas melalui beberapa lagi ujian terhadap pesakit sukarelawan, yang digunakan sebagai sampel kajian.
(Penulisan ini dikemaskini pada 6.8.2020: jam 8.45am)
Ulasan
Catat Ulasan