COVID-19: Virus bersembunyi di makanan sejuk beku.
BARU-BARU ini, pihak berkuasa China menemui virus Covid-19 pada sampel kepak ayam import dari Brazil, di bandar Shenzhen.
Pusat kawalan penyakit China menemui virus berkenaan ketika melakukan rutin pengujian sampel makanan sejuk beku yang diimport susulan penularan gelombang baru Covid-19 yang dikaitkan dengan pasar borong Xinfadi di Beijing.
Bagaimanapun, ujian Covid-19 ke atas kesemua individu yang berisiko dijangkiti kesan penemuan virus berkenaan menunjukkan kesemuanya negatif.
Pada Julai lalu, pihak berkuasa China turut menemui virus Covid-19 pada bungkusan udang yang diimport dari Ecuador dan tindakan segera menggantung pengimportan produk sejuk beku dari negara berkenaan.
Pada masa kini, berdasarkan pemerhatian penulis dari laporan media antarabangsa, hanya kerajaan China melaporkan bahawa terdapat virus Covid-19 di makanan sejuk beku yang diimport terutama dari negara-negara terjejas teruk akibat Covid-19.
Ulasan
Catat Ulasan