Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2020

COVID-19: Alif Satar 'Homesick... i miss my queen".

Imej
Oleh Sulaiman Salleh Sulaimansalleh2015@gmail.com Alif Satar bersama isteri dan anak-anaknya. Gambar ehsan Alif Satar Instagram Selepas dirawat kerana dijangkiti Covid-19 lebih seminggu lalu, melalui instagramnya Alif Satar meluahkan bahawa dirinya merindui anak-anaknya. Berikut adalah catatan Alif Satar di instagramnya: "Homesick.. i miss my queen @shadilahalid" Baru-baru, Alif Satar sahkan bahawa dirinya positif Covid-19 melalui instragramnya pada 22 November 2020 lalu. Semoga mereka yang sedang jalani rawatan Covid-19 terutama di negara ini tabah hadapi dugaan itu dan segera sembuh daripada virus itu . (Artikel ini dikemaskini pada 30.11.2020: jam 8.00pm) Penulis  tidak bertanggungjawab terhadap pandangan melalui artikel ini dan ianya adalah pandangan peribadi daripada pemberi sesuatu pandangan.

COVID-19: Pak Wan Alif Satar, 91 tahun, dibenarkan pulang.

Sulaiman Salleh Sulaimansalleh2015@gmail.com  PAK WAN Alif Satar, 91 tahun, yang dirawat bersama artis muda itu kerana dijangkiti Covid-19 dibenarkan pulang selepas jalani rawatan. Berita gembira itu dikongsi Alif di instagramnya pada hari ketika penulisan ini dihasilkan dan berita gembira itu melalui gambar perkongsian Alif, jelas terpancar di wajah lelaki warga emas itu. Melalui instagram peribadi beliau, Alif mencoretkan: "That’s my Pak wan, 91 year old Covid-19 survivor in the car on his way home! ALLAH IS GREAT. ALLAH IS GREAT. ALLAH IS GREAT. Terima kasih buat semua yang mendoakan kesihatan Pak Wan har itu, semoga Allah SWT membalas jasa baik anda semua!! p/s Alif masih di Melaka." Baru-baru Alif berkongsi di instagramnya bahawa dia bersama seorang lelaki berusia 91 yang turut dirawat bersamanya di sebuah pusat rawatan. Berdasarkan gelaran yang dicatatkan dalam instagram miliknya, lelaki warga emas terbabit dipercayai bapa saudara kepada Alif. Semoga mereka yang sedang ...

COVID-19: Pekerja Top Glove panjat pagar keluar kawasan PKPD?

Imej
Sulaiman Salleh  Sulaimansalleh2015@gmail.com Gambar ehsan Sebenarnnya.my BARU-BARU ini tersebar gambar segelintir pekerja Top Glove, Klang, memanjat pagar untuk keluar dari kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD). Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Selangor, Asisten Komisioner Polis Muhammad Yazid Muhammad Yew berkata, gambar tular di media sosial berkaitan sekumpulan lelaki memanjat pagar untuk keluar dari kawasan PKPD adalah tidak benar. Katanya, semakan pihak polis mendapati kejadian itu berlaku pada 17 November 2020 di asrama lelaki pekerja Top Glove Meru, Klang. "Kumpulan lelaki terbabit memanjat pagar untuk masuk ke kawasan asrama dan bukannya keluar dari kawasan PKPD seperti yang didakwa dalam media sosial," katanya melalui media sosial rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM), baru-baru ini. Muhammad Yazid menasihatkan pengguna media sosial terutamanya, tidak membuat sebarang spekulasi berhubung gambar tular terbabit bagi mengelak kegusaran dalam kal...

COVID-19: WHO, virus cerpelai jangkiti manusia.

Sulaiman Salleh  Sulaimansalleh2015@gmail.com KEUPAYAAN virus Covid-19 menjangkiti manusia semakin pasti apabila pihak berkuasa beberapa negara Eropah mengesan keupayaan virus berbahaya itu menjangkiti manusia. Jangkaan virus pembunuh ini menjangkiti manusia bermula pada Mei lalu apabila seorang pekerja ladang ternakan cerpelai di The Hague, Belanda disyaki dijangkiti Covid-19 daripada haiwan ternakan itu. Cerpelai adalah spesies haiwan mamalia dan kebanyakan penternak menternaknya bagi mendapatkan bulunya yang dikatakan lembut serta mendapat sambutan mengalakkan di pasaran. Haiwan itu mula disyaki berupaya menyebarkan virus Covid-19 kepada manusia kerana kod genetik virus pada sample cerpelai mempunyai persamaan dengan pesakit Covid-19 terbabit. Keupayaan virus Covid-19 dari cerpelai menjangkiti manusia juga dikatakan adalah hasilnya bermutasi. Pada awal November lalu, kepastian bahawa virus Covid-19 pada cerpelai berupaya menjangkiti manusia disahkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sed...

COVID-19: Artis, Alif Satar positif.

Imej
Oleh Sulaiman Salleh Sulaimansalleh2015@gmail.com Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia ARTIS serba boleh serta diminati ramai, Alif Satar sahkan bahawa dirinya positif Covid-19. Alif menyatakan kebenaran bahawa dirinya disahkan positif Covid-19 melalui instragramnya kira-kira jam 5pm, 22 November 2020 iaitu ketika penulisan ini dihasilkan. Berikut adalah kenyataan Alif bahawa dirinya sah dijangkiti virus yang sedang menghantui negara dan dunia masa kini. "Assalamualaikum.. dalam kesibukkan Alif menjalankan penggambaran, Alif telah melakukan beberapa ujian saringan covid-19.  Malangnya, keputusan terkini yang alif baru sahaja terima hari ini, telah menunjukkan bahawa Alif didapati positif covid-19 dan perkara ini amatlah mengejutkan dan mendukacitakan. Perkara pertama bila Alif dapat tahu keputusan ini, adalah semestinya tahap keselamatan keluarga.. isteri dan anak-anak Alif, rakan-rakan di set penggambaran dan semestingya contact-contact rapat yang telah berjumpa dengan Ali...

COVID-19: Mendayu, nyanyian Alif Satar dari pusat rawatan.

Imej
Sulaiman Salleh  Sulaimansalleh2015@gmail.com Gambar ehsan instagram Alif Satar ALIF SATAR yang sedang menerima rawatan Covid-19 nyanyikan lagu "Selangkahku kepadamu.. seribu langkah kau padaku" dan berkongsi rakaman video itu di instagramnya. Video berdurasa 1.25 saat yang boleh dilayari  https://www.instagram.com/tv/CIA4b54Jnoj/?utm_source=ig_web_copy_link itu sudah ditonton hampir 900,000 penonton. Berikut adalah coretan terjemahan penulis selepas mendengar nyanyian Alif sebentar tadi:  Ya Tuhanku, di saat ini kami mengerti mengapa dugaan ini diberikan kepada kami. Di saat ini baru dimengerti bahawa kami mendampakan cinta darimu.  Dunia ini terasa sunyi di saat diuji dengan dugaan-Mu ini. Diri ini terasa sunyi kasih dan kasih sayangmu.  Kesunyian ini mengertikan kami bahawa betapa lemahnya diri kami disaat diri ini jauh dari-Mu. Di saat ini, kami mengerti bahawa diri ini tidak layak ke surga-Mu, di saat ini juga terasa tidak sanggup ke neraka-Mu.  O...

COVID-19: Alif Satar positif, ramai artis 'swab test'.

Imej
Oleh Sulaiman Salleh Sulaimansalleh2015@gmail.com Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia SUSULAN pendedahan Alif Satar bahawa dirinya disahkan dijangkiti Covid-19, dipercayai ketika membuat suatu pengambaran, membuatkan beberapa rakan artis turut diminta membuat 'swab test'. Antara artis yang terbabit Aina Abdul, Ernie Zakri, Syemel dan beberapa artis serta krew yang dipercayai mempunyai kontak rapat dengan Alif Satar sebelum ini. Kebanyakan artis terbabit hanya berkongsi pengalaman pertama mereka melakukan 'swab test'. Instragram Alif yang mendedahkan bahawa dirinya disahkan positif Covid-19 hingga penulisan ini dihasilkan berjumlah lebih 300,000 tontonan. Sementara itu, Ernie Zakri turut menunjukkan gambarnya di instragramnya ketika mengambil 'swab test'. Berikut adalah komen Erini di instragramnya: Alhamdulillah, semua team kami sudah selesai melakukan 'swab test'. Mudah mudahan Allah S.W.T permudahkan segalanya buat kami. Kami akan self quaranti...

COVID-19: Pak Wan, 91 tahun, dirawat bersama Alif Satar.

Imej
Oleh Sulaiman Salleh Sulaimansalleh2015@gmail.com Gambar ehsan Alifsatar instagram ALIF SATAR, artis yang mengesahkan dirinya positif Covid-19 baru-baru ini dilihat semakin sihat dan turut berkongsi kisahnya bersama seorang lelaki berusia 91 yang turut dirawat bersamanya di sebuah hospital di sini, hari ini. Berdasarkan gelaran yang dicatatkan dalam instagram miliknya, lelaki warga emas terbabit dipercayai bapa saudara kepada Alif. Kiriman coretan Alif melalui instagramnya: My Pakwan, the 91 year old Covid19 fighter!! Guys, please.. alif minta tolong korang doakan agar pakwan Alif terus kuat dan dikurniakan kesihat seperti biasa.. semoga Allah merahmati kalian semua🙏🏽♥️ terima kasih! p/s Terima kasih warga frontliners di Hospital Sg Buloh kerana menjaga keluarga alif dan semua pesakit Covid19, you’re doing a great job! Semoga mereka yang sedang dirawat di mana-mana pusat rawatan Covid-19 di negara dipermudahkan segala urusan dan diberikan kesembuhan yang sebaiknya dari penyakit berba...

COVID-19: Alif Satar syukur, keluarga dan beberapa artis negatif.

Imej
 Oleh Sulaiman Salleh Sulaimansalleh2015@gmail.com Alif Satar bersama isteri dan anak-anaknya. Gambar ehsan Alif Satar Instagram BARU-BARU ini artis serba boleh, Alif Satar mengesahkan bahawa dirinya dijangkiti Covid-19 dan sedang menerima rawatan di salah sebuah pusat rawatan di negara ini. Susulan itu, rakan artis dan krew pengambaran serta ahli keluarganya iaitu tiga anak dan isterinya turut jalani ujian 'swab test'. Berita mengembirakan buat Alif apabila hasil 'swab test' terhadap ahli keluarga, beberapa rakan artis serta krew pengambaran disahkan negatif. Kiriman instagram Alif melalui instagram dipercayai dikirim dari Melaka General Hospital itu menyatakan: Allah SWT makbulkan doa kalian semua.. alhamdulillah.. Isteri dan anak-anak Alif bebas dari Covid19, dan akan terus kuarantin di rumah selama 2 minggu. Alif menerima ribuan mesej dan kata-kata positif melalui instagram dan whatsapp, alif baca dan disini alif ucapkan terima kasih yang tak terhingga atas doa tuan...

COVID-19: Alif positif, artis dan krew pengambaran kuarantin 14 hari.

Imej
 Oleh Sulaiman Salleh Sulaimansalleh2015@gmail.com Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia RAKAN artis dan krew pengambaran yang turut bersama Alif Satar baru-baru ini kebanyakan sudah jalani 'swab test' dan sedang jalani kuarantin selama dua minggu. Beberapa artis yang berkongsi video jalani 'swab test' dan pengalaman jalani ujian buat pertama itu antaranya Aina Abdul, Ernie Zakri, Syemel dan beberapa krew pengambaran yang pernah bersama Alif Satar baru-baru ini. Ujian saringan Covid-19 itu diadakan susulan pendedahan Alif Satar bahawa dirinya disahkan dijangkiti Covid-19, dipercayai ketika membuat suatu pengambaran. Antara artis yang terbabit Aina Abdul, Ernie Zakri, Syemel dan beberapa artis serta krew yang dipercayai mempunyai kontak rapat dengan Alif Satar sebelum ini. Kebanyakan artis terbabit hanya berkongsi pengalaman pertama mereka melakukan 'swab test'. Ernie Zakri menunjukkan gambarnya di instragramnya ketika mengambil 'swab test'. Sementa...

RENCANA: Covid-19, tiga Pilihan Raya Kecil ditangguhkan?

Imej
Oleh Sulaiman Salleh Sulaimansalleh2015@gmail.com BARU-BARU ini Yang di-Pertuan Agong perkenan isytiharkan darurat di Batu Sapi, Sabah dan Pilihan Raya Kecil (PRK) di kawasan terbabit ditangguhkan. Perkenan Yang di-Pertuan Agong itu tepat pada masanya kerana pada masa kini kadar jangkitan harian Covid-19 di negara ini terlalu tinggi iaitu lepasi 2,000 sehari. Pandemik Covid-19 yang melanda negara pada masa kini dijangka turut menangguhkan dua lagi PRK  kerana pada 17 November lalu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bugaya, Sabah, Mohd Darah, 65, meninggal dunia akibat masalah buah pinggang. Seorang lagi, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Grik, Perak, Datuk Hasbullah Osman juga meninggal dunia pada 16hb November lalu. Bagaimanapun, penangguhan PRK itu perlu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong seperti mana penangguhan PRK di Batu Sapi, Sabah. Berdasarkan perundangan negara, PRK itu tetap perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas ianya disahkan kosong oleh Yang Dipertua Dewa...

ISU SEMASA: Covid-19, "The Great Depression" ancam dunia.

Imej
Oleh Sulaiman Salleh Sulaimansalleh2015@gmail.com PERKATAAN  "The Great Depression" sekitar tahun 1930-an sedang melanda dunia hari ini disebut oleh Yang Berhormat Senator Tengku Dato' Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika membentang Perbelanjaan Persekutuan 2021 pada 6 November lalu. Istilah yang berlaku sebelum tercetusnya Perang Dunia Ke-2 itu seolah-olah gambaran bahawa kegawatan ekonomi yang melanda dunia pada masa kini setanding kejadian yang berlaku pada tahun 1930-an lalu. Malah, Malaysia turut tergolong di kalangan 150 negara yang berhadapan pandemik Covid-19 dan sedang terjebak krisis ekonomi seperti era itu. Mengetahui kesan krisis ekonomi dunia terbabit mendekatkan segelintir kefahaman bahawa dunia kini menghampiri era Perang Dunia Ke-3? Mengimbau seketika Perang Dunia Ke-2, ianya bermula apabila Jerman menyerang Polandia pada 1 September 1939 dan berakhir pada 14 Ogos 1945 ketika Jepun menyerah kalah kepada tentera Amerika Syarikat. Secara umumnya, antara punca...

RENCANA: Vaksin Covid-19 dan reaksi pemimpin masyarakat.

Imej
Oleh Sulaiman Salleh Sulaimansalleh2015@gmail.com PANDEMIK Covid-19 yang melanda negara sejak awal Mac 2020 lalu memberi pelbagai kesan terhadap masyarakat negara ini. Hingga penulisan ini dihasilkan, terdapat tiga kali gelombang penularan virus pembunuh ini dan menyebabkan kadar jangkitan Covid-19 dalam negara hampir mencecah 50,000 dengan lebih 300 kematian. Pandemik yang sudah lebih kelapan ini menyebabkan lebih 800,000 rakyat negara ini hilang pekerjaan, pendapatan merosot dan pelbagai masalah sampingan hingga kehidupan mereka jauh berbeza dengan kehidupan sebelum pandemik Covid-19 wujud. REAKSI PEMIMPIN Pelbagai reaksi dan harapan diberikan oleh pemimpin masyarakat untuk tenangkan keadaan.  Malah, terdapat segelintir pemimpin terbabit mempunyai pendekatan tersendiri dalam memberi pandangan untuk menyelesaikan krisis ekonomi yang sedang melanda negara dan dunia hari ini. Harapan yang diberikan itu, dilihat mulai mendapat perhatian dan sokongan daripada segelintir rakyat negara ...

RENCANA: Fasa pemulihan Covid-19, cukupkah simpanan KWSP?

Imej
 Oleh Sulaiman Salleh Sulaimansalleh2015@gmail.com BARU-BARU ini kerajaan umumkan bermula Januari 2021, pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dibenarkan memohon pengeluaran akaun satu sebanyak RM500 setiap bulan hingga Disember 2021. Sejumlah RM6,000 bakal diterima oleh pencarum KWSP dalam tempoh setahun dan jumlah itu mengembirakan segelintir masyarakat negara ini. Malah, terdapat segelintir masyarakat negara ini masih mendesak supaya jumlah pengeluaran itu ditingkatkan hingga RM10,000 dalam tempoh setahun. Desakan itu harus difikirkan semula sebelum menyokongnya. Cukupkah simpanan pencarum KWSP untuk bekalan hari tua jika ianya dijadikan sebagai satu kaedah yang dikatakan berupaya membantu rakyat negara ini tersepit kerana kemelesetan ekonomi akibat pandemik Covid-19? Kemelesetan ekonomi yang sedang berlaku pada masa kini dikatakan setanding yang berlaku pada tahun 1930 yang dikenali "The Great Depression". Kemeleseatan yang berlaku pada 29 Oktober 1929 hingga tahu...

COVID-19: Tiga kematian, dua masih muda.

Imej
Oleh Sulaiman Salleh Sulaimansalleh2015@gmail.com Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia KEUPAYAAN virus Covid-19 merosakkan organ dalaman manusia hingga menyebabkan kematian semakin membimbangkan di negara ini, apabila empat kematian daripada catatan harian yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) babitkan seorang golongan muda tidak berpenyakit. Berdasarkan kenyataan media harian ketika penulisan ini dihasilkan terdapat tiga kematian iaitu babitkan seorang wanita berusia 32 tahun; dua lelaki berusia 39 dan 64 tahun. Kesemua mangsa yang meninggal dunia berlaku di Sabah. Wanita berusia 32, yang meninggal dunia dinyatakan tiada sebarang penyakit merbahaya. Dua lagi mangsa lelaki, masing-masing berusia 39 dan 64 berpenyakit kronik iaitu darah tinggi dan jantung. Baru-baru ini penulis menulis mengenai data terkumpul selama 30 hari didapati terdapat lapan kes kematian akibat Covid-19 babitkan golongan muda, berusia 21 hingga 47 tahun. Berdasarkan KKM, lelaki berusia 25 da...

COVID-19: Dunia, 11 negara lepasi sejuta jangkitan.

Imej
Oleh Sulaiman Salleh Sulaimansalleh2015@gmail.com Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia JANGKITAN harian yang kembali meningkat di kebanyakan negara menyebabkan jangkitan Covid-19 beberapa negara melepasi angka sejuta. Ketika penulisan ini dihasilkan, jangkitan Covid-19 di seluruh dunia berjumlah hampir 57 juta dengan kira-kira 1.40 juta kematian. Amerika Syarikat mendahului lain-lain negara apabila mencatatkan hampir 12 juta jangkitan dengan lebih 250,000 kematian; India, lebih 9 juta dengan kira-kira 132,200 kematian; Brazil, kira-kira 6 juta dengan kira-kira 170,000 kematian; Perancis, 2.14 juta dengan 47,201 kematian; Rusia, kira-kira 2 juta dengan 34,525 kematian. Lain-lain negara iaitu Mexico, Colombia, Itali, Argentina, United Kingdom, Sepanyol lepasi jangkitan 1 hingga kurang 2 juta. Semoga vaksin penyembuh virus pembunuh ini segera ditemui bagi mengelakkan lebih banyak nyawa terkorban yang berlaku setiap masa di seluruh dunia. (Penulisan ini dikemaskini pad...

COVID-19: Data kematian hari ke-30, dua lagi babitkan golongan muda.

Imej
Oleh Sulaiman Salleh Sulaimansalleh2015@gmail.com Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia KEMATIAN akibat virus pembunuh Covid-19 pada catatan hari ke-30, catatkan empat kematian, dua daripada mangsa babitkan golongan muda. Berdasarkan kenyataan media yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), mangsa terbaharu Covid-19 terbabit berusia 29 tahun berpenyakit buah pinggang kronik dan perempuan berusia 47 pula berpenyakit kencing manis. Sementara itu, kematian kanak-kanak turut berlaku pada 15 November lalu, seorang mangsa berusia sembilan tahun tidak berpenyakit dan 9 November pua babitkan seorang kanak-kanak berusia setahun. Tetapi, kanak-kanak itu dikatakan berpenyakit Sindrom Down, Hipotiroidisme dan penyakit jantung berlubang. Sementara itu, sepanjang tempoh 30 hari, terdapat lapan kes kematian akibat Covid-19 babitkan golongan muda, berusia 21 hingga 47 tahun. Berdasarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), lelaki berusia 25 dan 27 yang meninggal dunia pada 3 N...

COVID-19: Batu Sapi, diistihar darurat.

Imej
 Oleh Sulaiman Salleh Sulaimansalleh2015@gmail.com Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia. SEMASA sidang media harian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah diberitahu oleh seorang wartawan bahawa Yang di-Pertuan Agong berkenan istiharkan darurat di Batu Sapi. Sebelum ini dilaporkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 5 Disember 2020 sebagai tarikh Pilihan Raya Kecil (PRK) Batu Sapi, Sabah susulan kematian Ahli Parlimen Batu Sapi, Sabah, Datuk Liew Vui Keong pada 2 Oktober lalu di Hospital Gleneagles Kota Kinabalu, Sabah. Berdasarkan laporan Berita Harian Online, Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh, maklumkan bahawa 23 November lalu ditetapkan tarikh penamaan calon dan  1 Disember adalah tarikh mengundi awal. Bagaimanapun, baru-baru ini Batu Sapi kini diletakkan dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) kerana dikategorikan sebagai zon merah disebabkan kadar jangkitan lepasi angka 300. B...