COVID-19: Data kematian hari ke-30, dua lagi babitkan golongan muda.

Oleh Sulaiman Salleh
Sulaimansalleh2015@gmail.com
Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia
Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia








KEMATIAN akibat virus pembunuh Covid-19 pada catatan hari ke-30, catatkan empat kematian, dua daripada mangsa babitkan golongan muda.

Berdasarkan kenyataan media yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), mangsa terbaharu Covid-19 terbabit berusia 29 tahun berpenyakit buah pinggang kronik dan perempuan berusia 47 pula berpenyakit kencing manis.

Sementara itu, kematian kanak-kanak turut berlaku pada 15 November lalu, seorang mangsa berusia sembilan tahun tidak berpenyakit dan 9 November pua babitkan seorang kanak-kanak berusia setahun. Tetapi, kanak-kanak itu dikatakan berpenyakit Sindrom Down, Hipotiroidisme dan penyakit jantung berlubang.

Sementara itu, sepanjang tempoh 30 hari, terdapat lapan kes kematian akibat Covid-19 babitkan golongan muda, berusia 21 hingga 47 tahun.

Berdasarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), lelaki berusia 25 dan 27 yang meninggal dunia pada 3 November dan 21 Oktober lalu tiada latar belakang penyakit merbahaya.

Kematian membabitkan golongan muda tidak berpenyakit kronik seperti darah tinggi, kencing manis dan jantung ini harus dijadikan pengajaran bahawa virus Covid-19 semakin merbahaya dan mampu membunuh sesiapa sahaja.

Berikut adalah kadar jangkitan dalam tarikh dikemaskini.

Tarikh                 Negeri                                             Umur/jantina

19 Nov.2020     1. Johor                                            62 (perempuan)

                           2. Sabah                                           29 (perempuan)

                           3. Perak                                            58 (lelaki)

                           4. Sabah                                           47 (perempuan)

Dua kematian babitkan perempuan muda berusia 29 tahun, berpenyakit penyakit buah pinggang kronik dan perempuan berusia 47 pula berpenyakit kencing manis.

Tarikh                 Negeri                                             Umur/jantina

18 Nov.2020    1. Perak                                            80 (perempuan)

                          2. Perak                                            76 (perempuan)

                          3. Sabah                                            59 (lelaki)

                          4. Sabah                                            62 (perempuan)


Tarikh                 Negeri                                             Umur/jantina

17 Nov.2020     1. Perak                                             59 (perempuan)

                            2. Sabah                                            65 (lelaki)

                            3. Sabah                                            80 (lelaki)

                            4. Sabah                                            65 (lelaki)

                            5. Sabah                                            25 (lelaki)


Tarikh                 Negeri                                             Umur/jantina

16 Nov.2020    1. Sabah                                               46 (lelaki)

                          2. Sabah                                               54 (lelaki)

                          3. Sabah                                               73 (perempuan)

                          4. Sabah                                               51 (perempuan)


* 15 Nov.2020    Tiga kematian, dua warga emas, seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun tidak berpenyakit.

* 14 Nov.2020     Dua kematian, babitkan warga emas.

* 13. Nov.2020     Satu kematian, lelaki warga emas.

* 12 Nov.2020    Satu kematian babitkan warga emas.

* 11 Nov.2020     Dua kematian. Seorang warga emas perempuan dan perempuan muda berusia 22 tahun. Pesakit berusia 22 tahun terbabit mengidap penyakit jantung reumatik dan aritmia jantung.

* 10 Nov.2020.   Enam kematian. Kematian pada tarikh ini turut babitkan seorang lelaki berusia 47, bukan warga emas dan tidak berpenyakit.

* 9 Nov.2020    Lapan kematian, tujuh warga emas dan seorang kanak-kanak. Seorang kanak-kanak berusia setahun antara mangsa terbaharu Covid-19. Bagaimanapun, kanak-kanak itu dikatakan berpenyakit Sindrom Down, Hipotiroidisme dan penyakit jantung berlubang.

* 8 Nov.2020      Empat kematian, kesemuanya warga emas.

* 7 Nov.2020       Tiga kematian babitkan warga emas di Sabah.

* 6 Nov. 2020     Dua kematian babitkan warga emas.

* 5 Nov.2020        Enam kematian, semua warga emas.

* 4 Nov. 2020       Lapan kematian, semua babitkan warga emas.

* 3 Nov.2020     Mencatatkan 12 kematian. Kematian seorang lelaki berusia 25 terbabit dikatakan tiada berpenyakit ketika mengidap penyakit Covid-19. Bagaimanapun, remaja berusia 14 terbabit dikatakan mempunyai penyakit tibi meningitis dan hidrosefalus

* 2 Nov.2020        Dua kematian babitkan warga emas.

* 1 Nov. 2020        Tiada kematian

* 31 Okt. 2020        Tiada kematian

* 30 Oktober 2020. Kesemua yang meninggal dunia pada tarikh ini babitkan warga emas.

* 29 Oktober 2020, tiada kematian.

* 28 Oktober 2020, kematian babitkan seorang perempuan berusia 35, pesakit mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi, asma, dislipidemia dan strok.

* 27 Oktober 2020, hanya dua kematian membabitkan warga emas.

* 26 Oktober 2020, babitkan mangsa berusia 27 tahun, tidak mempunyai latar belakang penyakit kronik meninggal dunia di Hospital Tawau, Sabah.

* 25 Oktober 2020, kesemua kematian yang dilaporkan oleh KKM berlaku di Sabah. Satu kematian babitkan lelaki berusia 34 tahun.

* 24 Oktober 2020, kesemua mangsa yang meninggal dunia adalah jantina lelaki, enam terdiri daripada warga emas dan seorang bukan warga emas.

* 23 Oktober 2020, babitkan kematian seorang mangsa di Sabah berusia 33 tahun. Bagaimanapun, mangsa yang meninggal dunia terbabit difahamkan mempunyai penyakit buah pinggang.

* 22 Oktober 2020, kesemuanya yang meninggal dunia adalah warga emas.

* 21 Oktober 2020, dilaporkan seorang mangsa berusia 27 tahun meninggal dunia akibat Covid-19 dan dinyatakan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mangsa tiada latar belakang sebarang penyakit.

Semoga virus pembunuh ini segera ditemui vaksin penawarnya kerana ianya dikatakan semakin kebal selepas bermutasi dalam tempoh hampir setahun lalu.

(Artikel ini dikemaskini pada 19.11.2020: jam 7.00pm)
Penulis tidak bertanggungjawab terhadap pandangan melalui artikel ini dan ianya adalah pandangan peribadi daripada pemberi sesuatu pandangan.
Sulaimansallehkuis2.blogspot.com @ copyright2020

Ulasan

Covid-19: Semoga virus Covid-19 segera ditemui vaksin penyembuhnya kerana dunia semakin sengsara

COVID-19: India cemas, jangkitan hampiri 70k sehari.

COVID-19: Gelombang baharu, Malaysia harus menang.

COVID-19: Gelombang baharu, Selangor atasi Kedah

COVID-19: Ancaman baru, bermutasi dan semakin kebal.

COVID-19: Rabu (12.8.2020), viral pelajar dijangkiti sedang disiasat.

COVID-19: 11 kes baru, 5 kes libatkan pelajar sekolah rendah.

COVID-19: Penularannya, Malaysia pernah hampir menang.

COVID-19: ASEAN, 2 negara kritikal, 2 negara kematian sifar.

COVID-19: Data rasmi, Indonesia, jangkitan lepasi 100,000.