COVID-19: Alif positif, artis dan krew pengambaran kuarantin 14 hari.
Oleh Sulaiman Salleh
![]() |
Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia |
RAKAN artis dan krew pengambaran yang turut bersama Alif Satar baru-baru ini kebanyakan sudah jalani 'swab test' dan sedang jalani kuarantin selama dua minggu.
Beberapa artis yang berkongsi video jalani 'swab test' dan pengalaman jalani ujian buat pertama itu antaranya Aina Abdul, Ernie Zakri, Syemel dan beberapa krew pengambaran yang pernah bersama Alif Satar baru-baru ini.
Ujian saringan Covid-19 itu diadakan susulan pendedahan Alif Satar bahawa dirinya disahkan dijangkiti Covid-19, dipercayai ketika membuat suatu pengambaran.
Antara artis yang terbabit Aina Abdul, Ernie Zakri, Syemel dan beberapa artis serta krew yang dipercayai mempunyai kontak rapat dengan Alif Satar sebelum ini.
Kebanyakan artis terbabit hanya berkongsi pengalaman pertama mereka melakukan 'swab test'.
Ernie Zakri menunjukkan gambarnya di instragramnya ketika mengambil 'swab test'.
Sementara itu, Aina Abdul turut menunjukkan gambarnya ketika dilakukan 'swab test' dan mencoretkan "Alhamdulillah settle swab test ❤️😭 semoga kita semua sentiasa dibawah lindungan Allah Swt🤲🏻❤️Stay safe semua...."
Kebanyakan peminat kesemua artis terbabit mendoakan semoga hindar daripada jangkitan Covid-19 dan dipermudahkan segala urusan mereka.
(Artikel ini dikemaskini pada 23.11.2020: jam 4.00pm)
Penulis tidak bertanggungjawab terhadap pandangan melalui artikel ini dan ianya adalah pandangan peribadi daripada pemberi sesuatu pandangan.
Ulasan
Catat Ulasan