RENCANA: Vaksin Covid-19 dan reaksi pemimpin masyarakat.

Oleh Sulaiman Salleh
Sulaimansalleh2015@gmail.com








PANDEMIK Covid-19 yang melanda negara sejak awal Mac 2020 lalu memberi pelbagai kesan terhadap masyarakat negara ini.

Hingga penulisan ini dihasilkan, terdapat tiga kali gelombang penularan virus pembunuh ini dan menyebabkan kadar jangkitan Covid-19 dalam negara hampir mencecah 50,000 dengan lebih 300 kematian.

Pandemik yang sudah lebih kelapan ini menyebabkan lebih 800,000 rakyat negara ini hilang pekerjaan, pendapatan merosot dan pelbagai masalah sampingan hingga kehidupan mereka jauh berbeza dengan kehidupan sebelum pandemik Covid-19 wujud.


REAKSI PEMIMPIN

Pelbagai reaksi dan harapan diberikan oleh pemimpin masyarakat untuk tenangkan keadaan. 

Malah, terdapat segelintir pemimpin terbabit mempunyai pendekatan tersendiri dalam memberi pandangan untuk menyelesaikan krisis ekonomi yang sedang melanda negara dan dunia hari ini.

Harapan yang diberikan itu, dilihat mulai mendapat perhatian dan sokongan daripada segelintir rakyat negara ini dengan harapan cadangan mereka diambil perhatian oleh pemimpin yang ada kuasa bersuara di Parlimen.

Harapan itu jelas menunjukkan bahawa mematuhi garis panduan yang ditetapkan oleh pemerintah semakin merimaskan masyarakat serta dikatakan turut mengurangkan pendapatan para peniaga samada peniaga kecil-kecilan, sederhana dan berskala besar.

Semangat kental yang ditunjukkan oleh kebanyakan rakyat negara ini mengharungi gelombang pertama dan kedua ketika pandemik Covid-19 melanda negara seolah-olah tiada lagi pada gelombang ketiga ini.

Tempoh masa hampir setahun adalah satu tempoh yang sangat lama dan masyarakat negara ini memerlukan sesuatu untuk menaikkan semula semangat mereka meneruskan kehidupan dengan cara baharu.


VAKSIN HAMPIR DITEMUI.

Kenyataan beberapa pemimpin utama negara bahawa usaha mendapatkan vaksin Covid-19 yang selamat memberi sedikit kelegaan kepada masyarakat negara ini.

Baru-baru ini, beberapa farmasi gergasi dunia seperti Pfizer (Amerika Syarikat) dan BioNTech (Jerman) menyatakan seramai 40,000 sukarelawan farmasi terbabit didapati 90 peratus menunjukkan tindakbalas positif selepas menggunakan vaksin yang dikeluarkan oleh farmasi terbabit.

Difahamnkan, vaksin yang dikaji itu kini pada percubaan peringkat akhir.

Negara pengeluar vaksin lain seperti Russia turut mendakwa vaksin 'Sputnik V' menunjukkan berkesan sebanyak 92 peratus.

Ketika ini, lebih 10 syarikat farmasi gergasi dunia berusaha menghasilkan vaksin virus pembunuh ini dalam masa secepat mungkin.

Antara vaksin Covid-19 yang difahamkan sudah memasuki ujian klinikal fasa ketiga adalah vaksin Sputnik V (Gamaleya Research Institute); BNT162b2 (BioNTech, Pfizer,  CoronaVac (Sinovac Biotech); mRNA-1273 (Moderna); Fosun Pharma); CTII-nCoV (CanSino Biologics); dan AZD1222 (AstraZeneca, Universiti Oxford).

Difahamkan, vaksin yang dihasilkan perlu disimpan pada suhu serendah negatif lapan darjah Celsius.

Sementara itu, Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata vaksin Covid-19 tidak akan menghentikan pandemik virus pembunuh itu.

Katanya, vaksin hanya akan membantu mengurangkan penularan jangkitan Covid-19 bukannya melenyapkan virus itu dari Bumi ini.

Pandangan Tedros adalah peringatan yang garis panduan yang ditetapkan oleh sesebuah negara bagi memutuskan rantaian Covid-19 sebenarnya adalah yang terbaik.

Bagaimanapun, khabar bahawa vaksin yang berkesan membantu sembuhkan pesakit Covid-19 semakin hampir ditemui memberi harapan baharu, terutama masyarakat negara ini yang masih sukar menerima norma kehidupan baharu terbabit.

Semoga masyarakat negara ini terutamanya terus kental berhadapan pandemik virus pembunuh ini kerana vaksin penyembuhnya hampir ditemui.


(Artikel ini dikemaskini pada 20.11.2020: jam 12.30pm)
Penulis tidak bertanggungjawab terhadap pandangan melalui artikel ini dan ianya adalah pandangan peribadi daripada pemberi sesuatu pandangan.
Sulaimansallehkuis2.blogspot.com @ copyright2020

Ulasan

Covid-19: Semoga virus Covid-19 segera ditemui vaksin penyembuhnya kerana dunia semakin sengsara

COVID-19: India cemas, jangkitan hampiri 70k sehari.

COVID-19: Gelombang baharu, Malaysia harus menang.

COVID-19: Gelombang baharu, Selangor atasi Kedah

COVID-19: Ancaman baru, bermutasi dan semakin kebal.

COVID-19: Rabu (12.8.2020), viral pelajar dijangkiti sedang disiasat.

COVID-19: 11 kes baru, 5 kes libatkan pelajar sekolah rendah.

COVID-19: Penularannya, Malaysia pernah hampir menang.

COVID-19: ASEAN, 2 negara kritikal, 2 negara kematian sifar.

COVID-19: Data rasmi, Indonesia, jangkitan lepasi 100,000.