COVID-19: Batu Sapi, diistihar darurat.
Oleh Sulaiman Salleh
Sulaimansalleh2015@gmail.com
Sulaimansalleh2015@gmail.com
Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia.
SEMASA sidang media harian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah diberitahu oleh seorang wartawan bahawa Yang di-Pertuan Agong berkenan istiharkan darurat di Batu Sapi.
Sebelum ini dilaporkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 5 Disember 2020 sebagai tarikh Pilihan Raya Kecil (PRK) Batu Sapi, Sabah susulan kematian Ahli Parlimen Batu Sapi, Sabah, Datuk Liew Vui Keong pada 2 Oktober lalu di Hospital Gleneagles Kota Kinabalu, Sabah.
Berdasarkan laporan Berita Harian Online, Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh, maklumkan bahawa 23 November lalu ditetapkan tarikh penamaan calon dan 1 Disember adalah tarikh mengundi awal.
Bagaimanapun, baru-baru ini Batu Sapi kini diletakkan dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) kerana dikategorikan sebagai zon merah disebabkan kadar jangkitan lepasi angka 300.
Berdasarkan perundangan negara, PRK itu tetap perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas ianya disahkan kosong oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat.
PRK terbabit hanya dapat dielakkan jika darurat diisytiharkan di kawasan berkenaan.
(Penulisan ini dikemaskini pada 18.11.2020: jam 7.10pm)
Penulis tidak bertanggungjawab terhadap pandangan melalui artikel ini dan ianya adalah pandangan peribadi daripada pemberi sesuatu pandangan.
Sulaimansallehkuis2.blogspot.com @ copyright2020
Ulasan
Catat Ulasan