COVID-19: WHO, virus cerpelai jangkiti manusia.

Sulaiman Salleh 
Sulaimansalleh2015@gmail.com


KEUPAYAAN virus Covid-19 menjangkiti manusia semakin pasti apabila pihak berkuasa beberapa negara Eropah mengesan keupayaan virus berbahaya itu menjangkiti manusia.

Jangkaan virus pembunuh ini menjangkiti manusia bermula pada Mei lalu apabila seorang pekerja ladang ternakan cerpelai di The Hague, Belanda disyaki dijangkiti Covid-19 daripada haiwan ternakan itu.

Cerpelai adalah spesies haiwan mamalia dan kebanyakan penternak menternaknya bagi mendapatkan bulunya yang dikatakan lembut serta mendapat sambutan mengalakkan di pasaran.

Haiwan itu mula disyaki berupaya menyebarkan virus Covid-19 kepada manusia kerana kod genetik virus pada sample cerpelai mempunyai persamaan dengan pesakit Covid-19 terbabit.

Keupayaan virus Covid-19 dari cerpelai menjangkiti manusia juga dikatakan adalah hasilnya bermutasi.

Pada awal November lalu, kepastian bahawa virus Covid-19 pada cerpelai berupaya menjangkiti manusia disahkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

WHO mengesahkan enam negara di Eropah terutamanya mendapat jangkitan virus itu dari ladang ternakan cerpelai.

Difahamkan, virus Covid-19 yang bermutasi dari cerpelai mempunyai kekebalan daripada kebanyakan vaksin yang didakwa kebanyakan negara sudah lepasi 95 peratus berkesan.

Kini, dibimbangi virus Covid-19 turut berupaya menjangkiti haiwan mamalia lain terutamanya haiwan yang kerap dijadikan haiwan peliharaan seperti anjing, kucing, arnab dan sebagainya.


(Artikel ini dikemaskini pada 27.11.2020: jam 1.00pm)
Penulis tidak bertanggungjawab terhadap pandangan melalui artikel ini dan ianya adalah pandangan peribadi daripada pemberi sesuatu pandangan.


Ulasan

Covid-19: Semoga virus Covid-19 segera ditemui vaksin penyembuhnya kerana dunia semakin sengsara

COVID-19: India cemas, jangkitan hampiri 70k sehari.

COVID-19: Gelombang baharu, Malaysia harus menang.

COVID-19: Gelombang baharu, Selangor atasi Kedah

COVID-19: Ancaman baru, bermutasi dan semakin kebal.

COVID-19: Rabu (12.8.2020), viral pelajar dijangkiti sedang disiasat.

COVID-19: 11 kes baru, 5 kes libatkan pelajar sekolah rendah.

COVID-19: Penularannya, Malaysia pernah hampir menang.

COVID-19: ASEAN, 2 negara kritikal, 2 negara kematian sifar.

COVID-19: Data rasmi, Indonesia, jangkitan lepasi 100,000.