AKU DAN LAGU: Penyanyi Syamel... curang.

Oleh Sulaiman Salleh
Sulaimansalleh2015@gmail.com










Berdasarkan lagu Syamel... curang; aku coretkan kenangan lalu.

Perjalanan kehidupan menemukan antara kita suatu masa dahulu. Pertemuan yang menimbulkan rasa sayang.

Ucapan sayang yang pernah diucapkan suatu masa dahulu tidak disangka akan berakhir dengan perubahan perjalanan yang seiring dengan perubahan waktu.

Waktu yang pantas berlalu menyedarkan aku bahawa harapan membina kebahagiaan bersamamu berada di persimpangan jalan apabila hadirnya seseorang yang dikau mulai sayanginya.

Kisah perjalanan yang semakin kelam, menyedarkan aku bahawa dikau hanya milik aku untuk seketika, di saat itu kasih sayangmu sudah diserahkan kepadanya. Aku hanya memiliki sisa-sisa yang dikau tinggalkan.

Kasih sayangmu ketika itu sudah diserahkan kepadanya, walaupun cincin emas sebagai janji yang dipersetujui keluarga masih berada di jemarimu.

Maafkan aku, keputusan terpaksa dilakukan, membiarkan dirimu terus sayanginya. Diriku pula membawa diri mencari penawar luka yang dikau tinggalkan.

Hanya doa yang mampu aku hulurkan semoga dikau berbahagia bersamanya kerana diri ini bukanlah pendendam, walaupun hati ini terlalu sakit ketika dikau memaksa aku melepaskan mu.

Di saat itu hanya doa mengubat kesakitan yang dirasakan, berdoa semoga diriku bertemu dengan seseorang yang mampu menerima diriku seadanya.

Derita yang dirasakan menyedarkan aku bahawa setiap penyakit itu ada penawarnya. 

Di saat ini, tiada lagi derita yang dilalui sebaliknya kebahagian yang dibina bersama seseorang yang menerima diriku seadanya.

Di saat ini, aku masih berdoa semoga dikau berbahagia bersamanya kerana dirinya adalah pilihan terakhirmu.


(Artikel ini dikemaskini pada 6.11.2020: jam 3.00pm)
Penulis tidak bertanggungjawab terhadap pandangan melalui artikel ini dan ianya adalah pandangan peribadi daripada pemberi sesuatu pandangan.
Sulaimansallehkuis2.blogspot.com @ copyright2020
google.com, pub-6415739793741112, DIRECT, f08c47fec0942fa0

Ulasan

Covid-19: Semoga virus Covid-19 segera ditemui vaksin penyembuhnya kerana dunia semakin sengsara

COVID-19: India cemas, jangkitan hampiri 70k sehari.

COVID-19: Gelombang baharu, Malaysia harus menang.

COVID-19: Gelombang baharu, Selangor atasi Kedah

COVID-19: Ancaman baru, bermutasi dan semakin kebal.

COVID-19: Rabu (12.8.2020), viral pelajar dijangkiti sedang disiasat.

COVID-19: 11 kes baru, 5 kes libatkan pelajar sekolah rendah.

COVID-19: Penularannya, Malaysia pernah hampir menang.

COVID-19: ASEAN, 2 negara kritikal, 2 negara kematian sifar.

COVID-19: Data rasmi, Indonesia, jangkitan lepasi 100,000.