COVID-19: Mendayu, nyanyian Alif Satar dari pusat rawatan.

Sulaiman Salleh 
Sulaimansalleh2015@gmail.com
Gambar ehsan instagram Alif Satar













ALIF SATAR yang sedang menerima rawatan Covid-19 nyanyikan lagu "Selangkahku kepadamu.. seribu langkah kau padaku" dan berkongsi rakaman video itu di instagramnya.

Video berdurasa 1.25 saat yang boleh dilayari https://www.instagram.com/tv/CIA4b54Jnoj/?utm_source=ig_web_copy_link itu sudah ditonton hampir 900,000 penonton.

Berikut adalah coretan terjemahan penulis selepas mendengar nyanyian Alif sebentar tadi: 

Ya Tuhanku, di saat ini kami mengerti mengapa dugaan ini diberikan kepada kami. Di saat ini baru dimengerti bahawa kami mendampakan cinta darimu. 

Dunia ini terasa sunyi di saat diuji dengan dugaan-Mu ini. Diri ini terasa sunyi kasih dan kasih sayangmu. 

Kesunyian ini mengertikan kami bahawa betapa lemahnya diri kami disaat diri ini jauh dari-Mu. Di saat ini, kami mengerti bahawa diri ini tidak layak ke surga-Mu, di saat ini juga terasa tidak sanggup ke neraka-Mu. 

Oleh itu, berilah pengampunan kepada kami supaya dapat kembali kepada-Mu. Ya Tuhanku, ampunkanlah dosa-dosa kami dan permudahkanlah perjalanan kami mendekati-Mu. 

Semoga mereka yang sedang menerima rawatan di mana-mana pusat rawatan atau hospital terutama di negara ini tabah menghadapi dugaan Tuhan ini. Kami tetap bersama kalian walaupun kami sukar mendekati kalian.

(Artikel ini dikemaskini pada 26.11.2020: jam 4.00pm)
Penulis tidak bertanggungjawab terhadap pandangan melalui artikel ini dan ianya adalah pandangan peribadi daripada pemberi sesuatu pandangan.

Ulasan

Covid-19: Semoga virus Covid-19 segera ditemui vaksin penyembuhnya kerana dunia semakin sengsara

COVID-19: India cemas, jangkitan hampiri 70k sehari.

COVID-19: Gelombang baharu, Malaysia harus menang.

COVID-19: Gelombang baharu, Selangor atasi Kedah

COVID-19: Ancaman baru, bermutasi dan semakin kebal.

COVID-19: Rabu (12.8.2020), viral pelajar dijangkiti sedang disiasat.

COVID-19: 11 kes baru, 5 kes libatkan pelajar sekolah rendah.

COVID-19: Penularannya, Malaysia pernah hampir menang.

COVID-19: ASEAN, 2 negara kritikal, 2 negara kematian sifar.

COVID-19: Data rasmi, Indonesia, jangkitan lepasi 100,000.