RENCANA: Fasa pemulihan Covid-19, cukupkah simpanan KWSP?
BARU-BARU ini kerajaan umumkan bermula Januari 2021, pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dibenarkan memohon pengeluaran akaun satu sebanyak RM500 setiap bulan hingga Disember 2021.
Sejumlah RM6,000 bakal diterima oleh pencarum KWSP dalam tempoh setahun dan jumlah itu mengembirakan segelintir masyarakat negara ini.
Malah, terdapat segelintir masyarakat negara ini masih mendesak supaya jumlah pengeluaran itu ditingkatkan hingga RM10,000 dalam tempoh setahun. Desakan itu harus difikirkan semula sebelum menyokongnya.
Cukupkah simpanan pencarum KWSP untuk bekalan hari tua jika ianya dijadikan sebagai satu kaedah yang dikatakan berupaya membantu rakyat negara ini tersepit kerana kemelesetan ekonomi akibat pandemik Covid-19?
Kemelesetan ekonomi yang sedang berlaku pada masa kini dikatakan setanding yang berlaku pada tahun 1930 yang dikenali "The Great Depression".
Kemeleseatan yang berlaku pada 29 Oktober 1929 hingga tahun 1939 itu bermula apabila pasaran saham di Amerika Syarikat jatuh mendadak dan kadar pengangguran juga bertambah pada skala besar.
Bermula akhir Oktober 1929 juga ianya terus melarat ke seluruh dunia apabila perbelanjaan pengguna merosot dengan teruk.
Hingga kini ahli sejarah dan ahli ekonomi dunia gagal mendapat persepakatan punca sebenar kemelesetan itu berlaku.
Kembali kepada perbincangan cukupkah simpanan akaun satu KWSP rakyat negara ini jika ianya dikeluarkan setiap tahun hingga kemelesetan ekonomi yang berlaku kembali pulih?
Penulis mengambil contoh diri sendiri ketika memperkatakan mengenai soalan di atas. Ketika ini usia penulis hampir 50 tahun dan bercadang bersara pada usia 56 tahun.
Ketika bersara nanti, dianggarkan simpanan penulis berjumlah kira-kira RM350,000 dan ketika itu tidak mempunyai pekerjaan tetap
Seperti pesara lain yang seusia penulis, pastinya pada usia emas ini diharapkan tiada hutang piutang dan dapat beribadat dengan lebih selesa.
Ketika bersara pada usia itu, masih terdapat hutang yang perlu diselesaikan oleh penulis antaranya hutang pinjaman rumah, berjumlah RM250,000) dan beberapa urusan peribadi lain berjumlah kira-kira RM50,000.
Jumlah bersih yang bakal diperolehi penulis ketika bersara; RM350,000 - RM250,000 - RM50,000 = RM50,000.
Cukupkah jumlah RM50,000 untuk penulis dan keluarga meneruskan kehidupan? Pada masa kini perbelanjaan harian penulis sekeluarga yang dianggap selesa adalah RM2,000 sebulan.
Pada simpanan RM50,000, penulis hanya boleh bertahan selama dua tahun dan selepas itu duit simpanan penulis akan negatif.
Berdasarkan kiraan itu, penulis melihat perlu bekerja hingga berusia 60 tahun atau lebih daripada itu serta berharapkan kesihatan yang baik untuk terus bekerja.
Penulis tidak bertanggungjawab terhadap pandangan melalui artikel ini dan ianya adalah pandangan peribadi daripada pemberi sesuatu pandangan.
Sulaimansallehkuis2.blogspot.com @ copyright2020
Ulasan
Catat Ulasan