COVID-19: Alif Satar positif, ramai artis 'swab test'.
![]() |
Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia |
SUSULAN pendedahan Alif Satar bahawa dirinya disahkan dijangkiti Covid-19, dipercayai ketika membuat suatu pengambaran, membuatkan beberapa rakan artis turut diminta membuat 'swab test'.
Antara artis yang terbabit Aina Abdul, Ernie Zakri, Syemel dan beberapa artis serta krew yang dipercayai mempunyai kontak rapat dengan Alif Satar sebelum ini.
Kebanyakan artis terbabit hanya berkongsi pengalaman pertama mereka melakukan 'swab test'.
Instragram Alif yang mendedahkan bahawa dirinya disahkan positif Covid-19 hingga penulisan ini dihasilkan berjumlah lebih 300,000 tontonan.
Sementara itu, Ernie Zakri turut menunjukkan gambarnya di instragramnya ketika mengambil 'swab test'.
Berikut adalah komen Erini di instragramnya:
Alhamdulillah, semua team kami sudah selesai melakukan 'swab test'. Mudah mudahan Allah S.W.T permudahkan segalanya buat kami. Kami akan self quarantine selama 14 hari.
Terima kasih @wanyhasrita dan @__nisaanisa__ membantu kami menguruskan proses 'swab test'. Sayang dia ❤
Kak Ninie bukan rolling eyes kat Dr tau, memang cenggitu rupa ku hahahaha tak berapa lawa. Buat semua team #SFMM35 , Ernie doakan agar semuanya selamat, aamin.
Semoga rakan-rakan artis yang melakukan 'swab test' bebas daripada jangkitan Covid-19.
(Artikel ini dikemaskini pada 23.11.2020: jam 2.00pm)
Penulis tidak bertanggungjawab terhadap pandangan melalui artikel ini dan ianya adalah pandangan peribadi daripada pemberi sesuatu pandangan.
Sulaimansallehkuis2.blogspot.com @ copyright2020
Ulasan
Catat Ulasan