RENCANA: Covid-19, tiga Pilihan Raya Kecil ditangguhkan?

Oleh Sulaiman Salleh
Sulaimansalleh2015@gmail.com








BARU-BARU ini Yang di-Pertuan Agong perkenan isytiharkan darurat di Batu Sapi, Sabah dan Pilihan Raya Kecil (PRK) di kawasan terbabit ditangguhkan.

Perkenan Yang di-Pertuan Agong itu tepat pada masanya kerana pada masa kini kadar jangkitan harian Covid-19 di negara ini terlalu tinggi iaitu lepasi 2,000 sehari.

Pandemik Covid-19 yang melanda negara pada masa kini dijangka turut menangguhkan dua lagi PRK  kerana pada 17 November lalu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bugaya, Sabah, Mohd Darah, 65, meninggal dunia akibat masalah buah pinggang.

Seorang lagi, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Grik, Perak, Datuk Hasbullah Osman juga meninggal dunia pada 16hb November lalu.

Bagaimanapun, penangguhan PRK itu perlu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong seperti mana penangguhan PRK di Batu Sapi, Sabah.

Berdasarkan perundangan negara, PRK itu tetap perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas ianya disahkan kosong oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat.

PRK terbabit hanya dapat dielakkan jika darurat diisytiharkan di kawasan berkenaan.


(Artikel ini dikemaskini pada 25.11.2020: jam 10.00am)
Penulis tidak bertanggungjawab terhadap pandangan melalui artikel ini dan ianya adalah pandangan peribadi daripada pemberi sesuatu pandangan.
Sulaimansallehkuis2.blogspot.com @ copyright2020


Ulasan

Covid-19: Semoga virus Covid-19 segera ditemui vaksin penyembuhnya kerana dunia semakin sengsara

COVID-19: India cemas, jangkitan hampiri 70k sehari.

COVID-19: Gelombang baharu, Malaysia harus menang.

COVID-19: Gelombang baharu, Selangor atasi Kedah

COVID-19: Ancaman baru, bermutasi dan semakin kebal.

COVID-19: Rabu (12.8.2020), viral pelajar dijangkiti sedang disiasat.

COVID-19: 11 kes baru, 5 kes libatkan pelajar sekolah rendah.

COVID-19: Penularannya, Malaysia pernah hampir menang.

COVID-19: ASEAN, 2 negara kritikal, 2 negara kematian sifar.

COVID-19: Data rasmi, Indonesia, jangkitan lepasi 100,000.