COVID-19: Dunia sengsara, 50 juta jangkitan, 1.26 juta kematian
Sulaimansalleh2015@gmail.com
![]() |
Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia |
DATA rasmi dari John Hopkins University secara rasmi mencatatkan jangkitan di seluruh dunia lepasi 50,000 selepas jam 1am waktu Malaysia.
Ketika penulisan ini dikemaskini, jangkitan di seluruh dunia berjumlah kira-kira 50.06 juta dengan kira-kira 1.26 juta kematian.
Turut dilaporkan sebanyak sembilan negara mencatatkan jangkitan lepasi sejuta dengan didahului Amerika Syarikat, 9.88 juta; India, 8.51 juta ; Brazil, 5.66 juta; Russia, 1.76 juta; Perancis, 1.71 juta; Sepanyol, 1.33 juta; Argentina, 1.24 juta; United Kingdom, 1.20 juta; dan Colombia, 1.14 juta.
Negara yang jangkitan lepasi sejuta dijangka akan terus bertambah dalam masa terdekat apabila catatan terkini negara Mexico, Itali dan Peru sudah lepasi 900,000 jangkitan Covid-19.
Malah, dijangkakan dalam tempoh kurang 24 jam terdapat antara negara terbabit jangkitan Covid-19 akan lepasi sejuta.
Semoga vaksin penyembuh bagi virus pembunuh ini segera ditemui bagi membantu kembalikan keamanan di dunia ini.
Penulis tidak bertanggungjawab terhadap pandangan melalui artikel ini dan ianya adalah pandangan peribadi daripada pemberi sesuatu pandangan.
Sulaimansallehkuis2.blogspot.com @ copyright2020
Ulasan
Catat Ulasan