COVID-19: Artis, Alif Satar positif.
Sulaimansalleh2015@gmail.com
![]() |
| Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia |
ARTIS serba boleh serta diminati ramai, Alif Satar sahkan bahawa dirinya positif Covid-19.
Alif menyatakan kebenaran bahawa dirinya disahkan positif Covid-19 melalui instragramnya kira-kira jam 5pm, 22 November 2020 iaitu ketika penulisan ini dihasilkan.
Berikut adalah kenyataan Alif bahawa dirinya sah dijangkiti virus yang sedang menghantui negara dan dunia masa kini.
"Assalamualaikum.. dalam kesibukkan Alif menjalankan penggambaran, Alif telah melakukan beberapa ujian saringan covid-19.
Malangnya, keputusan terkini yang alif baru sahaja terima hari ini, telah menunjukkan bahawa Alif didapati positif covid-19 dan perkara ini amatlah mengejutkan dan mendukacitakan.
Perkara pertama bila Alif dapat tahu keputusan ini, adalah semestinya tahap keselamatan keluarga.. isteri dan anak-anak Alif, rakan-rakan di set penggambaran dan semestingya contact-contact rapat yang telah berjumpa dengan Alif.
Alif juga telah memberi nama kepada pihak KKM, kontak rapat yang Alif kenalpasti dalam tempoh 14 hari.. dan Alif mohon maaf atas segala kesulitan ini, dan Alif mohon doa semua agar diberikan kesembuhan dan kekuatan untuk menempuhi dugaan Allah S.W.T.
Alif doa agar semua terhindar daripada sebarang kemudaratan... p/s alif sekarang menjalani proses kuarintin. Alif ambil test pada 21hb November."
Demikian kenyataan yang dikeluarkan oleh Alif Satar melalui instragramnya pada petang, ketika penulisan ini dihasilkan.
Semoga doa dan harapan yang dinyatakan oleh Alif dimakbulkan Allah S.W.T.

Ulasan
Catat Ulasan