COVID-19: Tiga kematian, dua masih muda.

Oleh Sulaiman Salleh
Sulaimansalleh2015@gmail.com
Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia
Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia








KEUPAYAAN virus Covid-19 merosakkan organ dalaman manusia hingga menyebabkan kematian semakin membimbangkan di negara ini, apabila empat kematian daripada catatan harian yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) babitkan seorang golongan muda tidak berpenyakit.

Berdasarkan kenyataan media harian ketika penulisan ini dihasilkan terdapat tiga kematian iaitu babitkan seorang wanita berusia 32 tahun; dua lelaki berusia 39 dan 64 tahun. Kesemua mangsa yang meninggal dunia berlaku di Sabah.

Wanita berusia 32, yang meninggal dunia dinyatakan tiada sebarang penyakit merbahaya. Dua lagi mangsa lelaki, masing-masing berusia 39 dan 64 berpenyakit kronik iaitu darah tinggi dan jantung.

Baru-baru ini penulis menulis mengenai data terkumpul selama 30 hari didapati terdapat lapan kes kematian akibat Covid-19 babitkan golongan muda, berusia 21 hingga 47 tahun.

Berdasarkan KKM, lelaki berusia 25 dan 27 yang meninggal dunia pada 3 November dan 21 Oktober lalu tiada latar belakang penyakit merbahaya.

Kematian membabitkan golongan muda tidak berpenyakit harus dipandang serius kerana golongan muda turut berisiko meninggal dunia jika tidak segera mendapatkan rawatan atau mengambil remeh bahaya virus pembunuh yang dikenali Covid-19 ini.


(Penulisan ini dikemaskini pada 20.11.2020: jam 9.00pm)
Penulis tidak bertanggungjawab terhadap pandangan melalui artikel ini dan ianya adalah pandangan peribadi daripada pemberi sesuatu pandangan.
Sulaimansallehkuis2.blogspot.com @ copyright2020

Ulasan

Covid-19: Semoga virus Covid-19 segera ditemui vaksin penyembuhnya kerana dunia semakin sengsara

COVID-19: India cemas, jangkitan hampiri 70k sehari.

COVID-19: Gelombang baharu, Malaysia harus menang.

COVID-19: Gelombang baharu, Selangor atasi Kedah

COVID-19: Ancaman baru, bermutasi dan semakin kebal.

COVID-19: Rabu (12.8.2020), viral pelajar dijangkiti sedang disiasat.

COVID-19: 11 kes baru, 5 kes libatkan pelajar sekolah rendah.

COVID-19: Penularannya, Malaysia pernah hampir menang.

COVID-19: ASEAN, 2 negara kritikal, 2 negara kematian sifar.

COVID-19: Data rasmi, Indonesia, jangkitan lepasi 100,000.