COVID-19: Pekerja Top Glove panjat pagar keluar kawasan PKPD?

Sulaiman Salleh 
Sulaimansalleh2015@gmail.com

Gambar ehsan Sebenarnnya.my

BARU-BARU ini tersebar gambar segelintir pekerja Top Glove, Klang, memanjat pagar untuk keluar dari kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Selangor, Asisten Komisioner Polis Muhammad Yazid Muhammad Yew berkata, gambar tular di media sosial berkaitan sekumpulan lelaki memanjat pagar untuk keluar dari kawasan PKPD adalah tidak benar.

Katanya, semakan pihak polis mendapati kejadian itu berlaku pada 17 November 2020 di asrama lelaki pekerja Top Glove Meru, Klang.

"Kumpulan lelaki terbabit memanjat pagar untuk masuk ke kawasan asrama dan bukannya keluar dari kawasan PKPD seperti yang didakwa dalam media sosial," katanya melalui media sosial rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM), baru-baru ini.

Muhammad Yazid menasihatkan pengguna media sosial terutamanya, tidak membuat sebarang spekulasi berhubung gambar tular terbabit bagi mengelak kegusaran dalam kalangan masyarakat.


(Artikel ini dikemaskini pada 28.11.2020: jam 5.00pm)
Penulis tidak bertanggungjawab terhadap pandangan melalui artikel ini dan ianya adalah pandangan peribadi daripada pemberi sesuatu pandangan.


Ulasan

Covid-19: Semoga virus Covid-19 segera ditemui vaksin penyembuhnya kerana dunia semakin sengsara

COVID-19: India cemas, jangkitan hampiri 70k sehari.

COVID-19: Gelombang baharu, Malaysia harus menang.

COVID-19: Gelombang baharu, Selangor atasi Kedah

COVID-19: Ancaman baru, bermutasi dan semakin kebal.

COVID-19: Rabu (12.8.2020), viral pelajar dijangkiti sedang disiasat.

COVID-19: 11 kes baru, 5 kes libatkan pelajar sekolah rendah.

COVID-19: Penularannya, Malaysia pernah hampir menang.

COVID-19: ASEAN, 2 negara kritikal, 2 negara kematian sifar.

COVID-19: Data rasmi, Indonesia, jangkitan lepasi 100,000.