ISU SEMASA: Covid-19, pengeluaran akaun 1 KWSP
Oleh Sulaiman Salleh
Sulaimansalleh2015@gmail.com
PERBINCANGAN dan perdebatan pengeluaran wang dari akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menjadi perbincangan hangat di kebanyakan media sosial. Media perdana dalam negara turut terikut-ikut membincangkan mengenainya.
Ketika penulisan ini dihasilkan, difahamkan beberapa pemimpin Pakatan Harapan (PH) sedang dan sudah mengadakan pertemuan bersama Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkaitan Belanjawan 2021.
Belanjawan 2021 itu bakal diadakan di sebelah petang bertarikh 6 November 2021 ini oleh
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin atau Menteri Kewangan, Datuk Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz selepas waktu solat Jumaat iaitu sekitar jam 3pm.
Kebanyakan media perdana seperti TV3, Berita Harian Online, TV1, dan ASTRO tidak lagi membincangkan mengenai pengeluaran sebahagian wang daripada akaun 1 KWSP.
Bagaimanapun, kebanyakan media sosial masih hangat memperkatakan mengenai isu yang dibangkitkan itu dan turut memberi pelbagai pandangan.
Pemerhatian penulis mendapati kebanyakan pelayar media sosial menyokong cadangan pengeluaran sebahagian daripada wang dari akaun 1 KWSP terutama bagi mengurangkan beban hutang dan sara diri.
Pelbagai pandangan juga disiarkan di beberapa media perdana antaranya dinyatakan Majlis Profesor Negara (MPN) meminta supaya kerajaan bersetuju dengan cadangan yang dikemukakan itu.
MPN menyifatkan langkah ini sebagai kemudahan tunai yang amat diperlukan bagi meneruskan kehidupan dan kesejahteraan golongan pekerja yang diberhentikan.
Ketua Pegawai KWSP, Alizakri Alias, pula berharap semua pihak dan masyarakat negara ini bersabar dan menunggu Belanjawan 2021 yang bakal dibentangkan oleh Perdana Menteri pada petang Jumaat ini.
Menurut Alizakri, sebanyak lebih 70 peratus ahli KWSP pada masa kini mempunyai simpanan kurang daripada RM50,000 dan jika sebahagian wang berkenaan dikeluarkan, simpanan ahli terbabit tidak mencukupi bagi jalani kehidupan selesa selepas bersara.
(Artikel ini dikemaskini pada 1.11.2020: jam 2.30pm)
Penulis tidak bertanggungjawab terhadap pandangan melalui artikel ini dan ianya adalah pandangan peribadi daripada pemberi sesuatu pandangan.
Sulaimansallehkuis2.blogspot.com @ copyright2020
Penulis tidak bertanggungjawab terhadap pandangan melalui artikel ini dan ianya adalah pandangan peribadi daripada pemberi sesuatu pandangan.
Sulaimansallehkuis2.blogspot.com @ copyright2020

Ulasan
Catat Ulasan