COVID-19: Lapan negara, sumbang 13 kes import baharu.
Oleh Sulaiman Salleh
Sulaimansalleh2015@gmail.com
Sulaimansalleh2015@gmail.com
![]() |
| Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia |
CATATAN harian jangkitan baharu Covid-19 di negara ini turut membabitkan jangkitan import daripada lapan negara.
Berdasarkan kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terdapat 13 kes import baharu dari lapan pelbagai negara.
Negara terbabit adalah Indonesia, 3 kes; Arab Saudi, 3 kes; Nepal, 2 kes; Maghribi, 1 kes; Emiriah Arab Bersatu, 1 kes; United Kingdom, 1 kes; Turki, 1 kes; dan Korea Selatan, 1 kes.
Kes import terbabit dikesan hasil saringan membabitkan lapan warganegara dan lima bukan warganegara yang tiba ke negara ini dari negara-negara yang dinyatakan.
Melalui kenyataan akhbar terbabit turut dilaporkan terdapat 852 jangkitan baharu dan hingga kini terdapat jumlah kes positif Covid-19 di negara ini berjumlah 40,209 kes.
Semoga vaksin penyembuh virus pembunuh ini segera ditemui supaya dunia kembali aman.
(Artikel ini dikemaskini pada 8.11.2020: jam 8.00pm)
Penulis tidak bertanggungjawab terhadap pandangan melalui artikel ini dan ianya adalah pandangan peribadi daripada pemberi sesuatu pandangan.
Sulaimansallehkuis2.blogspot.com @ copyright2020
Penulis tidak bertanggungjawab terhadap pandangan melalui artikel ini dan ianya adalah pandangan peribadi daripada pemberi sesuatu pandangan.
Sulaimansallehkuis2.blogspot.com @ copyright2020

Ulasan
Catat Ulasan