COVID-19: Alif Satar syukur, keluarga dan beberapa artis negatif.

 Oleh Sulaiman Salleh
Sulaimansalleh2015@gmail.com
Alif Satar bersama isteri dan anak-anaknya. Gambar ehsan Alif Satar Instagram












BARU-BARU ini artis serba boleh, Alif Satar mengesahkan bahawa dirinya dijangkiti Covid-19 dan sedang menerima rawatan di salah sebuah pusat rawatan di negara ini.

Susulan itu, rakan artis dan krew pengambaran serta ahli keluarganya iaitu tiga anak dan isterinya turut jalani ujian 'swab test'.

Berita mengembirakan buat Alif apabila hasil 'swab test' terhadap ahli keluarga, beberapa rakan artis serta krew pengambaran disahkan negatif.

Kiriman instagram Alif melalui instagram dipercayai dikirim dari Melaka General Hospital itu menyatakan:

Allah SWT makbulkan doa kalian semua.. alhamdulillah.. Isteri dan anak-anak Alif bebas dari Covid19, dan akan terus kuarantin di rumah selama 2 minggu. Alif menerima ribuan mesej dan kata-kata positif melalui instagram dan whatsapp, alif baca dan disini alif ucapkan terima kasih yang tak terhingga atas doa tuan -tuan dan puan- puan sekalian.🙏🏽 Thank you for all that you’ve done for my family and I, I pray that Allah swt will grant the prayers for you and your family as well. InsyaAllah. - Alif Satar.

Semoga Alif bersama rakan-rakan artis serta krew pengambaran terus tabah hadapi dugaan itu kerana pastinya terdapat hikmah yang terselindung di sebaliknya.

Hingga penulisan ini dikemaskini, instagram Alif Satar berjumlah 3.2 pengikut dan kebanyakan mencoretkan semoga dia tabah hadapi dugaan yang berlaku itu.


(Artikel ini dikemaskini pada 24.11.2020: jam 12.30pm)
Penulis tidak bertanggungjawab terhadap pandangan melalui artikel ini dan ianya adalah pandangan peribadi daripada pemberi sesuatu pandangan.

Ulasan

Covid-19: Semoga virus Covid-19 segera ditemui vaksin penyembuhnya kerana dunia semakin sengsara

COVID-19: India cemas, jangkitan hampiri 70k sehari.

COVID-19: Gelombang baharu, Malaysia harus menang.

COVID-19: Gelombang baharu, Selangor atasi Kedah

COVID-19: Ancaman baru, bermutasi dan semakin kebal.

COVID-19: Rabu (12.8.2020), viral pelajar dijangkiti sedang disiasat.

COVID-19: 11 kes baru, 5 kes libatkan pelajar sekolah rendah.

COVID-19: Penularannya, Malaysia pernah hampir menang.

COVID-19: ASEAN, 2 negara kritikal, 2 negara kematian sifar.

COVID-19: Data rasmi, Indonesia, jangkitan lepasi 100,000.