COVID-19: India, berterusan jangkitan lepasi 90k.
![]() |
Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia |
INDIA mencatatkan rekod tertinggi jangkitan Covid-19 apabila dua hari berturut-turut jangkitan lepasi angka 90,000 sehari dan angka itu dijangka terus bertambah pada hari-hari berikutnya.
Ketika penulisan ini dihasilkan, jangkitan Covid-19 di India berjumlah kira-kira 4.20 juta dengan kira-kira 71,690 kematian.
Catatan jangkitan harian terkini di India berjumlah 91,723 dan merupakan rekod tertinggi jangkitan yang pernah dicatatkan di seluruh dunia, atasi rekod jangkitan di Amerika Syarikat.
Pada awal pagi tadi, data dari John Hopkins University menunjukkan negara yang mempunyai penduduk seramai 1.40 bilion itu menduduki kedudukan kedua antara negara paling ramai jangkitan Covid-19 selepas Amerika Syarikat.
Berdasarkan angka jangkitan harian lebihi 90,000 sehari dijangka kedudukan India akan mendekati Amerika Syarikat dalam tempoh beberapa bulan akan datang.
Rekod jangkitan harian tertinggi pernah dicatatkan oleh Amerika Syarikat pada 17 Julai lalu dengan catatan 81,637.
Ulasan
Catat Ulasan