COVID-19: Russia, jangkitan lepasi angka sejuta.
Oleh Sulaiman Salleh
Sulaimansalleh2015@gmail.com
![]() |
Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia |
TIADA negara yang mendakwa kuasa besar dunia bebas daripada ancaman Covid-19, apabila Russia menjadi negara terbaru jangkitan lepasi angka sejuta.
Negara yang berdasarkan www.worldometers.info mempunyai kira-kira 145.94 juta penduduk ini mencatatkan jangkitan Covid-19 lebih sejuta kira-kira jam 4pm (1.9.2020) waktu Malaysia.
Berdasarkan data dari John Hopkins University, hingga penulisan ini dihasilkan, jangkitan Covid-19 di Russia berjumlah 1,000,048 dengan 17,299 kematian.
Sementara itu, penulis berpandangan jumlah jangkitan yang lepasi angka sejuta mencurigakan keberkesanan vaksin Covid-19 yang dibangunkan oleh Russia.
Pada pertengahan Ogos lalu, dengan memetik laporan BERNAMA, Ketua Dana Pelaburan Langsung Russia, Kirill Dmitriev mendakwa Russia menerima permintaan daripada 20 negara terhadap vaksin Covid-19 yang dihasilkan negara itu.
Dikatakan, vaksin Covid-19 yang dihasilkan Institut Penyelidikan Kebangsaan Epidemiologi dan Mikrobiologi Gamaleya (RDIF) milik negara itu bakal diadakan ujian klinikal tahap ketiga di Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan beberapa negara lain.
Ulasan
Catat Ulasan