COVID-19: 45 kes baru, 40 dari Kluster Benteng LD.

 

Oleh Sulaiman Salleh
Sulaimansalleh2015@gmail.com
Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia
Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia









KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM) mengesan 40 jangkitan baru babitkan Kluster Benteng LD daripada 45 kes yang dilaporkan.

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dato' Seri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kluster yang dikesan di Tawau, Lahad Datu Sabah terbabit sudah menjangkiti 170 individu daripada 2,679 yang disaring.

Noor Hisham berkata, masih terdapat 1,593 individu yang disaring masih menunggu keputusan.

"Jangkitan babitkan kluster ini membabitkan enam kes ahli keluarga kakitangan penjara, 34 kes babitkan banduan penjara, dan 87 individu lain di Lahad Datu," katanya melalui kenyataan media di laman sosial rasmi KKM, hari ini.

Menurut Noor Hisham, Kluster Sungai menyumbang 1 kes baru, Kluster Telaga, 2 kes baru. Kedua-dua kluster berkenaan babitkan warganegara di Kedah, Pulau Pinang dan Perlis.

Sementara itu, Noor Hisham berkata, pihaknya mengambil maklum pengumuman Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Dato' Seri Ismail Sabri mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran di daerah Kota Setar, Kedah.

"PKPD dilaksanakan di daerah berkenaan susulan peningkatan ketara kes dalam Kluster Sungai dan Kluster Telaga," katanya.


(Penulisan ini dikemaskini pada 10.9.2020: jam 9.00am)
Penulis tidak bertanggungjawab terhadap pandangan  melalui artikel ini dan ianya adalah pandangan peribadi daripada pemberi sesuatu pandangan.

Ulasan

Covid-19: Semoga virus Covid-19 segera ditemui vaksin penyembuhnya kerana dunia semakin sengsara

COVID-19: India cemas, jangkitan hampiri 70k sehari.

COVID-19: Gelombang baharu, Malaysia harus menang.

COVID-19: Gelombang baharu, Selangor atasi Kedah

COVID-19: Ancaman baru, bermutasi dan semakin kebal.

COVID-19: Rabu (12.8.2020), viral pelajar dijangkiti sedang disiasat.

COVID-19: 11 kes baru, 5 kes libatkan pelajar sekolah rendah.

COVID-19: Penularannya, Malaysia pernah hampir menang.

COVID-19: ASEAN, 2 negara kritikal, 2 negara kematian sifar.

COVID-19: Data rasmi, Indonesia, jangkitan lepasi 100,000.