COVID-19: 62 jangkitan baru, 50 dari Kluster Benteng LD.

 

Oleh Sulaiman Salleh
Sulaimansalleh2015@gmail.com

Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia
Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia









JANGKITAN Covid-19 di Malaysia mendadak bertambah selepas mencatatkan jumlah penularan tempatan dari Kluster Benteng LD, Sabah.

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dato' Seri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada 62 kes baru yang dilaporkan, 56 kes adalah penularan di dalam negara.

Noor Hisham berkata, daripada jumlah itu terdapat jangkitan babitkan 30 warganegara dan 26 bukan warganegara.

"Kesemua jangkitan baru dari Kluster Benteng LD, sebanyak 50 kes yang dikesan positif Covid-19 pada hari ini adalah tahanan di Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu dan tujuh kes di Penjara Tawau."

"Kluster ini dikenalpasti pada 1 September lalu, bermula dari dua Pendatang Tanpa Izin (PATI) yang ditahan di Lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu, Sabah pada 24 Ogos lalu," katanya melalui laporan rasmi dari laman sosial rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), hari ini.

Katanya, kesemua PATI sudah disaring dan didapati positif Covid-19 pada 31 Ogos lalu dan mereka dimasukkan ke Hospital Lahad Datu.

"Aktiviti pengesanan kes secara aktif dan saringan kontak rapat dijalankan. Dalam tempoh tujuh hari, seramai 1,404 disaring dan 66 kes positif Covid-19," katanya.

Menurut Noor Hisham, daripada 66 kes positif Covid-19 dari kluster terbabit yang dikesan sejak lebih seminggu lalu, 64 kes membabitkan banduan.

"Dua lagi kes jangkitan Covid-19 membabitkan pegawai penjara dan anak saudaranya," katanya.

Noor Hisham berkata, kluster terbabit melibatkan daerah Lahad Datu dan Tawau, Sabah.


(Penulisan ini dikemaskini pada 7.9.2020: jam 6.30pm)
Penulis tidak bertanggungjawab terhadap pandangan  melalui artikel ini dan ianya adalah pandangan peribadi daripada pemberi sesuatu pandangan.

Ulasan

Covid-19: Semoga virus Covid-19 segera ditemui vaksin penyembuhnya kerana dunia semakin sengsara

COVID-19: India cemas, jangkitan hampiri 70k sehari.

COVID-19: Gelombang baharu, Malaysia harus menang.

COVID-19: Gelombang baharu, Selangor atasi Kedah

COVID-19: Ancaman baru, bermutasi dan semakin kebal.

COVID-19: Rabu (12.8.2020), viral pelajar dijangkiti sedang disiasat.

COVID-19: 11 kes baru, 5 kes libatkan pelajar sekolah rendah.

COVID-19: Penularannya, Malaysia pernah hampir menang.

COVID-19: ASEAN, 2 negara kritikal, 2 negara kematian sifar.

COVID-19: Data rasmi, Indonesia, jangkitan lepasi 100,000.